Sunday, January 31, 2010

MenaMakan s| ken|T

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:01 PM 28 kUs-kUs
Photobucket


Photobucket

Photobucket

Ha ha ha! Ini pertandingan. Harap maklum. Dak Utih mungkin sedang mimpi basah. Ekekekeke.. Pandai-pandai sahaja aku! DeshuMmm!!

Okey! Ini adalah pertandingan. Pertandingan menamakan anak kucing! Penganjurnya ialah Puan Iela.

Nama yang aku pilih bagi anak kucing betina ini ialah CHIKI.

Oh! Mungkin aku terlalu rindukan Choko dan Choki. He he he.. Mereka telah bersenang lenang di rumah baru memang tidak ingat aku punya itu!! He he he he..

Siap! Terima kasih Puan Iela anjurkan pertandingan kucing-mucing ini! Aku suka!

Nota kakitanganku : Banyak 'puleekkk' 'contest' aku masuk kali ini!





H|na NABI : MenGaPa T|aDa yanG MenuL|s? T|aDa sEraNGan? T|aDa kUTUkan? T|aDa PerBalaHan? T|aDa LapoRan PoL|s? D|am 1000 BahaSa!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:01 PM 48 kUs-kUs
Photobucket

Bila AdukaTaruna (AT) menulis di blognya mengenai kemangkatan Sultan Johor dengan menggunakan bahasa kesat dia di dakwa sebagai satu penghinaan dasyat. Di kecam begitu hina sekali bagaikan dia melakukan kesalahan murtad. Berpuluh-puluh laporan polis di buat. Beribu desakan agar dia di kenakan hukuman tidak kurang juga minta dia di sumbat ke ISA. Tidak perlu aku huraikan kerana kamu boleh melihat dan membacanya sendiri di blog beliau. Betul! Yang salah tetap salah dan yang benar tetap benar. Dia kini sudah menerima sebahagian kesan daripada tindakan penulisannya itu walaupun mahkamah belum membuktikan yang dia bersalah atas dakwaaan yang di kenakan.

Catatan Facebook di atas dan penulisannya aku baca di laman blog wartawan Mazidul Akmal Sidik. (MAS) Sudah juga meminta izinnya untuk menulis di sini. Kamu boleh membaca sepenuhnya di sini.

'Entry-entry' susulan pula kamu boleh baca di sini dan di sini.

Apa yang boleh kamu katakan tentang 'perbualan' dua budak-budak di atas? Ada yang mengomen 'Maafkan dia. Dia sudah cukup menderita'. Menderita? Ada yang mengomen, ' Maafkan dia, dia sudah memohon maaf dan menarik balik tulisannya'. Semudah itu. Sama pula dengan kes AT. Tetapi yang tidak samanya seorang lagi itu sudah di heret ke mahkamah.

Ada yang kata 'Dia bukan Islam. Kita perlu ajar mereka tentang ini'. WTH! Mereka bukan kanak-kanak berumur 6 tahun. Mereka sudah dewasa dan boleh berfikir. Mereka sudah tentu sedia maklum tentang kesan dan sensitiviti sesuatu perkataan yang bakal mereka taip.

Sayangnya tulisan mereka ini tidak mendapat perhatian seperti mana ratusan ribu manusia yang menghentam AT. Oh! AT lebih beruntung kerana mendapat publisiti yang amat meluas. Popular sekelip mata. Trafik ke blog melambung jadi luar biasa.

Ini bukan soal perkauman. Bukan soal perbezaan agama. Aku hormati agama kau, kau hormati agama aku. Jangan kerana nila setitik, jangan kerana marahkan gereja di bakar, rosak susu sebelanga, semua kau mahu amukkan sehingga Nabi Muhammad S.A.W junjungan kami, kau babitkan.

Aku juga marah bila gereja di bakar. Kerana tiada dalam Islam mengajar kami melakukan perkara itu walaupun kami berada dalam keadaan marah tentang penggunaan Nama Allah S.W.T di gereja. Tidak semua kami berfikiran melulu. Tidak semua kami mengambil jalan mudah untuk menunjukkan ketidakpuasan hati tentang sesuatu. Walaupun tindakan membaling atau meletakkan kepala babi di masjid kami, memang tidak dapat di terima dek akal tetapi kami masih percaya kepada Kedaulatan Undang-Undang negara.

Kamu dan aku memang berbeza pegangan agama. Namun apa yang kita dambakan untuk keharmonian dan kesejahteraan negara adalah perkara yang sama. Oleh itu, jangan sesekali kamu cuba menyalakan mancis untuk di cucuh ke daun kering!

Aku cuma tertanya-tanya kemanakah perginya ratusan ribu 'pejuang negara' yang mengutuk AT bila di bandingkan dengan kes hina Nabi Muhammad S.A.W ini?

Nota kakitanganku : Oh! Kamu berdua memang bernasib baik!






B|La 'toys' D| sEBeLah BerGeraK-GeraK!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:45 AM 17 kUs-kUs
Selamat pagi. Selamat hari Ahad. Selamat ber'dating'. Ha ha ha ha... Hari ini rasa macam tidak tidur sahaja. Ada seseekor di sebelah macam cacing kepanasan asyik bergerak-gerak. Tidak cukup dengan itu siap berdengkur segala. Lasak yang amat.

Ini bahananya bila 'toys' yang ada bersama-sama atas katil adalah benda yang bernyawa. Kamu mungkin boleh peluk, 'teddybear' katak pisang, arnab dan segala macam lagi patung yang tidak bernyawa. Tapi aku, gila mahu peluk? Nanti dia beri cakaran 'harimau'.

Ke mana hari ini? Undangan Perkahwinan untuk emak dan ayah banyaklah. Untuk aku tiada. Ekekekeke.. Jadinya hari ini mahu berhoye-hoye di TESCO. Sejak ada Mydin depan mata ini, sudah lama tidak ke TESCO. Jika tida di situlah tempat ber'dating' sambil beli Ikan Kucing. Oppsss!!! Ekekekekeke...

Okeylah,
Selamat berhujung minggu.

Apa perancangan kamu hari ini? Mahu belajar masak untuk? Atau basuh 2-3 besen baju? He he he.. Selamat semuanya..... InsyaAllah

Nota kakitanganku : Tidur sepanjang hari pun kira perancangan juga! ekekekeke..






Saturday, January 30, 2010

Ku|h!! Ku|h!! Pau KacanG aDa, Pau KayA aDa, Pau ayaM aDa, Pau DaG|nG ada...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:10 PM 37 kUs-kUs
Ha ha ha.. Sejak bila pula aku menjual kuih? Okey! Tipu. Tiada pau yang di sebutkan sederet tajuk itu. Cuma yang ada Pau Kaya. Pau kaya yang tidak kaya-kaya!!

Adik telah meng'request' di buatkan pau kaya. Dulu memang pernah buat, tetapi sudah lupa 'skill'. ha ha ha.

Hari ini buat lagi setelah sekian lama tidak membuatnya. Oleh kerana tinggal berdua sahaja dengan adik, kami membuat satu adunan sahaja. Dapatlah 8 biji.

Photobucket

Maaf ya, gambar adunan tidak di ambil. Ini sudah siap di letak kaya dan mahu di kukus. Tolong jangan gelak melihat rupa bentuk pau aku. Ada yang kecil dan ada yang besar. Tidak sama saiz. Ekekekeke...

Photobucket

Tadaa.. Sudah siap! Ekekekeke... Dapat 8 biji. 3 biji meletup! Ekekekeke.. Pecah perut! Mungkin terlalu nipis. Meletup pun laku juga. Ekekekeke...

Aku ambil resepi dari Myresepi. Guna tepung Pau BlueKey. Yang ini edisi tengah hari. Edisi petang dapat 15 biji comel-comel. ALhamdulillah 'jualan' laku. Ekekekeke...

Siapa yang mahu cuba bolehlah di 'gugel' di myresepi ya?

Nota kakitanganku : Selalu 'pau' orang masa sekolah dulu. Ha ha ha..





' NuFFnanG BuFFereD EarN|ngs ': B|La aKu MahU BerPaTah aRanG BerkeraT rOTan, KamU DaTang MemuJuk.....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:30 PM 28 kUs-kUs
Photobucket

Ini pasal 'buffered earnings'. Aku bukan mata duitan! Tapi aku cakap pasal keadilan dan saksama. Wah! Macam ahli politik. Ha ha ha... Aku pernah terbaca di beberapa blog tentang ketiadaan 'buffered earnings' dalam akaun Nuffnang mereka. Ada yang sudah berpatah arang berkerat rotan. Pelawat ke blog mereka sungguh konsisten sekali. Namun sayangnya, mereka tiada 'buffered earnings'. Mengapa? Hanya blog yang terpilih sahaja yang dapat? Why?? Why?? Kata orang putih!!

Aku sudah berkira-kira mahu beralih arah. Melihatkan jumlah pengujung perunik dan paparan yang sudah lebih dari mencukupi syarat , aku sudah nekad. Jika sebelum ini aku boleh mendapat sehingga 10 'buffered' dalam satu-satu masa, kini sudah hampir sebulan hanya 3 'buffered' yang muncul, aku sudah kecewa.

Namun seakan-akan terdengar keluh kesah aku, Nuffnang telah meng'hadiahkan' 2 lagi 'buffered earnings' hari ini. Aduhai! Hati yang panas sudah menjadi reda sedikit. Proton Persona dan Celcom Broadband. ErhMmm.. Tangguhkan dahulu hasrat untuk berpatah arang berkerat rotan.

Tapi bagi aku, adil itu perlu. Jika sesebuah blog itu begitu konsisten dengan jumlah pengunjung dan kemasukan 'entry' baru, hargailah ia. Nanti bila sudah berpaling tadah, susah ingin di pujuk lagi.

Mahu tunggu semua 'buffered' ke 'metered' baru fikir semula untuk berubah arah.

Nota kakitanganku : Terima kasih kepada kamu yang rajin singgah !





B|La kamU NamPak TeLurnya... D|a PasraH..

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:38 AM 26 kUs-kUs

Terima kasih kepada millalara yang menjemput aku turut serta pertandingan 'I Love My Pets COntest' bagi pihak empatapril. Katanya aku harus mempergunakan Dak Utih untuk menang beberapa baucer makanan segera. Oh Dak Utih! Sila 'posing' sehabis baik untuk aku menang dan menggemukkan lagi diri ini.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Dialog Dak Utih untuk menang 'contest' dan supaya Bos dia dapat menggemukkan diri dengan hadiah baucer makanan segera!!

'Hai ! Nama Saya Dak Utih. Ya! Dak merupakan salah satu perkataan nama saya. Macam Hang, Wan, Siti, Nur. Saya ada seorang abang. Namanya Dak Itam. Ada seorang bapa angkat, namanya Dak Pakcik Kimo dan juga seorang adik angkat namanya Dak Oyen. Jelas. Dak itu nama keturunan kami. He he he .... Tidak perlu saya jelaskan jantina saya sebab kamu boleh lihat sendiri di gambar yang pertama.

Gambar-gambar di atas Bos saya yang pilih. Maaf dengan gambar pertama. Saya mahu letak gambar yang penuh kesopanan dan kesusilaan, Bos cakap, kita perlu letak gambar yang panas untuk memeriahkan suasana. Okey! Saya pasrah.

Bos saya amat sayangkan saya lebih dari Dak-Dak yang lain ( agak-agak sahaja) ialah kerana semasa saya di jumpai dulu, sewaktu sebesar tapak tangan saya amat nazak sekali. Tinggal nyawa-nyawa ikan. Erk! Ikan?? Bos menjaga saya dengan baik sekali sehingga saya membesar bagai johan sebesar dan semontok ini. Saya juga tidur sebilik dengan beliau. He he he. Saya memang manja dan gedik!

Makcik Tuan Punya 'Contest' sila beri Bos saya menang supaya dia senang hati dan beri saya makan banyak ikan kembung rebus lagi!! La la la la. Sekian.'

Nota kakitangan Dak Utih : Aku mahu mandi bunga 'namblas' jenis!!







aKu Dan Kuc|ng Baga| Berc|nTa TanPa resTu OranG Tua....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:00 AM 32 kUs-kUs
Hari ini buat kerja amal di sekitar tempat letak kereta di Bandar Baru Jasin. Aku hantar 5 set Penyata Kewangan PATSKOM untuk di 'biding'. Sementara tunggu mamat itu lapang dan siapkan kerja, mata aku melilau melihat keadaan di luar. Sebabnya? Aku tidak goreskan kupon untuk meletak kereta. Terbanglah RM 30.00 atau lebih jika staff Majlis Perbandaran Jasin saman aku. He he he...

Nampak 2 ekor kucing berkeliaran. Aku ke kereta mengambil makanan kucing lalu dengan selamba kodok aku taburkan atas simen. Bersungguh-sungguh kucing itu makan. Seorang apek lingkungan umur 70-an menyapa.

'Lu suka kucing ka? Bawa baliklah...'

Aku sengeh sahaja. Malas mahu menjawab.

' Sini banyak kucing woo. Selalu kena langgar kereta.'

Aku diam. Senyum lagi. Tidak mahu bersoal jawab.

Aku taburkan lagi makanan kucing atas simen di hadapan sebuah kedai gunting rambut. Suka hati mak saudara aku je kan? He he he..

'Lapar tu'. Apek itu masih bermonolog bila melihat kucing-kucing itu makan dengan begitu berselera. Ha ha ha..

Tiba-tiba seorang perempuan Melayu keluar dari kedai gunting rambut.

'Jangan buang kat sini. Bersepah nanti. Kotor koridor saya.'

Aku memandang ke mukanya.

'Saya buang apa?'

'Itu'. Perempuan itu menunjuk makanan kucing di atas lantai yang hampir habis.

'Saya bukan buang. Saya beri makan kucing. Jika tidak habis nanti saya akan kutip satu-satu masukkan semula dalam bekas saya. Saya akan bersihkan tempat ini.'

Perempuan itu merengus dan masuk semula.

' Aiiyaaa.. banyak berkira itu orang. Mahu buat baik pun lagi mahu marah-marah.'

Aku tarik nafas panjang. Silap aku bagi makan di tempat orang. Tapi aku bukan bagi benda basah. Aku bagi makanan kering. SmartHeart. Aku pun bukan budak kecil yang akan sepah-sepahkan tempat orang. Sementara aku membalas jawapan perempuan yang berlagak lebih itu, kucing-kucing itu pun sudah habis makan. Tiada sebiji pun yang tinggal. Bersih!

'Tak mahu bawa balik ka?' Apek itu menyoal.

Aku memandang dengan senyum.

'Di rumah saya sudah banyak. Saya suka kucing, tetapi tiada tempat mahu letak.'

Aku berlalu penuh hormat dan penuh kepuasan.

'Tidak banyak sebenarnya Apek. 4 ekor sahaja. Tapi emak saya kurang sukakan kucing! He he he. Saya ini macam bercinta tapi tiada restu orang tua.' Hanya terucap dalam hati.

Aku tidak kisah jika kamu tidak mahu beramal, tapi bertolak ansur itu penting! Atau memang silap aku mengganggu tempat orang?

Kamu boleh jawab?

Nota kakitanganku : Rasa mahu suruh kucing itu cakar perempuan rambut perang itu!!





Friday, January 29, 2010

B|La PunGGunG D| s|mBah KuaH KacanG!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 5:00 PM 16 kUs-kUs
Photobucket

Baru semalam jumpa. Hari ini sudah rindu. Seminggu lagi baru boleh jumpa ! Sedih! Kalau ada pun di tempat lain tidak sama dengan yang ini. :(

Kamu panggil ini apa ek?

Seriusnya, aku panggil ini 'bontot' ayam! La la la...

Nota kakitanganku : Mahu jalan-jalan!





T|Ps BLoGGer : 2 GuRu BerGusT|

cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:00 PM 23 kUs-kUs

Photobucket

Wah! Walaupun aku bukan cikgu, tapi malu juga baca tajuk dalam halaman Harian Metro hari ini. Bergusti depan anak murid. Dia lari kamu kejar keliling padang sekolah. Di saksikan rakan-rakan guru. MasyaAllah. Lebih memalukan mereka adalah wanita. Guru wanita bergumpal sesama sendiri. Sebagai guru, tunjukkan teladan yang baik untuk pelajar-pelajar. Sumber di sini.

Aku bukan mahu cakap pasal guru atau bergusti. Tapi pasal T.A.J.U.K. dan M.U.K.A.D.I.M.A.H

Tajuk merupakan faktor penting untuk menarik minat pengunjung membaca blog kita. Jika kamu tidak meletak tajuk, tarikan pembaca untuk mengklik blog kamu adalah kurang.

Cara memilih tajuk juga penting. Kamu perlu kreatif. Tetapi yang penting tajuk hendaklah bersesuaian dengan isi kandungnya. Jangan pula kamu letak tajuk Kucing cerita pasal Anjing pula. He he he...

Mukadimah pula ialah ayat di awalan atau perenggan pertama. Jika kamu taip 'Aku tiada 'mood' hari ini.' ' Aku tiada idea'. Aku tidak tahu mahu tulis apa.'

Ayat pertama kamu sahaja sudah malas, orang lain mahu baca apatah lagi. Malas mahu klik. Ha ha ha ha... Manfaatkan perenggan pertama 'entry' kamu sebaik mungkin kerana ayat itu yang akan 2-3 baris keluar di 'dashboard'.

Jika kamu ahli GengBlogger. Manfaatkan 1-2 minit pertama sewaktu kamu 'ping' keluar 'entry' dengan meletakkan tajuk dan mukadimah yang boleh buat orang lain tertarik untuk membaca blog kamu.

Okey? Ada paham?

Itu saja pembelajaran untuk hari ini. He he he..






Nota kakitanganku : Tajuknya Tiada Tajuk. Boleh ke?

TaDah TeL|nGa...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:54 AM 19 kUs-kUs
Pagi-pagi lagi aku sudah kena tadah telinga. Bukan untuk di tarik tetapi untuk mendengar. Kalau dengar lagu keroncong ke hip hop ke aku boleh tahan lagi. Tapi perlu mendengar bebelan di pagi-pagi hari. Aduhai!!

Sejak sudah jadi 'akrab' dengan Bos ini, asyik mahu berbual sahaja. Sampaikan dia di bilik dia, aku di bilik aku masih juga di mahu ber'pot pet pot pet'. Aku layan kan sahaja.

Pagi ini dia membebel pasal satu surat yang kami terima. Lebih kepada surat arahan untuk menjimatkan kos KPM dan JPM. Dia mempertikaikan tuntutan perjalanan yang tidak boleh lagi dia buat.

Contohnya untuk ke bank. Pegawai di bawah seliaannya yang perlu pergi bukan dia jika melibatkan amaun yang kecil. Bagi aku senang sahaja. Kalau kau mahu pergi, pergilah. Tetapi tidak boleh tuntut perjalanan.

Tuntutan perjalanan bagi aku hanya 'bonus'. Yang penting kerja. Bila akhir tahun lepas tuntutan perjalanan sudah tidak boleh di hantar untuk bulan Disember, aku tetap keluar jika perlu.

Bos mempertikaikannya. 'Mengapa awak mahu ke AG. Jauh. Tuntutan perjalanan tidak boleh buat lagi?'

Bagi aku, jika apa-apa yang ingin aku hantar itu penting. Perlu berjumpa dengan pegawai dan beri sedikit penerangan, aku suka pergi sendiri tanpa minta Pakcik PRA tolong hantarkan surat. Tidak dapat tuntut pun tidak apa. 'small matter' orang kata.

Petang ini aku mahu ke PPD, dia sudah pesan ' Tolong tanya Unit Kewangan pasal ini ya? Betul ke GB sudah tidak boleh keluar langsung ke bank?'

Aduhai... Satu kerja 'puleekkk'....

Nota kakitanganku : Mata duitan!




mEraHnya Mak nGaH!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:47 AM 18 kUs-kUs
Photobucket

Cantik! Anak harimau terselit di tengah-tengah! He he he..

Hari ini hari Jumaat! Hari yang berganda gembira sebab esok cuti! Yey! Boleh jalan-jalan cari makan gemukkan badan!! He he he..

Selamat bekerja dan Selamat Bercuti!

Nota kakitanganku : ...ZzzzzzZ.. Eh! Bangun! Pergi kerja!







MaGhr|B |n| aDa Tas|k D| B|B|r MaTa...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:27 AM 28 kUs-kUs
Mata bergenang dengan air. Tahan. Jangan menitis. Taip bait demi bait. Kalah! Tewas! Rasa sebak! Tidak dapat di tahan. Entah mengapa. Tiba-tiba rasa sayu bergayut di hati.

2 blog ini aku baca sebelum Maghrib tadi dalam pukul 7.00 lebih. Mata terpaku dengan bait-baitnya.

Photobucket

Kamu boleh baca 'entry' sepenuhnya di sini. Maaf kepada tuan blog Linda. Aku menulis di sini tanpa izin.

Aku rindu dengan kucing-kucing jalanan! Sungguh! Ingin mengutip mereka macam dulu. Memberi makan sehingga gemuk dan bagi perlindungan dari panas dan hujan.

Aku rindu Choko dan Choki! Aku rindu Ibu si Oyen dan anak-anak.

Aku rindu Si Buta dan kawan-kawan.


Dan aku menangis.... Kerana aku tiada daya..

Ini blog kedua.

Sis Lupie yang amat tabah dengan SLE nya. Beliau juga sukakan kucing. Membela beberapa ekor kucing. Memungut kucing jalanan dari kurus kering sehingga gemuk. Budak Pataya ini yang paling aku suka dan sayang!


Photobucket

'Entry' mengenai komen ini kamu boleh baca di sini.

Aku percaya , setiap kejadian yang berlaku pada kita pasti ada hikmahnya.

Aku rasa kecewa bila tidak dapat lagi membuat perkara yang aku suka. Tapi, membaca blog yang pertama hati aku menjadi sejuk kerana masih ada lagi yang dapat meneruskan niat aku menjaga dan membela kucing walaupun kami tidak saling mengenali.

Aku juga percaya kepada takdir. Setiap apa yang di takdirkan kepada kita baik atau buruk, semua ada sebabnya.

Manusia.

Selagi hidup di dunia, selagi masih bernafas. Hidup, sukar atau senang perlu di teruskan hingga di jemput pulang.....

Nota kakitanganku : Oh Tedi! Don't you cry!!







Thursday, January 28, 2010

NuFFnanG : aNaL|T|k ( JumLah PenGunJunG )

cOrat cOret Oleh : myQza pada 5:40 PM 38 kUs-kUs
Hai! Apa khabar semua? Kembali lagi bersama Cik Tedi dalam ruangan 'Mari Mengenali Nuffnang!'

Wah! Mukadimah tidak menahan! Gurau! Hari ini aku mahu menulis mengenai Analitik di Nuffnang.

Photobucket

Photobucket

Di sebelah kanan ialah jumlah pengunjung perunik aku untuk minggu ini seperti tarikh di atas. Bagi bloger yang sudah 'otai' jumlah ini adalah 'ciput' bagi mereka. Tetapi bagi aku ini ialah jumlah yang begitu membanggakan. Alhamdulillah.

Photobucket

Ini pula jumlah pengunjung tertinggi yang pernah aku terima dalam satu masa. Terkejut juga. Terima kasih.

Aku membaca komen semalam mengenai 'entry' ini . Terima kasih untuk semua.

Aku setuju dengan pendapat Dak Wan. 'Blogwalking' dan tinggalkan komen merupakan salah satu cara menarik pengunjung ke blog kita. Jangan terlalu memilih blog. Blog yang popular, blog yang ramai pengunjung, blog yang banyak komen, kamu singgah dan tinggalkan komen.

Tetapi blog yang baru mahu naik, blog yang suam-suam kuku, blog yang tidak menerima komen kamu abaikan. Kamu jengah dan tinggalkan sepi. Jangan begitu. Secara jujurnya aku lebih suka menjengah ke blog yang tidak banyak menerima komen. Blog yang jarang-jarang dan kadang-kadang menjengah ke blog aku juga aku suka singgah dan tinggalkan komen.

Ini macam kes kamu mahu mengurat seseorang. Sekali kamu 'usha' tidak dapat. 2 kali kamu minta nombor telefon dia 'bolayan'. 3 kali kamu 'pheewitt' dia tunjuk penumbuk. Masuk kali yang ke 'namblas' InsyaAllah dia akan cair dan menerima kamu.

Blogger yang tidak pernah berkunjung ke blog kamu dan meninggalkan komen akan 'cair' bila kamu kerap kali datang menjengah ke blog beliau.

Jangan amalkan sikap 'Kau tak komen aku, aku tak komen kau!!' Jangan sesekali. Pernah terbaca satu 'entry' di mana bila tuan rumah tidak 'blogwalking' jumlah pengunjung yang di terimanya untuk hari itu jatuh merundum. Mengapa? Kerana kita mengamalkan sikap yang aku nyatakan di itu. 'Kau tak datang blog aku, aku tak datang blog kau!'

Photobucket

Sila baca perenggan yang pertama. Aku selalunya akan 'blogwalking' pada waktu malam atas alasan berikut. He he he.. Gurau! Bila aku klik 'dashboard' aku akan mula membuka sehingga 10 blog sekaligus tanpa melangkah mana-mana blog. InsyaAllah. Aku baca, komen dan tutup. Habis 10, klik 10 lagi. Begitulah seterusnya setakat yang aku mampu untuk malam itu. Jadi jika 'entry' kamu mengenai sarapan pagi untuk hari ini, aku baca di waktu kamu mungkin tengah 'supper'. He he he.

Jangan sesekali memaksa diri kamu 'blogwalking' sampai muntah hijau!! Buat hanya yang terdaya dan terbaik! Ingat! Blog BUKAN untuk melalaikan kita.

Oh! Ada yang bertanya tentang innit.com Ianya merupakan salah satu syarikat yang sama seperti Nuffnang atau Adverlets. EhMmmm!! InsyaAllah. Manalah tahu satu hari nanti aku mahu cuba pula! He he he he...

Nota kakitanganku : Kadang-kadang kita pun perlu ubah angin juga!







aDnaN : BoLeh k|Ta 'kaPeL?"

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:00 AM 23 kUs-kUs
Photobucket

Dapat juga tonton Adnan Sempit semalam di GSC Dataran Pahlawan semalam. Ramailah juga orang!

Ceritanya memang 'sempoi'. Buat aku ketawa selalu. Lakonan Shaheizy Sam memang menjadi dengan watak Adnannya. Along Raja Lawak juga.

Adegan yang buat aku ketawa bersungguh-sungguh ialah bila mereka melihat peragut yang mereka kejar di langgar kereta dan kepalanya melayang! Dialog Wawa begitu bersahaja 'Kita sudah berdosa'. Sedikit lebih kurang macam itulah.

Satu adegan lagi di mana sedang mereka asyik menyanyi tiba-tiba kepala peragut itu jatuh dari pokok kelapa tempat mereka ber'dating'. Ha ha ha ha.. Trauma gila!!

Aduhai! Memang menghiburkan. Aku tidak berapa pandai untuk membuat 'review' cuma jika kamu punya masa dan belum menonton, silalah melaporkan diri di pawagam yang berdekatan.

Aku beri 8.5 bintang dari 10 bintang. Kamu yang sudah menonton pula bagaimana?

Nota kakitanganku : Angah Raja Lawak juga kelakar. Adegannya hanya menyanyi sahaja!





pUTIHanak BerGayuT D| JenDeLa B|L|k Aku...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:45 AM 34 kUs-kUs
Photobucket

kredit gambar kepada GOOgle.
Amaran : 'Entry' ini di klasifikasikan sebagai 18sg! Gambar berikutnya agak menyeramkan!

Pontianak sedang mengamuk di Kuala Ibai. Itu yang aku baca di Mstar malam tadi. Naik juga bulu roma aku membacanya. Terbayang-bayang bagaimana bila Pontianak itu mengamuk! Aku tidur dalam keseraman. Asyik terbayang-bayang...

Tiba-tiba... Tupppp!!!! Terdengar bunyi cermin berlaga di jendela. Aku mematikan diri. Suasana gelap membuatkan aku terasa ingin menggigil ketakutan. Peluh mula mengalir. Muka aku tekupkan dengan bantal.

Bunyi bising kedengaran lagi. Jendela aku seakan-akan di ketuk!! Arghhh! Pengsan aku di buatnya. Perlahan-lahan bantal aku ketepikan.

Photobucket

Terlihat kelibat 'benda' putih di jendela. Aku terasa ingin menjerit!! Terasa ingin menangis. Tiada suara yang keluar. 'Benda' putih itu memanjat cermin tingkap!! Aku membaca beberapa ayat Al-Quran yang aku hafaz. Mata aku cuba tutup. Tetapi degil! Mahu melihat juga. Aku amat-amati 'benda' putih yang bergerak-gerak itu.

ErK! Walaupun rupamu tidak kukenal! Tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku!!

Photobucket

Rupa-rupanya budak ini! Si pUTIHanak!!! Malaun betul!!!

Nota kakitanganku : Betul ke kisah pontianak di Kuala Ibai itu?







Wednesday, January 27, 2010

Dun|aku LauT : R|anG R|a KanaK-KanaK R|Bena...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:28 PM 13 kUs-kUs
Photobucket


Nur. Aku mahu turut serta pertandingan kamu. Maafkan aku sebab terlalu lewat. Namun sebagai tanda sokongan aku cuba lakukan yang terbaik. Aku harap, pertandingan itu masih menerima penyertaan walaupun hari terakhirnya hari ini.

Nombor 1

Mengimbas kenangan lama semasa menjadi kanak2 ribena atau remaja ribena. Ceritakan pengalaman atau kenangan yg tak dpt dilupakan hingga kini. Kenapa ia memberi kesan pada hati anda. Boleh dlm mood sedih huhuhu atau mood gembira lalala. format: lebih kurang mcm essay..
- Zaman kecilku begitu indah. Dunia kami adalah laut. Kata orang, pagi petang siang malam, laut... laut.. laut...

Laut bagaikan aur dengan tebing. Aku tebing dan laut aurnya. Mainanku adalah pepasir putih di gigi pantai. Mainanku adalah karangan dan siput-siput kecil laut. Mainanku adalah perahu dan bot nelayan. Bermain batu seremban di bawah hembusan angin laut. Bermain sorok-sorok dan berlindung di sebalik hamparan batu besar.

Pernah satu ketika, kami menaiki bot laju tanpa pengetahuan emak dan abah. Kebetulan pakcik bot mahu melihat jala yang di tebar. Mengajak kami turut serta. Seronok. Gayat! Terjerit-jerit gembira suara melawan bunyi enjin bot.

Tanpa kami sedar usai sahaja menarik jala, naik ke darat, emak sudah menunggu dengan rotan. Ranting pokok yang halus. Aku sudah mula menjerit menangis. Walhal belum apa-apa lagi. Pakcik Bot memujuk. Katanya dengan emak , dia yang mempelawa kami. Kami tidak bersalah. Kami tahu emak risau bila kami terlalu leka dengan laut.

Kini aku dan laut sudah jauh terpisah. Namun laut Teluk Kemang, hembusan anginnya tetap aku rasa.



Nombor 2
Pengalaman anda bersama guru. Mesti ada memori yg tak dpt dilupakan. Tul tak? Namakan gelaran utk guru tersebut dan kenapa bagi gelaran tu..

- Beliau merupakan guru sejarahku di SMA Merlimau. Orangnya tinggi lampai. Berkulit hitam manis kesan dari dialisis yang di jalaninya 3 kali seminggu. Beliau mudah tersenyum. Suka bergaya dan begitu anggun. Beliau juga merupakan warden di asrama tempat aku menginap.

Hubungan aku dengan beliau tidak berapa baik. Sering berselisih pendapat dan sering bercakaran. Pelbagai tragedi yang terjadi antara aku dengan beliau. Namun jauh di sudut hatiku, rasa kasih sayang itu tetap ada. Tidak kisahlah apapun kata-kata yang sering kami lemparkan.

Kini beliau sedang bahagia. Sedang berada di sisi Sang Pencipta. Mungkin sudah berkira-kira menuju ke syurga. Beliau kembali ke sisi-Nya akibat dari penyakit buah pinggang kronik yang di hadapi.

Beliau aku gelar BONDA. Kini sudah pergi selama-lamanya.... Al-Fatihah .
Lanjut boleh di baca di sini.


Nombor 3
Tolong yakinkan saya kenapa saya perlu pilih anda sebagai pemenang?? format: dlm bentuk pantun 2 kerat, 4 kerat pun ok. nak buat byk rangkap pun saya tak kisah :

- Aduhai Nur. Tidak tahu mahu susun kata mengapa aku perlu menang. Apa yang mahu aku katakan. Maaf! Saat-saat akhir baru aku turut pertandingan kamu. Mungkin aku patut menang kerana aku ikut pertandingan ini. He he he he...

Nombor 4
Lengkapkan slogan.
Kanak-kanak ribena sgt cumel kerana.....
format: tidak melebihi 25 patah perkataan.

- kanak-kanak Ribena sangan comel kerana Aku pernah jadi Kanak-Kanak Ribena.. Jadinya akulah kanak-kanak comel itu bukan hanya sewaktu kanak-kanak tetapi sehingga kini!!


Nota kakitanganku : Selamat berjaya untuk diri sendiri.







NuFFnanG : KenaPa PenDaPaTan sAya sED|k|T sAHaJa?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:58 PM 45 kUs-kUs
Photobucket

Peringatan : 'Entry' ini selayaknya di baca hanya untuk mereka yang baru dengan Nuffnang! TOLONG baca entry ini sebelum komen! Jangan hanya lihat tajuk kemudian komen! Kalau MALAS, tolong jangan komen!!!! Ini amaran!

Ini hanya contoh. Pendapatan aku tidak lumayan. Tetapi Alhamdulillah. Hampir setengah juta. ( Sila percaya!)

Aku ada menyelak beberapa blog yang mempertikaikan 'Mengapa Pendapatan Mereka Sedikit?' Aku tidak tahu jawapannya. Tetapi aku mahu berkongsi sedikit pengalaman dengan kamu. Manalah tahu dapat sedikit membantu.

Mulanya aku rasa tidak layak untuk menulis mengenai ini. Tetapi apabila melihat amaun di akaun Nuffnang aku sambil mengurut-ngurut dagu berfikir, aku mahu kongsikan juga. Ha ha ha..

Mungkin kamu fikirkan, selesai sahaja mendaftar akaun dan memasang iklan kamu sudah boleh duduk selesa menanti pendapatan kamu masuk. Kamu duduk termangu sambil mengharapkan amaun RM 0.00 akan bertukar menjadi RM 100.00 dalam masa seminggu. Oh! Tinggi benar angan kamu. Tidak semudah itu wahai kawan-kawan.

Kamu perlu melakukan beberapa perkara. Kamu perlu memastikan kamu sentiasa mengemaskini blog. Menulis 'entry' terbaru. Jangan biar blog kamu bersawang 3-4 hari tanpa khabar berita. Jangan biarkan pelawat blog kamu terlupa akan kewujudan kamu.

Blog perlu di kemaskini dengan 'entry' terbaru agar ianya sentiasa aktif. Kamu perlu buat sesuatu agar blog kamu menjadi tumpuan bloger yang lain. Kunjungan pelawat tanpa henti menjadi tumpuan pengiklan untuk memaparkan iklan di blog kamu. Bukankah bilangan pengunjung perunik juga menyumbang kepada penambahan pendapatan kamu?

Aku mendapat sen yang pertama selepas 4 bulan mendaftar. Ya! 0.25 sen dalam masa 4 bulan? Kenapa? Sebab aku berperangai seperti yang aku nyatakan di atas. Mendaftar, memasang iklan dan menunggu. Ternyata percaturan itu silap.

Jika kamu punya impian untuk menjana pendapatan dengan Nuffnang, jangan jadi seperti aku di awal dahulu. Kamu perlu agresif dalam menulis. Usaha. Tiada kejayaan tanpa sebarang usaha. Bukan hanya bertawakal. Tetapi berusahan dan kemudian bertawakal.


Sebelum terlupa. Terima kasih kepada kamu yang klik Nuffnang di sini. Alhamdulillah, pendapatan untuk minggu 17 Jan hingga 23 Jan 2010 ini adalah yang paling tinggi amaunnya yang pernah aku terima setakat ini. Terima kasih daun keladi. Nama kamu telah aku letakkan di dalam buku 555 yang baru aku sediakan. He he he...

Selamat berusaha dan selamat berblog. Blog secara berhemah!

Nota kakitanganku : Dari sen sampai ke ratus, semuanya perlukan kesabaran.







HaJaTnya TerTuna|....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:30 AM 19 kUs-kUs
Petang Jumaat itu dia duduk bersandar di kerusi mengadap televisyen. Dia masih boleh berbual-bual. Ingatannya seolah-olah kembali seperti biasa. Hari Selasa sebelum itu dia di hantar pulang ke rumah aku. 'Aku mahu balik rumah Bang Ngah'. Itu yang di ulang berkali-kali. Dari Hospital Besar Kuala Lumpur yang di diaminya selama sebulan beliau terus di hantar ke rumahku. Sebelum ini hampir setahun kami menjaganya di sini.

Dia rancak berbual. Keadaannya yang kurus dan cengkung berlainan sungguh dengan sebulan sebelum itu. Aku jadi sebak melihatnya.

Maghrib. Semua ke surau kecuali aku dan adik. Dia berbaring di atas katil. Menutup mata hanya desiran nafas sahaja. Aku menjengah untuk memanggilnya makan. Dia hanya diam. Tiada tindak balas. Selepas Isya' dia masih tidur. Aku jadi hairan. Dia tidak bangun. Hanya desiran nafas perlahan.

Balik sahaja abah dari surau aku adukan perkara itu. Bila di kejutkan. Dia masih diam. Hanya desiran nafas . Kami semua berkumpul di sisi katilnya di ruang tamu. Abah memanggil imam yang berdekatan. Kata imam itu dia dalam keadaan nazak. Di sampaikan kalimah syahadah di hujung telinganya.

Kami semua bangun mengambil air sembahyang untuk membaca ayat Al-Quran. Dua langkah bergerak. Dia menghembuskan nafas yang terakhir. Innalillah.... Pukul 11.30 malam hari Jumaat.

Jenazahnya di bawa pulang untuk di kebumikan di Tanjung Bidara. Perjalanannya terhenti di situ. Di hari Jumaat penghulu segala hari.

Dia sukakan kucing. Banyak kucing di rumahnya. Kucing yang singgah di kedainya semuanya di bawa balik. Dan aku mewarisi sikap itu.

Al-Fatihah Buat Allahyarham Hj Talip Bin Hj Salleh.
Arwah datukku yang menghembuskan nafas terakhirnya pada 27 Januari 2006 di hadapan kami sekeluarga. Itulah permintaan terakhirnya. 'Bawa aku balik ke rumah Bang Ngah!' Dan ianya tertunai. Alhamdulillah.....

Nota kakitanganku : Abah anak kedua dari lapan orang adik beradik.






|n| PunGGunGnya...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:38 AM 21 kUs-kUs
Photobucket

Dak Utih : Kau suka nak jatuhkan saham aku.Kenapa gambar ini jadi gambar pertama?

Photobucket

Dak Utih : Gambar ini nampak lebih kacak!

Photobucket

Dak Utih : Nampak tapak kaki ni? Mau??

Photobucket

Dak Utih : Nak kena lesing?

Photobucket

Dak Utih : Aku dah mengantuk!

Photobucket

Dak Utih : ZzZZzzzz...

Photobucket

Dak Utih : Aku nak bersara. Tak nak jadi model blog kau lagi Bos. Nanti aku hantar surat letak jawatan.
Aku : Ok! Nanti aku letak kau kat luar!
Dak Utih : Okey! Tak jadi letak jawatan. Sob Sob Sob!!
Aku : Tau takut!!

Nota kakitanganku : Harap maaf! Budak ini sudah jadi anak bujang! Sudah tahu malu! Tidak suka lagi bergambar! He he he..





JaTuH c|nTa...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:05 AM 31 kUs-kUs
Photobucket


Oh! Terharu. Ada yang secara terang-terangan mengaku jatuh cinta padaku!! Malu!

Okey! Sila belasah diri sendiri!! DeshummmmM!! Ha ha ha!! Bukan aku, tapi penulisan. Terima kasih Intan. Aku menghargainya. Terima kasih kerana menyokong blog aku. Eh! Buat semua juga ya! Wah! Macam ucapan menang anugerah 'puleeekkk'.

Untuk Dak Utih Die Hard Fan,
InsyaAllah, usaha memujuk model iklan sedang di jalankan! Ekekekkee... Sejak dua menjak ini aku rasa dia mahu letak jawatanlah DUDHF!! Nantilah aku bincang harga dengan dia semula! He he he... Atau cari penaja dari kalangan nelayan laut dalam! Ha ha ha...

Maaflah, hari ini 'entry' santai sahaja! Kesibukan membatasi. He he he...

Nota kakitanganku : Eh! 'Entry' macam tergantung tiada penutup!! Ha ha ha.









Tuesday, January 26, 2010

PeNyeK BeLaLanG akU KerJakaN!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:55 AM 38 kUs-kUs
Aduhai! Tahap berat aku pasti sudah sampai maksimum . Jika tidak masakan aku dudukkan sesuatu pun aku sudah tidak perasan.


Bangun sahaja dari kerusi di meja komputer seorang guru menegur. 'Apa di belakang kain kamu itu?' Aku terpinga-pinga. Bulan aku belum mengambang lagi. 'Jangan bergerak. Saya tolong tengokkan.' Huh!


Dia gelak. 'Kamu dudukkan seekor belalang! Sudah penyek!' Dia tunjukkan belalang yang sudah arwah dan melepar laju ke luar!! Dia gelak lagi. Menyampah! Aku pun gelak!


Kasihan betul belalang itu. Fikir mahu melepak, tapi silap 'landing'. Kalau Pak Belalang tahu ini, mati aku! ha ha ha..


Aku sudah telefon Puan M. Tapi angin dia baik hari ini. Aku memang sudah rancang, kalau dia bahasakan aku lagi, aku sudah ada 'point' ingin balas. Tetapi dia bersikap 'cool' pula. Waktu aku tidak bersedia dia 'tembak' aku sampai tidak cukup peluru!!

Oh! Guru yang di berhentikan gaji itu adalah guru Guru Sandaran Tidak Terlatih Dc41 ( Kursus Dalam Cuti) untuk Guru Pemulihan. Sudah habis belajar. KPM belum lantik lagi. Mereka sudah mengamuk-amuk! He he he.. Sampai ke KPM amuknya. Tidak tahulah bila mahu lantik. Jadi aku berhentikan gaji dia dahulu. Kalau sudah dapat lantikan buat semula.

Selamat makan tengah hari!

Nota kakitanganku : R.I.P Belalang!








TaG : TuL|san TanGan kIrI...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:50 AM 26 kUs-kUs
Photobucket

Tag dari Cheqna

Tulisan tangan kiri.

Aku rasa kalau aku mahu buat karangan Bahasa Melayu 360 patah perkataan gunakan tangan kiri, pagi esok pun belum tentu siap. Ha ha ha ha..

Satu lagi, belum tentu orang faham mahu baca! Ekekekekeke..

Bagaimana orang tangan kidal makan guna tangan kiri? Kekok?

Selamat Hari Selasa. Hari ini perlu telefon Puan M untuk berhentikan gaji seorang guru. AKu pasti aku akan kena bambu sebab sudah lewat. Pasrah!

Nota kakitanganku : Susah mahu bercakap dengan orang yang fikir dia betul sahaja!





B|La Fahr|n MenanG|s....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:00 AM 52 kUs-kUs
Photobucket

kredit gambar untuk Utusan Online.

Ini bukan pasal Fahrin Ahmad menangis. Bukan juga pasal saman menyaman. Tapi pasal ungkit mengungkit.

Pernah dengar tidak? Waktu bercinta bau kentut pun rasa wangi! Ha ha ha.. Tapi bila sudah putus semuanya yang indah sudah berbau busuk macam longkang. Dia kata dia, dia kata dia.

Aku tertarik dengan kes Fahrin ini bila bab Linda bersuara. Waktu bercinta semua mahu sorok. Bila di tanya wartawan sepatah haram tidak mahu bercakap. Jika ada pun hanya perkataan 'Teman tapi mesra' yang terkeluar.

Berbeza bila sudah tidak ada apa. Pelbagai yang ingin di perkata. Anehkan? Aku tertarik dengan satu artikel dari Kosmo. Kamu boleh baca di sini.

Jika kamu putus cinta simpan sahaja segala yang pahit-pahit seperti kamu simpan yang manis-manis. Tidak usah mengungkit. Bukankah insan yang kamu kutuk dan hina itu suatu masa dahulu pernah buat kamu tersenyum dan bahagia?

Oh! Aku tidak tahu kamu.

Tapi bagi aku, yang lepas, biar lepas. Bina hidup baru!

Ceehh! Menaip bajet macam ada pengalaman!

Kamu pula bagaimana?

Nota kakitanganku : Buang yang keruh ambil yang jernih.









Monday, January 25, 2010

BLoGGer : LoGhaT NeGer| DaLam PenuL|san.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:00 PM 44 kUs-kUs
Photobucket

Terima kasih dak ashie. Sebelum permintaan mengenai tajuk ini, aku pernah terfikir mengenainya juga kerana pernah terbaca melalui GB satu blog yang mempertahankan bahasa rasmi blognya iaitu loghat Sabah.

Setiap negeri mempunyai loghat yang kita banggakan. Aku orang Melaka. Aku boleh menaip loghat Melaka di sini. Tetapi aku tidak buat. Kenapa? Sebabnya aku lebih selesa menaip secara skema sebegini. Kalau aku menaip loghat Melaka aku pasti ianya akan menjadi bahan sendaaan!! Ha ha ha.. Serius!

Okey! Berbalik kepada blog loghat Sabah itu. Beliau membuat satu entry mempertahankan mengapa beliau menaip dalam loghat Sabah. Tetapi balasan komen yang aku baca, aku bersetuju juga dengan hujahnya .

Kamu kena lihat niat sampingan kamu untuk menulis. Jika kamu ingin menaikkan 'rating' atau 'trafik' ke blog kamu, kamu kena akur dengan pelawat yang datang. Bukan semua dari Negeri Sabah. Serius, aku baca blog kamu aku tidak faham. Bila aku tidak faham, aku tidak akan datang lagi. Aku tidak tahu orang lain. Aku pernah ikut blog seorang blogger lelaki yang menggunakan 100% loghat Sarawak. Aku tidak mengikut blog itu lagi sebab sepatah haram aku tidak faham. Jadi aku mahu baca apa? Apa yang ingin aku komenkan?

Kamu perlu jadi mesra blogger jika mahu blog kamu orang senangi dan sering lawati. Aku menulis ini jika niat kamu untuk berkongsi tulisan kamu dengan orang lain. Jika kamu berniat untuk menarik 'trafik' tinggi. Jika kamu memang berkira bab pengunjung berdasarkan unik. Jika kamu mahu 'rating' melonjak naik. Jika kamu mahu orang lain rasa atau hayati hasil tulisan kamu.

Tetapi jka niat hanya untuk orang-orang sekeliling kamu sahaja, jika hanya untuk tatapan sahabat handai dan saudara mara. okey! Itu tiada masalah. Kamu boleh menaip loghat negeri masing-masing. Berkomunikasi hanya dengan mereka yang faham bahasa kamu. Kamu gembira dengan itu. Tiada masalah.

Tetapi!
Jangan sesekali bertanya 'Saya kemaskini blog saya setiap hari. Blogwalking. Beri komen. Tetapi mengapa jumlah pengunjung ke blog saya tidak ramai. Komen tiada??'

Jika kamu tanya aku sebegitu. Aku bagi virus 'J.A.H.A.N.A.M kepada blog kamu!! Ha ha ha.. Okey! Gurau! Kamu sudah tahu jawapan pada soalan kamu. Jangan pura-pura bertanya lagi.

Aku orang Melaka, seriusnya aku tidak faham jika kamu bercakap loghat Kelantan atau Terengganu. Jika sesekali. Tiada masalah. Kami orang luar ini juga dapat belajar sepatah dua perkataan jika menterjemahkannya ke dalam bahasa Malaysia rasmi. Tetapi kalau setiap 'entry' itu masalah bagi kami. Harap faham. Aku belum membeli kamus loghat negeri sebagai rujukan lagi.

Oh! Kamu yang ingin mengomen 'entry' ini baca dari mula sehingga selesai okey! Ini bukan 'entry' A.N.T.I L.O.G.H.A.T N.E.G.E.R.I!!! Ini 'entry' berkenaan dengan penggunaan loghat negeri dalam penulisan. Baca dan fahamkan apa yang aku cuba sampaikan. Tiada bangkangan langsung jika kamu ingin menulis dalam loghat negeri.

Gerun juga bila ada yang buat laporan polis nanti mengatakan aku anti dengan loghat negeri mereka. Ekekekeke...

Nota kakitanganku : Sabau jer lah!!








TerBanG T|nGG|? OranG RenDah Pun BoLeH!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:00 AM 29 kUs-kUs
Tinggi mencapai awan? Tak terjangka dek tangan? Tergapai dek fikiran? Okey! Aku cakap pasal tinggi! Bukan pasal pokok kelapa!

Susah ke menjadi orang tinggi? Sukar mencari pasangan? Sukar mencari saiz kasut dan pakaian? Apa lagi yang sukar? He he he...

Ketinggian aku pada tahun 2000 ialah 168sm. Itu secara rasmi bila mahu buat pemeriksaan perubatan untuk sambung belajar. Ketinggian pada tahun 2006 pula ialah 165sm ketika buat pemeriksaan perubatan untuk lantikan sebagai kakitangan awam. Pelik!! Ketinggian aku berkurangan 3sm dalam masa 6 tahun!! Ha ha ha..

Aku harap jika di ukur pada tahun 2010 ini ianya tidak akan menjadi 160sm pula. Ekekekeke... InsyaAllah...

Masalah utama aku hanyala untuk mencari saiz kasut yang sesuai. Tinggi di tambah pula saiz badan yang 'comel lote' membuatkan aku tidak pernah memakai kasut wanita! Serius! Tiada saiz! Sedih! :(

Mahu kongsi ketinggian? Jom! Catatkan di ruangan komen!

Nota kakitanganku : Kelebihan dan kekurangan menjadi tinggi?






|sn|n yanG BukaN sePerT| sELaLunyA...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:50 AM 29 kUs-kUs
Eh! Isnin hari ini seronokkan? Sila angkat tangan siapa yang kata seronok. Sila 'booooo' siapa yang kata tidak.

Aku angkat tangan. \0/!! Tengok!! Dua-dua belah tangan lagi! Nampak sangat terlebih seronok!
Ha ha ha ha...

Mari kita main teka-teka, kenapa Isnin hari ini begitu mengujakan? Tapi tiada hadiah. He he he... Cuma, hadiahnya ialah tepuk tangan untuk diri sendiri!!

Okeylah! Gembira-gembira juga, kerja jangan terbengkalai.

Nota kakitanganku : La la la la...







a|skr|m oh a|skr|m....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:03 AM 42 kUs-kUs
Cuaca terasa panas hari ini. Mandi berulang-ulangkali pun peluh tetap mahu keluar. He he he..

Photobucket

Photobucket

Dalam peti sejuk ada dua kotak aiskrim ini. Jadi kerjanya aku hari ini ialah menggemukkan diri memakan aiskrim ini secara bergilir-gilir. Ha ha ha ha...

Aiskrim HPA perisa vanilla itu siap aku kisar sekali dengan bancuhan Oligo dan ais tengah hari tadi. Huh!!

Wall's itu pula makan dengan roti sebelah petang. Ha ha ha.. Macam-macam perangai. Makan dengan roti idea adik. Oleh kerana roti putih Gardenia sudah kehabisan, jadinya makan dengan Roti Butterscotch. Ekekkekeke...

Kamu pun pasti ada yang menyukai aiskrimkan? Jadi perisa apa yang menjadi pilihan?

Nota kakitanganku : Selalu juga beli aiskrim yang sekotak RM 3.00 perisa coklat!!





Sunday, January 24, 2010

Cara PenuL|san BLog YanG T|Dak MeruG|kan Dan T|Dak MemBuanG MasA!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:00 PM 29 kUs-kUs
Ada ke cara penulisan blog yang merugikan dan membuang masa? Ada? Boleh tunjuk yang mana satu? Atau... siapa punya blog sila angkat tangan? \0/.

Aku mengamalkan konsep 'Aku punya blog. aku punya suka!!' Jadi tiada istilah penulisan yang merugikan dan membuang masa. Berbalik kepada niat berblog. Untuk diri kita. Kita menulis. Jika ada orang lain baca. Itu satu kelebihan. Jika ada pendapatan melalui penulisan, itu satu bonus.

Jangan meletakkan D.U.I.T adalah segala-galanya. Jangan meletakkan P.E.N.D.A.P.T.A.N topik utama sehingga terpaksa menggadaikan kehendak dan kemahuan diri lantas mengambil keputusan mengikut kata 'orang' 100%!

Jadi kamu boleh ikut atau jadikan panduan dengan apa yang aku akan tulis dan kamu juga boleh mengabaikannya jika kamu selesa dengan cara sekarang.

Aku tidak suka menggunakan perkataan 'R.U.G.I' dan B.U.A.N.G. M.A.S.A'. Lebih molek perkataan K.U.R.A.N.G S.E.S.U.A.I. ( Apa kejadahnya aku mengeja??) Boleh?

Kurang sesuai di sini apabila kita mahu orang lain membaca penulisan kita, tetapi cara kita kurang sesuai.

Sebagai contoh : Penggunaanan perkataan.

Terlalu banyak singkatan perkataan yang kita taip sehingga mengelirukan pembaca. Contoh ayat : 'Dia sdh blk. Ada dlm blk.' Terjemahkannya?? Kelirukan?

Kadang-kadang kita mahu cepat. Atau mahu 'up to date' dalam menggunakan singkatan perkataan sehingga kita terlupa, tidak semua orang faham apa yang cuba kita sampaikan.

Praktikkan apa yang kita belajar dulu. Paling 'koman' pun subjek Penulisan masa ambil UPSR dahulu. Okey! Kalau mahu maju sedikit masa ambil subjek Bahasa Melayu 2 SPM. Bila lagi kita mahu penggunaan Bahasa Melayu kita sentiasa tajam! Jika mahu harapkan semasa penggunaan SMS di telefon bimbit, kirim salam sahajalah!

Jadi sedikit demi sedikit had penggunaan singkatan perkataan. Jika sebelum ini kamu gunakannya 100% apakata cuba jadikannya 70%. Jika berjaya, kurangkan peratusan itu sedikit demi sedikit. InsyaAllah kamu boleh.

Selamat mencuba!

Nota kakitanganku : Kalau tidak mahu ubah pun tidak mengapa!






aDuka TarUna : MaaFmu T|Dak D| Ter|ma. SuDah TerLambaT!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:30 AM 31 kUs-kUs
Photobucket

Kemaskini : Isu penghinaan tentang Kemangkatan Almarhum Sultan Johor

Membaca ini dari banyak blog malam tadi. Ke blog beliau, 'entry' yang sungguh kontroversi itu sudah di padam. Permohonan maaf lantas di buat. Dari blog beliau aku merayau ke blog-blog yang menulis tentang ini. Dapat juga aku baca 'entry' yang telah di padam itu. Masya-Allah. Hanya itu yang mampu aku lafaz.

Dia tiba-tiba jadi terkenal. Siapa Aduka Teruna? Aku sendiri tidak mengenalinya sebelum ini. Masuk sahaja blog beliau, 110 orang sedang 'online'. 46oo telah melawat hari ini (semalam). Wow! Popular.

Susulan dari 'entry' kontroversi itu, satu 'entry' permohonan maaf telah beliau buat. Tapi sayangnya sudah terlambat.

Photobucket

Oh! Ini adalah salah satu laman web yang menentang tentang 'entry' biadap itu. Satu laporan polis telah di buat. Inilah yang di namakan, 'Terlajak perahu boleh di undur.......'

Kita tunggu sahajalah apa tindakan seterusnya. Tapi yang aku pelik bin ajaib orang yang meninggalkan komen di blog kontroversi itu hampir 95% nya menggunakan nama samaran 'anonymous'. He he he.. Cakap dan komen berapi-api tapi masih takut mahu dedah identiti.

Berhati-hatilah ketika meluahkan ketidakpuasan hati kita tentang apa-apa sahaja yang menyentuh mengenai aib dan maruah orang lain. Walau kita benci macam mana sekalipun berwaspadalah. Kerana mulut badan binasa.

Nota kakitanganku : Takut mahu tulis pasal politik!!









NuFFnanG : KaTa KuncI har| |n|

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:05 AM 21 kUs-kUs
Kata kunci adalah elemen penting bagi aku untuk melihat sejauh mana ayat yang aku gunakan mempengaruhi pencarian orang lain.

Photobucket

Pencarian mereka hari ini agak pelik. Kamu boleh tengok carta di atas. 'Sembelih babi hutan?'

Photobucket

Bila tengok ramai yang tertanya-tanya tentang siaran langsung Istiadat Pemakaman Sultan Johor tadi, aku telah membantu sedikit dengan mengemaskini 'entry' pagi tadi.

Okey!

Kamu hayatilah kata kunci aku itu ya? Ekekekeke..

Nota kakitanganku : ...ZZZzzzZZzz...






Saturday, January 23, 2010

Kamu aDa '|kan Kuc|ng?'

cOrat cOret Oleh : myQza pada 5:46 PM 27 kUs-kUs
Baru balik daripada Mydin MITC. Misi mencari 'Ikan Kucing'. Aduhai! Sekilo RM 9.00 lebih untuk ikan kembong. 'I'm corry'. Budak-budak! Kamu semua puasa makan ikan rebus hari ini. Aku cuma beli 'SmartHeart' Whiskas 2 tin dan ProDiet 2 tin.

Balik sahaja Budak Paling Bising sudah bernyanyi-nyanyi. Di sambut merdu ngiauan Dak Kimo yang nyaring. Dak Utih juga bangun dengan terpisat-pisat. 1/2 tin ProDiet untuk 3 ekor kucing. Malam nanti pasti habis lagi 1/2 tin. Saat-saat macam ini terasa mahu pergi memancing atau menjala ikan sendiri.

Atau buat iklan untuk mencari penaja makanan kucing! Edar poster pada nelayan-nelayan laut dalam. Ha ha ha ha..

Langit muram. Mendung. Gerimis. Guruh bersahutan.

Mata rasa mengantuk.

Mari kita tidur.

ZZzzZZzzzz....

Nota Kakitanganku : ...mimpi....






AL-FaT|hah

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:01 PM 28 kUs-kUs
Kemaskini : Ramai yang 'gugel' siaran langsung kemangkatan. Di RTM 1!

Semasa aku kecil dahulu Sultan Johor yang paling aku kenal. Aku juga tertanya-tanya mengapa tiada Sultan di Melaka seperti yang di milik Negeri Johor. Mungkin pada zaman aku kanak-kanak Sultan Johor yang menjadi Di Pertuan Agong jadi Baginda lebih popular di mata aku.

Sultan Iskandar mangkat pada pukul 7.15 malam semalam dan Pemasyuran Sultan Johor yang baru, Tunku Ibrahim Ismail Ibn Almarhum Sultan Iskandar akan di lakukan pada pukul 2.00 petang ini.

Al-Fatihah dan merafak Takziah kepada seluruh kerabat Di Raja Johor Darul Takzim serta Takziah kepada seluruh rakyat Johor Darul Takzim di atas kemangkatan Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibn Almarhum Sulran Ismail.

Al-Fatihah!

Nota kakitanganku : Eh! Tiada siaran langsung di kaca televisyen ke?





Friday, January 22, 2010

'Hey! S|apa yanG Punya 'BesDey' ni??'

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:45 PM 37 kUs-kUs
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket


Orang lain punya hari lahir, orang lahir yang tukang potong kek. Adik Ija kepenatan menunggu. Atuk ada, Nenek pula pergi belajar agama. Nenek sudah balik Ayah pula belum sampai. Ayah sudah sampai Atuk pula ke kedai kamera. Akhirnya jam sudah pukul 5.00 petang. Masa Adik Ija tidur. Si kakak pula yang ter'over' 'posing' ambil gambar dengan kek Adik Ija dan Ibu.

Photobucket

Sate yang sudah susut. He he he..... Dan aku yang sudah tergolek kepenatan. Rancangnya hanya untuk keluarga, sudahnya Abah menjemput beberapa orang jiran tetangga!

Esok cuti dan bakal memenuhi undangan perkahwinan. InsyaAllah. Walau bukan musim cuti sekolah undangan perkahwinan juga rancak berjalan!

Selamat berhujung minggu semua!!

Nota kakitanganku : Sudah menguap!!






BLoGGer : JemPuT SecaRa BerHemaH!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:25 PM 47 kUs-kUs
Aku selalu berfikiran positif. Walau kadang-kadang kengkangan masa membatasi aku cuba juga memenuhi jemputan!! Cheh!! Ayat bajet macam VVIP!! Ha ha ha..

Eh! Ini teguran okey! Sila ambil serius! Aku sedang serius petang-petang Jumaat yang barakah ini!

Kau jemput aku masuk blog kau! Baik! Walau kadang-kadang aku terlepas pandang, lambat atau cepat aku datang juga.

Aku klik.

'Hanya untuk yang di jemput sahaja'. Kau kena tambah aku baru aku boleh masuk. Lain kali kalau mahu jemput orang pastikan blog kamu blog untuk tatapan umum. Kalau mahu jemput juga silalah tambah awal-awal supaya orang yang kamu jemput tidak rasa serba salah.

Macam kita jemput tetamu datang rumah. Tetamu boleh bagi salam 3 kali sahaja maksimum. Tiada jawapan. Pintu terkunci. Balik!

Satu lagi. Ini baru lagi. Malam tadi. Di 'shoutbox'. 'Singgah lah blog saya'. Okey! Aku tengok nama kau agak sopan! Pasti blog kau juga seronok di lawati.

Aku klik.

WTH! Ini blog ke?

Photobucket

Aku tidak kisah kalau kau taip 'Mahu jana pendapatan? Klik ini.'

Walaupun aku mungkin tidak akan klik, tapi itu lebih bersopan. Masuk rumah orang janganlah buat macam rumah sendiri kerana kita tidak saling mengenali. Kau macam mahu bertaktik-taktik pula di blog aku!

Maaf andai ada yang terasa dengan 'entry' ini. Tapi aku berhak tegur sebab rasa macam di permainkan pula di gelanggang sendiri.

Kamu yang buat lawak itu, bolehlah masuk Raja Lawak sebab aku tengok peserta kali ini entah apa-apa lawaknya.

Nota kakitanganku : Mahu kenal secara berhemah!!






M.O.T.|.F

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:45 AM 33 kUs-kUs
Motif lelaki berlenging tanpa baju. Mengambil gambar dan di tepek dalam 'Facebook' atau blog! Apa kejadahnya? Geli okey?

Cikgu Bahasa Melayu aku mesti menangis bila baca aku eja berlenging itu. Aku lupa ejaan sebetulnya. Ha ha ha ha...


Jadi, lelaki-lelaki yang perasan tubuh atau badan kau itu sasa macam rasaksa, silalah jawab! Motif ambil gambar separuh lucah untuk tatapan umum!!

kalau yang perempuan aku malas mahu cakap lagi. Aku cuma pelik yang lelaki ini sahaja. Aku tidak mahu berfikiran negatif dan melabelkan yang kamu ini dot dot dot atau apa. Aku hanya ingin tahu sebabnya.

Jika emak ayah atau adik beradik tengok menggeleng kepala atau tidak rasanya?

Nota kakitanganku : Badan sekeping pun ada yang berangan mahu 'posing!!



KamU SuDah 33!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:45 AM 40 kUs-kUs
Photobucket

Musim hari lahir. Hari ini 22 Januari 2010 Hari lahir Along aku iaitu ibu kepada Wani dan Adik Ija. Selamat Hari Lahir yang ke-33! Oh! Dengan menyatakan umur beliau, kamu semua tolong jangan kira umur aku ya? Ha ha ha ha...

Jadi hari ini akan buat majlis makan-makan sekeluarga. Aku sudah tempah sebiji kek coklat. InsyaAllah. Tengah hari ini aku pergi ambil. Majlis doa dan makan-makan sebelah petang. Kebetulan abang ipar aku akan berkursus di Singapura selama 2 minggu, doa selamat sekalilah! Aku harap aku sempat turut serta sebab sebelah petang ada urusan di PPD 'puleeeekk'.

Menunya hanya Sate dan nasi himpit. Pulut kuning dan rendang daging. InsyaAllah.

Nota kakitanganku : Jumaat hari yang ceria!!






Bos : JanGan BaG| akU GeLak samPa| TerGoLek!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:00 AM 35 kUs-kUs
Bos menjengah keluar.

Bos : Hari mahu hujanlah. Langit gelap!!
Aku : Baguslah hujan. Lama tidak hujan!
Bos : Cermin kereta saya belum di naikkan.
Aku : Pergilah naikkan Bos. Basah nanti kerusi.
Bos : Saya terus mahu baliklah. Nanti hujan susah mahu balik! Basah nanti!!
Aku : Erk! (Entah apa-apa alasan!!)

Jam baru pukul 2.30 petang! Kelakar alasan. Antara naikkan cermin kereta dengan hujan. Sebab hujan mahu terus balik.

Dia cemburulah tu, tengok garaj kereta aku sudah siap.

Photobucket

Tadaa... Tengok! Garisan hujan! He he he.. Selamat kereta aku!

Ini garaj kereta dia..

Photobucket

Ha ha ha.. Belum siap! Ekekekeke..

Okey! Aku tipu! Itu bukan garaj kereta aku, tapi tempat berteduh murid-murid sementara tunggu van sekolah. Aku hanya meletak kereta pada sesi petang sahaja bila budak-budak sudah balik.

Gambar satu lagi itu, garaj kereta yang akan di buat. 8 petak sahaja. Alamatnya memang tiada untuk aku. Aku sampai pulul 8.00 pagi semua garaj mesti sudah penuh! Ekekekeke...

Bagi aku garaj kereta ini penting bagi melindungi kesejahteraan kereta kita. Aku tengok kereta-kereta orang lain mengelupas cat sebab kena terik matahari hari-hari.

Eh! Kamu ada garaj kereta di pejabat?

Nota kakitanganku : Bos aku suka bagi alasan kelakar kalau mahu balik awal!






 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting