Wednesday, September 30, 2009

Aku Hamp|r JaD| PembUnuh Har| In|...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:51 PM 58 kUs-kUs
'Kamu tidak perlu minta maaf. Saya yang bersalah. Saya minta maaf.'

Anak siapa ini sila angkat tangan. Amat berbudi bahasa dan skema sekali. Yup! Aku hampir menjadi pembunuh hari ini. Membunuh tanpa pisau atau parang. Tetapi Alhamdulillah. Semuanya tidak menjadi kenyataan. Yang membunuh dan terbunuh tiada. Sujud syukur kepada Yang Maha Esa. Terima kasih Allah Yang Maha Besar.

Keluar dari pagar sekolah dan membelok masuk ke kanan untuk pulang ke rumah habis sahaja waktu kerja pada pukul 5.00 petang tadi. Di kiri kanan adalah ramai orang kerana si tukang mesin rumput bekerja begitu juga dengan 2-3 orang mandornya.

Seorang kanak-kanak lelaki berbasikal tiba-tiba masuk ke tengah jalan. Aku sempat membunyikan hon dan mengelak. Nasib adalah amat baik sekali kerana tiada kenderaan yang berselisih di jalan bertentangan.

Budak lelaki itu dan basikalnya telah melanggar sisi kiri sebelah belakang kereta aku dan jatuh tergolek. Aku memberhentikan kereta dan bergegas mendapatkan beliau. Begitu juga dengan beberapa lelaki yang ada di sekitarnya.

Aku segera memohon maaf dan menerangkan akan kesilapannya menukar haluan basikal tanpa memandang kiri dan kanan. Lelaki-lelaki yang melihat juga sependapat dengan aku.

Tiba -tiba budak lelaki itu berkata 'Awak tidak perlu minta maaf. Saya yang bersalah. Saya minta maaf'. Aduhaiii!! Tersentuh hati nurani aku. Budak lelaki cina itu amat berbudi bahasa. Walau lututnya cedera berdarah beliau mampu menuturkan kata-kata dengan sopan.

'Awak sekolah sini ya? Darjah berapa?' Aku bertanya.
'Enam'. Beliau menjawab.
'Esok saya jumpa awak okey. Rumah awak dekat sini? Jalan elok-elok. Pandang kiri dan kanan.'
'Terima kasih. Saya minta maaf'. Baik betul budi bahasa budak cina itu.

Alhamdulillah. Beliau hanya cedera ringan. Esok aku akan jumpa guru kelas dia. Syukur kami tidak apa-apa dan kereta aku hanya calar sedikit sahaja.

Nota kakitanganku : Aku akui kalau budak melayu yang terlibat peratus aku untuk di maki hamun adalah tinggi.





|n| k|sah M|nah PerasaN....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 3:00 PM 38 kUs-kUs
Ini kisah beberapa tahun yang lalu. Namun masih segar di ingatan dan menguntumkan senyuman bila mengingatkannya.

Lokasi di Jonker Walk Melaka. Masa kira-kira 8.00 malam.

Kawan aku Zue mengajak ke Jonker Walk. Ini kerana aku tidak pernah menjejakkan kaki ke sana. Seronok juga walaupun baru pertama kali sampai.

Kejadian bermula ketika kami ingin pulang. Zue yang memandu kereta. Sewaktu sahaja mahu keluar dari kawasan meletak kereta beberapa orang lelaki menegur dari jauh. Ada yang bersiul dan ada yang bercakap-cakap. Tetapi tidak berapa jelas butir-butirnya.

Kami memang tidak mengendahkan. Kata Zue ' Mahu menguratlah tu!!' Aku pula. 'Jangan di layan. Menjadi-jadi pula nanti.' Lantas sama-sama ketawa.

Sepanjang perjalanan kami rasakan seolah-olah ada yang tidak kena. Jalan adalah sehala dan sempit. Oleh itu kelajuan berada pada tahap minimum. Tiba-tiba seorang lelaki Cina mengetuk tingkap. Kami berhenti. Curiga untuk menurunkan cermin tingkap walau di minta.

Zue memandang aku. Aku menganggukkan kepala. Kawasan ini ramai orang tidak mungkin tiada sesiapa yang mahu menolong andainya terjadi sesuatu. Tingkap di turunkan sedikit dengan penuh debar. Lelaki Cina itu memandang tajam. Kami pula kelihatan gemuruh dan gementar.

"Adik, lampu kereta tak buka'. Kata lelaki cina itu.

Haiyaaaa!! Selepas mengucapkan terima kasih kami teruskan perjalanan di iringi ketawa berdekah-dekah. Baru teringat peristiwa di tempat meletak kereta. Lelaki-lelaki yang ramai menegur bukan ingin mengurat tetapi ingin memberitahu lampu kereta tidak di buka.

Memang kami minah perasan!!!

Nota kakitanganku : Jangan cepat membuat kesimpulan nanti malu sendiri. Ekekekeke...





WaJah-WaJah KeKenyaNgaN!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:30 AM 36 kUs-kUs
Photobucket


Photobucket

Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket

Sekarang sudah mahu jadi anak jantan. Tidak mahu memerap dalam bilik lagi. Sudah pandai berpoya-poya di luar. Kalau aku balik tengah hari memang tidak jumpa beliau ini.

Sudah Maghrib baru nampak batang hidung. Itupun kalau bernasib baik. Jika tidak pukul 10.00-11.00 malam baru menyelinap balik.

Makan. Terus tidur!! Tiada lagi posing-posing menarik kerana beliau sudah tidak bernafsu bergambar seperti selalu. Warna juga sudah pudar kekuning-kuningan. Ekekekke...

Mungkin sudah pasang teman wanita di luar.

Nota kakitanganku : Ada kucing baru berwarna putih seminggu dua ini . Aku sudah halau ke rumah jiran. Sekarang dia telah jadi penghuni tetap di situ. Ekekekkeke...





Yang Negat|f Dan POs|T|F. RenuNG-renuNgkan...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:30 AM 52 kUs-kUs
Wah!! Macam Ustazah Tedi pula. Sejak bila pula ada ruangan mari renungkan ini? Ekekekkeke.. 'entry' ini bukan ingin menghukum sesiapa. Bukan juga ingin mengadili sesiapa. Tetapi hanya sebagai perkongsian pengalaman sahaja. Yang baik jadiakan tauladan. Yang buruk sebagai sempadan. Wah!! Gitu!! He he he he..

Ringkasannya :

Yang positif .

Photobucket

Kaunter 1 paling hujung sekali.

1. Petang semalam ke pejabat pos. Urusan aku seorang sahaja adalah lama. Mengepos 2 barang. 1 surat berdaftar dan 'hidupkan' lesen memandu. Lama juga aku tunggu sampai kematu kaki berdiri. Tetapi aku tidak kisah kerana kakak yang kerja di Kaunter 1 Pejabat Pos Jasin amat murah sekali dengan senyuman dan berbudi bahasa. Menjawab pertanyaan tentang ASB dengan baik dan ramah.

Yang negatif.

Photobucket

Si Perempuan Bulat. Okey! Maaf! Aku pun bulat juga!

2. Dalam perjalanan balik singgah mengisi minyak kereta di Petronas Bemban. Aku menggunakan duit RM 1.00 baru sebanyak 30 keping. WTF Si Perempuan Bulat yang bekerja di kaunter mengeluh dengan berkata 'Alamak! Duit satu ringgit lagi!!' Rakan di sebelah memang sedang mengira banyak duit satu ringgit dan sudah di ikat kemas.

Muka si Perempuan Bulat itu mencuka sambil terhegeh-hegeh mengira Rm 1.00 30 keping macam mangira RM 1.00 300 keping. Selepas itu tanya berkali-kali dengan suara yang perlahan macam pengantin baru kereta aku di petak berapa.

Aku amat bangga sebab aku penyabar petang semalam . Layankan sahaja. Jika tidak mahu sahaja aku tanyakan kepada dia ' Kenapa mengeluh? RM 1.00 baru ini tidak laku ke? WTH kamu ini!!'

Okey! Sudah habis mencarut aku ingin ke pejabat. Kelakar gila ayat penutup!!

Nota kakitanganku : Daaaa.......








Mahu T|Dur! PerLu BasUh kak|?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:00 AM 17 kUs-kUs
Soalan memang tidak relevan!! Ha ha ha.. Mahu basuh kaki pun tanya orang.

Aku harap ada sambungan daripada mimpi semalam. Aku was-was ingin basuh kaki. Takut wajah-wajah yang ingin aku tatap berbikini itu tidak muncul! Ha ha ha ha...

Dan aku harap ketua rombongan akan memaksa aku turut serta di meja berbuka puasa dalam pakaian yang lengkap kerana aku tidak sanggup memilih salah satu dari dua bilik yang di tawarkan beliau.

Okey!! Selamat malam!!

Nota kakitanganku : Fuhhhh kiri... Fuhhh kanan!!





Tuesday, September 29, 2009

KenapA ApakaH Aku h|LanG |ngaTan? La|n kaL| s|La seT |ngaTan |tu D| TeLefOn B|mB|t!!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 5:10 PM 36 kUs-kUs
Tajuk panjangnya macam keretapi penumpang ke Kota Bharu. Ekekekekke.. Ada ke keretapi ke Kota Bharu. Pandai-pandai sahaja!

Okey!! Sila lihat tarikh di kad ini!

Photobucket

Gila babas aku bawa kereta dengan tarikh lesen memandu telah tamat tempoh hampir 3 bulan yang lalu.

Malam tadi sebelum melelapkan mata aku membelek-belek beg duit sendiri yang berwarna coklat pemberian seorang guru ketika aku berpindah dahulu. Lama tidak mengeluarkan segala isi perut yang terdapat di dalamnya.

Terpegang dan terteleklah dengan tidak sengaja lesen memandu. Menggosok-gosok mata beberapa kali kerana terasa begitu tidak percaya dengan tarikh yang tertera di atas kad itu.

03/07/2009?? WTH??? Sudah hampir 3 bulan lesen memandu aku meninggal dunia!!!!

Betapa kecuaian itu boleh membunuh! Eh! Boleh menyebabkan aku di saman!! Alhamdulillah... Tiada apa-apa yang berlaku di dalam tempoh aku membawa 'mayat' lesen itu. Dengan pantasnya juga aku memberi nyawa semula kepada lesen tersebut.

Nota kakitanganku : Banyak makan semut agaknya.....




M|mp| yanG BetuL MeranGsanG!! Erk!! MeranGsanG M|nDa!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:30 AM 55 kUs-kUs
Teruja betul aku tulis pasal mimpi apa yang kita mahu malam tadi. Aku buat tajuk itu pun secara spontan. Selesai 'publish' aku pun tutup 'lappy'.

Mata memang tidak mahu lelap. Belek-belek beg duit (ada sesuatu yang aku jumpa. Nanti aku cerita) aku pun terlelap.

Kamu tahu aku mimpi apa malam tadi. Memang penuh kelucahan dan 'kedosaan!!!'

Aku mimpi kita semua 'bloggers' ada perjumpaan berbuka puasa di pantai. Gila sungguh! Bukan tepi pantai. Tetapi 'dalam' laut. Bukan dalam. erhMmm!! Macam mana aku mahu terangkan? Kiranya kerusi meja letak atas air tetapi tidak tenggelamlah!!

Muka paling jelas dan nyata aku nampak muka Cikgu Ayus. Ha ha ha ha.. Kira kamu ketua rombonganlah Ayus. Pantai PD kot! Ekekekeke..

Tapi yang kelucahannya semua yang sudah bersedia di atas kerusi untuk berbuka hanya berbikini!! Tidak nampak muka sebab nun jauh di tengah laut! Sungguh!!! Tetapi Cikgu Ayus berpakaian lengkap sedang meronda mencari blogger yang menyorok sebab tidak mahu turut serta termasuklah aku. Gila ke apa?

Siapa yang tidak mahu turut serta di beri pilihan duduk di bilik hotel 2 orang bloggers. Adalah dalam 3 hingga 4 orang. Salah seorangnya 'nick' Niesz!! Mungkin sebab masa Hari raya hari itu beliau bercuti ke Melaka itu yang 'enterframe' sekali. Ekekekeke.. Di pintu terletak gambar blogger tersebut. Pilihlah mana satu. Teka bilik siapa.

Mamai dengan Pakcik Dot! Serius doh.... Gila ke apa mahu pilih PakcikDot. Sudahlah semalam beliau buat tajuk 'entry' yang bukan-bukan. Naik bulu roma aku! Okey! Itu juga tidak bermakna Mamai boleh di percayai!! ha ha ha..

Belum sempat kami pilih aku sudah tersedar sebab Dak Itam sudah balik. Kelentang kelentung lalu 'pintu rahsia' dia.

Hampagas Dak Itam. Potong 'stim' betul!!! Sebab aku mahu sangat tengok muka bloggers-blogger yang berbikini itu!! Ha ha ha ha ha....

Nota kakitanganku : Kamu pula! Mimpi ke tidak apa yang kamu harapkan?
Ekekekekeke

TemaH!! BukaN Nama SebeNar!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:30 AM 62 kUs-kUs
Aku pernah menulis tentang ini beberapa bulan yang lalu di sini.. Waktu itu blog ini masih merangkak-rangkak. Hanya Dak Ashie yang begitu setia memberi komen sepatah dua kata di dalam setiap 'entry' yang aku taip. Terima kasih Dak Ashie. Jasamu di kenang.

Okey!! Hari ini aku ingin membuat pengisian yang sedikit lebih kurang sama. Tentang nama.

Photobucket

Sila kira berapa huruf yang ada dalam nama di atas? Ha ha ha.... Gila banyak!!

Aku cuma ingin tahu jumlah huruf yang ada dalam nama kamu. Nama kamu sahaja. Jika kamu ingin berkongsikan nama sebenar juga di alu-alukan.

Nama aku ada lapan huruf sahaja. Paling sedikit berbanding dengan adik-beradik yang lain.

Kamu pula?

Nota kakitanganku : Aku lebih suka nama yang ringkas dan mudah di sebut!





Mahu M|mp| apa MaLam |n|?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:41 AM 24 kUs-kUs
Wah! Soalan!! Sungguh tidak relevan!!

Boleh ke kita pilih-pilih mimpi yang kita mahu? Ekekekeke...

Andai boleh, mimpi apa yang kamu mahu malam ini?

Aku ingin mimpi bilik aku berada dalam keadaan kemas dan selesa. Kain baju di dalam bakul sudah berlipat. Kertas-kertas tersusun dengan rapi. Ceh!! Nampak sangat bilik aku sungguh semak sekali.

Bilik tidak besar. Tetapi bila di huni oleh seorang dan 2 ekor nampak sungguh sempit!!

Nota kakitanganku : Kamu berdua. Tolong tidur di tempat masing-masing dan tidak menyelit untuk memenuhi ruang!!! Rimas tahu tak?





Monday, September 28, 2009

ALhamDuL|LLah.... Rezek| SyawaL....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:30 PM 30 kUs-kUs
Eh!! Bukan. Aku tidak mengandung!! Aku belum bernikah!! Eh!! Bukan juga!! Tiada siapa yang datang merisik. Ha ha ha.. Adehhh.. Perasan sungguh aku kamu tanya soalan-soalan macam itu! Ekekekkeke...

Apapun layan dulu gambar ini. Maaf! Bukan gambar porno. Eh! Kenapa perlu minta maaf? Ha ha ha!! Okeyyy!! Okeyy!!

Photobucket

Cantik nombor ini. AKu 'capture' dalam pukul 6.00 petang tadi. He he he..

Okey! Berbalik kepada topik.

Tada...

Photobucket

Ehem!! Hari ini begitu teruja sekali kerana mendapat cek ini. Alhamdulillah. Memang rezeki Syawal. Eh! Kenapa perlu kaburkan nama? Okey! Demi keselamatan. Jumlah? Ekekekeke.. Saja mahu tayang. Maaf!! Bukan riak! Keterujaan!! Siap ada sen sekali. Ha ha ha..

Harap maklum. Aku bukan di taja oleh Bapa Gula ( Baca: Sugar Daddy) jauh sekali Bapak Gulagula . Ha ha ha.. Tapi ini pemberian Bekas Majikan yang baik hati. Percayalah!

Okey! Beliau tidak terlalu baik hati memberi aku percuma bukan? Ini hasil aku membantu beliau dalam 2-3 bulan ini untuk projek terbaru syarikat. Aku membantu ikhlas. Memang tidak mahu menerima apa-apa. Syarikat itu merupakan syarikat pertama yang aku bekerja selepas habis belajar dulu. Dari tahun 2002 sampai bulan September 2006.

Kerjanya pun tidak susah hanya perlu mengadap komputer, masukkan angka bagi dokumen tender beliau yang telah siap aku masukkan formula dalam perisian MS Excel. Aku melakukannya hanya di rumah. Bila siap aku akan emelkan kepada beliau. Kalau rajin cetak keluar dan serahkan melalui tangan.

Beliau akan mencatit setiap kos yang aku keluarkan walaupun aku buat dengan sukarela. Bila beliau ingin memberi upah aku menolak sebab aku kenang jasa beliau yang mengambil aku bekerja walaupun masa itu aku zero dalam dunia pekerjaan. Melayan aku dengan baik selama hampir 5 tahun aku bekerja dengannya.

Beliau bukan hanya sebagai majikan sebab selalu berkongsi kisah suka duka keluarga dan anak-anak beserta suami. Walaupun berlainan bangsa dan agama sehingga sekarang kami masih keluar makan bersama. Terima kasih buat bekas majikan aku Miss T bukan nama sebenar. Ha ha ha ha..


Nota kakitanganku : Maaf Kakwatie dan CikguAyus. Kad raya kamu sampai hari ini tetapi kerana terlalu teruja dengan ini, gambar kad tidak sempat di ambil kerana sudah di letak di laci pejabat. Ekekekekek.. Terima kasih.





Aku T|Dak TahU OranG La|n. Tetap| akU MenyaMpah!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:10 PM 68 kUs-kUs
Yup! Menyampah dan meluat!! Sungguh keji aku ini. Tetapi perasaan aku. Aku jujur dengan perasaan sendiri. Walau suatu ketika dulu mereka pernah baik dan rapat dengan aku tetapi sekarang sudah berubah mengikut peredaran masa dan status. Aku tidak kata aku baik. Tetapi aku cuba yang terbaik. Sayangnya percubaan itu hanya tinggal percubaan.


Usaha aku bertanya khabar melalui telefon dan SMS sia-sia sahaja. Sekali dua mungkin tidak mengapa. Tetapi kalau hanya kita yang bersungguh-sungguh macam hidung tak mancung pipi tersorong-sorong pun tidak guna juga.


Kalau ingin minta tolong cepat sahaja sudah terpacul di pintu pejabat atau rumah. Selepas itu lesap!! Alahai manusia yang pernah aku gelar SAHABAT!


Tetapi bila Hari Raya mulalah semula. SMS dan telefon berkali-kali ingin datang ke rumah.

Okey! Aku tidaklah sekeji mana untuk menghalang.


Apa motifnya pula menjatuhkan airmuka aku di hadapan tetamu yang lain ?


'Akak bolehlah cuti lama, kerja kerani je. Kita ni tak boleh lama-lama. Nanti tak de orang nak pantau orang bawahan kerja.' Kakitangan kerajaan yang bergred tinggi dan baru kerja 2 bulan.


'Akak nak duduk situ je ke? Kalau sambung belajar dari dulu dah jadi macam kitorang ni hah.'

Okey!! Kamu hanya ada diploma!!


Dan soalan wajib....


'Bila nak kahwin kak? Tengok kitorang anak dah berderet. Nak tunggu nasi minyak akak tak dapat-dapat lagi! Lambat sangat!'

Okey juga! Baik!! Kamu berkahwin ketika masih belajar dan di awal pertunangan asyik menelefon kerana tunang kamu ada perempuan lain.


Aku jawab beberapa soalan pedas beliau dengan gelengan kepala dan senyuman sinis. Aku kalau jawab takut beliau tidak sanggup mendengar.


Sebab itu aku sudah malas untuk mengambil tahu perihal kawan-kawan yang jenis muncul setahun sekali dan terpacul ketika susah.


Nota kakitanganku : Masing-masing ada rezeki masing-masing. Usah pertikaikan.






La|n MacaM sahaJa...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:30 AM 41 kUs-kUs
Bukan satu macam. Bukan dua macam. Bukan tiga macam. Bukan juga bermacam-macam. Tetapi lain macam. Apa yang lainnya?

Suasana mungkin. Selain dari perasaan malas kerana sudah terlalu lama bercuti, persekitaran juga terasa lainnya.

Jika dahulu mula sahaja bekerja selepas cuti berhari raya memang mengujakan. Berbagai jenis kuih muih dan biskut raya yang terletak kemas di atas meja bilik makan di pejabat pemberian staff dan guru-guru. Memang meriah.

Pagi ini aku rasa kosong sahaja. Macam tiada apa-apa. Semua tiada. Kuih raya. Biskut raya. berkaitan dengan rayalah. Zero!!

Kamu pula. Jika ada yang baru mula bekerja hari ini?

Nota kakitanganku : Eh Eh! Baru sedar bekerja di sekolah cina. Siapa yang mahu layan 'mood' raya itu!!! Ha ha ha ha...

Sunday, September 27, 2009

B|La LeLak| |nDOn |tU MenanG|s....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:34 PM 36 kUs-kUs
Wah tajuk!! Boleh cetuskan kontroversi gitu!!! Ibu-ibu, Bapak-bapak!! Tolong jangan salah faham. Sebahagian orang Indon sekarangkan sensitif bangat kalau perihal mereka atau negara mereka di perkatakan. Yang mereka tahu HuHaHuHa tanpa usul periksa. Tapi lantaklah. Aku mahu menaip pasal ini juga. Ekekekekeke..

Eh! Kamu jangan ingat aku sedang asyik masyuk bercinta dengan Mat Indon pula ya? Minta di jauhkan. Nauzubillah.... Tidak rela. Ha ha ha..

Hari ini salah seorang pekerja Indon abah pulang ke Indonesia. Bukan pulang untuk sehari dua. Bukan juga sebulan dua. Tapi pulang terus. Tidak kembali lagi di bumi Malaysia bertuah ini tempat beliau mencari rezeki. Beliau ingin menetap terus di kampung halaman. Begitu juga isterinya yang bekerja sebagai pembantu rumah di Hong Kong. Juga akan pulang.

Ringkaskan cerita. Penerbangan beliau malam ini. Abah tidak menghantar. Tetapi meminta 2 orang lagi pekerja lain menghantar menggunakan kereta abah ke KLIA atau mungkin ke LCCT!

Emak membekalkan 3-4 jenis kuih raya di dalam balang. Abah pula selepas bersalam-salaman terus memecut motor ke rumah Pakcik Abu (macamlah kamu kenal pakcik Abu... eh.. zaradgreat mesti kenal. Ha ha ha) sebab ada mesyuarat.

Emak menghantar hingga ke kereta. Di situlah 'drama' bermula. Bila lelaki Indon itu memohon maaf dan minta di halalkan semuanya makan dan minum segala selama bekerja di sini. Dia menitiskan airmata. Emak amat sensitif. Emak juga menitiskan airmata. Sedih. Sebab setiap pagi sebelum bekerja mereka semua akan datang bersarapan di beranda rumah.

Untuk kamu semoga selamat perjalanan. Terima kasih kerana kamu membuktikan tidak semua rakyat Indonesia itu buta peradaban dan tatasusila.

Nota kakitanganku : Orang berbudi kita berbahasa....






Mas|h mOOD cuT| Lag| & Had|ah Kuiz 'CapturE Angka 10,000'....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:12 PM 23 kUs-kUs
Photobucket

Rasa malas gila mahu bekerja esok. 10 hari cuti otot-otot sudah malas bekerja. Boleh sambung cuti lagi? Ekekekke....

Hari ini aku masih lagi ingin berjalan raya. Rumah makcik-makcik dan sepupu sepapat belum habis jelajah lagi. Lepas Asar nanti mula balik serang hendap rumah mereka.

Okey!
Ingat lagi kuiz Capture angka 10,000? Pemenangnya ialah kak E dan Hanim.

Buat kak E dan Hanim. Hadiah sudah siap di balut. Bukan aku yang balut tetapi adik. Selama ini memang dia rajin balut membalut. AKu tukang arah sahaja. Ekkekekeke..

Hadiah akan di pos secepat mungkin. Ingatkan mahu pos waktu cuti hari raya ini, tetapi fikir balik takut tiada orang di rumah aku akan poskan bila sudah mula bekerja okey?

Jangan irihati okey? Hadiah adalah sama nilai, sama barang, sama saiz dan sama isinya. Yang berbeza cuma warna sahaja. He he he he.. Adil dan saksama.

Tunggu dengan sabar ye kak E dan Hanim.

Nota kakitanganku : Cuaca panas dan mata mengantuk.





'Entry T|aDa TajUk!!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:23 AM 17 kUs-kUs
Semua manusia melakukan kesilapan. Jangan hanya nampak salah orang lain tetapi salah sendiri di ketepikan.

Aku sudah beralah. Tapi kamu jual mahal.

Okey!! Baik. Tunggu dan lihat sahajalah!!

Nota kakitanganku : Kamu perlu baca ini!





Saturday, September 26, 2009

Mengapa s|nOps|s PenuH Cer|ta Nur Kas|h BoLeh TerLepas Kepada UmuM??

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:20 PM 40 kUs-kUs
Photobucket

Kredit Gambar di sini.

Amat kecewa kerana sudah mengetahui kesudahan cerita Nur Kasih 26 episod. Hampa sungguh sebab macam tidak seronok sudah tahu jalan ceritanya.

Aku tidak dapat menahan hati dari membaca apabila mendapat linknya dari satu laman web hiburan.

Rasa macam tidak berbaloi sahaja setia menunggu setiap hari Jumaat sedangkan ada orang lain yang sudah menyebarkan sinopsis penuhnya. Dan aku tidak dapat menahan hati dari membaca sehingga habis. Alahai....

Selepas ini pasti aku sudah tahu apa sahaja yang akan berlaku di dalam setiap episod.

Nota kakitanganku : Adik beria-ia minta aku ceritakan. Aku buat tidak layan sahaja. Biar dia tengok sendiri. Ha ha ha ha... Jahat!!





RuMah TerbUka a.k.a 'OpeN House'...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:05 AM 24 kUs-kUs
Rumah aku memang tiada buat ini sebab hari-hari memang terbuka. Ekekekkeke...

Dan aku juga tidak rajin menghadiri rumah terbuka. Tidak tahulah kenapa.

Kamu pula bagaimana?


Nota kakitanganku : Terbuka dan tertutup.





Friday, September 25, 2009

Dak Ut|h : T|Dur aDaLah Def|n|s| Raya...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:30 PM 37 kUs-kUs
Photobucket

Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket

Ini gambar aku di Hari Raya Pertama.

Aku tidak tahu kenapa hari raya mesti ramai orang datang. Aku tidak boleh berhoye-hoye seperti biasa. Dak Itam sejak malam raya sudah gigih mengumpul duit raya kerana hanya Subuh hari baru balik. Mungkin pergi ikut bertakbir.

Aku hanya habiskan masa dengan tidur. Itu lebih selamat rasanya. Aku tidak mahu menjadi seperti emak yang di langgar kereta beberapa hari selepas hari raya. Aku trauma melihatnya.

Nota kakitangan Dak Utih : Bos!! Tolong jangan 'upload' gambar terbaru aku buat masa ini. Aku agak kurang 'ensem' dari biasa dengan ekor yang kurang menarik. Pelisssssss!!





Aku |ng|n MemBeL|. K|ra GraM aTau K|LograM?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:47 AM 26 kUs-kUs
Aku sudah puas mencari-cari. Di kedai runcit. Di pasar. Di pasaraya. Pusat membeli-belah. Semualah. Sudah di jelajah mencari-cari jika ada yang menjualnya. Namun masih hampa dan tidak ketemu juga.

Terjenguk-jenguk mengintai jika ada yang di sembunyikan. Mungkin sudah jadi barangan kawalan. Juga tidak ada. Tidak jumpa. Hampa lagi. Namun tidak putus asa.

Pasti ada. Pasti akan jumpa? Belum tahu lagi. Tapi InsyaAllah ada.

Kamu ada menjualnya. Saudara-mara? Kawan-kawan? Jika ada sila beritahu ya? Sebabnya aku sudah mencari-cari tetapi tidak jumpa juga.

Aku ingin membelinya. Beli. Sudah puas dapat percuma. Aku tidak mahu yang percuma lagi. Aku ingin beli pula. Mungkin kali ini lain rasanya. Mungkin. Tidak salah membayar dan mencuba. Kita berusaha.

Kamu ada? Aku ingin membeli cinta. Kira gram atau kilogram?

Nota kakitanganku : Tidak kecewa. Cuma terasa dan di ruang ini aku berfikir dan meluah!!
Terima kasih kerana membaca!!






Thursday, September 24, 2009

B|ar s|mpaN DaLam Hat|. B|ar HujaN DaLam Hat|. B|ar seMua DaLam Hat|....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:30 PM 26 kUs-kUs
Tidak terdesak. Tidak mengapalah. Tidak perlu luah apa-apa. Biar simpan sahaja. Tidak perlu beritahu. Tidak perlu hebah.Tidak perlu risau. Tidak perlu juga kuatir.

Aku ada simpan sedikit ruang kekuatan di hati jika aku gagal berdiri. Ruang yang aku simpan jika aku rasa ingin mengalah dan jatuh. Ruang yang aku simpan jika aku rasa aku tidak mampu senyum dan ketawa. Tidak mengapa. Aku tahu. Aku sudah berjaga-jaga dan bersedia.

Kita tidak dapat jaga hati semua orang seperti mana orang tidak dapat jaga hati kita. Begitu juga aku. Aku hanya mampu menjaga hati sendiri. Benar! Aku tidak mampu menjaga hati selain hati aku yang punya. Aku sudah banyak menyimpan rasa. Segala rasa yang menjauh.

Hari ini kamu hanya tahu tentang kamu. Kamu tidak tahu tentang aku. Tentang apa yang aku simpan di dalam hati. Kamu tidak tahu! Kamu tidak mahu tahu! Sebabnya aku simpan semua dengan kemas dan rapi. Walau sesekali ingin terlerai aku tutupi semula dengan senyum dan tawa. Kamu tidak tahu itu.

Kamu tidak tahu tiap apa yang aku rasa. Kerana kamu hanya nampak yang indah-indah sahaja. Kamu hanya nampak aku ketawa dan senyum sahaja. Kamu tidak dapat rasa apa yang aku rasa. Kamu hanya mahu aku rasa apa yang kamu rasa.

Kita perlu ruang. Biar luas dan tidak sempit. Biar terbuka dan tidak tertutup. Bernafaslah masing-masing tanpa gangguan di ruang yang berlainan dan terasing. Kamu dengan ruang kamu. Dan aku dengan ruang sendiri. Berfikir tentang apa yang terjadi.

Kita ambil masa yang singkat ini untuk memikirkan perkara ini. Sejenak. Biar hanya sejenak tetapi kita temu jawapannya.

Biar aku sendiri merenung diri.

Nota kakitanganku : Hidup aku hanya senyum. Aku cuba. Hanya senyum. Berdoalah agar aku hanya senyum dan senyum sahaja.







Dar| KuaLa LumPur Ke MeLaka....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:31 PM 23 kUs-kUs

Photobucket

Termenung ku sendiri.... Mengenang pilu tidak menentu...
Ha ha ha.. Gila babas kucing ini mengenangkan bandar halaman (baca: kampung halaman)
Nama dia aku tidak ingat!!

Photobucket

Si Penjaga Petai. Tidak silap nama dia 'Cintan'. Tidur atas peti sejuk!!

Photobucket

Budak tidak tentu arah. Nama dia Kelabu. Tidur atas almari baju. Tahu naik tidak tahu turun.

Budak yang termenung dengan budak atas peti sejuk adik beradik. Si Kelabu tidak. Kucing-kucing ini milik Mak Usu aku. Beliau beraya di Kampung Tanjung Bidara. Bawa sekali kucing-kucing kesayangan beliau. 3 ekor semuanya.

Yang istimewanya bagi aku kucing ini tiada sangkar. Naik kereta sekali. Duduklah mana-mana yang mahu. Sampai ke kampung juga di lepaskan. Pandai bawa diri. Tidak lari atau main sorok-sorok dalam hutan. Baik sangat.

Kalaulah budak-budak aku. Mahunya sudah lari lintang pukang. Mungkin ini bezanya kucing bandar dan kucing kampung walau dari spesis yang sama. Ekekkekeke...

Nota kakitanganku : Tidak sempat bawa Dak Itam ke klinik. Tapi tengok keadaan dia okey sahaja.






SuDah JaD| Macam rObOT Daaaa....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:00 AM 27 kUs-kUs
Photobucket

Apa ini? Ha ha ha ha... Adehhh.. Apa itu ek? Mari kita teka bersama-sama tetapi tiada hadiah di sediakan. Okey! Mari aku ceritakan!


Photobucket

Bawa Dak Utih ke Maju Animal Klinik di Taman Seri Selendang Sungai Putai Batu Berendam. Wah! Lengkap!!

Photobucket

Daftar masuk. Siap ada kad rawatan.

Photobucket

Sementara menunggu giliran, amoi-amoi ini duduk bermain-main, tetapi Dak Utih tiada 'mood'.

Photobucket

Bulu di ekor telah di cukur.

Photobucket

*Selingan : Aku baru tahu kalau di klinik kucing di mamaikan sebelum di mandi dan di bersihkan atas alasan takut kucing itu mengamuk dan mencakar.

Photobucket

Dak Utih dalam keadaan mamai juga di pasangkan collar.

Photobucket

RM 58.00 Tidak tahu mahal atau tidak sebab pertama kali ke klinik swasta.

Harap-harap luka Dak Utih sembuh. InsyaAllah.

Nota kakitanganku : Esok giliran Dak Itam kalau sempat! Mungkin ke Jabatan Haiwan sahaja.





Wednesday, September 23, 2009

SuDah PerLahan...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:57 AM 10 kUs-kUs
Apa yang perlahan? Ha ha ha.. kehadiran tetamu ke rumah sudah perlahan. Ini kerana Raya Pertama hampir semua saudara mara terdekat sudah datang. Raya pertama memang 'all out' habis. Kepenatan melampau juga sehari itu sahaja. Alhamdulillah.

Hari Raya ke dua pulang ke kampung abah. Semalam pula sudah merayap ke rumah makcik. Hari ini InsyaAllah sebelah petang sambung lagi. Kenalah berbalas kunjungan.

Dak Itam sudah okey bila tengok dari luaran. Dak Utih ekornya masih berdarah dan tidak kering luka. Telefon klinik tidak berangkat. Kalau terjah terus nanti buatnya tiada orang, naya sahaja. Sudahlah jauh nun di sana.

Nota kakitanganku : Banyak mahu tulis. Tapi malas menaip. :P






Tuesday, September 22, 2009

Khabar T|Dak s|haT Dar| MereKa BerDua :(

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:05 AM 29 kUs-kUs
Dugaan datang di waktu cuti yang panjang. Tiada klinik yang buka. Aku jadi hampa. Sangat-sangat hampa dan kecewa. Rasa menyesal menyelubungi kerana tidak dapat mengesan sedari awal.

Photobucket

Ini bahagian depan ekor Dak Utih. Masih berdarah dan bernanah sesekali. Bulunya juga sudah tanggal dengan sendiri.

Photobucket

Ini bahagian belakang ekor pula. Juga seperti berlubang dan berdarah. Bulu juga sudah luruh. :( Ya Allah! Betul-betul dugaan. Dak Utih hanya tidur di bilik. Ekornya sakit.

Malam tadi pula aku bau sesuatu yang amat busuk. Aku kirakan Dak Utih 'membuang' di dalam bilik. Aku ternampak cairan kekuning-kuningan di atas lantai. Setelah di periksa rupanya itu nanah. Nanah yang keluar dari bahu Dak Itam.

Aku 'mengerjakan' nanah Dak Itam sehingga habis sekotak tisu. Memancut-mancut keluar nanah kuning bercampur darah. Maafkan aku Dak Itam! Aku tidak mengesannya sedari awal. Aku juga tidak tahu apa puncanya.

Klinik tutup. Aku betul-betul buntu! lambat sangat untuk sampai hari Rabu. Itupun jika ada MA yang bertugas. Aku tidak tahu kenapa kedua-duanya berlaku serentak. Apa puncanya?

Nota kakitanganku : Doakan mereka sihat!!





Monday, September 21, 2009

2 SyawaL ....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:02 AM 13 kUs-kUs
Hari ini akan pulang ke kampung Abah di Tanjung Bidara, Melaka. Sepanjang hari akan berada di sana. Kalaulah dapat duit raya lagi meriah. Ha ha ha ha..

Tapi rasa-rasanya aku juga yang perlu keluar modal! Ekekekeke...
Hari ini kamu pula berada di mana? Masih makan ketupat rendang atau sudah bertukar menu? Masih berbaju kurung atau sudah rimas dengan menukar Jeans pula? He he he he....

Nota kakitanganku : Badan sudah rasa sakit-sakit pada sendi dan tulang temulang!!






Sunday, September 20, 2009

AmacaM 1 SyawaL?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:27 PM 17 kUs-kUs
AdehHhh.. Sunyi dan sepi betul dunia blog Syawal ini. Aku masih lagi mahu menulis 'entry' dalam kesibukan hari ini. Sudah tengah hari. Memang rasa mahu pitam. Ha ha ha ha.. Nasib baik hari ini cuaca ALhamdulillah. Mendung tetapi cerah. Eh! Macam mana itu?

Aku harap tetamu akan datang semula selepas Zohor. Bagilah aku rehat sekejap. Meluruskan pinggang. Ekekekeke... Hari ini tiada baju raya. Hanya berkain batik. Gila!!

Okey kawan-kawan. Aku tahu kamu semua sibuk berjalan raya. Tapi ini mungkin 'entry' untuk Mrs Jukogyu yang beraya esok. Selamat berpuasa Mrs Jukogyu!! Ekekekekke...

Nota kakitanganku : Bila sudah biasa kemaskini. Tidak buat rasa lain macam pula! ekekekkee..








Saturday, September 19, 2009

SeLamaT Har| RayA A|D|Lf|tr|....Maaf Zah|r DaN Bat|n!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 5:50 PM 65 kUs-kUs
Photobucket

KaD RaYa Dak UTih & Dak ItaM

Photobucket
KaD Raya akU!
(Kamu boleh ambil mana-mana yang kamu suka!! Klik KIRI atas gambar!! Maaf kawan-kawan!! Sudah mamai!! Kiri dengan kanan aku sudah tidak dapat beza!! )

Aku juga manusia seperti kamu. Aku juga inginkan kesempurnaan tetapi payah untuk dapat. Aku juga inginkan kesederhanaan tetapi kadangkala aku terlalu teruja.

Kadangkala aku terlebih bicara. Kadangkala aku terungkap yang entah apa-apa. Kadangkala aku hanya mengikut kata hati lantas menyinggung peribadi.

Aku insan kerdil di sisi-Nya. Acapkali alpa dan terlupa. Menjaga tingkah agar tiada siapa yang terasa. Aku insan berdosa. Sentiasa memohon keampunan Dari-Nya. Dalam keterlanjuran kata dan bicara. Mengguris hati tanpa sedari.

Terima kasih kerana sentiasa bersama. Maaf di pinta atas segala duka nestapa berpunca dari tulisan yang kaku ini. Maaf di pohon andainya coretan aku ada yang tiada berkenan di hati. Maafkan aku andai ketelusan itu buat kamu tidak selesa dan bermuram durja.

Semoga Syawal mengeratkan Silaturrahim sesama kita. Terima kasih yang tidak terhingga.
Salam Aidilfitri dari kami buat kamu semua. Kamu yang istimewa.

Nota kakitanganku : Kad kami hanya biasa-biasa sahaja. :)








Bum| BasaH!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:40 AM 5 kUs-kUs
Tidur sampai terlajak sebab hujan. Aku rasa tahun lepas pun Hari Raya hujan.

Hari ini mungkin hari terakhir berpuasa. Malam semalam mungkin hari terakhir berterawikh. Esok InsyaAllah Hari Raya. Sekejap sahaja rasanya.

Aku masih lagi mengemas-ngemas. Entah apa yang aku kemas aku pun tidak tahu. Tidak siap-siap dari semalam.

Hari Raya blog memang jadi sunyi sepi. Tapi aku InsyaAllah akan terus mencuri masa untuk mengemaskini.

Adakah kamu sudah selamat sampai di kampung. Aku harap-harap begitu. Memandulah dengan berhati-hati di Hari Raya ini. Nyawa jadi begitu murah bila tibanya hari lebaran.

Okey kawan-kawan!! Aku mahu sambung buat kerja. Budak 2 ekor ini nasib baik ada rumah hujan-hujan ini.

Nota kakitanganku : Rindu mahu tengok cerita Daun Ketupat Kering!!






Friday, September 18, 2009

Apa yanG k|Ta buaT SaaT |n|?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 4:08 PM 17 kUs-kUs
Ada ke orang yang berkesempatan lagi hadap 'lappy' macam aku ini? Atau masing-masing sudah mula sibuk dengan urusan sendiri.

Pagi tadi kami semua memang 'all out' mengemas. Rumah aku ini memang banyak barang-barang. Jadi pagi tadi dalam stor sahaja mana yang tidak pakai lagi semuanya sudah hangus. Ekekekekeke..

Aku pula asalnya ingin membawa Dak Utih ke Klinik Haiwan. Telefon ke klinik semua MA tiada. Kerani sahaja ada. Macam mana itu? Aku syak ekor dak Utih sudah berlubang sebabnya semalam belah depan ekor yang berdarah. Hari ini belah belakang ekor di tempat yang sama. Tapi sudah kering dan dia dapat tidur dan duduk macam biasa. Harap-harap tiada apa. Dan Dak Utih dapat beraya dengan gembiranya. Eh! Eh! Setiap tahun dia hanya beraya di dalam bilik. Bagus!! Ekekekeke..

Sekarang sudah kepenatan. Ingat mahu buat 'cornflakes coklat'. Insya-Allah. Tengok keadaan dulu.

Kamu pula sedang buat apa itu?


Nota kakitanganku : Hari ini hari mengemas. Esok hari memasak pula!!
Sasaran kedua masih belum pulang!! Mengawankah???






SasaRan PertaMa : TaNPa Rasa BersaLah!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:25 AM 38 kUs-kUs
Photobucket

Aku sangkakan hanya satu sasaran. Rupanya dua. Mengapa apakah suka menimbul pertanyaaan dan kegusaran?? Memang terasa mahu lesing sahaja. Tapi apakan daya, aku hanya berkomunikasi dengan makhluk Allah yang bernama K.U.C.I.N.G

Tepat pukul 8.00 pagi sasaran pertama pulang. Mungkin dia sudah nampak kelibat aku sedari awal pukul 7.00 pagi lagi mencari-cari macam orang gila sebab belum mandi hanya berkain batik sahaja. Eh!! Juga berbaju!

Sasaran kedua masih belum nampak. Yang ini aku tidak kisah sangat sebab beliau memang pandai bawa diri dan memang kaki bertandang ke rumah jiran membuat gossip!!

Alhamdulillah.

Nota kakitanganku : Terima kasih kepada kamu yang mengambil berat!! Maaf juga untuk jiran-jiranku kerana malam tadi aku menakutkan kamu dengan bunyi tapak kaki aku pada pukul 2.00 pagi!! I'm corry!!





SetakaT PukuL 1.15 Pag| |n|, KenaPa BeLum PuLanG?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:25 AM 30 kUs-kUs
Aku umpama langsuir atau pontianak yang merayap di pagi-pagi ini. Bezanya aku tidak terbang tetapi hanya berjalan kaki. Tertoleh ke kiri dan ke kanan. Melilau mencari sasaran.

Selalunya kalau bab-bab begini hilang rasa takut dan gentar berjalan-jalan ke 2-3 buah rumah kiri dan kanan untuk mencari. Buat bodoh sahaja. Buat tidak tahu sahaja.

Sejak dari pukul 2.00 petang sehingga sekarang aku masih tidak nampak kelibatnya. Saat aku tinggalkan petang tadi untuk ke pejabat masih elok tidur. Tetapi pulang sahaja sudah tidak nampak batang hidung.

Sakitkah? Makan atau tidak? Ya Allah!!! Kenapa begitu?

Okey!! Sekejap lagi aku perlu kerluar lagi untuk mencari. Tidak dapat tidur selagi tidak bertemu. Kerana beliau bukan begini sebelum ini. :(

Nota kakitanganku : Alahai Dak Utih!! Kemanakah dikau ini???? :(







Thursday, September 17, 2009

AkU aDa L|ma.. KamU aDa BeraPa PuLa?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:00 PM 38 kUs-kUs
'Beri saya lima' atau baca 'Give Me five'!! Mana datangnya ayat ini ya? Aku pun tidak tahu. Yang pasti sejak zaman aku muda-muda remaja lagi ayat ini memang popular habislah!!

Eh!! Mukadimah yang lari dari topik asalnya. Apa yang lima ini? Siapa mahu cuba jawab!! He he he...! Okey!! Okey!! Tidak perlu jawab. Ini bukan kuiz!

Lima itu bermaksud aku ada lima orang adik beradik dan aku anak yang ke tiga. Tengah-tengah. Ada seorang kakak, seorang abang, seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan? Amacam? Okey?

He he he he..

Kamu pula? Jika tidak keberatan boleh kongsikan bersama? Terima kasih!!

Nota kakitanganku : Oleh kerana aku anak yang tengah, yang ganjil, nama aku juga lain dari adik beradik yang lain. Tidak hampir sama!! Ekekekeke...

MaaF Dak Ut|h! Aku T|Dak TahU!! :(

cOrat cOret Oleh : myQza pada 3:00 PM 50 kUs-kUs
Photobucket

Aku ingatkan Dak Utih saja-saja 'posing' macam itu! Jadi aku pun gelak-gelak ambil gambar. Tengah hari tadi bila balik rumah, masuk bilik aku tengok banyak darah atas lantai tempat dia tidur.

Photobucket

Rupa-rupanya ekor dia berdarah. :( Macam bisul agaknya,

Photobucket

Jadi dia tidak selesa untuk duduk atau tidur. Punggung mesti terangkat. :(
Tidak sempat mahu bawa ke klinik. Sebab masa aku habis mop lantai dan cuci darah pada ekor dia. Susah sangat sebab dia mendengus-dengus marah.

Photobucket

Akhirnya sebab kepenatan marah-marah darah di cuci di tidur juga di 'port' yang tidak pernah dia tidur. Tidak mengapa. Janji dia selesa. Aku rasa dia okey!! Sempat bubuh krim ikan haruan pada luka dia.

Nota kakitanganku : Alahai Dak Utih!!

GamBar |n| aKan BuaT PahaLa PuaSa KamU MenJaD| kUrUs!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:00 AM 49 kUs-kUs
Photobucket


Okey! Mahu tengok sangat!

Ini dia...

Photobucket


Dak Utih : Awwww.. Seksi I, You.... Bos! Jangan jeles sebab kau tak boleh buat aksi macam ni!
Aku : Siapa cakap tak boleh?
Dak Utih : Okey! Cuba Bos!!
Aku : &*%4%##@%#@
Dak Utih : Ha ha ha ha!

Fesyen Punggung Lentik!!

Nota kakitanganku : Macam-macam budak putih ini!!!





Lagu Raya Yang PaL|ng MesRa DengaN kamU!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:30 AM 60 kUs-kUs
Okey!!

Lagu raya mana satu yang menjadi kegemaran kamu? Jika aku, aku suka yang dulu-dulu. Lebih dekat di hati.

Tapi yang paling aku tangkap 'lentok' Lagu Sepasang Kurung Biru dari Khairil Johari Johar. Mungkin lagu ini hanya setahun sekali dengar jadi memang mesra di telinga!!

Kamu pula bagaimana? Lagu raya mana yang jadi pilihan hati? Mari kita kongsikan!!

Nota kakitanganku : Pernah ada sepasang kurung biru yang kini sudah menjadi kain buruk lap pinggan mangkuk!!!




LayaN JiwanGes!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:20 AM 27 kUs-kUs
Photobucket


Nota kakitanganku : Memang kabur. ZzZZzzzzzzzzZZzz.....




Wednesday, September 16, 2009

GuNa Otak LembU Mungk|n!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:40 PM 58 kUs-kUs
Maaf jika bahasa aku agak kasar. Namun manusia seperti ini mungkin isi di dalam kepalanya elok di tukar dengan otak lembu. Maafkan aku juga wahai lembu kerana mempergunakan nama kamu dalam permasalahan ini!!

Bagi aku ini amat serius. Amat-amat. Jangan nanti sudah terhantuk baru tergadah. Panjang benar mukadimah aku.

Okey! Tengok gambar ini!

Photobucket

Kamu nampak apa yang aku nampak? Okey! Bukan 'nugget' atau 'hotdog' itu maksud aku. Bayi perempuan di dalam troli itu. Yup!! Beliau memang comel tapi bukan itu!

Apa yang aku mahu kaitkan ialah beliau berseorangan. Ibu dan bapa ( jika betul) entah di mana kerana begitu leka mencari barang-barang sehingga anak di tinggalkan di dalam troli. Aku berdiri memerhati. Menoleh ke kiri dan kanan. Satu pun tiada ciri-ciri ibu dan ayah kepada bayi ini!

Andainya ada seorang lelaki atau perempuan tiba-tiba mengangkat bayi ini dan meninggalkan pasar raya ini, apakah yang patut aku lakukan? Menjerit atau hanya memerhati? Menjerit meminta tolong atau hanya memerhati sahaja dan beranggapan itu ialah ibu atau bapa beliau?


WTH ibu bapa macam ini! Aku minta maaf! Memang bukan semua macam itu! Separuh. Sebahagian. Tetapi ini boleh di elakkan. Jangan cuai. Jangan beranggapan kamu selamat walaupun berada dalam pasar raya yang rata-ratanya orang melayu.

Jangan bila sudah berlaku sesuatu yang di luar dugaan baru ingin menyesal. Sudah tidak berguna. Kes Sharlene sepatutnya menjadi satu pengajaran buat kita. Mahukah menjadi seperti Nurin Jazlin? Nauzubillah....

Buat pasangan suami isteri yang tiada rasa bersalah meninggalkan anaknya terkontang kanting di dalam troli di Family Store Duyung pada pukul 5.15 petang tadi. Jangan begitu. Jangan ulangi kesilapan itu!!!

Nota kakitanganku : Aku menunggu sehingga bapanya datang dan aku memberi jelingan tajam. Terasa ingin aku lesing sahaja! Okey! Aku berbaju kurung! Kena sopan!!




MenGapa BuanG Buku |n|?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 3:53 PM 22 kUs-kUs
Photobucket

Haiya!! Kenapa buang buku ini?

Apek yang angkut surat khabar lama bagi pagi tadi. Satu lagi buku lukisan dari pelukis luar negara. Unik-unik woOoo lukisan dalam buku itu.

Gambar di atas Buku Malaysia Book Of Record Special Edition!!
Banyak info dan ilmu kita dapat daripada buku ini. Tetapi masih ada lagi manusia yang tidak menghargai buku-buku ilmiah dengan mencampakkannya ke tempat pengumpulan barang-barang yang tidak berharga!!! Buku ini berat agaknya sebab itu dia mahu jual!!!

Tepuk dada tanya selera.

Nota kakitanganku : Hari ini kerja setengah hari tetapi banyak kerja yang perlu di siapkan. Aku akan skodeng blog kamu kemudian. Terima kasih!!





Ku|z AnGka PeLawat kE 10,000!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:20 AM 50 kUs-kUs

Sempena dengan kehadiran pelawat yang ke 10000 di blog aku satu kuiz akan di buat.

Kuiznya begini sila 'capture' angka 10000 di Ruangan Selamat Datang dan buat satu 'entry' khas di blog kamu .

Seperti contoh.

Photobucket

Kemudian sila maklumkan kepada aku melalui 'shoutbox' untuk aku tahu mengenainya. Jika malu-malu Dak Utih kamu boleh emel aku di mylosermind@yahoo.com

Kuiz ini sebagai tanda menghargai kamu yang sentiasa sudi menyokong blog aku!!
Penyertaan tutup serta merta jika angka sudah berganjak ke 10001.

Terima kasih.

Nota kakitanganku : Pemenang kuiz terdahulu hadiah kamu dalam perjalanan!! PakcikDot! Maafkan aku jika hadiah kamu agak 'keperempuanan' sedikit. Sueanne terimalah seadanya ya? Ekekkekeke..

* Lebih kurang 100 pelawat sahaja lagi! Banyak ke? Tidaklah!! Ekekekkeke...






Tuesday, September 15, 2009

SeMakaN Kata kUnc|

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:07 PM 31 kUs-kUs
Jika kamu ada berdaftar dengan Nuffnang tentu kamu juga ada kata kunci yang lucu-lucu kadangkala. Mari kita kongsikan kata kunci untuk hari ini.

Photobucket

Okey! Tolong mengaku siapa yang cari ini dalam blog aku? Ekekekekke... Ada sesiapa buat Bingka Roti hari ini? Aku mahu skodeng blog mana yang buat 'entry' pasal bingka roti hari ini!!

Photobucket

Oh!! Amat simpati sekali. Andai aku tahu siapa yang mencari tips di atas pasti akan aku nasihatkan. Tidak perlu!! Tidak usah menunggu. Bak kata orang tua-tua ' Buang karang sahaja!"

Photobucket

Yup! Yang ini pasti seorang calon PMR dan merupakan pelajar cemerlang. Maaf dik. Jangankan kata Bank Soalan PMR Negeri Kelantan, Negeri Melaka pun aku tiada!! Kalau UPSR mungkin!!

Eh! Satu lagi!!

Photobucket

Sehari dua ini ada pelawat dari Jepun yang skodeng blog aku. Ada antara kamu dari Jepun? Sila angkat tangan ya? Tidak mungkin Oshin membaca blog aku!!

Untuk kawan-kawan atau followers baru, sila tinggalkan link kamu di shoutbox supaya aku dapat membalas kunjungan. Ini kerana kebanyakan daripada kamu hanya tambah aku sebagai kawan tetapi tiada link yang di berikan. Terima kasih.

Nota kakitanganku : Esok ada Kuiz yang patut kamu turut serta. Jangan ketinggalan.






yEy!! yEy!! Ma| SeCawaN!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 5:11 PM 30 kUs-kUs
Photobucket

Teruja gila bila masuk pejabat semula petang tadi ada bungkusan atas meja.

Photobucket

Kertas pembalut tidak menahan!! Tiada baju ungu saiz Triple XL. Pembalut pun oklah!

Photobucket

Ekekekekke... Kad juga amat mengghairahkan.

Photobucket

Tada..... Amacam?? Kucing main bola sepak!!


Okey!! Terima kasih Anna. Hadiah sebab berjaya jawab kuiz kat blog beliau.

Eh! Eh! Pemenang kuiz aku harap maaf atas kelewatan hadiah!! Ekekekeke...
Sudah tidak sabar-sabar PakcikDot itu!!

Nota kakitanganku : Anna, dulu masa zaman muda-muda aku duduk dekat rumah no. 52 di Taman Perumahan yang sama.
He he he he...

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting