Saturday, October 31, 2009

HanyA TeLur SahaJa yanG aDa.....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:00 PM 44 kUs-kUs Links to this post
Ya! Hanya telur yang di bawa. Aku terkulat-kulat menanti dengan penuh harapan. Okey! Tidak mengapa! Aku pasrah seperti biasa. Apakan daya. Telur pun telurlah.

Tiada bekalan makanan yang aku dambakan. He he he.. Nasi minyak jauh sekali. Hanya bunga telur. Aku pun terus membuka penutup tin Tuna Marina dan makan roti!

Hari ini aku ke bengkel membaiki kereta untuk menukar tiub tayar yang pecah semalam.

Photobucket

Itu tayar simpanan. Comel! Ngeri aku tengok.

Photobucket

Tayar yang di tukar tiub di gantikan ke belakang dan tayar yang di sebelah belakang di tukar ke depan. Siap. RM 18.00. Tambah kos semalam yang mana mekanik datang menukar tayar pancit RM 10.00. Beres.

Aku ke Mydin. Keseorangan. Orang yang di damba untuk menemani bekerja. Sob sob sob.

Photobucket

Menu makanan tengah hari. Tidak tapau apa-apa untuk di bawa balik kerana konon-kononnya mengharapkan nasi minyak orang Ampang, tapi hampa!!

Aku membeli barang-barang untuk membuat Kek Kukus Hawflakes.. Ekekekkeke.. nantikan entrynya.. Ha ha ha.. (kenapa aku gelak?)

Nota kakitanganku : Hujan Oh Hujan!!







AKu D| T|nggaLkan... Tap| Aku PasraH. Aku TabaH.. WaLau aDa keCewa JauH D| SuDuT Hat|...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 3:00 PM 44 kUs-kUs Links to this post
Kamu pernah di tinggalkan? Pernah rasa kecewa? Kamu tabah menghadapinya? Aduhai.. Sabarlah.. Semuanya ketentuan tuhan. Kita hanya mampu merancang. Merancang sesuatu yang indah. Yang menyeronokkan. Tetapi semuanya Allah yang tentukan samada terjadi atau tidak sesuatu itu.

Hari ini aku di tinggalkan. Aku tidak bungkam atau kecewa. Aku pasrah dan aku tabah. Seperti selalu, kita hanya mampu merancang tetapi apakan daya.

Kecewa juga kerana semua kesilapan bermula daripada aku. Akui itu. Tidak silu aku mengatakan puncanya adalah aku. Tersenyum aku mengingati kisah-kisah pahit semalam. Allah menguji dan aku kuat menerima.

Aku melambai tangan. Selamat tinggal. Semoga kamu selamat. Doakan juga aku di sini selamat seorang diri menghitung butir-butir gerimis ini. Hujan. Hujan di bumi. Hujan di hati.

Selamat jalan. Kamu semua telah selamat sampai di Ampang sedangkan aku seorang diri di rumah. Uwaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! Aku di tinggalkan! Sob sob sob!! Eh! Aku di tinggalkan dengan relaku kerana tidak mahu nanti sempit kereta abah di naiki oleh 5 orang. Emak beriya-iya mengatakan muat. Tetapi, jika perjalanan jauh biarlah selesa di dalam kereta.

Sob sob sob...
Ya! Aku pasrah di tinggalkan.

Emak, jangan lupa tapaukan nasi minyak! Sob sob sob!!!

Nota kakitanganku : Streamyx!! Mahu kena potongkah? Dari malam tadi kamu buat hal baru sekarang kamu ok!! WTH!!





Friday, October 30, 2009

Ya! Aku akU|. AKu MemanG LemaH B|La BerhaDapaN S|Tuas| |n|...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:30 PM 24 kUs-kUs Links to this post
Segalanya di luar jangkaan. Menukar perancangan di saat-saat akhir. Ya! Inilah akibatnya. Tiada pendirian. Aku sedari itu.

Aku ke rumah kawan juga petang tadi.Asalnya ingin pergi di waktu malam. Tetapi risau tidak ketemu rumah, pergi waktu siang.

Balik hampir pukul 6.50 petang. Meletak kereta di tempat yang jauh sedikit.

Tiba-tiba seseorang menegur 'Kak, kereta akak pancit!' Ya Allah! Terasa gempa sekejap dalam hati. Baru teringat tadi terlanggar bucu tangga simen di tepi balai raya itu. Kuat hentakkannya sampai buat tayar koyak dan pancit.

Seorang kawan memberi nombor telefon mekanik berdekatan. Alhamdulillah. Walau dalam keadaan gelap semuanya berjalan lancar. Aku memang tidak tahu menukar tayar kereta. Itu aku akui. Kelemahannya di situ.

Tapi perancangan untuk esok ke Ampang tidak tahu lagi. Tiada bengkel kereta yang buka malam-malam begini. Mungkin aku tidak pergi. Sob sob sob!!

Nota kakitanganku : Coooobaan!!

ToLonglah Bum|.. JangaN Basah SekaranG! HujaN.. AKu TetaP PerLukan Kamu!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 4:55 PM 12 kUs-kUs Links to this post
Guruh sedang bergaduh-gaduh di atas sana. Awan hitam sudah hadir menunjuk diri. Bila-bila sahaja bumi akan basah. Memang ini yang aku tunggu-tunggu setelah sekian lama panas terik menguasai.

Tetapi sekarang aku sedang berkira-kira untuk menghadiri majlis pernikahan kawan aku sebab esok aku akan ke luar negeri! Erk! Ke luar negeri Melaka. Ekekekeke..

Aduhai.. Aku kena gagahkan juga diri untuk hadir petang ini. InsyaAllah.... Walau hujan lebat, ribut taufan melanda


Nota kakitanganku : Hujan panas. Eh! Gerimis sahaja!

Aku MemerLukan SepasanG Lag| TangaN... Tap| KaLau Lag| Dua PasanG Pun Okey!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:18 PM 25 kUs-kUs Links to this post
Musim pendek dan kontot agaknya.

1. Hari yang sibuk. Sesuatu di luar jangkaan dan di luar dari kebiasaan datang. Hari Isnin nanti aku cerita. Dia wajib datang. Tapi aku tidak undang!

2. SiTedi itu. SiTedi ini. Di sana. Di sini. Okey! Aku penat. Pinjam kamu punya rehat!!

3. Komputer pejabat penuh. Tolong bangun sebentar. Aku mahu guna. Buat kerja. Bukan berblog.

4. Aku dah tekan 'dashboard'. Aku mahu 'blogwalking'.

Tiba-tiba..... Gelap..!! 'Black-oUt???'

5. Aku tertidur....

6. Kejut aku pukul 2.30 petang ini okey?

7. Zzzzzzzzzzzzzzzzzzz...

Adakah kamu sesibuk aku?

Nota kakitanganku : Keliru.






B|La Dak Bos D|am Ser|Bu BahaSa...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:15 AM 36 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Dak Utih : Bos! Kenapa tiada kata-kata?
Aku : .........................
Dak Utih : Cakaplah Bos!
Aku : ehMmmmm..
Dak Utih : Elehhhh... Selalu bukan main becok! Tiba-tiba lak!
Aku : Diamlah!!
Dak Utih : Kau PMS ke Bos?
Aku : DeshuMmmmm!!
Dak Utih : Ha ha ha ha..


Nota kakitangan Dak Utih : Golek-golek gelak!!





Thursday, October 29, 2009

YanG PendeK Dan KontOt UnTuk KamU

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:15 PM 27 kUs-kUs Links to this post
Selalu aku rajin buat panjang. Tidak tahu orang baca atau tidak. Ha ha ha... Keji tuduhan aku. Maaf! Sekarang buat pendek dan kontot. Eh! Perkataan kontot ada dalam kamus tidak?

Okey!

No. 1 : Cuaca adalah panas.

No. 2 : Bumbung kerete berdepek-depek kena tahi burung.

No. 3 : Makan aiskrim Malaysia perisa Milo 2 batang.

No. 4 : Dak Itam lari terkedek-kedek maghrib tadi bila aku cuba ambil dia di tangga rumah jiran!! Berjaya meloloskan diri seperti biasa.

Photobucket

No. 5 : Menu malam ini .

No. 6 : Mengantuk.

No. 7 : ZzzZzzzzzzzZZ..


Nota kakitanganku : ........................








|ng|n saHaJa akU TenDang PUngGunG D|a B|ar TercamPak JatUh Ke BawaH!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:24 PM 39 kUs-kUs Links to this post
Aku selalu benar merungut pasal ini. Selalu sangat. Sampai kamu pun pasti sudah bosan membaca mengenai ini. Tapi aku tidak dapat menahan hati dari menulis pasal ini juga. Bila tiap kali aku ke sana pasti ada cerita yang ingin aku kongsikan.

Yup! Seperti yang telah aku beritahu semalam aku sempat menonton Papadom lagi buat kali kedua. Tidak mahu cerita pasal adegan berpeluk pinggang di kaunter sambil memilih tempat duduk yang macam WTH perangai!!

Ingin cerita kisah dalam panggung wayang.

Cerita sudah bermula dan satu keluarga baru masuk dengan anak lelaki yang berusia lingkungan 4 tahun. 'WTH kau duduk di kerusi belakang aku kemudian kau tendang kerusi aku berkali-kali tanpa henti? Aku tidak kiralah kau budak ke apa.. duduk atas pangku emak ke apa. Tolong sopan sedikit.'

Selepas itu aku sedikit punya tangkap leleh layan adegan sedih bapa kau boleh pula cakap 'Adik nak air?' Selepas itu kau boleh pula jerit 'Nakkkk!'

Memang! Aku rasa tidak begitu relevan mahu marah-marah kau yang bawah umur, tapi lain kali mak ayah kau pergi tengok wayang, kau duduk rumah sahajalah layan Astro Ceria!!

Satu lagi kisah bila sekumpulan perempuan-perempuan gedik terhegeh-hegeh masuk bila cerita sudah lebih kurang 15 minit di tayangkan. Duduk sebelah aku macam WTH juga perangai. Boleh hulur-hulur 'Jagung Pop' ke belakang sampai kerusi bergegar-gegar. Duduk bersila sampai lutut kau terkeluar dari kawasan liputan.

Boleh pula lalu lalang depan aku mahu menjawab telefon di tepi tangga. Kali ke tiga kau lalu untuk menjawab panggilan telefon aku rasa mahu sahaja aku tendang punggung kau biar tercampak jatuh ke tingkat yang paling bawah! Keji!!

Okey! Sekian luahan perasaan aku penonton yang membayar harga tiket seperti di bawah.

Photobucket

Nota kakitanganku : Serik betul duduk paling tepi dekat dengan tangga masuk!!







Ya! Kam| |ng|n BerhOye-hOye TeTap| T|aDa PengaLamaN. BoLeh kamU BanTu?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:00 AM 50 kUs-kUs Links to this post
Oh! Aku ingin meminta jasa baik kamu memberi beberapa cadangan untuk rancangan percutian keluarga julung-julung kali ini. Kami sekeluarga merancang untuk ke Pulau Langkawi pada penghujung Disember ini bersempena dengan Cuti Sekolah.

Okey! Rancangannya :

Kehadiran : 8 orang dewasa dan 2 bayi.

Pengangkutan : Kapal Terbang. Mana lebih baik MAS atau AirAsia? Aku sudah cuba meninjau harga tiket!

Hotel : Bagaimana untuk aku meninjau hotel yang berpatutan? Atau ada rumah rehat yang boleh tempat satu keluarga sekaligus dan berhampiran dengan tempat yang ingin kami lawati?

Kenderaan di sana : Betulkah ada kenderaan yang boleh di sewa di sana? Kosnya?

Pemandu pelancong : ha ha ha.. (kenapa gelak?)

Atau ada pakej sekaligus dari pengangkutan , hotel dan lawatan ke tempat-tempat di sana? Aku pernah pergi sekali. Tetapi menaiki bas dan feri. Ada pula bas yang telah siap sedia menunggu di sana.

Harap-harap cadangan serta nasihat kamu dapat membantu. Terima kasih!

Nota kakitanganku : Harapnya percutian ini menjadi.










Ya! Kamu Buat Aku DaPaT 5 B|ntanG ComeL!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:23 AM 27 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Aku begitu teruja melihat ini. Mungkin pada kamu hanya perkara remeh. Tapi bagi aku ianya begitu seronok untuk di kongsi bersama.

Buat kamu semua, terima kasih. Tanpa kamu, iklan di blog ini pasti tidak akan mencecah 5 bintang itu! Terima kasih!

Satu lagi Komuniti Pengiklanan di lancarkan iaitu Catheye . Aku tidak berapa pasti dengan ini . Tapi ada yang kata macam MLM. Jadi emel aku di hujani dengan berpuluh-puluh emel minta aku daftar dan tulis mereka sebagai orang yang di rujuk.

Aduhai. Maafkan aku. Setakat ini aku lebih selesa dengan Nuffnang. Sebabnya tujuan utama aku berblog bukan untuk mengumpul wang ringgit mahupun harta tetapi demi kepuasan dan kawan-kawan. Namun jika ada sedikit rezeki dari ini, aku terima dengan syukur.

Kamu pula? Sudah pasang iklan? He he he...

Nota kakitanganku : Kamu juga 5 bintang di hati!










|BaraT Bapa AyaM KeLuar MaLam Mencar| Rezek| HaraM...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:27 AM 37 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Budak-budak ini sedang tidur. Gambar di ambil semalam. Mereka tidur dari selepas Subuh sehingga ke pukul 3.00 petang. Itupun aku yang kejutkan suruh bangun!! 'Bangun!! Bangun!! Korang tak nak makan ke? Tak lapar ke? Tidur je!!!" Suara aku bergema. Ya!! Mereka tidak boleh di manja selalu.

Semalam keduanya berjaya meloloskan diri. Itu memang menyakitkan hati aku. Yang lebih sakit kedua-duanya terkedek-kedek balik pukul 6.30 pagi. Keluar bersama. Balik bersama! Baik! Kamu memang sehati dan sejiwa.

Photobucket

Buat kerja sambilan apa di tengah-tengah malam? Jadi bapa kucing yang mahu lawan bapa ayam? Membekal kucing-kucing betina kepada kucing-kucing jantan?

Photobucket

Balik terus tidur seharian. Aku pula yang risau sebab tidak bangun-bangun! Aku sendiri tidak biasa untuk tidur sepanjang hari tanpa bangun-bangun.

Nota kakitanganku : Spesis Kucing Burung Hantu!






Wednesday, October 28, 2009

MaLam |n| k|Ta BercenGkeraMa.. ToLong TunggU Aku D| Rumah!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:15 PM 35 kUs-kUs Links to this post
Aduhai.... Hujan gerimis. Hati juga gerimis. Terima kasih kepada kamu semua yang singgah di sini dan meninggalkan komen. Terima kasih juga yang buat lintas hormat. Terima kasih juga yang menyampah tapi jeling. Itu macam benci tapi rindu.

Malam ini kita bercengkerama*. Tolong tunggu aku di rumah*. Sekejap lagi aku ingin ke MBO Melaka Mall menonton Papadom kali ke dua dengan orang yang berlainan.

He he he he...

Nota kakitanganku : Tangan tidak berhenti menggaru.

* Bercengkerama = Blogwalking
* Rumah = Blog





PerLukah Senara| BLog? PerLukah BaLasaN?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:30 PM 64 kUs-kUs Links to this post
'Saya sudah senarai blog kamu,sila senarai saya pula. Kita tukar-tukar 'link' okey?'

Perlukah balasan atas setiap perbuatan?


Betulkah bila tangan kanan memberi, tangan kiri tidak perlu tahu sebenarnya?

Nota kakitanganku :Semalam gatal usik-usik 'layout' semua senarai blog juga hilang!






B|La FahaMan K|Ta BerBeza...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:00 AM 56 kUs-kUs Links to this post
Dialognya begini :

Situasi : Emak sedang berbual di telefon dengan anak saudaranya merangkap sepupu aku.

Emak : Si Tedi tengah merebus ikan kucing. Dia sudah siap nanti makcik ajak kerumah kamu.

Tiba-tiba emak ketawa dengan kuat. Bercakap seketika kemudian meletak ganggang.

Aku : Kenapa emak.

Emak : Kak Ina tanya ikan kucing itu ikan laut ke ikan sungai. Bentuk macam mana?

Aku pun gelak bagai tidak ingat!!

Rupa-rupanya sepupu aku ingatkan ikan kucing itu sejenis ikan. Walhal aku sedang merebus ikan untuk kucing aku makan. Ekekekekke.. Aduhai..

Nota kakitanganku : Cakap biar terang dan jelas.

Yup! Aku MemanG TengaH GataL SekaranG!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:22 AM 43 kUs-kUs Links to this post
Entah apa-apa entah. Tiba-tiba mati akal untuk menulis di pagi-pagi hari ini.

Ringkaskan sahajalah..

1. Malam tadi duduk melopong depan 'lappy' konon mahu tukar 'templete' blog. Tapi sampai ke sudah 'hampeh'!! Aku tambah garis-garis sahaja. Pemalas! Jangan ikut perangai aku. Kalau aku rajin mahu tukar kepala dia sahaja. Kepala? Ha ha ha... Kalaulah...

2. Dak Itam sudah boleh berlari-lari anak walau agak terkedek-kedek dan tidak berapa sempurna. Tapi banyak perubahan. Bersyukur sangat-sangat. Cuma dia bising-bising dengan suara halusnya mahu keluar dari rumah. Tapi aku buat kawalan ketat. Dak Utih pun aku tidak izinkan keluar. Duduklah dalam rumah atau lebih kejam dalam bilik atau lebih kejam lagi dalam sangkar!! Ha ha ha!! Ketawa keji!!

3. Semalam kenyang makan pulut kuning. Eh! Ini sudah di beritahu. Kecohlah Lu!!! He he he..

4. Petang Bos tiada di pejabat. Yey! Boleh berhoye-hoye!

5. Rancang mahu tonton PAPADOM dengan adik. InsyaAllah. Hari ini hari Rabu. RM 5.00 sahaja. Jimat !! Tiada Jagung Pop. Tiada air. Minum dan makan dari rumah kenyang-kenyang. La la la...

6. Bengkak di kaki suduh surut sedikit tetapi sakit dan bisanya masih ada. Gatal jangan cakaplah. Sampai satu tahap macam mahu rabak kulit aku garu di tempat yang bengkak!! Krim yang di sapu tidak memberi kesan yang di ingini. Jadilah aku perempuan yang gatal sedang asyik masyuk menggaru. Ya! Aku tengah gatal sekarang. Pengakuan jujur!!

Nota kakitanganku : Sekian! Eh! Macam tiada penutup sahaja!! Ekekekeke...





Tuesday, October 27, 2009

AkU JamU KamU SeMua.. Ter|maLah DengaN PenUh Sabar D| DaDa...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:47 PM 63 kUs-kUs Links to this post
Alhamdulillah. Aku ingatkan emak cuma bergurau bila mengatakan ingin buat Pulut Kuning. Rupanya betul-betul. Terima kasih emak. Kata emak, niatlah bersedekah. Emak begitu teruja bila aku katakan aku lulus PTK walaupun emak tidak berapa faham apa itu PTK. Aku terangkan serba ringkas. Aku katakan kepada emak, bila lulus boleh naik gaji, tidak banyak sedikit sahaja. Kata emak, tidak mengapa. Aku katakan kepada emak, ini rezeki sebab bukan semua orang boleh lulus dengan aras yang baik. Syukur. Malam ini ada ustaz yang mengajar di surau. Jadi emak jamu mereka dengan pulut kuning ini.

Mungkin pada kamu lulus PTK dengan aras IV adalah perkara yang remeh atau biasa. Tapi bagi aku besar maknanya lebih-lebih lagi daripada penerangan yang aku dapat, kami hanya ada 1 sahaja lagi peluang pada sesi Mac 2010 sebelum tidak di benarkan lagi menduduki PTK. Aku sendiri keliru tentang itu.

Okey ini pulut kuningnya dan sambal tumis emak.

Photobucket

Aku jamu kamu. Tetapi jamu mata sahaja. :)

Petang tadi ke Pasar Malam di Kesang Damai. Adik begitu teringin makan Laksam. Beli dalam kuantiti yang banyak iaitu 4 bungkus.

Tiada gambar sebab aku tidak makan Laksam. Aku cuma rasa sesudu kemudian menolak kerana tidak di terima oleh tekak.

Kamu pernah makan? Apa isi kuahnya? Macam kuah lemak sahaja. Berasal dari mana ya? Kelantan?

Mari kita kongsi bersama.

Nota kakitanganku : Kaki masih bengkak dan sakit. Dak Itam sudah aku kurung. 'I'm corry' Dak Itam!







C|umaN C|Nta |tu MemanG MenyaKITkaN.. Kamu KeJam!!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:30 PM 72 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Sob sob sob.. Betul juga kata orang tua-tua. Jangan terlalu suka hati sangat. Jangan ketawa macam tidak ingat. Nanti berduka. Nanti menangis.

Aduhai. Terkena batang hidung sendiri. Sabarlah wahai hati.

Malam tadi ketika leka mengadap 'lappy' satu 'ciuman' cinta oleh sang penyengat hinggap di kaki berdekatan dengan buku lali!! Nampak tanda merah yang aku bulatkan di atas? Dasyat sungguh ciuman cinta itu. Kesan bengkaknya sudah merebak hingga ke sebelah bawahnya macam urat timbul. Setiap saat bengkak menjadi besar dan besar lagi. Ekekekeeke...

Lama kelamaan bengkak membonjol. Bisa jangan cakaplah. Aku tahan juga. Aku sapu minyak gamat dan aku cuba lelap. Sob Sob Sob!! Sakit woOooo!!

Hari ini tidak boleh Cuti Sakit sebab aku perlu uruskan Kenaikan Pangkat AKS. Hantar hari ini. Jadi aku gagahkan diri juga dengan kaki yang ala-ala tempang hadir ke pejabat.

Dalam pukul 9.00 pagi kerja-kerja permohonan itu selesai. Aku minta izin ke klinik Ayer Molek. Aduhai.. Di suntik di tangan sebab bisa sengatan dan kaki bertambah bengkak. Dapat Cuti Sakit sehari. ALhamdulillah. Sebab tapak kaki sudah bisa untuk memijak.

Balik semua ke pejabat serahkan sijil cuti sakit. Siapkan surat yang ingin di hantar ke JPM. Oh! Pakcik PRA akan tolong hantar. Terima kasih.

Ya. Moralnya, jangan terlalu suka sangat Si Tedi oiiii!!

Nota kakitanganku : Walau hanya penyengat bisanya boleh tahan juga.







Emak. ToLong Buatkan PuLut Kun|ng!! LauknyA SamBaL Tum|s pUn T|Dak Apa...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:30 AM 63 kUs-kUs Links to this post

Photobucket

Syukur Alhamdulillah. Allah seringkali menguji aku. Tanda aku sering dalam perhantian-Nya. Saat aku berasa hampa datang rezeki yang berganda. Saat aku gagal aku di beri kejayaan pula. Terima kasih buatmu Yang Esa.

Photobucket

Dari semalam aku hanya tersengeh-sengeh seorang diri. Kertas hijau itu aku telek berkali. Tidak perlu membuka kertas bersampul putih ini lagi. Hati rasa berbunga-bunga.


Terima kasih buat kawan-kawan juga yang sama memberi kata semangat dan himpunan doa kamu buat aku mendapat ini.


Terima kasih juga atas perbincangan kita tentang soalannya juga. Ini kali kedua aku menduduki peperiksaan PTK. Alhamdulillah aku dapat aras yang terbaik untuk TK1 ini.


Terima kasih.


Alhamdulillah.. Aras IV ini betul-betul buat aku tidur sambil tersenyum...


Nota kakitanganku : Angau denganmu PTK!


* PTK= Penilaian Tahap Kecekapan







TragedI JambataN RuntuH D| Kuala D|pang!! 22 PeLajar D| KhuaT|r| H|Lang!!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:30 AM 52 kUs-kUs Links to this post
Mata tidak mahu lelap malam tadi. Membuka utusanonline dan membaca berita ini. Hati jadi berdegup kencang. Aku cuba 'gugel' dan jumpa ini.

MasyaAllah. Mereka ialah pelajar sekolah yang sedang berkhemah. Namun tragedi ini betul-betul menyentap hati.

Selamatkanlah mereka Ya Allah... Mereka yang lemah tidak berdaya. Tabahkanlah hati ibubapa mereka juga..

Aku tidak sabar untuk menanti siang dan mengetahui berita selanjutnya. Semoga mereka selamat. InsyaAllah...

Nota kakitanganku : Ajal dan maut ketentuan Yang Esa...








SuSpek BerJaya MeLoLoskaN D|r|...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:35 AM 29 kUs-kUs Links to this post
Aduhai.. Dalam aku berjaga-jaga dia terlepas juga. Dalam aku membuat kawalan ketat dia berjaya meloloskan diri. Ini betul-betul mendatangkan kemarahan.

Selepas Maghrib tadi aku tertidur. Mungkin terlalu letih di siang hari berlawan dengan cuaca panas. Sedar-sedar sahaja hampir pukul 11.00 malam.

Suspek utama tidak kelihatan. Mencari-cari keliling rumah tidak berjumpa. Sah! Dia berjaya kali ini setelah cubaannya sebelum ini gagal. Budak itu memang degil.

Budak itu memang tidak sedar diri!!

Aku keluar rumah menjadi seperti seorang 'pontianak' merayap di tengah malam teraba-raba mencari dalam gelap. Hasilnya hampa. Kecewa! Memang mahu kena belasah bila dia balik nanti!!

Ubat pun belum makan lagi untuk sesi malam.

Eeeee!! Memang degil budak hitam ini!!

Nota kakitanganku : Jangan kaki kamu tercabut tengah jalan sudah!!!








Monday, October 26, 2009

A|skr|m BaTang!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:30 PM 51 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Ini kegemaran aku masa zaman kanak-kanak. Sebatang 20 sen. Macam-macam perisa yang ada. Oren, stoberi, milo, sirap dan lain-lain. Tapi aku paling suka perisa asam boi. Kalau sekali beli mahu satu plastik.

Sebelum Maghrib tadi pekena aiskrim batang perisa milo. Adik yang buat. Sudah lama tidak memamah aiskrim ini. Selalunya aku membuka dengan menggigit di bahagian yang tersimpul. Putar-putar sampai ianya tercabut sendiri. Ekekekekke.. Kelakar gila kalau ingat balik.

Usai sudah aiskrim di makan tiup plastik panjang yang kosong, pusing dan letupkan. Ha ha ha.. Acara wajib!!

Sekarang sudah tidak jumpa asikrim macam ini lagi. Sekarang aiskrim yang ramping pinggang itu. Yang pelbagai perisa warna warna.

Lepas ini bolehlah selalu makan. Di rumah sudah ada yang rajin buat!

Nota kakitanganku : Siapa mahu beli. Sebatang 50 sen. Ekekekekke..






Dak uT|h Punya JawapaN Teka Tek| TekA TekUk...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:40 PM 46 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Kembali lagi teka-teki teka-tekuk bersama Dak Utih!! Ha ha ha... Terima kasih kepada kamu yang sedaya upaya cuba menjawab walaupun tahu hadiahnya hanyalah satu tin Ikan Sardin Cap Ayam. Itupun jika Dak Utih ada ongkos untuk membelinya. 'Kau jangan mahu curi Ikan Sardin Cap Ayam emak aku Dak Utih oii!!'

Okey! Jawapannya ialah :

Dak Utih telah berjaya menjimatkan aku dari membeli bingkai gambar. Ha ha ha... Duduklah kamu di situ Dak Utih sampai kematu!

Dak Utih : Bos! Antara aku dengan Adik Ija,siapa yang paling tembam?
Aku : Kau bukan tembam Dak Utih, dagu kau berlapis!! Ha ha ha ha..
Dak Utih : Bos! Kecil hati aku! Aku merajuk!
Aku : BuuuweKkkkk :P

Nota kakitanganku : Hik hik hik...






RenungaN Tajamku T|Dak B|sa Hent|kaN TamparaNmu...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:00 AM 43 kUs-kUs Links to this post
Membaca 'entry' Kena tampar VS Kena cubit tulisan Cikgu Asyiq semalam buat hati jadi sebak tiba-tiba. Menitip bait demi bait buat hati rasa sebu dan tepu! Terima kasih cikgu, kerana menulis entry yang betul-betul memberi kesan.

Mungkin sebab kedua-duanya pernah hinggap di tubuh badan buat aku rasa tercuit sedikit.

Ketika di sekolah rendah agama, aku pernah di cubit di pinggang. Aku paling benci cubitan cara itu. Aku merenung Ustazah tersebut dan berkata ' Cuba uztazah cubit pinggang sendiri, sakit atau tidak?' Ya! Aku memang kurang ajar kerana menjawab.


Kesimpulannya aku memang anti orang yang mencubit di pinggang. Mungkin di situ tempat lemak berkumpul jadi senang mencubit di situ. Mencubit dan memulas cubitan. WTH sakitnya!!

Semasa aku tinggal di asrama, aku pernah di tampar di muka. Arwah warden aku ketika itu (sila rujuk sini) hilang sabar dengan sikap aku dan 3 orang lagi kawan baik aku. Kami di rotan di tangan pada mulanya di dalam bilik beliau.

Aku berkata 'Jika yang bersalah sekalipun, hanya saya seorang. Lepaskan kawan-kawan saya'.
Permintaan aku di balas dengan tamparan yang hebat. Aku merenungnya. Tajam.

Lantas satu tamparan hinggap di muka di iringi dengan kata-kata yang tidak perlu di tulis di sini. Renungan menjadi lebih tajam tanpa setitik airmata yang mengalir. Aku jadi begitu berani tanpa rasa bersalah.

Dua tamparan hebat lagi hinggap. Kawan-kawan aku yang tiga orang sudah mula melutut sambil meraung-raung menangis meminta aku tidak di perlakukan begitu lagi. Aku masih kaku. Tiada airmata. Ingin sekali aku meraung dan berlakon menangis tanpa airmata.

Hanya ungkapan ' Kawan-kawan saya tidak bersalah. Tolong biarkan mereka keluar'. Kata-kata itu sekadar menambah amarah beliau. Aku di rotan di sisi badan. Makin menggila tangisan kawan-kawan.

'Saya masih tetap dengan kata-kata saya. Saya tidak akan sesekali menariknya. Saya tidak menyesal'. Kata-kata itu umpama satu simbahan minyak tanah ke dalam api yang semakin marak. Lantas kami di halau dari bilik tersebut dan di minta mengemas barang-barang.

'Kamu semua di buang asrama. Esok saya tidak mahu tengok muka kamu semua lagi.

Aku keluar dengan senyuman yang amat sinis. Amat-amat sekali!

Nota kakitanganku : Kejamkah aku?







Dak Ut|h aDa Teka Tek| Teka TekUk!!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:30 AM 36 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Dak Utih : Bos, aku sudah jimatkan kau sesuatu dengan duduk di sini...
Aku : Jimatkan apa?
Dak Utih : Tekalah Bos.
Aku : Malaslah aku nak fikir.
Dak Utih : Kalau kamu dapat jawab nanti aku belanja Whiskas.
Aku : Erk!
Dak Utih : Mahu perisa apa Bos? OoopPs! Aku lupa. Kau mana makan Whiskas. Aku belanja Ikan Sardin Cap Ayam. Amacam?
Aku : Makan pakai kau pun aku yang tanggung.
Dak Utih : Aku belanja kau bayarlah. He he he he...

Apa ek yang Dak Utih sudah jimatkan aku? Jom teka sama-sama! Siapa dapat jawab hadiah minta pada Dak Utih. Ikan Sardin Cap Ayam!! :P

Nota kakitanganku : Eh! Ini bukan kuiz! Ekekekekeke..






T|durLah Dak |Tam. UsaH BuaT Hat|ku H|Ba menDengarnyA..

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:56 AM 24 kUs-kUs Links to this post
Aku tutup muka dengan bantal. Beralih posisi, tutup pula telinga dengan bantal. Memekap lama. Kuatkanlah imanku Ya Allah. Janganlah buat hati aku berasa hiba mendengarnya. Aku cuba memekakkan telinga yang tidak pekak. Pura-pura tuli.

Aduhai. Selalunya Dak Itam jarang mengiaw. Satu hari kadang-kadang tidak pernah sekali pun dia mengiaw. Bila malam ini aku letak dia dalam bilik, dia mengiaw-ngiaw ingin keluar rumah.

Maghrib tadi aku terleka sedikit beliau sudah sampai ke tangga rumah jiran selang 2 buah rumah. Nasib baik aku cepat mengambilnya. Dia berjalan pun masih tidak tetap. Meloncat pun tersungkur jatuh. Macam mana aku mahu lepaskan dia?

Mungkin dia rasa sihat sedikit. Itu yang dia mahu berhoye-hoye keluar. Dak Utih pun tiada temankan dia malam ini.

Aduhai... Hibanya hati....

Nota kakitanganku : Maaf Dak Itam. Semuanya demi kesihatan kamu!






Sunday, October 25, 2009

Aku amaT BanGGa DenganmU Waha| Muff|n cOkLatkU!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:35 PM 48 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Amacam?

Photobucket

Ini dari dulang pertama yang agak merundum


Photobucket

Ini dari dulang kedua. :)

Petang tadi tidak ke mana-mana. Untuk kesekian kalinya membuat lagi muffin coklat walaupun seisi rumah sudah jemu barangkali. Ha ha ha..

Kali ini nampak lebih cantik! Cantik di mata aku okey!! Kamu jangan gelak-gelak! Sob sob sob... Abah sampai takut ingin makan. Terlalu manis katanya. Jadi resepi kali ini aku kurangkan gula. Maafkan aku tuan punya resepi. Aku hanya letak gula hujung-hujung sudu sahaja. Mungkin coklat masakan aku manis agaknya.

Selalunya harus cuba berulang-ulang kali baru jadi yang paling 'superb'!!

Nota kakitanganku : Sedap makan panas-panas. Sudah sejuk kejung sahaja. Ha ha ha..






Har| MembuanG LemaK...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:05 PM 59 kUs-kUs Links to this post
Eh! Bukan lemak ayam atau lemak haiwan-haiwan ternakan. Tetapi lemak di badan sendiri. Aktiviti hari Ahad yang mendung ini ialah sesi mengemas-ngemas dan basuh membasuh. Ekekekekeke..

Badan rasa segar sedikit sebab dapat tidur dalam jangkamasa yang lama. Hari ini tiada perancangan mahu ke mana-mana. Tengoklah petang nanti kalau bosan-bosan boleh pekena Sundea sambil menikmati keindahan tasik yang tidak berapa indah di Ayer Keroh. Ekekekeke...

Dak Itam masih kelihatan sakit. Masih tidak dapat berjalan dengan sempurna walaupun aku lihat ada juga perubahannya. Dia senang untuk makan 3 jenis ubat itu. Ubat tahan sakit, ubat urat saraf dan antibiotik. Tetapi melihatkan selera makannya ada, aku jadi seronok juga.

Cuma pergerakkannya aku pantau bimbang bertembung dengan Dak Kimo yang garang macam singa itu!

Kamu ada atau tidak simpan keinginan untuk pergi atau melawat tempat di negeri kamu sendiri? Aku selalu berkeinginan untuk menjejakkan kaki di Zoo Melaka. Kali terakhir aku ke sana adalah lebih kurang 20 tahun yang lalu. Aduhai.. Malu sungguh mahu mengaku zoo itu terletak hanya 10km dari rumah. He he he he..

Jom buat rombongan ke Zoo Melaka. zaradgreat boleh jadi ketua rombongan. Ha ha ha..

Nota kakitanganku : Taman Buaya masih ada buaya lagikah?






Saturday, October 24, 2009

Cuaca YanG MenDuga kesaBaraN!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:03 PM 51 kUs-kUs Links to this post
Pejalanan hari ini adalah amat memenatkan. Dari Tanjung Bidara ke Masjid Tanah terus ke Rembau.

Cuaca adalah amat panas. Berjalan kaki ke rumah pengantin perempuan dari tempat meletak kereta amat jauh. Terus aku bergaduh dengan orang yang jaga jalan itu. Jalan adalah sempit yang mana hanya boleh di lalui sebuah kereta sahaja. Dia asyik suruh kami berundur ke belakang untuk memberi laluan kereta di hadapan. Sedangkan kami hampir tiba di simpang tiga jalan kecil tersebut. Undur ke belakang bermakna berundur menuruni bukit. Di belakang kereta juga sudah ada 2 buah kereta lagi. Jadi masing-masing berundur tanpa tujuan sebabnya di kiri kanan sudah penuh dengan kereta!! WTH lah!

Aku malas mahu cerita sebab sampai ke sudah tidak berjumpa orang yang kena maki dengan aku itu selepas majlis selesai. Kalau dapat mahu sahaja aku belasah dah suruh dia pergi temuduga jadi Polis Trafik dahulu sebelum mengarahkan kereta yang sudah hampir tiba ke destinasi berundur memberi laluan kepada kereta yang baru masuk ke simpang!!

Berjalan kaki masuk ke rumah pengantin yang jauhnya 500meter. Kasihan dekat emak yang sakit lututnya. Sampai sahaja masing-masing terus ke balai hidangan untuk meneguk air. Ha ha ha.. Gila haus sebab berpanas mengiringi pengantin. Sudahlah paluan kompang lama gila. Masing-masing yang pergi penuh bergaya sudah basah dek peluh!


Okey! Kami ke Rembau pula. Di Sename. Kalau di kampung aku, kami selalunya akan mengadakan satu sahaja majlis kenduri kahwin. Tapi tadi, kami tersilap masuk ke rumah pengantin. Rupanya rumah sasaran adalah rumah yang satu lagi jarak dalam 100 meter sahaja. Boleh macam itu ya? Nasib baik belum makan. Ha ha ha ..

Dak Ayus.. Aku amat berbangga kerana dapat melihat papan tanda SK Bongek. Ekekkekeke... Berbangga juga lalu di Bongek dan Kota. Ha ha ha... Gila Bonngek sungguh aku ini. Selalu dengar nama sahaja. Bila nampak papan tanda Bongek, teruja gila!

Dak Zara. Minta maaf sebab tidak dapat jumpa kamu hari ini. Balik sudah hampir Maghrib. Sudah penat dan letih memandu, lepas sembahyang terus pengsan!! Maaf ya!!

Nota kakitanganku : Berapa gelen sudah aku minum hari ini...






JadUaL Har| Sabtu YanG MendunG!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:15 AM 39 kUs-kUs Links to this post
Hari ini tidak tidur dengan nyenyaknya kerana ada serangan nyamuk berani mati!! He he he .. Yelah!! Mahu serang orang, tapi tiada kelengkapan. Kelepek!! Kelepek!! Kena belasah dengan aku! Selamat jalan!! :)

Hari ini sangat sibuk nampaknya diari Sabtu aku! Wah! Ada diari pula!!

7.30 pagi Selepas makan ala kadar budak -budak ini terutama Dak Kimo membawa diri. Dak kimo tidak makan langsung. Mahu ikan rebus juga.

7.45 pagi Bagi Dak Itam makan 3 jenis ubat. Ubat Tahan sakit, ubat urat saraf dan antibiotik.Alhamdulillah. Senang bagi dia makan ubat.

8.30 pagi pergi pasar beli ikan budak-budak ini. AKu beli 3 tin Whiskas, haram mereka semua tidak mahu makan. Rindu juga ikan rebus. Okey! Aku menurut perintah.

9.00 pagi . Balik nanti singgah ambil baju di rumah nyonya. He he he.. harap-harap sudah siap.

10.30 pagi ke Masjid Tanah. Rumah sebelah perempuan Majlis Perkahwinan sepupu aku Alan dan isteri. Minggu depan rumah Mak Lang di Kuala Lumpur.

2.00 petang. Kami terus ke Rembau untuk satu lagi Majlis Perkahwinan kawan abah. InsyaAllah.

Okey! Jadual hari ini. Ekekekekeke...

Nota kakitanganku : Cuaca mendung!







Friday, October 23, 2009

AkU CuBa yanG TerBa|k bUat KamU. MaaF anDa| aDa kUranGnya...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:29 PM 50 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Klinik Haiwan Vally di Semabok.

Aku membawa Dak Itam ke sini petang tadi. Kebetulan hari ini aku harus ke AG. Jadi aku mengambil keputusan membawa Dak Itam terus sebab searah. Jadi pukul 3.30 petang aku keluar dari pejabat.

Photobucket

Oleh kerana beliau jarang menaiki kereta, beliau nampak gementar dengan helaan nafas yang laju.

Photobucket

Sebelah kiri adalah Klinik dan sebelah kanan adalah kedai barangan haiwan.

Photobucket

Aku ingatkan mahu buat x-ray hari ini. Kata Doktor Chan Dak Itam tidak patah di mana-mana bahagian. Sebab jika patah di bahagian yang sakit beliau tidak akan dapat berjalan. Nasihat doktor, hari ini dapatkan rawatan dan ubat. Jika aku ingin juga lakukan x-ray, datang semula pada hari Isnin.

Ada kesan benjolan di kaki yang sakit. Doktor memberi satu suntikan tahan sakit.

Photobucket

Ubat tahan sakit dan urat saraf. Aku memilih jenis cecair. Senang aku beri dia dengan picagari.

Aku berasa hairan bin ajaib kerana Jabatan Veterinar Melaka tiada mesin X-ray. Amat pelik. Menurut yang mengambil panggilan aku pagi tadi, 'Kamu pergi sahaja ke Klinik Vally. Di situ semua ada." Dia fikir semua orang kaya macam dia. Boleh pergi klinik swasta. Aku 'gugel' tadi, di Jabatan Veterinar Selangor jika tidak silap, kos untuk X-Ray kucing adalah dari RM 30.00 dan seterusnya.

Di Klinik Vally untuk X-ray kosnya ialah RM 120.00 . Untuk rawatan hari ini kosnya RM 40.00 Bagi aku berpatutan bagi klinik swasta.

Kerana masih ada urusan yang belum selesai di AG, aku 'mengupah' seorang 'babybrother' untuk menjaga Dak Itam sementara aku menyelesaikan tugas. Terima kasih. Jasamu di kenang!

Photobucket

Sampai di rumah. Aku terlupa mahu beli pasir tandas. Esok kami semua tiada di rumah. Jadi tiada siapa yang mahu mendukung Dak Itam 'membuang' di luar rumah. Okey! Jom pergi Family Store!!

Nota kakitanganku : Terima kasih untuk kamu semua yang mengambil berat dan prihatin tentang kesihatan Dak Itam. Mamai, sekarang aku dapat rasa kerisauan kamu tentang Bob bila sekarang aku mengalami situasi yang hampir sama.Terima kasih semua. Aku juga harapkan doa kamu!!






Kam| T|Dak GaranG Pakc|k MetEr!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:29 PM 55 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Baru berkesempatan membelek-belek sebelah belakang bil air dari Perbadanan Air Melaka. Di antara yang tertera di sebelah belakang ialah punca-punca mengapa bacaan meter tidak dapat di lakukan.

Salah satu sebabnya adalah seperti yang aku bulat di atas.

Huh!! Nasib baik aku hanya membela 4 ekor kucing jantan dan kalau garang pun hanya seekor sahaja. Jadi tiada masalah bacaan meter yang akan berlaku di rumah aku. Tiada juga tunggakan amaun bil akan berlaku. He he he...

Yang mana satu ya antara kucing-kucing aku yang paling garang?

Nota kakitanganku : Aku juga tidak garang!! Miowwww!!










M|nTa PerhaT|an OranG-OranG KampUnGKu sEkeL|an...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:30 AM 71 kUs-kUs Links to this post
Opss! Okey!! Aku telah memadam beberapa blog yang aku ikut dan mungkin akan memadam separuh lagi blog yang tidak aktif di sini dan juga aku tidak aktif di sana. Jangan salah faham, oleh kerana had limit blog yang kita boleh ikut adalah sebanyak 300 sahaja, oleh itu aku selalu menghadapi masalah untuk mengikut blog yang seterusnya jika mereka tidak meletakkan ruangan 'ikut' di blog mereka.

Di sini aku meminta jasa baik antara kamu jika ada pembaca senyap aku (kalau ada) sila lapor diri ya? Ekekekekeke... Kamu mungkin salah seorang yang aku telah padam dari senarai pengikut aku. Atau pun kamu boleh tinggalkan sepatah dua kata sebagai ucapan kewujudan kamu di sini.

Kamu juga boleh memadam aku jika aku tidak aktif di blog kamu juga!!

Okey!! Mari-mari lapor di sini..

Nota kakitanganku : Cuma aku yang kadang-kadang tidak terikut kamu... :)







Rasa sayU menyeNtak haT|....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:45 AM 27 kUs-kUs Links to this post
Hari ini lepas Maghrib terus tidur. Rasa penat sangat sebab cuaca hari ini panas dan kerja di pejabat juga banyak. Kepala jadi sakit seperti biasa. Sedar tadi bila ada seorang kawan telefon dan aku melayannya dalam keadaan diri yang mamai.

Menjawab sepatah -sepatah sahaja lantas beliau terasa hati. Meletakkan telefon dan seminit kemudian memberi mesej :

Photobucket

Aku lantas terkebil-kebil di atas katil . Terus memandang ke bawah dari katil dan melihat Dak Itam :

Photobucket

YuP! Kakinya sakit. Aku sudah tidak boleh pegang! Dia akan mendengus marah. WTH!! Aku rasa sakit hati sangat. Dak Itam sudah tidak boleh bangun dengan sempurna. Dari pagi tadi dia hanya duduk dan tidur serta makan dan minum juga dalam bilik. Maghrib tadi abah ada tanya keadaan Dak Itam dan abah suruh bawa ke klinik esok. InsyaAllah.

Melihatkan Dak Utih masa belum balik sejak Subuh tadi aku jadi risau juga.

Kemudian melihat pula di bloglist dan terus ke sini . Aku rasa hiba sangat dari semalam lagi membaca 'entry' beliau. Aku juga mengalami keadaan yang sama cuma soalan sahaja berbeza. WTH manusia ini. Bersyukurlah kamu dengan apa yang kamu ada usah menyakitkan hati orang lain dengan soalan-soalan bodoh yang amat sensitif.

Aku memandang ke syiling. Merenung. Hati jadi sebak. Tanpa aku aku mula menaip sambil menyapu airmata. Entah! Aku tiada alasan yang kukuh. Yang pasti hati rasa sayu dengan kejadian-demi kejadian ini !!

Lantas bangun dan mengambil air sembahyang......

Nota kakitanganku : Sesekali hati juga turut teruji kekuatannya. Terima kasih Allah. Tanpa ujian aku pasti tidak akan sedar...





Thursday, October 22, 2009

MukA kAmu MacAm Art|s....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:30 PM 56 kUs-kUs Links to this post
'Pernah tak ada orang cakap muka kamu macam artis?'


'Kenapa? Akak nak autograph ke?


'Perghh!! Perah santan!!!'


'Ha ha ha ha'


'Aidid Marcello tak boleh cari makan kalau saya jadi artis, kak'.


'Buweeeek :P'


Ada atau tidak orang beritahu kamu muka kamu macam artis? Kalau aku, muka memang tiada tapi badan macam Syanie.. Sob Sob Sob!!


Nota kakitanganku : Jaga yang tukar dari giliran malam ke siang pejabat aku muka macam Aidid Marcello. Ha ha ha ha....





Aduha| Dak |tam...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:05 AM 46 kUs-kUs Links to this post
Ini gambar malam tadi. Dak Itam masih belum dapat berjalan secara sempurna.AKu sendiri tidak tahu mengapa. Bila aku tekan-tekan dia tidak mendengus. Betul atau tidak jika kucing tidak mendengus bila kita raba-raba badan dia maknanya dia tidak berasa sakit?

Photobucket

Tetapi apabila melihat Dak Itam masih berselera makan, hati menjadi sedikit lega . Sekurang-kurangnya beliau ada tenaga untuk di gunakan nanti.

Photobucket

Photobucket


Aku pakaikan Dak Itam kolar yang sudah cemamai. Kolar kecemasan sebab tidak sempat beli baru. Kolar ini aku pakaikan bila emak nampak Dak Itam di rumah jiran yang agak jauh dari rumah. Dia sedang mengurat kucing berbulu empuk jiran tersebut.

Photobucket



Photobucket

Aku takut nanti bila dia asyik bergaduh orang yang tidak tahu Dak Itam bertuan akan membuangnya.

Photobucket

Sekurang-kurangnya orang akan berfikir dua kali untuk membuangnya jika terlihat kolar merah jambu itu. Kadang-kadang manusia ini sifatnya lebih teruk lagi daripada yang bukan manusia. Setakat pagi ini Dak Itam masih jalan mengensot! WTH siapa yang buat ini!!!!

Nota kakitanganku : Hanya Tuhan yang tahu..








WTH!! S|apa yanG BuaT Dak |taM T|Dak BoLeh BerJaLaN?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:30 AM 49 kUs-kUs Links to this post
Yup! Aku memang menuduh. Aku memang tidak nampak! Tetapi ada orang mendengar. WTH kamu!!

Kucing aku belum kebulur untuk memanjat sangkar arnab kamu yang setinggi apartment 20 tingkat itu. Kucing aku belum pernah makan arnab sebab tuan dia sendiri tidak pernah makan arnab!

Kucing aku tidak akan berbuat begitu. Kucing aku cukup makan bukan macam kucing kamu yang kurus melidi jalan pun tidak larat! Yang selalu menepek muka di rumah aku meminta makanan!

Cukup sekali aku nampak dengan mata aku kamu baling kucing aku dengan kerusi. Bodoh kamu mengalahkan arnab yang kamu pelihara! Sebab itulah agaknya monyet-monyet di belakang rumah kamu jadikan anak arnab kamu santapan makan tengah hari mereka!

Jangan salahkan kucing aku. Setakat hari ini kucing-kucing aku belum pernah bawa balik bangkai arnab lagi! Jangan pula aku hilang sabar dan lemparkan bangkai monyet bagi arnab kamu makan!!

Maafkan aku kawan-kawan.Aku cuma hilang sabar dengan manusia yang di anugerahkan otak dan akal tetapi tidak memanfaatkannya.

Aku tidak marah tuan rumah. Tapi aku marah anak-anaknya. Kucing sendiri pun mereka marah-marah dan baling, inikan pula kucing orang. WTH manusia macam itu. Dia pernah baling Dak Kimo dengan kerusi plastik, pernah baling batu. Aku memang sudah tegur.

Tapi semalam bila Dak Itam tidak boleh bangun apatah lagi berjalan. Aku betul-betul hilang sabar. Adik lelaki aku cakap dia dengar sesuatu bising-bising petang semalam pasal kucing dan arnab. Betul! Aku tidak mendengar. Aku tidak pasti. Tapi entah mengapa hati seakan mengiakan.

Nota kakitanganku : huh!












Lagu T|ga KupanG...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:45 AM 19 kUs-kUs Links to this post
Lagu tiga kupang
sagu penuh padi
enam ekor burung
masuk dalam kuali
heyyyyy...

Photobucket

Cinta keduanya... :)

Selamat malam sang bulan...

Nota kakitanganku : sang pungguk, jangan rindukan aku...






Wednesday, October 21, 2009

D| Mana-Mana sahaJa aDA KamU...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:37 PM 39 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Photobucket

Photobucket


Photobucket

Ini gambar anak dan ibu kucing yang aku jumpa dekat kedai makan bersebelahan tandas mewah tengah hari tadi. Aduhai.. Lepas ini pasti 1-2 bulan aku tidak akan ke kedai itu. Tidak sampai hati mahu tengok anak-anak kucing itu.

Satu lagi tempat yang selalu ada kucing ialah di tempat letak kereta aras atas Jusco Melaka. Aku rasa mahu sahaja aku amuk dengan jaga di situ. Mustahil mereka tidak nampak kucing yang berkeliaran di sekitar tempat letak kereta. Boleh mengudang kemalangan okey? Malaun mana yang buang kucing di Jaya Jusco?? WTH!!


Okey!
Berkenaan dengan tandas mewah itu, menurut abang tuan punya kedai makan, katanya bayaran untuk masuk ke tandas itu adalah RM 2.00. Aku pun tidak tahu. Betul atau tidak. Sebab itulah makcik itu cakap, baik beli air dari buang air. Ekekekekek..

RM 2.00? Aku lebih rela menahan dari membuang... Ha ha ha ha...

Nota kakitanganku : Tandas orang kaya!!








AKu suSun 10 Jar| tanGan aKu serTa 10 erK 20 Jar| kak|TangaN Dak Ut|h Juga....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:30 PM 44 kUs-kUs Links to this post
Oh!! Aku tidak pasti Dak Utih punya kategori tangan atau kaki tetapi aku susunkan juga beliau punya kerana turut sama bersubahat. Maafkan kami penunggu blog!!

ErK! Aduhai. Maafkan aku atas 'entry' ini. Ya Ampun!! Bila mana aku tengok komen begitu laju masuk dengan kata-kata semangat dan peransang aku jadi bersalah sangat-sangat!

Pada mulanya aku ingin memadam 'entry' tersebut. Gusar jika kebenarannya akan membuat kamu semua terasa di tipu sedangkan kamu telah meluangkan masa membaca dan memberi kata-kata nasihat buat aku.

Semua komen memberi aku kata-kata nasihat dan semangat . Terima kasih semua. Setelah di fikirkan setakat ini semua pembaca blog aku terdiri dari mereka yang tahan bergurau dan memang 'superb' aku teruskan juga 'entry' itu. Ahamdulillah..

Pagi ini aku harap 'entry' Staff baru aku itu dapat menceriakan pagi kamu. Contohnya En Mamai yang terlalu teruja untuk mengomen sehingga tersalah 'entry' kamu komen. Ha ha ha ...

Terima kasih kawan-kawan, kamu memang yang terbaik kerana tahan dengan gurauan aku. Kucing itu juga sudah tiada di pejabat. Aku doakan yang terbaik untuk kucing tersebut!!

Photobucket

Okey!
Ingat lagi entry ini? Hari ini ketika aku pergi ke kedai yang sama, tajuk perbincangan mereka ialah amaun yang perlu di bayar untuk memasuki tandas tersebut.

Sampaikan ada seorang makcik berkata ' Jika membayar sebanyak itu untuk membuang air, baik aku buat belanja beli air'. He he he he...

Kamu rasa berapa RM kah yang perlu di bayar untuk memasuki tandas tersebut?

Nota kakitanganku : Ketawa dan senyum pengubat hati yang marah! JAngan marah akU!! He he he...







MengaPa Gah MeNunJuk-NunJuk sEsuaTu yanG MenGa|bkaN?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:00 AM 52 kUs-kUs Links to this post
Selalu apa ya? 'Katakan Tak Nak' kan? Okey! Suka jari aku untuk menaip katakan tidak. Opsss!! Bukan! Tiada siapa yang meminang untuk aku katakan tidak. Ha ha ha.. Poyo sungguh perasaan ini!! Ekekekekeke...

Okey! Aku ada menjadi pembaca senyap (kadang-kadang bising) untuk satu blog ini. Di akui blog ini memang agak panas dari biasa. Mungkin sebab kata-kata atau ayat yang beliau gunakan agak terus terang dan sedikit lucah.

Semenjak aku menjadi pembaca blog beliau lebih 9 bulan yang lalu aku dapati kehidupan beliau agak sosial. Ini berdasarkan gamba-gambar yang beliau tepek tiap kali ada 'entry' terbaru. Beliau seorang wanita. Beliau seorang perokok. Ada tertera gambar beliau gah menghisap rokok dalam sesetengah gambar yang di tepek. . Satu keluarga perokok. Termasuk ibu beliau. Sungguh! Aku tidak tipu. Jika kamu mengikut blog beliau dari awal kamu dapat tahu semuanya. ( Sila emel aku untuk aku buktikan kebenaran agar kamu dapat menyekodeng blog beliau). Oh ! Aku tidak jahat. Sekadar perkongsian. Aku rasa dia juga suka jika blognya ramai pengunjung!

Okey! Seperti bersiul merokok juga tidak manis jika perempuan yang melakukannya. Kamu setuju? Tapi jika diri sendiri gah memberitahu yang kamu, ayah, emak dan adik beradik seorang perokok tegar, apakah maknanya itu?

Aduhai manusia. Kadang-kadang kita tidak dapat membezakan yang mana aib keluarga yang mana tidak.

Nota kakitanganku : Lindungi aku dari segala keaiban....






|n| D|a staFf BarU yanG BuaT aKu ang|n saTu BaDan. S|La MaafkaN KejenGKeLan Peranga|nya, sEperT| Mana KamU Harus MemaaFkaN akU aTas PenDeDahaN |n|!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:25 AM 68 kUs-kUs Links to this post
Okey! Atas permintaan ramai, aku paparkan wajah-wajah staff baru aku yang tidak berdisiplin itu. Yang buatkan aku naik angin satu badan. Rujuk sini jika kamu tertinggal cerita semalam. Beliau memang betul-betul staff cap ayam. Ayam pun tidak macam beliau. Tapi tolong jangan buat laporan kepada Bos aku!!Jom!! Mari kita terjah!!!


Photobucket



Photobucket

Tengok! Akukan sudah cakap. Kerjanya asyik tidur memanjang!! Kerja satu pun tidak mahu buat!!

Photobucket

Apa pandang-pandang? Ada hutang? Aku sudah 'cop' duduk sini. Kamu main jauh-jauh!

Photobucket

Bekalan makanan yang di bawa. Bukan mangkuk tingkat. Macam mangkuk hayun! Siap makan dalam bilik aku lagi!!! Warna-warni memang tidak menahan!!

Photobucket

Nyum-nyum sini...

Photobucket

Nyum-nyum sini pula... Fuh... Nikmat!!

Photobucket


Amacam? Ada potensi jadi model bulu tidak?

Photobucket

Kita minum dulu....

Photobucket

Perut sudah kenyang. Mata macam berat sahaja.

Photobucket

Masa untuk tidur.. Memang makan gaji buta!!

Photobucket

" Kamu percayalah cakap tuan blog ini. Akulah staff baru itu. Dia boleh bungkus barang-barang dia masuk kotak. Ini bilik aku yang punya sekarang. Ha ha ha ha (ketawa keji)"


... Allah menguji aku dengan kehadiran kucing jantan ini di pejabat semalam. Syukur ada makanan di dalam kereta untuk beliau makan. Beliau sangat manja. Pertama kali bertentang mata beliau sudah mahu duduk atas riba. Tengok bulu dia. Cantikkan? Sekali pandang macam kucing bengal. Tapi apakan daya aku. Aku nyaris membawanya pulang semalam. Mahu berpura-pura kucing ini datang sendiri. Tapi aku tidak tergamak melakukannya. Atau lebih tepat lagi, melakonkannya. Kerana Allah itu Maha Mengetahui. Terasa ingin sahaja aku meletakkannya di luar pagar pejabat. Tapi aku tidak sanggup. Tidak mahu kucing secantik ini akan mati sia-sia di tengah jalan. Ada yang berminat? Beritahu aku okey? Sudah 2 hari beliau di sini......

Nota kakitanganku : Yup! Betul! Mula-mula aku rasa rimas sebab dia asyik meleseh sahaja. Lama-lama timbul perasaan kasih dan kasihan....







 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting