Friday, April 30, 2010

TersEkaT DaLam 'Jam' DenGan PeruT YanG KenyanG MakAn SemanGkuK B.A.K.S.O....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:18 PM 15 kUs-kUs
Berbelit gila tajuk. Ha ha ha ha... Aku mahu cakap, aku terperangkap dalam kesesakkan jalanraya dalam masa yang sama perut sudah kenyang dengan semangkuk Bakso! Ekekekeke....

Photobucket

Semangkuk Bakso.

Photobucket

Bebola daging yang 'kureng'. Tapi Alhamdulillah. Dapat juga makan. Kenyang. Syukur.

Mydin hari ini orang ramai gila! Entah kenapa. Aku beli barang mahu beratur pun panjang. Aku mungkin orang ke 10. Aduhai...

Photobucket

Kereta di depan ini di pandu oleh seorang wanita yang telah memotong barisan. Dia boleh selamba kodok potong barisan lebih 15 buah kereta di hadapan Seri Negeri untuk masuk ke simpang arah Ozana.

Akhirnya tersadai di hadapan kereta aku apabila jalan sebelum Ozana lagi sudah sesak sehingga di lampu isyarat Water City.

Ha ha ha ha... Kelakarlah Makcik yang pandu kereta itu. Lain kali jangan potong barisan okey makcik. Lebih malang lagi kalau makcik potong kereta saya sekali. Kan sudah di ambil gambar. Semua orang mahu cepat makcik. Jam sudah pukul 7.00 malam. Jangan pentingkan diri sendiri. Ikutlah peraturan di jalanraya.

Wah! Berceramah sudah!

Okeylah! Perut sudah kenyang!! Kita tidur dulu!! Eh! Tak!!Tengok cerita apa yang menarik.

Nota kakitanganku : Ada cerita tragis...








FahrIn aHmaD BaGi BunGa PaDa siaPa tu?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:20 PM 12 kUs-kUs
Photobucket

'Siapa ni abang fahrin? Saja mahu beri yang jeles ye? Mentang-mentanglah I tak pakai baju seksi meksi macam tu, takut nampak lengan gelebir I ni, U Berpaling tadah pulekkk. Ini boleh buat periuk belanga dan kawan-kawan melayang ni!!'

Wah! Ayat bajet macam aku 'laki bini!' Ha ha ha ha

Siap melutut!! SKandal baru ke Fahrin. Kes mahkamah apa cerita? Senyap sudah! Baguslah. Tidak perlu turun naik mahkamah saman menyaman. Biarlah Si Luncai dengan labu-labunya. Jangan gaduh-gaduh okey?

Gambar gimik sahaja.

Ini adalah gambar sempena Hari Setiuasaha di mana itu aku tidak pasti pula.

Okeylah Fahrin. Sekian sahaja laporan untuk kamu.

Jangan nangis-nangis lagi tau!

Nota kakitanganku : Nangis dalam hati!!






NuFFnanG EarNinGs : TiPs Dan TutOriaL yanG Di RanGkUm unTuk BLoGGer Baru yanG MencarI PanDuan. YanG Lama TiDak PerLu Baca...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 3:10 PM 10 kUs-kUs
Photobucket

Rungutan dan keluhan aku terima tentang pendapatan Nuffnang. Sebenarnya tidak mahu tulis sebab aku sendiri pendapatan sudah jadi tidak seberapa. He he he.. Tetapi bila ada yang bertanya aku gagahkan diri yang pemalas di tengah-tengah hari Jumaat menaip entry ini.

Siapa yang betul-betul mahu belajar bacalah. Yang malas mahu baca tapi mahu pendapatan berlipat kali ganda, kirim salam sajalah.

Pertama :

Pasang iklan di tempat yang betul dan strategik. Ada 3 jenis iklan. Itu kamu sudah tahu. Tempatkan mereka di tempat yang sepatutnya. Pasang ketiga-tiganya sekali. Pasang di tempat yang mudah pengunjung dan pengiklan nampak.

Antara tutorial pemasangan iklan boleh di baca di sini dan di sini .

Kedua :

Set iklan dengan betul. Ada beberapa kategori iklan. Sila pastikan kamu meng'set'nya dengan betul iaitu iklan berbayar sila set 'Papar Iklan Globar CPC'.

Untuk tutorial mengset iklan sila baca di sini.

Ketiga :

Kemaskini tinjauan.

Tinjaun ini hendaklah di isi dan di kemaskini serta di jawab sebaik mungkin. Pihak pengiklan akan melihat ini untuk mensasarkan iklan mereka.

Sila baca di sini untuk maklumat bergambar.

Keempat :

Kemaskini blog selalu sekurang-kurangnya 1 atau 2 paparan baru dalam sehari. Jangan tinggalkan blog terlalu lama. Tetapi janganlah pula kamu kemaskini 5 hingga 6 'entry' dalam satu jam okey?

Link tentang ini kamu boleh baca di sini.

Kelima :

Penggunaan bahasa.

Gunakan bahasa yang mudah di baca dan di fahami. Jangan terlalu banyak singkatan. Jika kamu mahu semua pelawat membaca blog kamu guna bahasa yang biasa. Jangan guna bahasa atau perkataan pelat, jangan jadikan loghat negeri sebagai bahasa rasmi blog kamu. Tidak semua orang faham loghat negeri orang lain. Macam aku orang Melaka, aku tidak faham jika kamu menaip dalam loghat Kelantan.

Tulisan mengenai penggunaan bahasa boleh kamu baca di sini dan tentang penggunaan loghat negeri boleh di baca di sini.

Ini antaranya. Tidak sempat mahu cari yang lain.

Nota kakitanganku : Perlu rajin membaca juga!





KPN Musa Hassan MemBeLa anGGoTanya : SiasaT TeLus-TeluS okeY Tan SRi? JanGanLa BeLa DuLu. NanTi MereKa BerJoGet GemBira...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:10 PM 10 kUs-kUs
Serius. Aku tidak suka baca berita ini. Ayat-ayatnya membela tindakan anggotanya. Okey! Okey! Dia macam ayah yang mahu membela anak. Aku terimalah.

Cuma sekarang belum lagi apa-apa. Baru saksi-saksi beri kenyataan. Yang sudah di ambil 10 keterangan saksi. 9 anggota polis. Seorang rakan kepada arwah. Huh! 9 lawan 1! Okey!

Masing-masing ada tugas dan tanggungjawab. Polis menjalankan tugas. Tapi mesti ada cara mengawal keadaan.

Aduhai. Tidak mahu taip banyaklah. Aku tidak arif tentang undang-undang dan prosuder penahanan.

Aku hanya manusia biasa yang ada rasa simpati apabila seorang budak sekolah berusia 15 tahun di tembak mati. Dan keesokkannya akhbar-akhabar utama dan juga picisan menulis menggambarkan beliau seorang Penjenayah!!

Manusia cepat menjatuh hukum.

Al-Fatihah buat Allahyarham AminulRasyid Amzah dan takziah buat ahli keluarga.

Kita tunggu dan lihat sahajalah kecekapan dan ketelusan pihak berkuasa menyelesaikan kes ini.

Berita selanjutnya di sini.

Nota kakitanganku : Saya hanya kerani cabuk yang tidak sedar diri ingin bersuara!






BeBeLan Di PaGi JumaaT!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:30 AM 9 kUs-kUs
Photobucket

Jumaat sudah!

Semalam 'mood' tidak baik dengan Bos. Aku malas mahu layan dia semalam. Hari ini pun biarkan dia terkontang kanting.

Kerja sudah reda. Minggu depanlah boleh buat bayaran dan tulis cek. Tulis cek kena cari waktu hati tenang dan tidak serabut. Nanti salah tulis. Ha ha ha ha.. Tapi setakat 1 tahun 1 bulan kerja di sini belum pernah sekali pun tersilap tulis cek!! Bangga gilalah!!

Lepas itu, tulisan atas cek, bulat-bulat. Macam tidak percaya itu tulisan aku. Ekekekeke...

Baru pukul 7.30 pagi. Pukul 7.55 pagi aku geraklah pergi kerja!!

Kemaskini yang malas di pagi Jumaat.






Thursday, April 29, 2010

KecEwa : MenGiDam semanGkuk B.A.K.S.O!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:30 PM 13 kUs-kUs
Rasa marah, sakit hati, kecewa dan macam-macam sebab masih tidak dapat makan Bakso.

M.E.N.G.I.D.A.M

Sudah 2 minggu mengidam. Belum tertunai. Sudah sampai ke tekak.

Sedih!

Kecewa!!

Gilalah!!

Malas mahu layan ini perasaan.

Hampa. Hampa. Hampa.

Belajarlah berdikari Tedi!!

Tidur.

Dalam.

Hampa.

Perut saya berbunyi-bunyi.

Okey!

Kalau saya tidak bangun-bangun lagi,

Mata terbuka,

Tutupkan mata!

Terima kasih.








KucInG Di BeLiT ULar Sawa : AirMaTa Deras mEnGaLir MeLiHaT Dia MeMeLuk eraT KucInG YanG SuDah TiDak BernyAwA. MasyaAllah...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:26 PM 13 kUs-kUs
Photobucket

Aku tidak sekuat Papa Meow untuk papar 'entry' itu. Aku juga tidak sekuat etty untuk papar semula.

Aku buka. Aku tidak mahu baca satu-satu. Aku selak laju-laju. Airmata sudah turun.

MasyaAllah....

Syahdu betul bila tengok Si Tuan Kurus memeluk erat kucingnya yang sudah tidak bernyawa. Memeluk erat kucingnya yang sudah patah riuk dan di penuhi darah! Ya Allah. Hibanya hati.

Si Kuning itu mati di belit ular sawa. Apalah dayanya seekor kucing yang kecil kudratnya berbanding seekor ular sawa yang gagah!

'Entry' dan gambar sepenuhnya kamu boleh baca di blog PapaMeow!

Rehat dengan tenang Si Kuning...

Nota kakitanganku : Allah Maha Mengetahui....





KePuTusaN PeMenanG BaGi 'cOnTesT' BiLa Dak ITam BerDiaLoG....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:00 PM 31 kUs-kUs
Ini yang di tunggu-tunggu!! Maaf atas kelewatan pengumuman!!

Photobucket

Hadiah Tempat Pertama :

Tempat Pertama : Baucer Jusco bernilai RM 60.00 + Baucer TESCO RM 20.00 + 1 Bulan Pengiklanan Blog* + Kad penyertaan + 1 Utas Gelang Unik + 1 Keping Setem Kenangan +Barangan bernilai RM 30.00 + Produk Tupperware (Jaminan Seumur Hidup ) berharga RM 30.00 & Produk Kesihatan Alya bernilai RM 30.00 +Hadiah sampingan** x Seorang pemenang

Pemenangnya ialah : messyremo

Hadiah Tempat Kedua :

Tempat Kedua : Baucer Jusco bernilai RM 40.00 + Baucer TESCO RM 20.00 + Kad penyertaan + 1 Utas Gelang Unik + 1 Keping Setem Kenangan + Barangan Bernilai RM 20.00 +Produk Kesihatan Alya bernilai RM 30.00 + Hadiah sampingan** x Seorang pemenang

Pemenangnya ialah : Raihan


Hadiah Tempat Ketiga

Tempat Ketiga : Baucer Jusco bernilai RM 40.00 + Kad penyertaan + 1 Utas Gelang Unik+ 1 Keping Setem Kenangan + Barangan bernilai RM 10.00 + Keronsang bernilai RM 15.00 + Hadiah sampingan x Seorang pemenang

Pemenangnya ialah : Biru


Hadiah saguhati :

Saguhati : Baucer Jusco bernilai RM 10.00 + Kad penyertaan + 1 Keping Setem Kenangan + Hadiah sampingan** x 3 orang pemenang

Pemenangnya ialah :
-kWatie -awekninja -Bellarosa -makdaraterdiva -dewichenta

Untuk pemenang hadiah saguhati ada 3 orang mempunyai markah yang sama. Jadi aku ambil juga ketiga-tiganya. Jadi salah seorang daripada mereka akan dapat tunai RM 10.00 sebabnya baucer sudah habis. Ekekekeke..

-Setiap penyertaan ( semua peserta ) akan mendapat sekeping kad penyertaan sebagai tanda penghargaan.

Terima kasih kepada semua peserta. Menang dan kalah adat pertandingan okey? InsyaAllah, jika aku adakan 'contest' lagi kamu boleh turut serta lagi.

Kepada semua pemenang dan semua peserta sila emelkan nama dan alamat ke mylosermind@yahoo.com seberapa segera yang boleh. Wah gitu! Macam paksakan? Ha ha ha... Yelah, sebelum Pos Malaysia naikkan harga setem. Ekekekekke...

Di ingatkan sekali lagi aku tidak terlibat dengan pemberian markah. Harap maklum. Tiada kroni-kroni okey? Baca perihal juri di sini.

Nota kakitanganku : Alhamdulillah. Selesai. Masuk bab pos hadiah pula.





NuFFnanG EarNinGS : InGin TahU CaRa TinGkaT PenDaPaTan seCara kOnsIsTen seTiaP MinGGu? sILa BaCa PenUh MinaT!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 3:05 PM 17 kUs-kUs
Photobucket

Klik di sini jika ingin tahu.

Ramai yang merungut dan mengeluh tentang pendapatan Nuffnang yang tidak bergerak. Tentang amaun yang tidak mahu berganjak. Di mana salahnya?

Okey! Hari ini aku bagi satu tips mudah untuk merubah amaun pendapatan di akaun kamu. Sudah klik laman di atas? Hah! Itulah caranya.

Syarat-syaratnya mudah dan setiap minggu kamu semua berpeluang untuk memenangi wang tunai yang akan di kreditkan ke dalam akaun Nuffnang. Kamu hanya perlu R.A.J.I.N dan P.A.N.T.A.S!!

Rajin untuk membuka selalu laman tersebut untuk melihat tajuk terbaru dan terkini. Rajin untuk turut serta dengan membuat 'entry' tentang tajuk yang di kehendaki. Perlu rajin okey?

Pantas untuk memapar 'entry'. Ini paling penting. Jika sudah buat tidak papar pun tidak guna. Cukup syarat 'entry' kamu, pantas memapar 'entry'. Isi borang dan hantar penyertaan di laman tersebut, InsyaAllah kamu akan menang dan tunai akan di masukkan ke dalam akaun kamu.

Aku hanya bagi tips buat mereka yang berkeluh kesah. Jika belum ada rezeki untuk pendapatan biasa, cuba cara yang ini. InsyaAllah.

Nota kakitanganku : Aku beri tips. Tapi aku tidak buat. Sebab aku tiada 2 ciri tersebut. Rajin dan pantas! He he he ....






HaDiahnyA suDah saMPai. TaPi Dia suDah TiaDa LaGi Di DunIa InI. Dia PasTi sEDanG TersEnyUm seKaranG.....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:15 PM 21 kUs-kUs
Photobucket

Ini kad yang comel. Terima kasih. Kad ini akan aku tebuk untuk buat penanda buku. Bolehkan insan yang memberi?

Photobucket

Oh! Isinya amat mendukacita. Pecah berderai. Sedih gila! Nasib baik ada sekeping kad sebagai pengubat kelukaan. Walaupun insan yang mengeposnya telah melakukan sedaya upaya agar ianya tidak pecah, namun kita hanya mampu merancang. Berderai akhirnya. Abang posmen, lain kali hati-hati ya?

Terima kasih Dylla a.k.a white rose atas kiriman ini.


Photobucket

Sangat cantik. Warna maron.

Sangkarnya sudah sampai. Ini hadiah sempena dengan memenangi 'contest' yang di anjurkan di blog 'KittyMitty'. 'Entry'nya di sini.

Walaupun tuan punya hadiah sudah tiada, dia pasti mengizinkan jika pakcik dan abangnya menggunakan sangkar ini. Atau sesiapa juga. Boleh di panjang-panjang pahala itu. Boleh jadi kenangan yang terakhir.

Terima kasih.





HuarGhhhhh!! LeGanyA semUa suDah BerakhIr. MaHu TahU KePuTusan 'cOntesT'? NanTikan. IanyA akaN Di UmUmkaN harI inI....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:34 AM 14 kUs-kUs
Photobucket

Alhamdulillah. Syukur. Pengiraan markah sudah berakhir. Keputusan pemenang sudah di ketahui. Ianya akan di emelkan kepada para juri bagi membuktikan keadilan sentiasa di pegang.

Juri bukan di pilih berdasarkan kroni para peserta. Ada juri yang tidak mengenali peserta. Ada juri yang tidak pernah masuk ke blog peserta. Ada juri yang tiada blog aktif. Ada juri lelaki. Ada juri perempuan.

Juri terdiri daripada penaja 'contest' dan blogger awam. Juri terdiri daripada 2 lelaki dan 5 perempuan. Juri terdiri daripada mereka yang tidak turut serta dalam 'contest'. Ada juri yang tidak mengenali antara satu sama yang lain. Juri juga tidak tahu siapa selain diri sendiri yang menjadi juri.

Semua juri memberikan komitmen yang baik. Kerjasama yang amat mudah dan menyenangkan. Seronok sangat bekerja dengan kamu semua wahai para-para juri. Tidak salah aku memilih juri-juri. Semuanya memberi kerjasama yang amat baik.

Selamat menunggu keputusan keluar okey?

Nota kakitanganku : Adat pertandingan ada menang dan ada kalah. Betul tak?






JanGan TiDur LaGi : Allahyarham aChik DaLam KenanGan....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:05 AM 19 kUs-kUs
Photobucket

Aku memang tidak pernah tengok Rancangan Jangan Tidur Lagi. Sebab pukul 11.00 malam selalunya aku memang sudah buat khemah atas katil.

Tapi hari ini terpanggil-panggil untuk tengok.

Hari ini pukul 11.00 malam di TV3.

Nota kakitanganku : Al-Fatihah.

* Tidak tengok sampai habis sebab kelakar mereka semua bila berbual dan di wawancara. AKu gelak betul-betul. Tapi bila fikir balik. Ya Allah, kita gelak keluarga arwah mesti sedang menangis tengok. Memang tidak sampai hati. Keputusannya, tutup televisyen. Tidak sanggup tengok dia begitu ceria sekali. Sedangkan kenyataannya, dia sudah pergi. Sudah tiada.









Wednesday, April 28, 2010

ParCeL SuDah TersaLah HanTar. 'Haiyyyaa!! 'KonDiPen' sunGGUh Pakcik Pos HanTar BaranG TanPa TeLiTi aLamaT PenerIma....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:30 PM 12 kUs-kUs
Siapa ada poskan aku hadiah, sila angkat tangan? Ekekekekeke...

Pakcik Posmen entah merepek meraban hantar parcel ke tempat lain. Haiyaaaa!! Terang lagi bersuluh nama sekolah , takkan silap lagi??

Aduhai!!

Jadi keja lain pula aku mahu ambil nun jauh di sana.

Apa isi-isi penghantaran?

Esoklah cerita. Ada yang mencukacitakan berlaku!!

Nota kakitanganku : Kita hanya merancang!







sI kuraP. JeLMaan Dak OyeN?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:44 PM 19 kUs-kUs
Photobucket

Baru datang 2-3 malam yang lepas. Hanya ada waktu malam. Siang tidak nampak batang hidung! Aku tidak dapat tengok dia betul-betul lagi. betulkah dia Dak Oyen? Ekor dia ada ciri-ciri sedikit. Tapi suara tidak nyaring.

Kurus kering. Badan penuh kurap. Tebal kurapnya. Muka pun tidak nampak.

Baik. Manja. Suka gesel-gesel. Gesel-gesel macam Dak Oyen gak. :(

Nota kakitanganku : Gesel-gesel? Jangkit kurap nanti!






"KamU MahU TiPs DapaTkan 'BufferED EarNinGs'kE? MaaFLah akU SuDah BerSara DaRi BeRi TiPs iTu!!"

cOrat cOret Oleh : myQza pada 3:27 PM 18 kUs-kUs
Photobucket

Aku suka baca 'entry' Zaimi yang bertajuk '6 Ciri-Ciri Blogger Poyo.' Walaupun ada yang kata tidak elok mahu kutuk-kutuk orang, tapi bagi aku semua ciri-ciri yang di nyatakan adalah kenyataan dan benar belaka. Jika kamu belum baca, silalah baca dan fikirkan apakah kamu tergolong dalam salah satu ciri yang di ulas tersebut. 

Berbalik kepada tajuk, untuk tidak menjadi poyo, aku tidak dapat menunaikan beberapa permintaan untuk aku nyatakan tips-tips berkenaan dengan mendapatkan 'buffered earnings' dari Nuffnang. Alasan aku adalah kerana aku tidak dapat lagi BE itu, jadi tidak layak aku mahu beri tips. Ha ha ha ha.. Boleh gitu? 

Sekarang aku sudah faham mengapa aku tidak dapat BE. Bukan semua orang yang dapat BE itu untung dan bukan semua orang yang tidak dapat BE itu rugi. Sekarang pendapatan aku hanyalah melalui jumlah perunik pengunjung dan klik iklan. Pendapatannya lebih daripada BE yang pernah aku dapat bila ke meter. 
Pengalaman aku dengan BE,jika mula-mula ianya wujud, pendapatan memang mewah. Satu iklan dengan bonus boleh dapat RM 40.00 hingga RM 50.00 bila ke meter. Jika aku dapat 7 BE memang tergolek-goleklah gembira.

Tapi sejak dua menjak ini BE memang terasa miskin. Seperti yang pernah aku tulis dan papar RM 0.01 pun pernah ke meter. Bak kata orang 'celah gigi pun tidak lepas.'

Okeylah! Berbalik kepada niat. Dapat BE atau tidak. Pendapatan celah gigi ke apa ke, aku akan tetap menaip di papan kekunci sehingga aku rasa mahu berhenti. Mana yang asyik 'dok' bising-bising pasal BE, ingatlah, belajarlah bersyukur dengan apa yang ada. Wah! Ayat macam aku sudah insaf dengan pe'el tidak puas hati dulu. Alhamdulillah.

Tapi jika mahu juga tipsnya, rajin-rajinlah selak 'entry' yang lepas-lepas atau meng'gugel' sahaja.

Okey! Sudah baca 'entry' poyo dalam blog Zaimi? Macam mana? Ada tidak ciri-ciri itu dalam diri kamu atau aku?

Nota kakitanganku : Nuffnang, silalah segerakan bawa semua BE saya itu ke meter. Sudah kaku bisu nampaknya ianya di situ. :)


 

sI PemILIk SeLIPar JePun MeraH JaMBu... mesTi JamBu...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:30 AM 18 kUs-kUs
Photobucket

Selipar Jepun Merah Jambu

Photobucket

Mak Lang itu selipar jepun saya.

Photobucket

Melopong!

Photobucket

'Say cheese!!"

Nota kakitanganku : Siapa ada selipar Jepun angkat tangan? Aku tiada!!





BiLa KebakaraN BerBau WanGi... KaLau wakTu MaLam mesTi 'sErEmMmm'kaN?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:31 AM 18 kUs-kUs
Photobucket

Tertarik betul dengan satu berita dalam Utusan hari ini. Kebakaran yang berbau wangi. Wah! Nasib baik siang. Kalau malam tiba-tiba bau wangi semerbak, meremang juga bulu roma.

Ini semua akibat dari sebuah kebakaran yang di anggarkan kerugiannya sebanyak RM 1 juta. Banyak sungguh.

Pemilik kilang ini bagai jatuh di timpa tangga sebab kilang ini baru beroperasi di tapak baru kerana sebelum ini kilang yang lama juga terbakar. Nampaknya pihak pengurusan perlu meningkatkan lagi ciri-ciri keselamatan di kilang yang 'bermain' dengan bahan kimia ini.

Berapa lama ya bau itu akan hilang?
Berita lanjut di sini.

Nota kakitanganku : Saat itu semua orang berbau wangi! he he he







Tak PerLu 'gugel' PanJanG-PanJang! PenDek Pun BoLeh..

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:34 AM 9 kUs-kUs

Okey! Apa yang pendek? Apa yang panjang?

Seminggu dua ini ada beberapa pembaca begitu gigih meng'gugel' blog ini dengan menggunakan tajuk blog Kadangkala Dia Itu Adalah Lebih Baik'. Lepas tu komen 'Panjanglah nama blog ini. Susah mahu cari.' Ha ha ha ha..

Okeylah Cik Adik. Lain kali 'gugel' 'myqza' sahaja. Pendek dan senang. Tidak menyusahkan. Tiada rungutan dan keluhan.

Okey! Ada faham.






Tuesday, April 27, 2010

kEnDurI Doa sELamaT. TaPi TiaDa Doa. BoLehkaN? Ya ALLAH. ReZeKi akU MuraH KeraNa kamU. DoakAN unTuk akU Okey?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:00 PM
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Dalam hidup ini kita di beri banyak peluang untuk berbuat kebaikan sesama makhluk Allah di muka bumi ini.

Dalam banyak-banyak pilihan itu aku pilih mereka.

Kerana apa?

Kerana mereka makhluk tidak berdaya.

Syukur.

Alhamdulillah.

" Sesungguhnya jika Allah memberikan sebahagian kurniaan-Nya kepada kami, pastilah kami akan bersedekah dan pastilah kami akan termasuk orang-orang yang soleh. Akan tetapi setelah Allah memberikan kepada mereka sebahagian daripada kurniaan-Nya, mereka kikir dengan kurniaan itu dan berpaling, dan memanglah mereka itu orang-orang yang selalu membelakang. (kebenaran ) At-Taubah ayat 75-76.






LeMak BerkuranGan MenGangkaT DokUmen uLanG-aLik!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:01 PM 10 kUs-kUs
Photobucket

Tudung ungu itu adalah Penolong Akauntan yang baru. Muda lagi. Sekitar 24-25 tahun agaknya. Tidak banyak cakap asyik senyum sahaja. Pengerusikan majlis pun malu-malu kucing. Cakap sepatah dua sudah beri orang lain cakap.

Aduhai! Aku pula yang tersiksa tengok dia! Ha ha ha ha

Bengkel habis pukul 4.30 petang.

Aku sampai rumah pukul 6.30 petang. Ada majlis 'kenduri' yang perlu di hadiri tadi. Nantilah aku buat 'entry' bergambar malam nanti. He he he

Terima kasih pada semua yang singgah juga yang mengomen.

Nota kakitanganku : Tajuk tiada dalam isi 'entry'!!






BiLa Guru PuLa Di PercayAi mEnGEDar nOsPan kePaDa PeLaJar. nOsPan iTu aPa?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 5:30 PM 7 kUs-kUs
Apa itu Nospan? Hasil daripada 'gugelan' aku, Nospan adalah sejenis ubat yang telah di salah gunakan. Di percayai isi kandungan Nospan itu adalah Dextromethorphan iaitu ubat untuk penyakit batuk kering. Ianya jika di ambil dalam dos yang di benarkan tidak bahaya tetapi selalu di salah guna atau di 'modified'.

Ianya ada dalam pelbagai bentuk. Jenis sirap dan pil.

Baca akhbar atas talian hari ini, cikgu pula jadi pengedarnya. 7 muridnya pula masih di gantung sekolah kerana positif dalam pemeriksaan yang di jalankan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

Aduhai! Macam-macamlah!!

Berita di sini.

Nota kakitanganku : Span basuh pinggan aku arif sangatlah.







GamBar 18sx : BiLa Lan PeT PeT TerLeBiH GuraU, si manGsa TerIma DenGan PasraH...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 4:00 PM 31 kUs-kUs
Photobucket

Apa yang di lakukan oleh Lan Pet Pet terhadap Wangi penyanyi The Fabulos Cat ini? Jawapannya ada pada gambar di bawah.

Jika dia bukan seorang artis yang terkenal, pasti tiada siapa yang mahu peduli tentang apa yang ingin dia lakukan. Tiada siapa yang mahu endah dan tiada siapa mahu menyebar gambarnya dari emel ke emel.

Mungkin juga kerana dia seorang artis, artis yang suam-suam kuku, dia perlu perhatian lebih. Perlu sesuatu supaya peminat tidak lupa akan dia.

Gambar ini bagi aku tidak begitu lucah. Tetapi lawak lebih. Bagaimana dia boleh terfikir untuk bergambar sedemikian? Bila melawak tidak kira tempat, tidak kira dengan siapa dan terlalu teruja melawak di depan kamera, inilah natijahnya. Spontan.

Tetapi akhirnya menjadi mangsa keadaan. Gambar tersebar dari emel ke emel dengan tajuk yang panas. Tetapi gambar tidak sepanas yang di gembar gemburkan. Ramailah yang rasa tertipu kan?

Photobucket

Kamu pula janganlah berharapkan yang Lan Pet Pet ini bertindak lebih dari meletakkan dua biji limau mandarin tersebut.

Nota kakitanganku : Suka makan P.A.P.A.Y.A





sEmeraH cInTa sTiLLetO : BiLa TumIT KasuTnya menUsuk ke CeLahan raHsia....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:20 PM 20 kUs-kUs
Photobucket

Ahad kelmarin tengok cerita ini di MBO Melaka Mall bersama-sama Cik Leha.

Walau aku masuk lewat 15 minit kerana berpusing-pusing hampir 20 kali mencari tempat meletak kereta namun ceritanya dapat aku ikuti dengan penuh gelak dan ketawa.

Photobucket

Cerita ini memang penuh dengan jenaka. Walapun isi dan jalan ceritanya masih boleh di garap dengan lebih baik. Sebab kisah tentang ibu bapa Stella agak tergantung sehingga di pengakhiran cerita.

Ini hanyalah cerita komedi romantik ringan sebagai hiburan. Jika kamu mahukan gelak ketawa yang tidak putus boleh menonton filem Semerah Cinta Stelleto.

Nota kakitanganku :Tidak semua cerita atau filem itu bermesej.






'PerKeLahan' DenGan anGka-anGka BoLeh BuaT akU TerTiDur....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:30 AM 11 kUs-kUs
Photobucket

Wah! Bajet macam banyak sangat mahu di bawa ke bengkel. Aku malas mahu masuk dalam kotak. Sumbat selagi boleh dalam beg kewangan biru itu! Ha ha ha ha.. Ini semua kes malas mahu angkat ulang alik. Sayang betul aku pada lemak badan ini kan?

Hari ini dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang aku akan 'berkelah' di PPD Jasin sebab ada Bengkel Pemantauan Kewangan dan Akauan Sekolah. Kiranya macam Jurulatih Utama Kewagan (JU) akan menyemak kerja-kerja kewangan dan akaun kami dan menegur serta membetulkan jika ada kesilapan. Ini dapat mengurangkan kesilapan atau teguran-teguran yang lebih serius jika tiba masanya untuk Audit Sekolah mengaudit nanti.

Jadi 'entry' seterusnya akan di papar secara automatik. Terima kasih jika kamu sudi singgah dan membaca.

Nota kakitanganku : Kalkulator jangan lupa ya?





PeLaTih Baru ....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:02 AM 17 kUs-kUs
Rosman Diterima Bekerja Sebagai Pelatih Di Sebuah Syarikat Multimedia. Selepas Melaporkan Diri Pada Hari Pertama Dia Masuk Ke Biliknya... Terus Mendail...

"Tolong Buatkan Saya Kopi Cepat!" Katanya Menengking.

"Maaf, Awak Salah Sambungan. Awak Tahu Dengan Siapa Awak Bercakap Ni?" Kata Suara Di Hujung Talian.

"Tidak" Jawab Rosman.

"Saya Pengarah Urusan Syarikat Ini, Awak Tahu?" Balas Suara Itu.

Rosman Terkejut. Barulah Dia Sedar Dia Tersalah Dail. Hajatnya Mahu Menghubungi Kantin.

"Encik Tahu Dengan Siapa Encik Bercakap Ni?" Tanya Rosman.

"Tak, Awak Siapa?" Balas Pengarah Urusan Itu.

"Kalau Tak Tahu Bagus..." Kata Rosman Terus Meletakkan Gagang Telefon.

He he he he...






Monday, April 26, 2010

rEsT |n Peace NoNo.... Aku PerCaya Pada PerTemuaN PerTama Dan TerakHir...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:00 PM 17 kUs-kUs
Aku percaya pada ajal dan maut. Jika hari ini kita bergelak ketawa, esok belum tentu lagi. Semalam masa ke rumah Cikgu Ayus, memang teruja sangat.Selain dapat jumpa Baby Acan, aku pun mahu sangat jumpa Nana dan anak-anak. Selama ini Ayus hanya menepek gambar di blog dan Facebook sahaja. Bila sahaja kami jejak ke rumah beliau, budak-budak 4 beranak itu yang menyambut.

Namun,
pertemuan pertama semalam antara aku dan Nono, anak jantan si Nana, adalah juga merupakan pertemuan yang terakhir.

Photobucket

'Entry' dan gambar mengenai mereka 4 beranak kamu boleh baca di sini yang aku tulis awal pagi tadi.

Photobucket

Rehat dengan tenang Nono. Kamu anak yang paling comel dan nakal. Kamu yang paling mesra semalam sehingga aku begitu leka melayan keletah kamu.

Kata orang, tidak baik ambil gambar binatang, nanti dia mati. Aku tidak percaya itu. Bagi aku ajal dan maut adalah ketentuan Allah S.W.T

Nono dalam kenangan....

Nota kakitanganku : Sedih.......








RamaI BetUL PemInaT Wan AIshah Wan Nawawi. KaLah PeminaT sitEDi yanG asyIk-asyIk 'gugel' seNamaN BuanG LemaK Di LenGan! MenyamPah Tau!!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:06 PM 10 kUs-kUs
Photobucket
Tajuk adalah kelihatan seperti mempunyat sifat iri dan hati. Eh! Eh! Ayat baru!! Jangan ikut!

Hebat penangan Wan Aishah ini. Ikutkan sekarang dia tidaklah popular mana. Namun kerana dia telah melangsungkan perkahwinan dia baru-baru ini, dia kembali di sebut-sebut. Tengok! Ini sahaja carian setakat petang ini. Semalam dan kelmarin belum kira lagi.

Balik-balik senaman lengan yang aku dapat.

Oh! Aku ingin memberi sedikit tips dalam membuat carian. Silalah ya kawan-kawan menggunakan bahasa yang 'standard'. Janganlah taip macam buat ayat pasar. Memang tidak jumpa apa yang kamu cari.

Bila tengok kawan-kawan selalu buat 'entry' pasal kata kunci ini aku pun rasa mahu gelak sekali. Macam-macam perkataan yang keluar.

Jika kira rasa tertekan, semak kata kunci pun boleh buat kita tersenyumkan? Macam sudah lepas segala beban perasaan.

Sekarang hujan. Macam sesuai sahaja untuk tidur! Ha ha ha ha...

Nota kakitanganku : ZzzZzZzZz..





MaJLis rEsePsi UmIe aIDa : I PakaI TuDunG TaPi BaJu I JaranG. BuKan saLah I. SaLah PeReKa FesyeN! TaPi sItEDi Fikir PosiTiF!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 4:00 PM 29 kUs-kUs
Photobucket
Kredit gambar di sini.

Dialog hanyalah rekaan semata-mata. Siapa yang kata baju dia jarang? Mana boleh jarang. Dia pakai tudung. Mesti tidak jarang. Kamu silap tengok.

Kita tengok guna kanta sebelum kata baju dia jarang menembusi ke dalam. Jangan pandai-pandai adili orang sebelum kamu sendiri duduk di sebelah dia dan telek betul-betul, memang jarang ke baju dia?

Aku tidak percayalah baju itu jarang. Tidak akan dia begitu jahil. Pakai tudung. Tutup aurat separuh di atas, tidak mungkin dia mahu pakai baju jarang pula. Bukankah seorang blogger telah menulis dan menegur tentang baju dia yang jarang dan terdedah sebelum ini? Dan dia juga telah menjawab di dalam kahbar mingguan? Mustahil dia tidak ambil iktibar.

Bukankah kesilapan yang dulu datangnya dari pereka fesyen dia? Bukan dari dia. Dia tidak mahu pakai baju terdedah. Tapi pereka fesyen yang reka tau. Dia akur. Dia pasrah kata orang.

Kali ini baju ini nampak sahaja jarang. Tapi tidaklah. Aku fikir positif. Mesti dia pakai 'lining' di dalam. Tapi rekaan baju seolah-olah tidak pakai gitu! Boleh macam itu? Okey! Boleh! Dia pakai dua lapislah. Eh! Ini andaian aku sahaja. Sebab aku bukan pengapit dia atas pelamin!

Mustahillah artis begitu jahil pakai tudung tapi baju lubang-lubang!

Mustahil.

Mustahil.

Tapi...

Nama pun artiskan.

La la la la la..

Nota kakitanganku : Jangan saman saya Datin Paduka Umie Aida. 'Boipren' saya tiada gelaran Datuk Paduka!!






kEPuTusaN 'cOnTesT' masIh BeLum DaPaT Di UmumkaN!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:09 PM 11 kUs-kUs
Perhatian kepada semua peserta, keputusan 'contest' masih belum dapat di umumkan hari ini kerana ada lagi juri yang belum berkesempatan untuk memberi markah.

Harap bersabar.

Segala kesulitan amat di kesali!

Terima kasih.






kEsesuaiaN MeLeTak NamA wARIs Di DaLam seNaraI NamA TeLeFon BimBiT

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:00 AM 16 kUs-kUs
Photobucket

Sewaktu memandu pulang dari Rembau ke Melaka malam tadi, pelbagai yang aku fikir. Memandu bersendirian membuatkan otak asyik berfikir yang negatif sahaja.

Apa yang akan berlaku sekiranya kita di timpa musibah di jalanraya? Siapakah waris terdekat yang mereka boleh hubungi dalam kadar segera? Bagaimana?

Di sini fungsi telefon bimbit kita amat penting dalam keadaan yang cemas. Jika kita berada dalam keadaan tidak sedar diri, separuh sedar, mamai atau hilang ingatan sebentar, amat sukar pihak yang terlibat mahu mendapatkan maklumat tentang waris kita.

Kita perlu meletakkan gelaran yang mudah di telefon bimbit. Contohnya : Nombor telefon ayah kita, perlu letak 'Ayah saya', 'Papa Saya' atau 'Bapa Saya.' Jangan meletak nama seperti 'Haji Leman', Haji Abu' dan sebagainya.

Jika kita simpan 500 senarai nama pasti sukar untuk mereka cari siapa yang sepatutnya mereka hubungi.

Jika kamu perasan di setiap telefon bimbit ada satu nombor yang tidak rata permukaannya. Aku tidak pastilah ianya seragam atau tidak. Seperti di telefon bimbit aku nombor 5 mempunyai permukaan yang tidak rata. Ini adalah nombor jika berlaku kecemasan. Kamu perlu meng'set'kan 'dial pantas' di nombor tersebut. Maksudnya di nombor 5 itu adalah nombor pihak yang senang kamu hubungi sekiranya berlaku kecemasan kepada kamu dan tiada siapa yang membantu. Permukaannya tidak rata, jadi tanpa melihatnya kita boleh terus tekan dan talian akan di sambung kepada siapa nombor itu telah kita 'set'kan.

Panjang pula menaip. Harap kamu faham maksud aku dan dapat bertindak segera.

Nota kakitanganku : Mahu set 'Pakwe saya' atau 'Awek saya' pun boleh juga!







DarI PagI Ke PetanG BuaT LawaTan BerTemU Cheezy, CaspiaN, TOd, soPheea, CheBee, BeLLa, CinGee, NaNa, NunU, NonO daN NiNi. MereKa semUa aDaLah KucinG!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:17 AM 8 kUs-kUs
Semalam pergi melawat 7 nama pertama itu di rumah CuteKitty. Tiada gambar yang di ambil kerana aku telah membawa 2 orang kanak-kanak yang aktif jika tidak di kawal boleh menyebabkan ke tujuh-tujuh penama di atas trauma .

Kamu boleh berkunjung ke blog CuteKitty kerana dengarnya dalam entry terbaru mereka ada gambar 'Parti Buih!!'. Hah!! Biar betik??? Oh! Tidak. Parti sempena hari lahir Cheezy. Selamat Hari Lahir Cheezy.

Selepas itu di sebelah petangnya aku ke Rembau di Negeri Sembilan untuk melawat Dak Acan. Maafkan makcik Tedi Dak Acan, keterujaan berjumpa Nana buat makcik terlupa ambil gambar kamu.

Photobucket

Ini Nana dan anak-anak waktu kecil.

Photobucket

Tadaaaa... mereka keluarga bahagia!!

Photobucket

Ini bukan Dak Itam. Ini anak Nana.

Photobucket

Cubaan mencabul kehormatan oleh Pakcik Jebon

Photobucket

Cubaan merogol oleh Makcik Leha.

Ahad yang seronok kerana di penuhi kucing-kucing. Yang pasti bukan kucing aku. Yang tidak seronoknya pasal ini sahaja.

Selamat hari Isnin.

Nota kakitanganku : Sentuhan terakhir sebelum Bengkel Kewangan esok!







DarI MeLaka ke RemBau. PerGi sesaT, BaLik Pun sesaT!!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:30 AM 18 kUs-kUs
Tuan blog baru balik berpoya-poya. Selamat kembali ke pangkal jalan walaupun hampir tersesat. Baru pergi Rembau sudah gelabah. Kalau Kedah ke Pulau Pinang ke mahunya hanyut ke laut.

Photobucket

Depan itu kereta Cik Leha. Bersemangat gila ikut dia dari belakang walhal kami sudah sesat. Ha ha ha ha. Hikmahnya, tengok. Di depan itu yang tersergam indah. Subhanallah.. Itu Gunung Datuk!

Okey! Okey! Mahu mandi!

Esok sambung cerita aktiviti yang di buat hari ini okey!

Maaf sebab tidak dapat balas lawatan kamu.

Terima kasih sebab kamu singgah.

Ada ubi ada batas, ada hari boleh balas.

Pantun tidak menahan!

Eh! Tahu ke Rembau itu di mana??

Nota kakitanganku : Saya baru makan 'kepsi'. Selamat menjadi gemuk!!





Sunday, April 25, 2010

OranG PeranGai MacaM KauLah yanG BuaT akU sELaLu menCaruT. sEBaB kaU MemanG S.H.I.T!! oTak daN aKaL kaU LeTak Di TaPak KakI. WTF!!!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 5:30 PM 32 kUs-kUs
Photobucket

Semasa aku keluar pagi tadi, adik telefon aku. 'Kak, ada kucing comel kak. Kecil sahaja. Dekat tempat buang sampah!!'

S.H.I.T

Kucing comel di tong besar tempat buang sampah. Agak sunyi sedikit kawasan itu. Kiri dan kanan hutan dan semak samun. Ada manusia bodoh yang buang kucing di situ. Anak kucing.

Adik tidak bawa balik sebab dia takut. Bukan takut kucing tapi takut emak marah. Aku berani bukan sebab aku anak derhaka. Tapi aku anak yang akan pekakkan telinga sahaja.

Aku cakap pada Along semasa di dalam kereta. Aku mahu ambil. Aku mahu bela. Semangat aku begitu berkobar. Akhirnya dapat juga aku anak kucing.

Aku balik agak lewat. Dalam pukul 1.30 tengah hari. Tanpa pulang ke rumah terus menuju ke tong besar itu. Dari jauh aku sudah nampak sesuatu.

Aku jerit.

'Anak kucing tu dah mati!!!'

Anak buah aku yang tidur pun jadi tersedar. Aku rasa sangat marah! Sangat geram dan sangat sakit hati!!

"Bodoh!! Bodoh!! Bodoh! Siapa yang buang kat sini! Sinikan hutan!! Bangang betul!"

Memang malang orang yang buang kucing itu sebab berbakul sumpah seranah aku. Along sudah mula menangis. Dia memang sensitif.

Aku berhentikan kereta di tepi. Mengambil surat khabar hari ini yag baru di beli 2-3 helai. Mengambil satu plastik besar. Ahhh! Kucing ini baru mati. Belum berapa keras. Cantik sangat. Kelabu putih. Bulu lebat. Oh Tuhan! Airmata sudah mengalir.

Aku balut dengan suratkhabar. Masuk dalam plastik. "Maafkan aku wahai si anak kucing. Aku tidak dapat membawa kamu pulang dan menanam dengan sempurna. Maafkan aku!"

AKu meletakkannya di dalam tong sampah besar. Airmata deras mengalir. Terasa bersalah sekali sebab aku terlalu lewat untuk ambil dia.

Tolonglah kamu semua. Masing-masing punya naluri sendiri. Ada yang suka ada yang tidak. Tapi tolonglah. Fikirkan gunakan akal sebelum membuang kucing. Buang di tempat yang selamat. Di gerai. Di pasar. Di kedai makan.

Bukan di Tempat Pembuangan Sampah!! Jangan guna tapak kaki ketika membuat keputusan! Tolonglah! Jika kamu tidak sukapun kamu masih dapat menyelamatkan satu nyawa!

Kepada manusia yang membuag anak kucing comel ini. Kau memang bodoh dan bangang! Aku tidak akan sesekali memohon maaf atas caci maki aku ini. Kau boleh pergi M.A.T.I!!!!

Nota kakitanganku : ........






JiKa MahU MeLeTak NaMa anaK.JanGan yanG HuJung ,JanGan yanG MuLa. amBiL TenGah-TenGah. aDa FahaM?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:00 PM 20 kUs-kUs
Photobucket

Oh! Tips ini aku dapat dari sepupu aku ketika dia berucap semalam. Ekekekeke.. Saat di ceritakan tentang anak-anak. Tentang mengapa dia namakan anak-anaknya bermula dengan huruf yang berada di tengah-tengah iaitu M.

Sebagai contoh :

Jika si anak bernama A menghadiri temuduga dia akan berasa agak gelabah dan gemuruh kerana dia merupakan calon pertama. Manakala si calon yang bernama L akan lebih tenang. L juga berkesempatan bertanyakan kepada si A, B atauC tentang pengalaman mereka semasa di temuduga. Tetapi sayangnya calon yang bernama Z hampir terlelap sementara menunggu gilirannya di panggil kerana namanya yang di akhir sekali.

Wah! Logik jugakan?

Macam nama aku mula dengan huruf Z. Kalau dekat sekolah dulu, masa peperiksaan memang kena duduk paling belakang. Apa-apa pun aku yang paling akhir. Masa temuduga juga. Dalam surat pukul 9.00 pagi. Tapi pukul 11.00 tengahhari belum tentu lagi! He he he.


Jadi mana-mana ibu bapa yang mahukan anak itu, fikir-fikirkanlah berkenaan dengan positif dan negatifnya tips ini okey?

Ekekkekekeke..

Nota kakitanganku : Tapi kalau mahu namakan anak kucing tiada masalah. Ha ha ha ha..









PeLaJar MaTI kEraNa TerJaTuh sELePas meLarikaN Diri kETika Di PercayaI BerKhaLwaT...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:23 AM 18 kUs-kUs
Photobucket

MasyaAllah... Adakah beliau mati dalam suasana yang penuh aib? Mengapa ini terjadi? Kenapa? Silapnya di mana? Nafsukah? Syaitankah?

Usinya masih muda. Baru 21. Muda sangat. Terlalu muda untuk mati. Tapi Allah telah menetapkan begitu. Dalam keadaan begitu.

Photobucket

Bagaimana ibu dan bapanya? Apakah yang perlu mereka jawab jika di tanya' Mengapakah dia mati? Apakah sebabnya? Di mana?'

Bagaimana ingin di jawab soalan itu? Adakah perlu di jawab begini 'Anakku mati ketika cuba melarikan diri kerana takut di tangkap khalwat.'

Ya Allah!

Apa pun yang ingin kita buat. Yang ingin kita lakukan. Jika kita begitu bodoh mahu memikirkan tentang diri kita, fikirkanlah tentang ibu dan ayah. Fikirkanlah tentang kepercayaan mereka kepada kita. Jangan sia-siakan. Jangan jadi anak derhaka semata-mata kita terlalu mengikut nafsu syaitan! Bila nasi sudah menjadi bubur, segalanya sudah tidak berguna.

Al-Fatihah untuk dia. Semoga doa berkat dari kasih sayang ibu dan ayah dapat menempatkan dia di kalangan mereka-mereka yang beramal soleh. InsyaAllah...

Gambar dan sumber berita dari Kosmo


Nota kakitanganku : Kita juga insan tidak sempurna!






sEmaLam MemanG KerJanyA makAn.... makAn daN makAn!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:30 AM 9 kUs-kUs
Photobucket

Upacara memotong kek sempena ulangtahun perkahwinan yang ke 29. Ini majlis di OUM. Sebelah kiri itu sepupu aku yang bertugas sebagai Pengarah OUM Melaka. Isterinya merupakan Pengetua di salah sebuah sekolah menengah di Melaka juga.

Majlisnya hanya kecil-kecilan. Jemputan terdiri daripada kaum keluarga terdekat dan pensyarah OUM sendiri.

Dari sini aku terus ke Majlis Persandingan Blogger @re_long di Bachang.

Photobucket

Aku datang saat pengantin sedang bersantap. Selesai makan aku menghantar hadiah masuk ke rumah dan hanya ini yang sempat aku ambil sebagai kenangan. Ekekekeke...

Aku sempat ke meja pengantin dan memperkenalkan diri. Yelah. Takkan sudah kenyang mahu balik.

Sebenarnya kami bersaudara. Itu pun aku baru tahu.

@re_long menghantar kad jemputan hanya melalui emel. Selang dua hari kami mendapat satu kad jemputan lagi di rumah. Eh! Macam kenal sahaja nama yang tertera. Bila di tanya kepada emak, barulah aku tahu hubung kaitnya antara aku dengan dia. Jadi agak lama di situ kerana berbual dengan saudara mara yang lain.

Selamat Pengantin Baru @re_long a.k.a Nurul Aida dan Shahrul. Semoga kebahagian itu berkekalan.InsyaAllah.

Hari ini pun macam ada acara makan-makan! Dak Leha mahu datang! Yey!!!

Nota kakitanganku : Selamat berhujung minggu!






 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting