Monday, March 30, 2009

Aku Jad| menYampaH B|La...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 4:43 PM 6 kUs-kUs Links to this post
oranG yanG ske jaga tepi kaiN orang.. (kain sendiri pakai ke tidak agaknyer..!!)) dok sebok2 tanye...
'Bila Nak kawen..??"
dan aku ingin saje menjawab.. " jika saya tidak berkahwin hingga ari ini.. buat awak jd miskin dan papa.. ari ini juga saya akan bernikah... kuota laki awak kosong lagi 3 kan...???"
sekian terima kasih!!
nota kakitanganku : x usah lah sibok2 nak jaga hal peribadi orang lain... dok umah.. jaga anak yang berderet2 tue.. jaga laki yang selalu main2 mate tue.. n yang paling penting.. jaga badan yang skali pandang dah macam bonzer kelab dangdut... due kali pandang macam tenuk terlepas dari zoo.. harap maap!!!

Sunday, March 22, 2009

hONEymOOntEL seM|nggu yanG |ndaH...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:21 PM 2 kUs-kUs Links to this post
honeymoontel seminggu di hotel bidara puteri beach resort tg k*lin*.. ha ha ha ha.. ( aku lupe nama hotel sebab adik aku dah bakar surat pergi kursus tue... sangat hampagas!!! ) VeryAngry

aku gelarkan honeymoontel sebab masa seminggu ni aku akan menaikkan berat badan dengan hidangan-hidangan makanan yang amat menyelerakan.. pasti tidak aku tolak rezeki yang datang.. ha ha ha ha.. Grin oik!! nak pergi kursus ke nak pergi majlis makan-makan nie... ?? Wink aku harap aku balik dengan perut yang ok dan tidak sembelit!!! Confused

aku akan bermaharajalela di sana selama 5 hari dari 23-27 Mac 2009. huh!!! rasa macam lama sangat di saat-saat yang sebegini. ehMmmm.. InsyaAllah.. harap-harap semuanya berjalan dengan baik.. Blush aku sesi ke 4/2009 .. tengok dari senarai nama ramai yang aku tak kenal.. dari johor... dari negeri sembilan.. dari putrajaya.. ehmmm. dari melaka 2-3 orang je yang aku perasan.. lain-lain aku memang hampagas.. tak kenal orang.. Frown

jadi kengkawan.. mari bersama-sama saya menghoneymoontel kan diri... kalau rasa-rasa boring.. kita boleh pergi berkelah.. sebab depan hotel je adalah lautan yang luas.. boleh berkhemah ok.. tapi pastikan ada permit!! ha ha ha.. LargeGasp

nota kakitanganku : bile nak berhoneymoontel mo dak mucuk nie.. Frown lambat lagi nak balik.. Crying kegersangan.. harus berhoneymoontel mo orang lain nie.. Heart (guwauuuu.. guwauuuu jerkk!! Grin )

Wednesday, March 18, 2009

BereHat Seket|ka bErsaMa-saMa K|t kaT..!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 3:08 PM 6 kUs-kUs Links to this post
maaf kengkawan.. aku ada hal yang teramat penting n mustahak yang membuatkan aku tidak dapat menghupdates blog nie, menjawab 'tag' dak CHEM.. dan menyambut salam perkenalan sape tue.. yang kat shoutbox yang hampir nak merajuk tue..??? erk!! maap lagik sekali!! InsyaAllah.. bile semuanya dah settle.. dan dah kembali seperti sediakala.. aku akan berblog n berhupdates lagik...
akhir kata.. 'ingat daku dalam doamu...' muehehehehe..
nota kakitanganku : aku yang berehat.. aku yang berkit kat.. korang nak juin.. silalah berehat.. tapi.. belilah kit kat sendiri... hak hak hak!!!
aku muskil!! kenapa tiada icon yang cun melecun kali ini..!!! oH!! Mozarella!! erk!! gozilla!! erk!! gorillA!!

Tuesday, March 10, 2009

HaraP MaaF! POst|ng |n| hanYa untUk 2sx ke bawaH saHaja!!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:04 PM 2 kUs-kUs Links to this post
AMaran kepada semua pembaca.. Posting ini berada di dalam kategori 2sx ke bawah.. segala kesulitan yang berlaku di sebabkan posting ini.. adalah atas tanggungjawab diri masing-masing.. harap maklum.....


oleh itu.. marilah kita bersama-sama menghayatai gambar-gambar yang tidak seberapa melampau untuk tatapan bersama-sama...

Photobucket

lokasinya adalah di Jaya Jusco Ayer Keroh.. dan heroin utama dalam pembikinan gambar 2sx ini adalah awek berbaju merah jambu itu atau dalam bahasa popularnya.. 'Pinkky Gurl'...


Photobucket

tangan yang berbaju 'pink' juga dan berbelang hitam itu terpaksa 'interframe' untuk menarik perhatian heroin ini. maklumlah.. watak utama ini memang agak sukar untuk di rakamkan gambarnya...


Photobucket
begitu leka memutar 'stering' .. erk.. tidak pula dapat di pastikan.. kenderaan jenis apakah itu...


Photobucket

sekali lagi dengan steringnya.. aku pun tak pasti apakah keistimewaan stering.. tidak kiralah.. apa-apa kenderaan sekalipun yang amat menarik minatnya.. sampai ketap-ketap bibir tak bagi aku alihkan dia kat tempat lain...


Photobucket
erk.. tangan berbelang tue memang gila glamour sket.. maafkan lah dia.. he he he he he..


Photobucket
makan 'time' saat kami menikmati makanan yang amat-amat lazat dengan berselera sekali... dia hanya mampu memuncung bibir sambil menikmati 'NINI' yang agak-agak sedap itu...


nota kakitanganku : teringaT zaman kanak-kanak dulu.. tempat permainan yang selalu aku pergi adalag 'fun fair' .. maklumlah masa kat PD dulu.. itulah 'Taman Permainan' yang paling best!! muehehehehe..







Monday, March 09, 2009

PEnangaN s| Up|n & s| |p|n.. |mp|an TerTuna| suDah....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:25 PM 2 kUs-kUs Links to this post
sementara beratur panjang membeli tiket wayang semalam.. aku sempat snap ini...

Photobucket
yang ini aku pun x pasti.. dah tayang atau belum.. tapi rasa-rasanya belum.. hik hik hik..

akhirnya.. setelah berpenat lelah beratur panjang.. akhirnya aku berjaya juga memperolehi tiket!! erk!! aku tidak berbohong... tiket untuk cerita yang aku nak tengok ni.. memang panas!!! macam pisang goreng.. hampir habis untuk tayangan pada pukul 5.00 ptg..

Photobucket
akhirnya berjaya aku miliki setelah beberapa kali percubaan gagal!! ha ha ha ha..

seat yang penuh.. maklumlah cerita pun kartun kan..? jadi kanak-kanak rialah yang paling ramai memenuhi seat. meriah sakan..

ini Sappy!! lembu yang selalu interframe dalam filem ini... alah.. bukan yang original lah.. yang iras-iras je...

dak-dak dua-dua ini...

@upin02 & @ipin02
memang 'happening' gila dalam cerita ni.. sejujurnya.. aku tak pernah tengok cerita Upin & Ipin yang dalam tv tue.. inilah pertama kali.. memang kelakar...
jalan ceritanya memang menarik amat.. adeh.. nak pecah perut aku gelak.. bukan aku seorang je.. hampir satu pawagam tu... sampai rasa tak nak berhenti ketawa..



memang rugi siapa yang tak tengok.. siapa lagi yang nak menyokong filem-filem animasi tempatan kalau bukan kita.. aku memang yakin filem ni "box-office" kalau nak kata rm10 juta tue pun aku hampir percayalah... hehehehhe..

tapi aku nak ingatkan.. bila anda semua tengok cerita ni.. di penghujungnya.. setelah hampir tamat dan senarai nama pelakon atau senarai nama mereka yang bekerja di belakang tabir sedang bergerak di skrin.. jangan sesekali bangun dari seat... kerana cerita ini belum habis sepenuhnya... ada beberapa minit lagi.. memang rugi mana-mana penonton yang dah berduyun-duyun keluar semalam.. hik hk hik.. tak tahu apa nasib yang menimpa pada kedua-dua manusia ini...

Photobucket

he he he he he.. lepas tu barulah betul-betul habis cerita ni.. kalau daripada 10 bintang... aku bagi 8 bintang untuk filem animasi ni.. cuma yang kadang-kadang buat bosan.. bila banyak sangat adegan rasaksa tu (rasaksa ke..? )



jadi.. pada siapa-siapa yang belum lagi menghabiskan ringgit malaysia anda.. selain dari membayar harga tiket.. yang anda juga perlu membeli air, pop corn atau keropok-keropok kudapan.. silalah yer.. jangan rasa berat hati untuk berbelanja gf atau pun bf anda.. pasti tidak rugi!! okey kawan-kawan.. sekian...
Photobucket

nota kakitanganku : Cantik!! cantik!! Cantik.. ( aku pun dah terikut-ikut da..... )



Sunday, March 08, 2009

Tet|ba akU raSa LOya-LOya daN |ngIN mUntaH-mUntaH..!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:06 AM 0 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

tetiba je kan...?? tiada angin bertiup.. pokok bergoyang.. kenapalah aku loya-loya..?? muntah-muntah...?? ha ha ha ha ha...

okey!! ceritanya macam ni.. daripada pukul 2.00 petang semalam, mak masuk Wad Kecemasan HBM kerana berasa kurang sihat. abah yang hantar di temani adik bongsu aku Dak N. Jadi, aku hanya duduk di rumah menjadi surirumahtangga sepenuh masa.. membasuh baju aku sendiri sahaja yang ada 2 besen ( 1 besen baju yang Dak Uteh dah kencingkan.. hampagas!! sape punye kucing ni..??? ), mengemas rumah yang dah berhabuk-habuk macam rumah tinggalan Jepun, mengemas bilik juga menjemur tilam... ha ha ha ha.. amat rajin sekali.


selepas Maghrib aku di temani oleh adik aku yang lelaki.. menaiki kereta menuju ke HBM untuk menghantar baju sejuk. faham-faham je lah.. namepun wad.. kesejukan yang melampau.. ala-ala hotel 3 bintang... di pendekkan cerita (di sebabkan aku malas nak menaip) mak dah boleh keluar wad... aku yang uruskan sebab kebetulan aku masuk bilik tu nak hantar baju. Selesai semuanya mak, abah dengan adik balik dulu. aku pula pergi farmasi ambil ubat. (aku tidak suka bau ubat di hospital..!!)


Jadi, adegan di atas itu belaku di tempat menunggu Bilik Farmasi HBM. ehMMm.. aku tidak sejahat mana asyik hendak mengutuk orang saja.. ( seperti di artikel ini ) tapi.. entah.. perasaan semulajadi... daripada mereka masuk aku dah pandang dengan perasaan yang 'jahat' ha ha ha ha


aku memang tidak tahu hubungan sebenar mereka. sebab mereka tidak memakai sebarang 'tag' yang mereka ini suami isteri.. hik hik hik... tetapi!!! tetapi.. aksi dan lagak mereka. wallaa!! aku menyekodeng daripada jauh( seperti biasa aku akan mewujudkan perkataan yang baru)


tapi hanya dapat 'snap' 1 gambar sahaja.. sebab belakang dan sebelah aku ada orang.. nanti mereka cakap aku nak buat gambar 18sx lak. aku malas nak cerita sepenuhnya apa yang mereka buat. tapi cukuplah sekadar aku katakan perlakuan begitu tidak patut di tunjukkan di khalayak ramai walaupun anda sepasang suami isteri. tunjukkanlah kemesraan yang malampau itu hanya di rumah. di ulangi di rumah sendiri ye. bukan di rumah mak mertua masing-masing.


huh!! nasib baik giliran aku ambil ubat cepat. jadi tak lah aku manahan gelodak perut aku yang semakin membuak-buak. rasa loya dan nak muntah!! huh!


nota kakitanganku : kalau aku ada kuasa otomen.. aku ingin saja 'mengfire' (seperti biasa) mereka hingga mereka rentung. tapi aku hanya manusia yang hanya mampu membelasah mereka hanya menggunakan kedua-dua belah tangan. muehehehe..





Friday, March 06, 2009

bOLeh PercayA ataU T|Dak..???

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:16 PM 6 kUs-kUs Links to this post
hari ini adalah hari Jumaat!! Penghulu segala hari.... hari yang mulia untuk berbuat amal kebaikan.. erk!! kenapa tiba-tiba je ni..???


ha ha ha ha ha.. petang tadi aku ke Public Bank.. inilah kali pertama aku ke sini.. Public Bank jalan ape ek..? kat belah belakang tu Tabung Haji...? aku ambil jalan dari Little India nak menuju ke Bangunan Merah tue... Jalan laksamana rasa aku.. tapi.. aku tak pasti!! (adeh.. malu nak mengaku anak melaka..) kat sini parking atau dalam bahasa melayunya... tempat meletak kereta adalah amat terhad.. banyak kereta-kereta di parking sesuka hati mak ayah mereka di tepi jalan yang bergaris kuning... mungkin mereka begitu keliru.. kenapa warna kuning yang di gariskan di situ..( soalan apakah ini...?) aku dengan penuh taat setia.. tanda cinta pada negeri yang bersejarah ini.. memangking.. (ada ke perkataan ni dalam kamus..? ) kereta agak jauh terkebelakang.. dan dengan gagah berani menapak berjalan kaki ke Bank yang terletak terkedepan... namun walaupun panas terik.. kesopanan dan kesusilaan sebagai gadis melayu tetap aku pelihara.. ( huaaa huaaa huaaa!!)


tiba-tiba... aku di tahan oleh seorang wanita.. "adik.. boleh pinjam handset tak..? telefon akak kredit dah abis.. nak telefon kawan kat office jap.."...
aku terpinga-pinga... namun akalku masih waras dan berfungsi dengan baik... "maaf kak.. telefon saya tinggal dalam kereta.. maaf yer.." aku dengan sopan menolak permintaannnya itu... "ok.. tak pe..." .. aku lantas mengorak langkah pantas.. sambil sekali menoleh memandang ke arah perempuan itu.. masuk je dalam bank... aku curi-curi pandang lagi...


aku berasa sedikit bersalah.. melihat dari riak mukanya.. pakaiannya.. tuturnya.. aku dapat rasakan dia seorang wanita yang baik.. tapi jangan salahkan aku sepenuhnya kerana tidak dapat membantunya. aku terpaksa berbohong 'sunat' di hari Jumaat ini untuk menjadi lebih berwaspada dan berhati-hati.. jangan menilai seseorang dari kulitnya.. itu yang aku pegang..

buat kakak bertudung putih.. maaf di pinta.. saya cuma berhati-hati dalam mempercayai orang asing yang tidak saya kenali... InsyaAllah.. jika di lain kesempatan kita bertemu lagi.. saya pasti membantu... pesan saya... lain kali isilah kredit yang secukupnya di dalam handset kakak... jangan biarkan battery weak atau pun handset tertinggal di office...


nota kakitanganku : lihat kanan.. lihat kiri.. lihat kanan.. dan lihat kiri semula.. lintaslah dengan penuh bergaya dan hati-hati.. ha ha ha ha.. (aku tengok budak-budak sekolah berdedai keluar dari pagar sekolah.. ikut suka hati mak bapak dia jerk..)

Wednesday, March 04, 2009

Batu BeLah batU bertanGKUp.. teLanLah aKu.. aKU kemPunaN....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:17 PM 0 kUs-kUs Links to this post
huwaaaaaaa!!!! silap aku lah kot!! sabtu lepas dak mucuk ade balik.. tapi kebizian aku melangkaui segala-galanya.. jadi.. janji dengan dia nak tengok dak dedua nie..

dak nie... >>>>>@upin02
ngan dak nie>>>>> @ipin01

tapi aku mcm kondipennn jek leh tepati waktu.. budget2 tengok lam kol 6 nyer.. pusing punye pusing.. sampai finin lah.. carik parking kat Dataran Pahlawan.. hampagas!!!!!

:girl_2:
aku tak tau lah nape die tutup pintu nak masuk parking kat dalam.. sedangkan kereta yang keluar pun bertali arus.. bukankah itu satu kebangangan yang terserlah.. semua itu mendatangkan hangin yang amat sangat.. waktu terus berlalu.. kelibat upin & ipin semakin terbayang-bayang di mata.. lantas aku dengan gagah berani nye.. mempertaruhkan masa yang bergerak itu.. menuju ke MBO Melaka Mall pula.. dengan membawa seribu harapan.. yang aku sempat untuk tengok pada tayangan yang seterusnya..

:girl_8:
sampai saja di Melaka Mall masa amat mencemburui.. huarghhhh!! ramainya orang sedang beratur.. alamatnya.. aku memang tak sempat tengok.. paling awal pun pukul 8.45 pm.. pukul 7 pun dah lepas.. itu menunjukkan maksud yang amat tersirat dan tersurat!! (weyy!! pukul 7 orang berdedai pergi masjid... ko nak tengok wayang pulak!! ini amat kurang ajar!! akulah tu.. )


:girl_13:

dengan penuh kehampaan aku melangkah keluar... isk isk isk.. memang tak de jodoh nak tengok... untuk memujuk hati yang luka nestapa.. aku mengepau dak mucuk untuk membelanja aku makan dalam kuantiti yang banyak.. itu menunjukkan tanda memprotes yang amat sangat.. sedangkan punca masalah yang sebenau-benaunya... adalah daripada kelewatan aku berjanji untuk berdating!! ha ha ha ha!! aku memang hampehhh!!

:girl_5:
jadi aku pulang dengan separuh kehampaan dan separuh lagi kekenyayangan!!! berbaloi lah jugak!! daripada tak merasa apa-apa... ha ha ha ha

nota kakitanganku : moral daripada cerita.. lain kali.. rancang waktu perjalanan anda.. dan ingatlah orang yang tersayang.... ( Pulakkk!!! ))


:girl_15:
 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting