Sunday, May 31, 2009

har| m|nggu yanG tEnat...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:40 PM 13 kUs-kUs Links to this post
Betullah.. kalau kita jaga budak kecil yang tengah lasak, kita tak perlu bersusah payah berjogging di taman Rekreasi Ayer Keroh macam selalu...
Ha ha ha ha...


Tiga hari jaga Dak KeciK Wani kat rumah, aku rasa aku dah berjaya turunkan berat aku 1kg... Serius!! Hehehehehe....

Tapi bila ibu dia dah ambil balik hari ini, aku takut 1kg tu akan naik balik ke 2-3kg!! Ha ha ha ..
Jadi, sendiri mau ingat!! Kena juga daftar jadi ahli Kelab Jogging Suka-Suka Hati Taman Rekreasi Ayer Keroh macam dulu.


frf

Jangan asyik nak makan je macam empat beranak di atas. Dari kiri, Choki, Choko, Oyen yang terlindung dan ibu dia yang kami panggil Putih Besar
( sebab nama sama macam dak Utih)

Nota kakitanganku : Sudah 2 hari Utih tak balik sebab pergi mengaktifkan diri mengawan!! Tak padan yang kecik!! Suara nyaring mengurat-ngurat kucing betina di sebelah rumah. Aku takut akan datang 3-4 ekor kucing betina jiran aku beranak sekaligus. Ini bermakna ketiga-tiga kucing jantan akulah yang punya angkara!!! Dan jiran aku pasti akan menyumpah seranah dengan mengatakan "Tak guna betul budak 3 ekor tu, berani buat tak berani tanggung!!! Ha ha ha ha"


Saturday, May 30, 2009

Aku Berikan Segala Yang Kau Mahu....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:49 AM 2 kUs-kUs Links to this post
Hati terasa jauh dan kecil.. Payah untuk menjadi kuat dan sabar... Aku berikan segala yang kau mahu... Namun mengapa masih terasa kerdil..?? Aku ingin lari dari rindu.. Aku bentengkan keegoan agar kau sedar aku juga punya harga diri... Aku tidak penat menanti.. Cuma jemu berteka-teki... Memikirkan yang baik-baik saja tentang kita... Aku masih bertahan kerana sepi dan sunyi. Aku juga manusia... yang masih hina di perguna....
Nota kakitanganku : Aku berikan segalanya yang kau mahu.. kerana hati sudah beku menerima tiap-tiap kesakitan yang kau sedari tetapi tidak di peduli.....

Friday, May 29, 2009

aDegan BergOmoL-gOmOLan... ( Video 3gp)

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:38 PM 2 kUs-kUs Links to this post
Kucingku Lari Gagah Berani...


Derang ni kalau nak gaduh senang je.. Okey!! Memula baik-baik jek.. Manja-manja gitu. Main-main. Awak usap saya... saya balas... Jilat-jilat... Gomol-gomol... Dalam diam-diam dia terkam!!


Hik Hik Hik... Korang layan je lah...



nota kakitanganku : harap maaf, kualiti video kurang memuaskan. Atas sebab kualiti telefon bimbit yang murah dan 'old fashion'!! Hik hik hik..

Thursday, May 28, 2009

Syurga C|nta....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:57 PM 2 kUs-kUs Links to this post



Aku nak sangat tengok cerita ini. Tapi belum ada kesempatan lagi. InsyaAllah.... Kalau ada masa.



Dari Laman Web Budiey Syurga Cinta memperolehi RM 1.3 juta dalam masa seminggu je. ( Kredit gambar untuk Budiey juga!!) Wajib tengok ni.


Nota kakitanganku : Aku selalu lepak tengok wayang di MBO Melaka Mall. Ceh!! Selalu!! Walhal sebulan sekali pun payah. Cerita terakhir yang aku tengok Upin & Ipin. Layan jer!!! Hehehehehe....

7 har| ... 4 kEmaT|an...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:05 PM 2 kUs-kUs Links to this post
Mati adalah pasti.. Tidak boleh tidak.. Tidak boleh tolak. ERk!! Tajuk aku agak emo sikit ari ni.



Semalam adalah kematian keempat kat kampung aku dalam 7 hari ini. Waktu aku nak melangkah keluar dari rumah untuk ke tempat kerja semula selepas balik makan tengah hari, aku dengar suara orang mengaji dari masjid. Guna pembesar suara. Dalam pukul 2 petang. Tiba-tiba hati aku jadi sayu. Rasanya sebelum ini, bila tiba kematian penduduk kampung, takda orang yang mengaji macam tu. Sebab tu aku rasa sayu dan pilu dengar. Rasa sebak je.


Makcik ni seorang jururawat desa yang mengidap kanser. Beliau dah berpuluh tahun rasanya berkhidmat di sini. Semalam juga aku dapat lihat betapa ramai manusia yang datang menziarahi jenazah beliau. Kebetulan sekolah aku dekat selang sebelah je dari Kuaters Kesihatan yang beliau duduk. Dari tingkap pejabat pun nampak terus ke laman klinik.


Sampaikan masa aku nak balik, sepanjang perjalanan, aku sendiri tidak tahu di mana jenazah sebenarnya. Di rumah ramai orang, di masjid ramai, penuh kereta dan motor dan di tanah perkuburan pun ramai. Tapi jenazah masih belum sampai. Mungkin sedang di sembahyangkan di masjid. Dari kehadiran tetamu, kita sendiri sudah tahu beliau ini orang yang bagaimana.


Okey!! Kematian itu bagi aku satu Kiamat bagi manusia. Terpisah segala-galanya di dunia. Waktu mereka sudah tiba. Sudah di ketahui bagaimana caranya. Kita pula macam mana ya..? Elokkah perginya atau tidak? Wallahualam!!


Nota kakitanganku : Seorang blogger pernah menulis " Bagaimana kiranya jika aku mati nanti...? Siapa yang akan mengkhabarkan kepada rakan-rakan blogger yang lain..?? Kepada rakan-rakan yang banyak berkongsi rasa...? Bagaimana akhirnya penulisan di sini? Pasti terhenti, dan yang lain-lain pasti tertanya-tanya...? Kemana dia..? Mengapa tiada berbicara.??" Dan aku juga ingin bertanyakan soalan yang sama..........

Wednesday, May 27, 2009

c|kgu, saya Dah Uukk... Uukkk... !!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:36 PM 6 kUs-kUs Links to this post
uwAaaaaa!!!

Bau Ukkkk.. Ukkk.. dia, Masya-Allah... Aku yang kat pejabat ni ingatkan bau apa!!

erk!! Lupa nak cakap, lokasi budak darjah 1 tu ukkk..ukk.. ialah perpustakaan semasa matapelajaran Pendidikan Islam! Aku tengah buat kerja kat depan komputer, tetiba dengar Ustazah menjerit!!

Budak-budak lain semua dah lari lintang pukang dengan rasa loya yang membuak-buak!! Baunya sampai hingga ke bilik guru. Cikgu-cikgu ni apa lagi!! Gelak bagai nak rak!! Tiada seorang pun yang sanggup jengah ke perpustakaan. Nasib baik guru kelas darjah 1 sanggup bawa budak ni pergi tandas.

Dan nasib baik juga pakcik PRA sanggup dengan ikhlas hati membersihkan perpustakaan!!

Rasa lega dah nafas dapat di hela dengan baik bila semuanya selesaai. Hehehehehe..

Nota kakitanganku : Macam-macam! Nama pun budak-budak!!

Tuesday, May 26, 2009

N & E ( memanG Nama sEBenar )

cOrat cOret Oleh : myQza pada 5:54 PM 3 kUs-kUs Links to this post
Kali ini aku nak bercerita pasal nama. Nama panjang dan nama pendek!

okey!! Nama korang ada berapa aksara..?? aksara..?? erk!! Ada berapa huruf? Dalam adik beradik aku, nama aku paling sikit hurufnya.. Hanya ada 8 huruf sahaja.

Di bandingkan dengan Along yang ada 12 huruf, abang aku 11 huruf, adik lelaki aku 13 huruf dan yang bongsu ada 12 huruf juga! Kenapa aku sikit je?? Apakah ini di namakan pilih kasih..?

Adakah sewaktu nama aku hendak di daftarkan huruf-hurufnya berciciran sebelum sempat tiba di Jabatan Pendaftaran Negara? Atau, memang telah di takdirkan, anak yang tengah mendapat nama yang pendek? Segalanya berkemungkinan.

Nama aku juga adalah ganjil!! Ha ha ha ha... Bukan ganjil apanya.... erk!! Maaf ya!! Nama aku bukan buntal atau bulat!! Itu bukan ganjil. Itu lucu! Ganjil maksud aku nama yang sukar di cari dan sukar di teka!! Kalau aku cakap nama aku bermula dengan huruf Z. Maka mereka akan meneka.. 'Zarina.. zakiah... zainab.. zaitun.. zauyah...' Satu pun tak kena. Jauh lagi, bukan sipi-sipi.

Tapi aku tak nafikan, nama memang penting!! Ada manusia yang tiada bernama? Macam mana nak panggil ek..? Aku tak dapat nak bayangkan kalau mereka tiada bernama. Tentu susah jadinya.

Okey korang!! Mari letakkan jumlah huruf dalam nama korang!! mari kita lihat siapa yang paling panjang namanya.

Nota kakitanganku : N adalah panggilan untuk adik bongsu aku. E pula untuk abang aku> Tengok!! Berapa panjang pun nama yang mereka ada panggilannya tetap pendek juga! Aku juga yang menang!!

Monday, May 25, 2009

'UstaZ' Akhil Hayy, WahEEDa kekas|h hat| daN Ma|zawaT| manGsanya...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:37 PM 2 kUs-kUs Links to this post
Aku tak mahu membebel panjang.. Korang boleh baca tentang Pengakuan Isteri Akhil Hayy di sini.


Aku tak suka bercerita pasal dunia hiburan di blog aku yang tak seberapa ini. Tapi ini pasal maruah seorang 'anak dara' yang tidak tahu malu meruntuhkan rumahtangga orang. Aku tak mahu sentuh pasal perasaan keluarga si pengganggu ini, sebab aku fikir positif mereka pasti malu dengan perangai 'anak dara' mereka. ( Tidak seperti keluarga Memey yang sememeh yang tidak tahu malu!!)

Tepuk dada tanya iman. Kalau dapat aku hendak hentakkan aja dada 'Ustaz' itu dengan kayu golf bagi dia sedar anak bini kat rumah!!! Malu para ustaz kat Malaysia ni. ( Siapa yang iktiraf dan beri dia gelaran ustaz ini..?)

okey!! Bebel dah!!

Nota kakitanganku : Kalau korang seorang perempuan, seorang isteri dan seorang ibu kepada anak-anak, dengan ikhlas jawab. "Sanggupkah korang bermadu dengan perempuan seperti ini?" Aku..??? Sesungguhnya tidak sanggup!!

Sunday, May 24, 2009

kuC|ng Oh kuC|ng !!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:12 PM 0 kUs-kUs Links to this post
ytu

nota kakitanganku : Hari minggu hari untuk tidur. Jadi, aku tiada idea untuk menulis. Melainkan bercerita tentang mimpi-mimpi di petang hari... He he he he..

Saturday, May 23, 2009

Memor| Allahyarham Amir yusuF!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:54 AM 0 kUs-kUs Links to this post
Aku begitu leka melayari laman blog ini dari awal hingga akhir sampai lupa untuk tidur dan tanpa sedar airmata menitis tanpa henti!!
Ketabahan Dan kesabaran menguji tahap keimanan!!
Nota kakitanganku : Lelaplah Mata....

Thursday, May 21, 2009

PTK oH PTK!!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:38 PM 2 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Aku baru ambil slip keputusan semalam. Sebab aku dah periksa melalui SMS!! Jadi memang tak teruja nak tengok slip!

Nasib oh nasib!!! Masih dapat aras III. Tapi tadi aku dapat tahu seorang kakak tu, pertama kali duduki PTK terus dapat IV. Umum dah Khusus!! Amat cemburu sekali.

Dengarnya lepas ni hanya ada 2 peluang je lagi untuk ambil PTK. Lepas tu kalau tak dapat IV juga, duduk lah masing-masing melopong sampai dapat naik pangkat secara Timed-based!! ( aku tak pasti Timed Base ke KUP!!) wah!! Pat pun dan ala-ala cikgu lah ada KUP segala!!

Aku rasa tidak adil sama sekali!! Menyekat peluang orang-orang ‘kecik’ seperti aku untuk dapat anjakan gaji!! Aku tak tahu di mana relevannya!! Aku akan cari!!

Nota kakitanganku : Aku kena mandi bunga 7 jenis untuk hadap hanya 2 kali peluang sahaja lagi!!

Wednesday, May 20, 2009

amaraN!!! 18sx : pUngguNg |n| m|L|k s|apa..???

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:30 PM 8 kUs-kUs Links to this post
KadanG-kadang bila angin kus-kus aku datang, aku rasa nak buat entry yang agak melampau sikit! Bolehkan..? Aku pasti, entry jenis ini selalu mendapat sambutan yang hangat!! Ha ha ha ha... Tapi, itu hanya tekaan!! Aku pasti, pembaca Blog aku ini, semuanya jenis yang baik-baik, yang sopan-sopan, yang lemah lembut. Yang mana tidak akan teruja langsung melihatkan tajuk yang agak kelucahan ini.

Okey!! Ini gambar dia!! Mari kita teka beramai-ramai. Jangan keciwa andainya gambar ini bukan seperti yang anda semua harapkan!!!


utihp1


Ha ha ha ha...
Jawapan anda semua adalah betul. Punggung ini hanyalah milik seekor kucing yang sedang nyenyak tidur dan tidak mahu di ganggu!!

Photobucket


Okey!! Lain kali aku letak gambar yang lebih hot dari biasa!!!

Nota kakitanganku : wah ! wah! Wah!! Kemain pantas lagi sape tu yang dok klik-klik tajuk entry tu!!! Eh!! Dak Ashie ke tu.. erk! Ayu kot!! Ha ha ha ha..! Ya Ampun!!!

Tuesday, May 19, 2009

Jejak Kekas|H ..eHhhh..Jejak Kas|H Part 1 ( www.lovemail.com)

cOrat cOret Oleh : myQza pada 3:20 PM 0 kUs-kUs Links to this post
Okey!! Kawan-kawan di Lovechat ( www.lovemail.com ) sila hubungi aku!! Alahai… aku join chatting room ni dalam tahun 2000 gitu!! Chatting room pertama yang aku join!! Kiranya macam budak baru nak belajar menggatallah!!! Ha ha ha ha!! Hampagas!!

Chat room ni antarabangsa. Login je ada banyak negara dalam tu. Dan semestinya aku lepak Room Malaysia, takkan Bangladesh pula!! Hik hik hik...

Nick aku!! Okey!! Aku bagitau. Nick aku asalnya ‘HotGirl’. Oleh kerana aku masih kanak-kanak masa tu, budak baru belajar katakan. Aku tidak pernah memikirkan impak dari nick yang kita gunakan!! Ha ha ha ha...

Maka, berduyun-duyunlah ‘Hotman’ mem’pm’ akU!! Wah!! Masa tu baru aku tahu, Hotgirl tu macam perempuan gersang bebenor!! Cilako!!!

Kemudian atas rasa keinsafan yang amat sangat, aku menukar nick aku kepada nick yang lebih sopan! ‘QreDzA’ !! aku memang taip nick aku macam tu.

Kepopularan aku memang tidak dapat di sangkal!! Kehebatan aku mengatur ayat membuatkan aku mempunyai ramai musuh-musuh durjana!! Ha ha ha ha... Tipu je.. aku baik je bila pakai nick tu.. Tak caya tanya kuang!! Kuang oh Kuang!!

Gosip dan skandal merupakan perkara biasa! Wah wah wah!! Chattingkan.. korang ayat lebih sikit je, mesti jadi punya!! Tak caya cuba buat! Korang tak memerlukan wajah yang ensem macam aku, rupa yang bulat macam aku juga atau kecantikan yang luar biasa, juga macam aku ( Ini tipu, jangan percaya). Atau itu hanya taktik di zaman kanak-kanak yang tidak boleh lagi di praktikkan di zaman dewasa ini..? entah... !

Maka aku akan berskandal dan bertukar-tukar pasangan skandal setiap minggu ( atau hari..? erk!!) hari ini bermuah-muahh dengan orang ini, esok bercayunk-cayunk dengan orang yang itu!! Kalakar gila!! Zaman dulu takda telefon-telefon ni. Aku.. handset pun takda masa tu. Jadi perhubungan di teruskan melaui email. Hik hik hik...

Bila hari-hari kita berbual dengan orang yang sama. Terasakan hubungan itu amat erat sekali. Macam adik-beradik. ( atau pakwe makwe!!) ha ha ha ha... Macam-macam ragam!! Macam-macam perangai!! Macam fesyen dan gaya!! Pendek kata macam-macam ada lah!! Tak caya tanya Dak Kuang lagi sekali!!

Di Lovechat juga aku kenal sahabat yang sebenar-benarnya sahabat. Musuh yang sebenar-benarnya musuh! Yup!! Walau hanya di alam maya, tapi bila hari-hari kita adap komputer, mengatur ayat, berbicara dengan orang yang sama, terasa macam di alam realiti!

Entah, sukar nak lupakan kenangan di Lovechat. Betul tak Dak Kuang?? Dak Kuang apatah lagi!! Ha ha ha ha.. syHhhhhh... kita je tahu!!
Okey, banyak sebenarnya aku nak tulis pasal chatting room ni, tapi bagi aku kenangan tetap kenangan. Tapi ada beberapa nick yang aku masih ingat sampai sekarang. Sebabnya mungkin mereka memberi aku kenangan yang lebih.

Abg Ibaz @ Iwan di Denpasar, Indonesia. Aku tak tahu nak huraikan ‘relationship’ aku dengan dia macam mana. Dia selalu bertindak sebagai seorang abang yang menjadi pelindung kepada adik-adiknya. Aku yang selalu emo dengan dia. Ha ha ha ha...

Nizman dari Singapura!! Argh!!! Banyak cerita antara kita. Terima kasih, walau kini makin jauh dan hilang tapi semuanya Q tetap ingat!! Tidak pernah akan lupa dan luput!

Abg Kaza dari Perak!! Sayang sungguh sebab kita dah lost contact!!

Zaqiuddin @ Neo Kota Bharu. Mesti dah grade dari USM.. dah jadi doktor ke..?

Akak merah.. putih.. hijau dan kuning!! ( Ha ha ha.. pandai-pandai je aku tambah!!)

Sue dak comel yang sombong! Belajar kat KYM tapi hilang!!

Awekganu @ Ermanani ... ghaib. Dak kuang pernah date ngan dia kan..?? ( ha ha ha ha )

Arksenna @ Ark .. tak boleh nak dating atau belanja cendol lagi sebab dah kahwin!! ( abang dunia akhirat dak Kuang )

Adie!! ( Dak kuang musti gelak aku taip nick ni!! Sob Sob Sob! Kekasih golap!!)

Ekin dak Masjid Tanah ke..?

Johnny Bravo @ Shamsul .. Sabah ke sarawak ke..? Lupa da..

Wadi @ Asmadi .. ganu mari..

Manja ... Emo gile budak ni!!Imrannuddin ... mamat kaki ayat dan kaki kelentong!! Ya Ampun!!

Muhd. Luqman @ Manskate dari Sarawak

Mohd Idzham @ Am Penang

Azeri @West kekasih golap dari Kuala Terengganu ( Sorry!)

Zam_sp from sabah ( mamat giler!!)

Zorro

Viking dari johor agaknya.

Siapa lagi..??

Banyak sebenarnya , tapi tak masuk dalam kepala otak ni.

Erk!!

Ex-gf Dak Kuang.. apa nick dia..??? ha ha ha ha.. tak mo sebut.. nanti luka lama berdarah kembali.. hik hik hik...

Akhir sekali nick Kluangman a.k.a kuang ( ada man ke hujung tu??)

Okey!! Okey!! Aku buat entry ni bukan untuk syok sendiri okey!! Aku serius nak cari balik kawan-kawan lama aku. Sebab nak tahu sangat apa yang dah berlaku pada mereka-mereka sekarang..? Adie dah berapa orang anak ek Dak Kuang..?? Ha ha ha ha... Kepada mereka-mereka yang di sebut nama atau tidak... Hye.. I’m Q!! Minah yang selalu menyamar jadi lelaki dan mengusha-ngusha aweks yang malang!! Ha ha ha... Okey stop!!

Nota kakitanganku : Kuang Oh Kuang!! Siapa Dak Kuang ni..?? Yang ni kekasih terang lagi bersuluh walaupun dak kuang golap!! Ha ha ha ha.. Satu-satunya Member Lovechat yang masih lagi aku berhubung. Teman ketawa dan menangis!! ( Sob sob sob!!) Teman yang pandai main gitar!! (Wendu ‘Suatu Masa’) Teman yang pasrah je terima ‘Surat Cinta’ setiap bulan ( Kes zaman-zaman jepun !) Teman yang sentiasa ada di saat-saat kecemasan ( Mueheheheh.. Pukul 3 pagi... ) ha ha ha ha... Banyak lagi lah!! Terima kasih Dak Kuang! Love you man!! ( dengan pertanyaan.. bila nak ‘clash’ denga awek baru tu, leh kita kapel !!!) ( Sambil gelak guling-guling keluar ayaq mato).....

Monday, May 18, 2009

b|L|k |n| aDa UndanG-UndanG.. JangaN Buat MacaM HOteL!!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:10 PM 3 kUs-kUs Links to this post
Photobucket
Budak Hitam ini selalu memanjat tingkap bilik bila balik ke rumah!! Jadi, setiap malam aku tidak akan menutup satu tingkap bagi memudahkan dia masuk!! Kalau tidak dia akan memanjat hingga ke tingkat tingkap yang teratas dan membuat bising sehingga aku dengan baik hati memberi beliau masuk!!!
Tanpa segan silu dia akan memanjat katil dan tidur dengan empuknya di atas badan aku!! Itu amat merimaskan!! Erk!! Dah kira macam pencabulan!!!
Photobucket
Dia hanya akan tahu jalan pulang jika jam telah menunjukkan pukul 2-3 pagi!! Peringatan pertama buat Budak Hitam ini. Bilik ini ada ondang-ondang! Sila patuhi!! Jangan buat seperti hotel!!
nota kakitanganku : Jika Budak Hitam ingkar!!! Anda perlu tidur di kandang K.U.D.A!!!

JeJak kEkas|H ... eH... JeJak kas|H!!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:46 PM 2 kUs-kUs Links to this post
Aku rasa nak buat entry pasal Jejak Kekasih lah eh Jejak Kasih.. eeeeee.. Selalu tersasul!! Hik hik hik.. Nak cari kawan-kawan lama masa zaman mudo-mudo dolu!!! Sebab zaman jepun dulu aku suka 'berchatting'. Jadi secara tidak langsung aku ada ber'billion' kawan-kawan yang dah ghaib entah ke mana!! Kira-kira 8-9 tahun lepas punya kawan-kawan.
Aku rasa kebanyakan mereka tidak lagi mengadap komputer untuk ber'chatting', sebab dah mula mengadap suami, isteri dan anak-anak pula!! Ha ha ha.. Ini serius!!
Pasti misi pencarian aku ini agak sukar!! Ehmmmmmm....
Tapi "Usaha Tangga Kejayaan"..
nota kakitanganku : Dari mana aku nak mula ya..?? Nantilah aku fikir-fikirkan!! Tapi bila aku dah nak mula mencari aku kena tulis nick aku kat sini. Huh!! Tak mungkin!! Nick zaman kanak-kanak!! Seganlah!! Huwaaaaa!! habis tu macam mana nak cari ni????

Sunday, May 17, 2009

sUraU Dah Nak rObOH….

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:51 PM 2 kUs-kUs Links to this post
Yup! Surau kat area umah aku dah nak di robohkan. Sedih gila!! Aku ada sebab untuk sedih. Sebab surau tu banyak kenangan masa aku zaman kanak-kanak dulu. Banyak sangat!!!

Tapi robohnya surau tu bukan bermakna robohnya kenangan-kenangan tu. Tapi kalau ada surau yang baru pun, kenangan tu tetap kenangan lama. Kenangan hanya kenangan!! ChewaahH! Jiwanglah pula!! Hik hik hik….

Dulu aku mengaji kat surau tu. Sempat khatam dua kali masa sekolah rendah. Ustazah yang sama ajar. Bangga gila masa tu. Budak-budak katakan. Budak baya aku masih lagi pegang Muqaddam. Aku dah khatam. Hik hik hik.. Gigih gila!!

Nama pun budak-budak. Mengaji pun banyak main-main juga sementara nak tunggu giliran tu, sebab ustazah yang handle tu seorang je. Mana dia larat nak tengok . Ramai kan.Rotan panjang dia pun tak dapat nak kawal. Kalau dari jauh nampak dia berlenggang datang. Kitorang baru nak cari rehal kat rak. Yang buat jualan kecil-kecilan pun ada . Jual kerepeklah, gula-gula. Keropok. Sempat lagi tu. Bila makan je ustazah dah jeling. Yelah. Batallah air sembahyang. Walaupun aku cuba mempertahankan bahawa tiada keropok yang terselit kat celah-celah gigi. Ha ha ha ha…. Tapi siap sedawa kekenyangan!! Bila giliran baca baru terhegeh-hegeh nak ambil air sembahyang semula. Alamatnya, giliran dan kena ambil dengan orang lain.

Belum tiba waktu balik lagi dah bersusun kat tangga. Puas ustazah tu jerit suruh naik. Buat tak tahu je. Orang terakhir habis baca je, kitorang yang kat tangga ni dah jerit ‘Sadaqallahulazim....’ Lepas tu, Cabut!!! Walhal rumah bukan jauh pun. Selang 4-5 buah rumah daru surau jek. Siap main lumba lari lagi. Sampai terbarai-barai tudung.

Apa yang tak dapat di lupa, masa bulan Ramadhan. Awal-awal bulan puasa memang ramai pergi sembahyang terawikh. Surau tu jenis surau atas. Ada tangga. Lantai jenis papan. Sedang kusyuk sembahyang, ada malaun mana ntah. Dok jolok-jolok lidi dari bawah. Ha ha ha ha.. Hampagas tul!!! Dapatnya kena kat orang tua, mahu tak melatah. Aku pun boleh tiba-tiba gelak!! Batal sembahyang. Yang bakar mercun lain. Kalau dah hujung-hujung rakaat jangan cakaplah. Orang lain kusyuk sembahyang kitorang duduk menyandar kat saf belakang. Hik hik hik.. Tapi dah sampai waktu moreh tu, cari mak masing-masing minta makan. Ha ha ha ha....

Alahai... surau baru nak didirikan di tapak surau lama. Walaupun kami ada pilihan untuk buat surau yang lebih besar, dua tingkat lagi di tapak yang lain. Tapi selepas undian di jalankan ( macam pilihanraya da...) majoriti bersetuju kekal di tapak yang lama. Aku juga. Sebab masalah utamanya, bila surau jadi 2 tingkat, lelaki di tingkat bawah, dah perempuan di tingkat atas, masalah timbul untuk ke tingkat atas, korang kena sedia maklum, yang menjadi pengunjung tetap surau bukan muda-mudi macam aku. (muda-mudi..?? aku..?? ) yang kuat untuk memanjat tangga. Tapi majoritnya baya-baya mak aku. Warga emas. Yang jenis kaki dah tak kuat nak memanjat tangga.

Jadi, Isnin ni berakhirlah riwayat surau kenangan aku. Surau zaman kanak-kanak. Walau masing-masing dah berpindah randah, beranak pinak dan juga ada yang telah kembali ke Rahmatulllah, kenangan tetap indah untuk di kenang.

Nota kakitanganku : Tapi aku tak berapa gemar dengan nenek yang duduk sebelah surau tu. Kenapa..? Biarlah rahsia..... Tapi dia bukan Nek Nak tau!!!

PembunuH |n| b|NataNG t|aDa oTak!!!!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:51 PM 0 kUs-kUs Links to this post
Aku tonton Buletin 1.30 tadi. Dan aku kategorikan pembunuh itu seperti di atas.
Berita di sini.
nota kakitanganku : Kadang-kadang aku rasa bersalah dengan binatang-binatang yang ada di muka bumi ini. Sebabnya binatang-binatang ini majoritinya tidak berperangai seperti manusia yang aku labelkan seperti binatang ini.

Saturday, May 16, 2009

sELamaT har| gUrU…

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:39 PM 3 kUs-kUs Links to this post

okey!! Aku dah lama tinggalkan alam persekolahan. Dah bertahun-tahun! Aku rasa cikgu aku pun tak ingat lagi kat aku!Ha ha ha ha.. sebab aku tak berapa ensem masa kat sekolah dulu.

Sebab satu lagi adalah, aku asyik berpindah-pindah sekolah. Jadi tiada cikgu yang ingat sangat kewujudan aku kat kelas tu!! Betul!!

Tapi dengan bangganya aku katakan, masa sekolah rendah dulu aku adalah seorang pelajar yang cemerlang!! Lorr!! Betul!! Tiap-tiap tahun muka aku je naik atas pentas ambil hadiah sebab dapat nombor satu. Markah subjek tertinggi lagi. Huh!! Bangga gila!!

Walaupun dah pindah sekolah lain. Aku tetap cemerlang. Aktif gitu!! Ha ha ha… Kembang kuncup hidung aku ni hah sebab berjaya puji diri sendiri!!!

Tapi ada seorang cikgu yang tak dapat aku nak lupakan. Cheewaahh! Masa aku darjah 1 rasanya di Sekolah Kebangsaan Teluk Kemang, Port Dickson!. Tahun berapa ek..? Jap aku kira. Ehmmmm…. Dalam tahun 1987 -1988. macam tu lah.

Cikgu yang paling aku minat eh ingat!! Cikgu Wan Mahadi Bin Wan Yusuf!! Wah!! Wah!! Wah!! Tengok betapa minatnya aku pada dia.. eh ingat!! Sampai nama penuh tu!! Lebih 20 tahun dah. Tapi aku masih ingat nama tu! Tak silap aku dia cikgu praktikal rasanya. Sebab dia mengajar kejap je.

Cara dia nak buat kita rajin dan tekun sangat unik. Dia akan bagi bintang!!! Opsss!! Bukan bulan bintang atas langit tu ye! Bintang yang di lukis bentuk bintang tu. Siap ada tag lagi. Yang di pin di baju. Kat dalam tu ada lukis berapa bintang kita dapat. Kalau penuh tu, bangga gila lah!! Hari-hari bintang akan bertambah mengikut pencapaian kita. Hik hik hik…

Alahai.. apa yang cikgu Wan Mahadi buat sekarang ek..? Aku rasa dia dah bercucu!! Ha ha ha ha.. walaupun masa tahun 1987 tu dia bujang lagi. Hik hik hik…

Aku nak sangat jumpa kawan-kawan aku masa kat SK Teluk Kemang dulu. Lama gila tak jumpa. Adalah dapat jejak seorang kawan karib aku. Masih berhubung sampai sekarang tapi tak jumpa lagi. Yang lain-lain tu dah ghaib!!

Kawan paling karib aku, Zaiyati Binti Zaini. Korang kenal ke…??? Huwaaaaa!! Aku nak sangat jumpa dia. Sejak aku pindah Melaka pertengahan tahun 1989, aku langsung tak pernah jumpa dia. Apa yang aku dengar lepas aku pindah dia pun pindah balik kampung dia di Taiping, Perak. Aku rasa dia dah jadi orang yang berjaya!! Sebab selain dari kawan karib dia juga pesaing terdekat aku. erhMMMmm.. InsyaAllah, kalau ada rezeki aku memang nak cari dia.

Sekolah Menengah..? Ehmm.. aku malas nak cerita. Sekolah menengah, zaman kegelapan aku!! Zaman hitam aku!! Zaman yang tak menyumbang kecemerlangan aku! Zaman keciciran dan kecuiaian!! Arghhh! Itulah orang cakap! Menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudia tiada berguna!! Sob Sob Sob!!

Nota Kakitanganku : Masa kecil-kecil dulu, kerjaya cikgu adalah cita-cita nombor 1 aku. Tapi bila dah besar, dah jadi cuai dan culas. Aku alpa. Aku Tercicir. Akhirnya... aku tidak jadi apa-apa.

Friday, May 15, 2009

har| |n| pOL|s daTang...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 4:20 PM 3 kUs-kUs Links to this post
Ingat lagi tak pasal budak darjah 2 yang aku cerita suka mencuri tu. Kalau korang dah ingat-ingat lupa, klik kat sini ek...?
Hari ini polis betul-betul datang. Semalam budak tu mencuri lagi. Jadi hari ini Guru Besar telefon Balai Polis. Dia minta seorang anggota polis datang nasihat kat budak ni. Yang budak ni pula, tak serik-serik. Alahai.... Dia dah dok menangis sejak dengar Guru Besar telefon polis.
Nampak je kereta polis masuk pagar sekolah lagi kuat dia meraung. nenek dia ada datang sekali. Bingit betul telinga aku.
Aku nampak je polis tu, aku dah membayangkan. Budak ni pasti akan kena marah. Kena tengking. Kena ugut sikit-sikit. Kena gertak sambil polis tu hentak-hentak kaki. Kena macam-macam lagi lah. Otak aku serba negatif dah!! ( jahat sungguh aku!!)
Tapi, aku silap! Pegawai Polis tu amat baik sekali. Ha ha ha ha... Dia bercakap dengan penuh berhemat. Pandangan-pandangan negatif aku tu memang jauh tersasar. erhMmmm... Polis kan? Bukan kerjanya hanya tangkap orang jahat jer. Dia mesti belajar psikologi!!! erhMm!! Betul! Betul! Betul!!
AKu harap sangatlah budak tu akan insaf-seinsafnya. Lain kali polis tu kata, kalau dia mencuri lagi bawa terus ke balai. Baik juga cadangan tu. Biar budak tu tengok rupa balai Polis tu macam mana. Biar dia tengok rupa lokap tu macam mana. He he he he he....
nota kakitanganku : Aku pun nak sangat rasa duduk lokap tu macam mana. Sebab aku tak terbayang macam mana banduan yang kena penjara duduk dalam sebuah bilik yang tiada apa-apa kecuali tandas!!! kalau setakat 2-3 hari, boleh tahan lagilah! Dapatnya 30-40 tahun!! Huh!! Masak!! Okey!! Korang, siapa-siapa yang ada barang-barang yang tak berapa berharga yang boleh aku curi, sila beritahu. Ha ha ha ha ha!! ( Tolong Pakcik Pulis!! Jangan tangkap saya!! Saya gurau-gurau jek!!! )

Thursday, May 14, 2009

D|am Lebih ba|k...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:25 PM 0 kUs-kUs Links to this post
"Maafkan kerana aku tak pernah
Terlintas untuk menulis pada mu
Salahkan ku
Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar
Untuk kau melihat ke mataku"
Nota kakitanganku : Dulu aku rajin nak menulis.... rajin nak meluah apa yang bersarang dan berserabut dalam kepala dan hati aku. Tapi sekarang aku dah malas! Kenapa? Entah.. sebab kadang-kadang rasa macam penat sangat!!! Penat nak fikir. Penat nak rasa jauh hati. Penat nak tunggu dan lihat!! Penat nak bagi alasan. Apa-apa jenis penat semualah. Betulkan? Kadangkala diam itu adalah jawapan yang terbaik!!! Aku akur pada kecelaruan fikiran. Mungkin ini hukuman dan petunjuk Dari-Nya. Dan aku kesali tiap apa dosa yang aku lakukan. Dan aku terima ketidaktentuan hidup ini. Wallaualam....

Wednesday, May 13, 2009

Per|st|wa 13 Mei ....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:48 AM 6 kUs-kUs Links to this post

13 Mei …
Orang selalu cakap atau sebut 13 Mei. Bila ada perbalahan antara kaum, cakap-cakap belakang antara kaum, kaum tu minta ini, kaum yang ini pula minta yang itu. Orang pasti akan kaitkannnya dengan Peritiwa 13 Mei!! Mereka tidak mahu Peristiwa 13 Mei berulang. Aku juga.

Walau Peristiwa 13 Mei itu berlaku saat aku belum wujud di dunia, namun aku tetap bersetuju dan berharap, agar ianya tidak berulang!! Amat-amat berharap. Dalam keadaan politik semasa yang kadangkala panas, kadangkala sejuk dan kadangkala suam-suam kuku ini, aku harapkan janganlah sesekali Peristiwa 13 Mei itu berlaku!!

Peristiwa 13 Mei 1969, Peristiwa Hitam Negara!! Aku menyelusuri sejarahnya di sini.


Semoga Malaysia Kekal Aman Dan Sejahtera!!

Nota kakitanganku : aku ada sebab menulis mengenai 13 Mei. Selamat Hari Lahir Abah Yang Ke- 61. -13 Mei 1948- Malam ni kitorang belanja makan ya..?? Hik Hik Hik...

Tuesday, May 12, 2009

Akademi JPJ Dan Bakteria Meningitis

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:39 PM 2 kUs-kUs Links to this post

Sumpah!! Aku hanya boleh menaip nama bakteria tu! Jangan minta aku sebut! Aku akan jadi gagap!! Hik hik hik....

Sekarang aku sendiri hidup dalam ketakutan. Akademi JPJ tu dekat je dengan rumah aku. Dekat tak dekat pun dekatlah juga. Dalam 6-7 kilometer.

Dalam Berita Harian hari ini pula, semua pelajar di SJK C yang berhampiran di wajibkan memakai topeng muka!! Aku rasa kawan aku yang kerja kat sana mungkin sedang bercuti panjang!! Aku agak je sebab masing-masing pun dah cuak nak pergi kerja!

Alahaii... Meningitis.. Pergilah jauh....

Nota kakitanganku : 418 orang di kuarantin, tapi setiap hari ada saja penambahan Pelatih Akademi JPJ yang di masukkan ke wad!! Kuarantin tu menolong dari tidak berjangkit kepada orang lain di luar Akademi, tapi bagi aku yang mangsanya, dalam Akademi itu sendiri! erhMmmmmm...

Monday, May 11, 2009

yOu gOt |t YB N|zar~!!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:46 PM 0 kUs-kUs Links to this post
yup!! he gOt iT!!! For Perak's MB!!

nota kakitanganku : aku tidak pasti apakah kemenangan beliau hanyalah gimik politik atau menang sebenar-benarnya menang!!!

Har| m|nggu yanG PenaT!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:05 AM 2 kUs-kUs Links to this post
hari minggu yang penat dan tiada entry yang rajin di buat!!!
Sabtu ke Senai tolong-tolong kemas barang. Along aku dah nak berpindah semula ke Melaka. Amat penat!! ( walhal takdlah tolong sangat!!) Ha ha ha ha...

Pertama kali memandu di lebuharaya. wah!! Nebes bangat!!! Abang aku ntah apa sebabnya tiba-tiba pening kepala. Nak kata 'pregnant', LELAKI!! huh!! Aku gagahkah diri membawa kereta dari Hentian sebelah Yong Peng sampai ke Senai!! Alhamdulillah selamat!! Ha ha ha ha...
Ahad ayah aku datang bersama-sama lori 3tan. NAsib baiklah ada jiran-jiran yang prihatin tolong-tolong angkat barang! Banyaklah juga barang. Aku pun menyibukkan diri juga!! Angkat mana-mana yang larat je.
Dalam perjalanan balik singgah di R&R Machap! Perut aku dah memulas-mulas dari mula perjalanan lagi! HUarghhh!! Cepatlah sampai R&R!!! AKu tak tahan!!! Abang aku berhentikan kereta betuk-betul kat tangga naik ke tandas tu!! Bila rasa dah memulas-mula tangga yang berapa anak tangga tu aje aku rasakan tingginya macam tangga kat Batu Caves!! Ayoyo!!!!
Aku bermaustautin dalam tandas tu dalam jangka waktu yang panjang!! AKu dah cakap dalam hati, kalau mereka semua dah habis makan pun tak pe lah... janji perut aku ni ok!!! sebab adalah dekat 20min aku bertafakur!! Keluar-keluar je aku nampak Along!! Ha ha ha !! Rupanya dia mengalami masalah yang sama macam aku!! Ada gak geng!!! huh!! Rasa lutut longgar je. Perut dah kosong agaknya!! hik hik hik...
Sampai rumah dalam kol 4. Barang-barang separuh letak di rumah Along, separuh lahi letak rumah aku. Alamatnya aku akan jadi penat untuk kali ke dua. Kena kemas-kemas lagi! Tapi dah tak larat. Aku tidur awal memang tak terjaga langsung!!

nota kakitanganku : Lepas habis angkat barang masuk dalam lori, abang aku nak bawa lah jiran-jiran yang tolong tu pergi minum air. Abah aku dengan penuh kondipen cakap ' eh!! Pakai kereta abah je!'. Sambil meraba-raba poket baju dan seluar cari kunci kereta!! Lepas tu adik aku cakap, " Abahkan naik lori tadi, mana datangnya kereta abah kat sini lak!!'. Ha ha ha .. Kitorang gelak guling-guling!! Kelakar sangat. Ayah aku boleh lupa dia naik lori masa datang Senai!!!! hik hik hik .. Sorry Abah.. ter'over' ketawa masa tu!!!

Saturday, May 09, 2009

kEmbar t|Dak se|raS...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:39 AM 3 kUs-kUs Links to this post
UI
Mereka adik -beradik.. Satu emak.. bapa tak pasti!! Tetapi seekor kecil dan seekor lagi besar! Masa bawa pergi vet aku pernah tanya, " Kenapa kucing bantut..??" MA tu kata, kalau dia tak dapat susu ibu sejak kecil, dia akan lambat membesar. Macam kurang zat gitulah!! Dak Itam okey lagi! Dia masa kecil pun ok!! Paling comel sebab dalam kalangan 5 adik beradik, dia seekor je hitam. Yang lain-lain warna macam Dah Utih! Tapi Dak Utih masa kecil amat nazak sekali aku tengok!! Kurang zat dan kurang kasih sayang ibu!! Ha ha ha ha.. Lagi satu tapak kaki depan dia terbakar. Dengan mata dia yang penuh tahi mata. Memang teruklah. Sebab tu lah dia agak kecil. Berpenyakit!
nota kakitanganku : Gambar tu gambar lama. Baru balik klinik. Kena 'Enjet'. Itu yang terbongkang tidur!!! hik hik hik..

Thursday, May 07, 2009

PerempuaN BanganG yang akU L|hat…

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:43 PM 5 kUs-kUs Links to this post
Maaf atas tajuk yang nampak sedikit kurang ajar. Tetapi jangan risau. Jika anda tidak makan cili, takkan terasa pedasnya pula kan..???

Petang tadi aku dalam perjalanan ke Hospital Melaka melawat nenek sebelah rumah aku yang patah kaki sebab terjatuh. Ayah aku yang memandu dan aku menjadi ‘mem’ di belakang. Tidak di lupakan ‘mem’ yang sedia ada di depan ya. Hehehehehe..

Kereta kitorang kat belakang sebuah kereta kancil ni. Punyalah lembab jalan. Sabar lagi lah kan... sikit sikit dia tekan brek.. sikit-sikit tekan brek. Jadi, ayah aku pun potonglah dia sebelum lampu isyarat di depan. Sebab ada dua lorong setiap hala. Lampu masih hijau. Nombor ada lagi dalam 6-7 saat. ( Melaka punya lampu isyarat bernombor... Negeri korang ada tak..? Aku kadang-kadang boleh terlelap sementara tunggu lampu tu tukar hijau!! Ha ha ha ha !!)

Macam biasalah pemandu Malaysia.. ( atau aku saja..??) waktu tu lah waktu yang amat ‘ghairah’untuk memecut.Aku dengar hon yang panjang. Kereta MyVi belakang kereta kancil tu rupanya yang hon. Nak kejar lampu isyarat. Kereta kancil kat sebelah tu, perempuan yang bawa. Dia sedang berSMS!!! Kereta belakang dia dah hon sebab nak pecutlah sebelum lampu tukar merah! Perempuan bangang ni boleh bawa perlahan je konon-konon baguslah lampu merah boleh terus berSMS!! Ayah aku pemandu berhemah. Jadi memang tak sempat lah nak melepaskan diri daripada lampu merah!!

Jadi masing-masing memang tak lepas lampu merah. Aku pandang perempuan yang bawa kancil tu. Aku dengan angkuh geleng-geleng kepala pandang dia. Dia boleh menyebabkan kemalangan. Korang bayangkan, dah jadi tabiat pemandu yang lain nak pecut tiba-tiba bila lampu hampir bertukar merah, boleh langgar belakang kereta dia sebab perangai bingai dia yang leka melayan SMS. Kejap-kejap pandang depan. Kejap-kejap pandang handset dia. Jam tadi pukul 5.30 petang. Memang waktu puncak orang balik kerja dan kereta bertali arus. Dia boleh buat perangai ‘hamlau’ dia macam tu.

Aku cakap macam ni bukan aku nak galakkan orang bawa kereta dan langgar lampu oren tu. Tapi aku cakap berdasarkan tabiat pemandu yang memang suka melanggar lampu oren tanda amaran supaya berhenti ( termasuk aku!! Amat sedih ini perangai!!) Aku tak kisah kalau perempuan ni memang jenis bawa perlahan dan menumpukan sepenuh perhatian kepada jalanraya. Tapi dia memandu perlahan sebab melayan SMS!!! Itu yang buat aku ‘angin’ rasa nak langgar je belakang kereta dia. ( itu pun kalau aku pandu JBC!!)

Kepada perempuan yang amat bangang memandu sambil berSMS itu, jika kau membaca ( aku harap sangat kau membaca dan tidak buta IT ).... Aku akan tepuk tangan di hujung cuping telinga kau seandainya kau mengalami kemalangan di atas sikap bingai kau itu!!! Dan aku akan menambahkan kesakitan kau dengan menghentak-hentakkan telefon bimbit kau tu ke kepala kau bertalu-talu seandainya ada orang lain yang terlibat di atas sikap bodoh kau. Aku tak pasti kau ambil lesen memandu di mana yang membenarkan penggunaan telefon bimbit. Rasanya kau ambil lesen terbang di Sekolah Memandu Cap Ayam!!! Yang penting kau harus tahu aku amat ‘kijam’ dan akan melakukkannya sekiranya kita bersua lagi. Aku tak kisah kalau kau mati seorang tetapi jangan melibatkan orang lain yang tidak bersalah!! Oh ya!! Jangan berlagak sangat. Kau kena ingat kau bawa kereta kancil.. bukan menunggang seekor kancil di atas jalanraya. Sekiranya seekor kancil yang kau tunggang aku tak heran sebab kancil ada mata, tapi kereta kancil kau tu hanya guna mata kau je!!!!

EEEEeeeeeEEE!! Anak sapo lah ni!!!!

Nota kakitanganku : Aku lupa nak ambil nombor kereta dia!!! Kalau tak boleh juga aku letak kat sini buat pameran nombor. ( Bukan untuk korang beli nombor ekor!! Berdosa tu!! Haram!!!)

RM 90,000.45 ( sEkep|ng suraT Rasm|) !!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 3:56 PM 8 kUs-kUs Links to this post
Che Mah Binti Che Tom Tom Bak,
Kg. Patah Sayap Terbang Jua,
00200 Bla Bla Bla,
Bla.. bla.. bla..


Kepada,
Encik Sameon Bin Seputih Tepung Gandum,
SMK Serindit Mati Tersepit,
00500 Bla Bla Bla,
Bla..Bla.. Bla...

Melalui dan salinan,
Pengetua,
SMK Serindit Mati Tersepit,
00500 Bla Bla Bla,
Bla... Bla... Bla...
Tarikh : 06 Mei 2009

Tuan,

PERMOHONAN MAAF DAN BAYARAN TUNTUTAN BAKI IMBUHAN TAHUNAN 2008

Adalah dengan segala hormatnya, perbualan telefon antara saya dan tuan pada 29 April 2009 jam 11.00 pagi dan perkara di atas adalah di rujuk.

2. Dengan rasa rendah diri dan dukacitanya saya memohon maaf di atas kesilapan saya berkaitan dengan Pergerakan Gaji Tahunan 2008 tuan yang tidak di lakukan di sebabkan oleh kecuaian saya menyemak Borang Kew. 320 bertarikh 03 April 2008.

3. Berkaitan dengan soalan tuan pada bulan April 2008 mengenai dengan kenaikan gaji yang saya maksudkan ‘automatik’ di situ ialah pergerakan tersebut akan masuk ke dalam ‘Payroll’ Bulan Mei 2008 bersama-sama dengan pemberian Hadiah Pergerakan Gaji. ( Sila rujuk Kew.320 bertarikh 03 April 2008 dan Penyata Perkiraan Tunggakan Lampiran A). Kesilapan saya ialah gaji yang tertera di Kew. 320 bertarikh 03 April 2008 masih lagi saya taip dengan gaji yang lama ( RM 2871.70) sedangkan di dalam perkiraan pada tunggakan telah saya isi dengan amaun yang baru.( RM 2962.15) ( Seperti yang di tanda).

4. Sebagai seorang pembantu tadbir yang masih belajar selok-belok dalam menjalankan tugas, saya akui kesilapan ini. Namun sebagai Pembantu Tadbir Kewangan yang menjaga dan menguruskan bukan hanya hal yang berkaitan dengan gaji bagi hampir 100 orang kakitangan di tempat tuan berkhidmat bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Oleh itu sebagai seseorang yang menerima gaji bagi pihak dirinya sendiri, adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk menyemak pendapatan bulanan masing-masing berdasarkan salinan ‘payslip’ yang di terima setiap bulan kerana kadangkala saya juga terlepas pandang satu dua perkara penting seperti ini.

5. Namun tunggakan Pergerakan Gaji 2008 tuan telah selesai saya uruskan bagi di masukkan di dalam ‘payroll’ bulan Mac 2009. ( Sila rujuk Kew. 320 bertarikh 05 Februari 2009 dan Penyata Perkiraan Tunggakan Lampiran B). Saya juga ada berjumpa dengan tuan sendiri untuk memohon maaf atas kesulitan ini selepas saya menyedarinya pada awal Februari 2009 sebelum saya bertukar ke SJK C Ni Hau Ma.

6. Berkenaan dengan Borang EC 2008 tuan, pada pemahaman saya ianya tidak perlu di ubah. Ini kerana tunggakan gaji yang tuan terima adalah di dalam tahun 2009. Oleh itu ianya hanya perlu di kemukakan dalam Borang EC 2009 yang akan di keluarkan kelak.

7. Berkaitan dengan masalah pergerakan gaji tersebut, bayaran Imbuhan Tahunan 2008 tuan juga turut terjejas. Walaupun saya telah menerangkan kepada tuan bahawa bayaran tersebut tidak dapat di lakukan, namun tuan tetap bertegas ingin menuntutnya. Oleh itu bersama-sama dengan ini saya sertakan wang tunai RM 90.45 ( Ringgit Malaysia : Sembilan Puluh Dan Sen Empat Puluh Lima Sahaja ) ( beza Imbuhan Tahunan 2008 : RM 2962.15 – RM 2871.70 = RM 90.45 ) yang saya bayar tuan menggunakan wang saya sendiri. Saya membayar tuan dengan ikhlas atas dasar tanggungjawab kerana saya tidak mahu sekiranya perkara ini akan terus berlarutan dan menjadi ungkitan kelak.

8. Sekali lagi saya memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku dan saya berharap penerangan yang di berikan ini terang, jelas dan tuan fahami isi kandungannya menandakan yang saya bersungguh-sungguh ingin menjalankan tanggungjawab saya dengan jujur dan amanah. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah. S.W.T. dan yang lemah itu datang daripada diri saya sendiri.

Sekian, terima kasih.


Yang benar,



..........................................................................
(CHE MAH BINTI CHE TOM TOM BAK)


nota kakitanganku : aku dah hantar surat ni pagi tadi melalu pengetua. Dia tersenyum!!! Mungkin banggan dengan hasil karangan aku ini. AKu lega!!! ( aku lupa nak pakai sampul surat bunga-bunga dan letak riben ropol-ropol!! huarGhhh!! Aku terkilan!!

Wednesday, May 06, 2009

TawaRan |st|mewa.. stOk tErhaD...!!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:21 PM 3 kUs-kUs Links to this post

utihwer
Okey!! Beli Mouse Pad yang canggih. Yang ada kalkulator sekali!! Percuma 'Mouse', sepasang kaki kucing ( warna bergantung kepada permintaan), dan seekor 'ekor'.. ( apa punya ayat ni..?) Cepat! Cepat! Dapatkan segera di Kedai Haiwan.. Erk.!! Kedai Komputer yang terpilih sahaja. Cepat sebelum terlambat!!
nota kakitanganku : aku pilih kaki kucing warna putih, sebab mouse pad warna hitam. Sesuailah... Putih Hitam!! Ha ha ha ha ha... (Ekor dia boleh gerak-gerak tau.. tak payah pakai bateri.. Hik hik hik..) Tak Tipu!!!

GaranG MacaM S.I.N.G.A !!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:38 PM 4 kUs-kUs Links to this post
gfh
Aku boleh sakit jantung bila hari-hari disini. cikgu-cikgu kalau marah. betul-betul marah!! Suara jangan cakap!! Satu kampung boleh dengar. Aku yang duduk dalam bilik pun boleh tersentak-sentak. Macam orang terencat aku di buatnya. Tapi kes hari ini memang betul-betul kelakar. Kesian puan ada. Tapi bab yang kelakarnya tu mengatasi segala-galanya.
Kisah ni bersambung dari semalam lah. Budak yang sama. Baru Darjah 2. Semalam dah kena rotan. Budak ni jenis yang suka mengambil barang-barang kawan. Pensil, pemadam, pengasah, apa-apa je lah. Alatulis tu bukan dia takda Tapi macam dah jadi habits dia. Mungkin bila sehari dia tak buat macam tu dia akan jadi pening agaknya. ha ha ha... Kalau dia ambil pun, dia buang dalam tong sampah lah. Letak bawah meja. Nama pun budak-budak, yang jadi mangsanya tu pun kaki kepoh agaknya.
Tapi 'drama' pagi tadi memang kelakar. Budak ni keturunan india, tapi family cina yang jaga. jadi dia memang fasihlah cakap cina. Guru Besar dah marah-marah sampai hilang suara, terus berpakat dengan cikgu disiplin nak bawa dia ke balai polis. Budak ni punya jerit, MasyaAllah!! Pecah gegendang telinga aku. Menangis sambil menjerit dan bercakap. Bayangkanlah. Haru biru jadinya. Dua orang cikgu dah papah dia nak masuk kereta. Guru Besar pula buka bonet kereta. nak masukkan dia dalam tu. Cikgu Disiplin dah ambil tali rafia, konon-konon nak ikat tangan dia dan masukkan dalam bonet kereta.
Akhirnya dia berjaya juga di bawa masuk ke dalam kereta. Guru besar start enjin terus jalan. Lepas tu kitorang tak tahu apa yang terjadi selanjutnya. Budak-budak lain ni dah beratur depan kelas. Macam ada drama tragis pula. Mungkin mereka semua memang ingat nak bawa balai lah.
tunggu punya tunggu punya tunggu.. guru besar pun balik. Rupa-rupanya guru besar memang nak bawa budak tu sampai balai polis. Konon nak gertak dia lah. Tapi guru besar pun satu, masuk kereta bawa kunci kereta je. IC semua tak bawa. Akhirnya bawa budak tu balik jumpa dengan nenek dia je lah. Bebel-bebel sikit. Dah. Balik sekolah balik. He he he he he.....
Sejak aku kat sini, gertak yang paling popular di kalangan cikgu-cikgu ni ialah, telefon polis. ha ha ha ha... Kalau budak-budak bergaduh je, terus bawa masuk pejabat, angkat telefon, 'Hello polis, tangkap ini budak, dia pukul kawan dia..' Yang budak ni, hilang suara jeirt. "Puyauuuu!! Puyauuuu!! kiranya puyau tu macam tak mahu lah!! ha ha ha ha..
kalau dengan budak-budak area umur macam ni, darjah 1...2..3 boleh lah buat macam tu. Memang jadi punyalah. Tapi kalau yang dah tua bangka tu, kirim salam je lah!! Tak makan saman orang tua-tua cakap!! Hik Hik Hik...
nota kakitanganku : Cara cikgu di sekolah cina dengan sekolah biasa memang berbeza. Aku tengok mereka betul-betul 'mengajar' dalam erti kata sebenar 'mengajar'. Waktu rehat pun selepas budak-budak makan, ada yang kena siapkan kerja rumah depan cikgu. Ada yang kena hafal perkataan melayu. ErhMmmm.. fikir-fikirkanlah bangsa apa yang semakin maju sekarang dan bangsa apa pula yang maju merempit atas jalanraya!!

Tuesday, May 05, 2009

|klan Ubat g|g| caP ayaM...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:34 AM 5 kUs-kUs Links to this post
Photobucket
Hari ini cuaca adalah suam-suam kuku. Pagi tadi masa nak ke pejabat aku rasakan hujan akan turun dengan lebatnya. Sebab guruh sudah berdentam-dentum. Kalah orang main meriam buluh masa hari raya.
Tapi bila dah tengah hari, panas mula menyucuk-nyucuk. Alahai.. tekaan aku salah. Tak hujan. Panas lagi adalah. aku dengan sifat malasnya memang tak mahu nak pergi mana-mana walaupun ada juga perkara separa penting yang perlu di selasaikan.
Malam tadi, semalaman aku mengadap notebook mengarang 'surat cinta'. Nanti lah... kalau semuanya dah selesai, aku akan paparkan surat yang berharga RM 90,000.45 tu di sini. huiiiyoooo!! mahal tu!! Surat yang di tulis dengan cairan emas mungkin!! Siapa-siapa yang terima surat tu pasti berbangga membaca karangan yang menggunakan bahasa berbunga-bunga. hik hik hik... Betul! Betul! Betul!
nota kakitanganku : Tajuk dan gambar di atas tiada kena mengena dengan hasil entry kali ini. Ianya sekadar hiasan semata-mata. (Model : Dak Itam . Tajaan : Dari rumah aku sendiri!)

Monday, May 04, 2009

RebuNg Masak Lemak C|L| ap|...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:34 PM 4 kUs-kUs Links to this post
Photobucket
yang ini pun angin kus-kus juga... tiba-tiba nak tulis pasal makan... hehehehehe.. ini menu aku makan tengah hari tadi. lauk yang wajib beli bila aku keluar. entah kenapa dah jadi 'gila' dengan lauk ini. bila sampai je kat kedai tu, nampak lauk rebung ni ada. aku pasti beli RM 2.00. jangan tak percaya, RM 2.00 boleh makan satu keluarga.
isi dia selain rebung adalah ayam. erhMMMmm.. bukan isi ayam.. tapi, leher ayam, kaki ayam, tonggeng ayam dan yang sealiran dengannya. itulah yang menjadi bahan kudapan aku sehingga terpaksa menambah nasi sehingga kenyang dan sehingga malas nak masuk pejabat balik.
Kuah adalah pedas. dan itu adalah menjadi kesukaan. Mak aku memang tak pernah masak kuah lemak cili api. setakat kuah lemak tu biasalah. tapi nak suruh letak cili api tak mungkin, sebab nanti mak cakap cirit-birit jer.
jadi, pilihan terakhir dengan membeli dan membawa pulang dan makan sehingga tidak boleh berdiri dengan tegakknya. ha ha ha ha..
nota kakitanganku : makan tak tolejh kiri kanan, sehingga berpeluh-peluh dan tiba-tiba jadi selesema.. hidung berair da...
 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting