Wednesday, June 30, 2010

TeDi!! KamU TenGok LamaN WeB aPa ni? aDa GamBar 18sx : TiDak!! arGhhh! seMuanyA Gara-Gara PeLakOn Dan Penyanyi TerkEnaL BunUh Diri!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:00 PM 32 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Malu!!

Tengok Berita Harian atas talian ada pelakon dan penyanyi popular bunuh diri? Siapa? Tapi sayangnya pautan tersebut tidak boleh di buka. Cuba meng'gugel'. Jumpa satu blog yang menulis pasal itu.

Kemudian 'gugel' pula muka dia. Ha ha ha. Oh! Mamat ini! Aduhai! Kenapa bunuh diri. Tutup semua tetingkap. Bergerak ke meja.

Tiba-tiba satu jeritan.

'Tedi, awak tengok laman web apa ini??? Ada gambar buah dada!!!'

Hah???

Photobucket

Kamu pasti sedia maklum macam mana laman ini boleh keluar. Aku cuba terangkan kepada cikgu itu, aku harap dia faham walaupun aku rasa dia memang tidak faham. Malu!!

Moralnya, jangan curi-curi buat kerja lain selain dari kerja rasmi!!

Sumber berita pelakon popular Winter Sonata Park Yong-ha bunuh diri di sini.

Nota kakitanganku : 'ensem-ensem' kenapa bunuh diri bro?? :((








M.E.N.A.N.T.I

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:54 PM 22 kUs-kUs Links to this post
Hari ini Rabu.
Esok Khamis.
Ada sesuatu yang mengujakan esok.

Harap semuanya akan berjalan lancar.
Tenang dan sempurna.
InsyaAllah.

Ya Allah,
permudahkan segalanya esok agar hati kami akan menjadi tenang selalu. Kami akur pada Qada' dan Qadar-Mu. Apapun pengakhirannya, kami redha. InsyaAllah.

Amin.

Nota kakitanganku : :)







'CasH Out' PenDaPaTan NuFFnanG Dan saTu riBu tiGa !

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:13 AM 33 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Hari ini betul-betul di penuhi dengan perasaan cemburu. Sempat melihat sepintas lalu senarai kemaskini di 'dashboard' dan juga di Perkampungan Teman. Ramai betul yang buat 'entry' tentang 'cash out' pendapatan Nuffnang!

Bilalah agaknya aku mahu tekan butang 'Tebus' itu. Pendapatan aku tidak sekencang 'cash out' pertama sebelum ini. Jika dulu mewah dengan BE sekarang miskin. Ekekekekeke...

Jadi kena tunggu sebulan lagi. Untung-untung dapat 'cover' poket yang kosong selepas raya nanti. Ha ha ha

Kepada kawan-kawan yang 'cash out' pendapatan Nuffnang tu, seperti Cikgu Isza, DJ dan salmia, ucapan aku ialah ' Ingat daku dalam Cek Nuffnangmu'. Ekekekeke...

Photobucket

Alhamdulillah. Pengikut blog sudah cecah 1000. Pagi semalam ada 1004. Malam tinggal 1003. Mungkin blogger yang memadam aku itu tidak suka dengan 'entry' ini. Hik hik hik.

Betul, apalah ada pada bilangan pengikut jika kita tidak saling mengenali. Oleh itu, rajin-rajinlah singgah dan bertegur sapa, agar aku tahu kamu siapa. Terima kasih buat 1003 pengikut blog aku! Sokongan kamu semua amat di hargai. Terima kasih!

Nota kakitanganku : Syukur dengan apa yang di peroleh dari berblog. Baik pendapatannya mahupun kawan-kawan. Gembira!!





Tuesday, June 29, 2010

TiPs : TaJuk yanG Menarik minaT PeLawaT BerkunJUng ke BLoG. aku suKa TaJuk yanG PanJanG, keLakar Dan unIk!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:30 PM 33 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Tajuk merupakan item pertama yang dapat menarik minat pelawat berkunjung ke blog kita. Jangan sesekali tidak meletakkan tajuk pada 'entry' yang di papar. Itu akan menurunkan minat mereka untuk klik dan membaca.

Ada yang suka meletak tajuk yang pendek. Ada pula tajuk yang panjang! Ada tajuk yang tidak sedap di dengar, ada tajuk yang kelakar di baca. Semuanya menyumbang kepada tarikan pembaca untuk mengklik terus ke blog kamu.

Masing-masing perlu kreativiti untuk meletak tajuk. Kadang-kadang satu perkataan sahaja sudah buat orang tertarik.

Jika di blog aku, tajuk yang selalu mendapat rating tinggi ialah tajuk berkenaan dengan artis dan 18sx.

Aku perhatikan jika aku membuat 'entry' tentang satu-satu kes atau apa sahaja yang berkaitan dengan artis dan memaparkan 'entry' tersebut ianya akan menyumbang pengunjung perunik yang mencecah 60-70 orang dalam satu jam.

Manakala jika aku memulakan tajuk dengan perkataan '18sx' ianya akan mengundang 90-100 pengunjung perunik dalam masa satu jam.

Jika kamu perhatikan, walaupun aku memulakan tajuk dengan perkataan '18sx' ianya TIDAK di teruskan dengan perkataan-perkataan lucah. Tolonglah jangan sesekali meletakkan tajuk menggunakan perkataan yang agak sensitif. Perkataan dan ayat adalah dua makna yang berbeza.

Ayat aku mungkin berbunyi 'double standard' tapi aku tidak gunakan perkataan yang berunsur kelucahan. Dan aku juga tidak mahu mengambil kesempatan dengan meletakkan tajuk '18sx' itu terlalu kerap kerana bagi aku jika sudah selalu ianya tidak nilai sentimental. :)) Cukuplah jika seminggu atau dua minggu sekali sahaja.

Tapi jika kamu memang pembaca setia di sini, tajuk tersebut memang tiada apa-apa. Sekadar gimik yang kamu sendiri sudah tahu apa isinya. Bukan mahu menipu dengan tajuk 18sx tetapi isinya hampeh.. he he he he :))

Kesimpulannya, tajuk adalah penting. Perlu ada dalam setiap 'entry' kamu. Dari tajuk sahaja sudah dapat menarik minat orang untuk membaca.

Kamu pula, tajuk bagaimana yang kamu suka baca dan kamu suka gunakan?

Nota kakitanganku : 'Tiada Tajuk' pun tajuk juga. :))





MaaF Dan TerimA kasIh....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:30 PM 32 kUs-kUs Links to this post
Terpaksa mengurangkan jumlah paparan di blog atas faktor masa dan kesihatan.

1. Tidak punya banyak masa untuk blogwalking. Jadi tidak adil rasanya aku berpusu-pusu memapar 'entry' baru dan kamu datang sedangkan aku tidak dapat membalas lawatan. Aku akan rasa bersalah dan terhutang budi, jadi mahu kurangkan rasa itu. :)

2. 'Migrain' bila berhadapan cahaya 'lappy'. He he he. Kepala masih bengong.

Terima kasih atas sokongan semua. InsyaAllah, bila keadaan menjadi normal, akan kembali seperti biasa.

Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.





BiLa TeLinGa PuLa aDa Darah kOTor.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:00 AM 21 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Telinga pula mengelembung. Jumaat lepas sudah bawah ke veterinar. Mereka kata ini adalah darah kotor bukan bisul. Jadi dia beri suntikan untuk benda ini pecah sendiri. Jika tidak pecah bawa semula ke vet dan akan ada minor surgery.

Tiada ciri-ciri mahu pecah. Minggu ini cari masa lapang untuk bawa semula dia ke vet.

Nota kakitanganku : Cakap dengan MA tu, kucing seekor masalahnya macam 10 ekor. Ekkekeke..







Monday, June 28, 2010

akU akaN TeTap MenuLis waLaupuN TaJuk 'entry'nyA 'KucinG Saya BerOmen Di BawaH PokOk RamBuTan!' TiDak suKa TiDak aPa!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 4:32 PM 38 kUs-kUs Links to this post
Kalau sudah terasa diri itu popular, sudah ramai pengikut tegar, sudah banyak 'entry' kononnya ilmiah yang di hasilkan, sudah ada ribuan trafik setiap hari, ratusan duit pemasangan iklan dalam akaun, cukup-cukuplah memperlekehkan 'entry' orang lain!

Mahu tulis pasal A ke, pasal B ke, isu C ke, isu D ke topik E ke, berita F ke, tajuk akhbar G ke , apa-apa sahajalah, terpulang pada individu. Tidak perlu melontar kata sinis kerana masing-masing punya cara tersendiri menarik pembaca. Jika tidak suka jangan baca. Jangan tunjukkan sifat iri dan dengki. Teguran kau sudah berbau cemburu bila aku hidu.

Masing-masing punya rezeki masing-masing. Kalau semua kau sahaja yang betul, orang lain salah, kau sahajalah yang menulis. Orang lain tidak perlu.

Tidak semua orang golongan profesional macam kau yang kononnya dapat beri sesuatu dalam dunia blog ini. Tukang sapu pun tahu guna internet, tahu berblog. Jadi penulisannya tidak segah tulisan kau. Kau kena tahu itu.

Atau kau mahu jadi 'berhala' yang di sembah oleh pengikut tanpa apa-apa bantahan??

Nasihat aku pada semua, jangan terlalu taksub memuja dan meng'idola'kan satu-satu blogger yang sebenarnya keuntungan yang ketara terdapat pada dia bukan kamu.

Sekian, terima kasih.

Nota kakitanganku : Siapa yang makan petai, tah*nya yang terlebih bau!





I.S.N.I.N

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:45 AM 24 kUs-kUs Links to this post
Selamat Hari Isnin.
Hari Isnin
Isnin.






Sunday, June 27, 2010

ariEL 'PeTerPorN' MeninGGaL DuniA keraNa TerLeBih Dos DaDaH?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:06 PM 26 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

'Blackberry Messenger' yang tersebar di Indonesia dan di internet.

Tadi masa duduk menunggu kereta di 'car wash' leka mendengar radio yang di pasang di situ. Mendengar panggilan seorang pemanggil yang bertanyakan juruhebah radio ' benar enggak Ariel Peterpen sudah tewas?' Aku pun 'blur' jugalah. Tidak ambil 'port' pada mulanya.

Si tukang cuci pun gelak-gelak. 'Alahh, artis Indon yang buat video ehem-ehem tu!' Ha ha ha . AKu rasa mahu tergelak. Sebab budak lagi yang bercakap. Malu-malulah konon. Aku buat tidak dengar sahaja sebab kawan dia sudah gelak besar.

Balik bila 'gugel' baru tahu cerita sebenar. Di Indonesia sudah tersebar Aril meninggal kerana mengambil dadah yang berlebihan. Tapi kenyataan satu laman web menafikannya. Fitnah yang cepat tersebar. Ariel masih elok bernafas!!

Ialah, orang yang dalam tekanan ini kadang-kadang tidak dapat berfikir dengan baik. Macam dalam Buletin Utama tadi, penjenayah sempat melambai kepada polis sebelum terjun dari bangunan. Huh! Dasyat!!

Tapi, Alhamdulillah, kami ini walau sedang di uji masih dapat berfikir waras. Syukur.

Nota kakitanganku : Sedih bila ada yang selalu ambil jalan pintas untuk mati dari berhadapan dengan kesulitan.





BuanG kucinG aDaLah JaLan TerAkhir. TaPi ToLonGLah ikLankannyA TerLeBih DahuLu. JanGan BiarkaN kePaLa merEka haNcur Di TenGah JaLan!!!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:30 PM 29 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Gambar dari Google.


Semalam balik dari 'service' kereta aku ada jumpa seekor kucing putih mati tengah jalan sebab kena langgar. Kepala dia leper sebelah. Sebelum berhenti aku memang mencarut gila. WTF kau buang kucing dekat tengah-tengah jalan yang sunyi.

Aku berhentikan kereta. Nasib baik suratkhabar yang aku alas sangkar masa bawa Si Kurap ke veterinar Jumaat lepas aku masih simpan dalam kereta. Maaf, tiada upacara mengambil gambar kerana gila ke apa, jalan itu sibuk nanti orang kata aku gila sebab macam pegawai polis yang mengendalikan kes langgar lari.

Aku bungkus dengan suratkhabar, kemudian letak dalam bonet, aku bawa ke tempat buang sampah sebelum masuk simpang rumah aku. Ada pekerja Majlis Perbandaran di situ sedang mengemas. Aku terpaksa terangkan yang aku bungkus itu adalah kucing. Nanti dia ingat aku buang anak pula! Sudah!!

Lewat tengah malam tadi aku termasuk satu blog sebab tertarik dengan perenggan pertama 'entry' dia yang bertajuk 'Goodbye'.

Dari perenggan pertama yang dapat aku simpulkan dia seorang guru yang tidak gemarkan kucing. 'entry' dia panjang tapi aku tetap baca. Di akhirnya aku menangis.

Kenapa?

Sebab dia buang seekor ibu kucing dengan 3 ekor anak yang masih menyusu walaupun katanya anak kucing itu sudah besar sedikit. Masalahnya kucing-kucing di rumahnya berak dan kencing merata. Dia ada alasan sendiri. Aku hormati itu. Aku faham masalahnya. Jika kamu bukan seorang yang gemarkan kucing, kencing dan berak memang masalah besar.

Aku pernah menangis-nangis bersihkan berak Dak Utih bawah singki sebab emak marah. Dak Utih memang agak liat sedikit. Degil. Dia akan membuang di mana sahaja dia suka hatta atas katil aku. Pernah seminggu aku letak kotak pasir dalam bilik.

Tapi kucing ini kalau hari-hari kita bebel dekat dia, marah-marah dia akan faham. Dia akan tahu di mana sepatutnya dia membuang.

Aku ingin nasihatkan di sini, sesiapa yang berhajat mahu membuang atau menyahkan kucing dari rumah, langkah pertama, tolonglah iklankan dahulu kucing itu untuk 'adoption'.

Beri mereka peluang untuk mendapat penghidupan yang lebih selesa dari berpanas dan berhujan di luar sana.

Nota kakitanganku : Harap tiada yang buang depan rumah aku lagi.










anGGoTa PoLis mauT Di sErBu PencEGah MaksiaT : DukanyA Dua kaLi.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:44 AM 7 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Bila kita buat salah, kita akan rasa tidak selesa, takut dan panik. Kesudahannya adalah sesuatu yang tidak kita ingini seadainya saat itu kita tidak boleh berfikir dengan baik.

Duka isterinya dua kali mungkin juga tiga atau lebih.

Pertama, kehilangan suami yang menjadi nakhoda keluarga, tempat bergantung harapan.
Kedua, kehilangan suami dalam peristiwa yang tidak di jangka.
Ketiga, beritanya menjadi tajuk akhbar-akhbar juga tajuk blog-blog.

Kita juga insan tidak sempurna, jadikan ini iktibar.

Sumber berita dan gambar dari sini.

Nota kakitanganku : Minta di jauhkan.








emEL seOranG PeLaJar Dari araB...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:25 AM 13 kUs-kUs Links to this post
Arab student sends an e-mail to his Dad saying:

Dear Dad,
Berlin is wonderful, people are nice and I really like it here, but Dad, I am bit ashamed to arrive to my college with my Gold Mercedes, when all my Teachers travel by train.

Your Son
Nasser

Sometime later Nasser gets reply to his e-mail from his Dad:


Loving son,

Twenty Million Dollars transferred to your account, please stop embarrassing us, go and get yourself a train too.

Your Dad

Nota kakitanganku : Kalaulah 'bapak' aku emel macam ini.. Fuhh...





Saturday, June 26, 2010

aku TiDak DaPat PerGi. kEcEwa. akU haraP PesOna sHarEca BoLeh MenaNG seBab Dia dan TuannyA suDah manDi BunGa!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:51 PM 12 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Esok ada Pertandingan Kucing Antarabangsa di MidValley. Kecewa sebab tidak dapat hadir untuk memberi sokongan kepada kawan blogger aku yang bernama Ijai Cool. Dia mempunyai banyak ekor kucing yang di dakwanya mempunyai potensi untuk menang. Aku terpaksa berpura-pura percaya kerana selagi tidak selesai hari esok tidak boleh betul-betul percaya.

Photobucket

Ini adalah Pesona Shareca. Salah seekor calon peserta esok. Aku harap dia boleh menang untuk tidak mengecewakan tuan dia yang siang malam melatih dia membuat mata kasihan 'Puss in Boots'. Aku tidak tahu macam mana rupanya.

Okeylah kawan-kawan,
mana yang duduk berdekatan MidValley bolehlah turun menyaksikan ratusan kucing-kucing comel beraksi esok. Kalau pergi jangan lupa buat entry mengenai itu dan sila beritahu aku untuk datang ke blog kamu. He he he he..

Kredit 'banner' dan gambar untuk Ijai.

Tapi janganlah mengharapkan di blognya ada gambar kucing. 'Hampehhh.'

Nota kakitanganku : Tunggu 'show' di Melaka sajalah!!





waJah TerharU arieL 'PeTerPorn' DenGan sOkOnGan PeminaT!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 5:00 PM 14 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Photobucket

Photobucket

'Walau dalam keadaan tertekan, muka tetap 'ensem'.

Eh! Itu kata-kata Dak Itam.

Kau gay Dak Itam??

La la la la

Nota kakitanganku : Cooooobaan!





KawaN-kawaN, marI kiTa BuaT ayaT Dari PerkaTaaN 'TercekIk TuLanG'.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:00 PM 9 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Aku rasa mahu jadi cikgu hari ini. Untuk mengubati hati yang tidak dapat pergi ke Zoo Melaka atas faktor kanak-kanak Ribena yang tidak tahan panas.

Ini kata kunci setakat pukul 11.00 pagi tadi.

Mari kita bantu adik ini yang mungkin akan mengambil UPSR tahun ini untuk membina ayat dari perkataan 'tercekik tulang'.

1. Kucing saya tiba-tiba pengsan di percayai akibat tercekik tulang ikan yang di curi di rumah Pakcik Arnab.

2. Si Kurap menggelupur di atas lantai seolah-olah tercekik tulang sedangkan dia sendiri tidak makan ikan.

3. Petua untuk mereka yang tercekik tulang ialah menelan gumpalan nasi.

Hik hik hik.

Ada penambahan ayat? Jom kongsikan.

Nota kakitanganku : Temuduga dengan Azrinaz?? Bukan temubual ke? Ekekekeke....






SuDaH LaMa TiDak mElawaT SaHabaT HanDai Di Zoo MeLaka!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:00 AM 8 kUs-kUs Links to this post
Sabtu yang panas. Mengharapkan hujan supaya dapat sambung tidur sampai petang. Tapi Allah mentakdirkan waktu kerja hujan dan waktu cuti panas. Hikmahnya? Menguji tahap kemalasan bangun pagi bila sejuk melanda. :)

Sekejap lagi mahu bawa kereta untuk di porak perandakan. Eh! Di baiki.Eh! Apa mahu panggil. 'Service'. Ekekekekeke..

Rasa mahu menenangkan hati di zoo. Sudah 2 dekad tidak pergi zoo. Asyik sebut-sebut mahu pergi tapi tidak sampai-sampai. :) Tapi cuaca panas. Tengoklah macam mana nanti.

Jom! Kita buat rombongan pergi zoo! He he he...

Okey! Terima kasih sudi singgah!

Nota kakitanganku : 'entry' terakhir sebelum ini memang di tutup untuk sebarang komen. Terima kasih kepada yang bertanya di 'shoutbox' dan di emel. Keprihatinan kamu di hargai. :))







Friday, June 25, 2010

SaaT BiLa KamU PanDanG akU Dan akU PanDanG kamU, DaPatkaH kamU Baca aPa yanG aDa DaLam seTiaP senYuman akU?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:10 PM Links to this post
Pada satu ketika dulu,

'Eh, ini bukan nombor telefon si polan?'
Mesej aku.

'Awak ini siapa? 'Girlfriend' si polan ke? Awak sudah kena tipu, saya pun 'girlfriend' dia.'
Mesej dia.

Mesej itu hampir membuatkan aku yang sedang memandu pada waktu malam terbabas ke tengah laluan.

Aku hanya simpan cerita itu sendiri.

Berpuluh kali atau ratusan kali gunakan nombor itu untuk bercakap dengan si polan. Bila ada suara jantina lain yang mengangkat, jadi terkesima. Meminta maaf dan memutuskan talian. Kemudian mesej dari nombor itu menyusul seperti di atas.

Aku tidak pernah ceritakan kepada dia atau sesiapa. Simpan dalam hati. Biarlah. Malas mahu bertekak atau bertegang leher. Tidak mahu bergaduh kerana seseorang yang bukan hak milik sah. Bimbang dia akan bersuara.

'Kau siapa pada aku?' Senyum.

Aku bukan jenis yang akan bertarik rambut atau memaki hamun berebut lelaki. Bukan jenis yang bertumbuk atau bergumpal hanya kerana seorang lelaki yang bukan hak milik sah. Bukan aku.

Kau mahu, ambillah. Jangan tunjukkan kebodohan dan merendahkan diri hanya kerana seorang lelaki yang belum pasti di miliki.

Senyum lagi.

Semalam 'blogwalking' terjumpa ini.

Photobucket

Kredit kepada pemilik ayat. Hati menjadi sayu membaca berulangkali barisan itu. Senyum lagi.

Simpan dalam hati lagi. Aku suka tersenyum. Senyum dan senyum dari berkata-kata. Kerana senyum dan ketawa dapat ubati hati yang sedikit demi sedikit tercarik.

Aku bukan batu besar di pesisir pantai yang akan kebal tidak berganjak walau kuat di pukul ombak. Kadangkala tewas. Tapi aku diam.

Tekup muka dengan bantal dan tidur. Ahh! Mata basah. Tekup dengan kuat. Senyum! Tuhan, berikan aku mimpi indah malam ini. Janji. Jangan mimpi ngeri.

Kamu baca ini,
kamu kenal aku. Kamu tahu aku yang bagaimana. Saat bila aku diam, kamu tahu kenapa. Saat aku ketawa dan tersenyum, kamu tahu aku gembira. Saat aku hanya memandang tanpa bicara, kamu tahu maksudnya. Saat aku menangis, kamu sedari itu.

Tapi kamu tidak dapat baca hati aku. Mungkin saat aku pandang kamu tanpa kamu sedar, kamu tidak dapat baca fikiran aku. Saat kamu pandang aku, kamu tahu makna riak setiap mimik mukaku.

Aku menulis di sini, dan kamu baca. Aku tidak minta apa-apa. Sedikit pun aku tidak minta apa-apa. Aku hanya meluah sedikit dan kamu akan baca seperti biasa. Seperti tiada apa-apa. Dan jangan beri alasan kerana ianya hanya menyesakkan dada.

Dan,
aku akan terus diam seperti mana kamu.

Tuhan,
hukumi aku seandainya aku insan berdosa agar segala kekesalan yang terbuku akan terhakis.






BiLa BunG MokhTar TeranGkat-anGkaT kenInG Dan BerkeruT Dahi : LaIn Dari BiasA. hE hE hE!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:35 PM 10 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Sumber gambar dan berita di sini.

Selalu kalau hadir mahkamah beliau akan ketawa dan senyum gembira. Tapi kali ini berkerut-kerut dahi dia.

Mungkin ada 2 sebab.

Pertama: Isteri dia tiada di sebelah.

Kedua : Ini melibatkan kes rayuan dia supaya tidak di penjara.

Tunggulah 1 Julai ini. Eh! 1 Julai? Samalah tarikh kita masuk mahkamah!! 'Nebesss!!!'

Nota kakitanganku : Berani kerana benar!





18sx :BiLa iBu Di KerJakan oLeh anAk senDiri. aPaLah maHu JaDi DenGan DuniA seKaranG? DenGan emaK sEnDiri Pun JaDi!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:00 PM 23 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Photobucket

Bila tubuh Si Ibu di panjat dan di himpit oleh si anak dari hujung sampai ke bawah, apa yang perlu di katakan lagi? Bila perut ibu di usap dan di gesel, mahu salahkan mereka?

Arghh! Si Ibu yang pasrah. Boleh di gelar Ibu Mithali. Pasrah dan redha di perlakukan apa sahaja oleh anak-anak. Apalah yang terdaya si ibu lakukan. Tanggungjawab perlu di tunaikan walau dalam keadaan apa cara sekalipun!

Walau ibu rasa letih dan penat tapi akur permintaan anak.

'I Lapp Yu Yaya'

'I Lapp Yu along, angah, uda dan ucu too!!'

Kredit gambar untuk KittyWorld.

Lagi gambar-gambar boleh di lihat dengan menjadi peminat KittyWorld di Facebook.

Nota kakitanganku : Makcik Tedi tolong kemaskinikan pasal Yaya sebab Mama dan Mummy dia jarang kemaskini blog! Ha ha ha!!






aNNe nGasrI BerceraI TaLak TiGa : ErhMmm!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:30 PM 31 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Jika tidak tahu banyak tentang pengetahuan agama. Tahulah sedikit. Aku pun tidak banyak. Aku pun selalu buat silap.

Bila gaduh asyik sebut cerai, cerai cerai. Tengok! 3 talak sekali dapat!

Anak-anak? Anne mengandung jika tidak silap aku!

Suaminya tiada akal fikiran agaknya.

Emo!

Sebab lafaz cerai di buat mainan mulut.

Takziah Anne. Keluarga akan selalu beri kamu semangat.

Sumber berita di sini.

Nota kakitanganku : Isteri jadi mangsa. Anak-anak apatah lagi. Malas mahu cakap lebih.







B.L.O.G daN K.A.M.U!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:20 PM 32 kUs-kUs Links to this post
Sudah berapa lamakah kamu berblog dan sejarahnya.

Aku berblog seingat aku sejak tahun 2006.

Mulanya di blog Yahoo 360.

Kemudian berpindah ke blogspot pada penghujung tahun 2008.

Mari berkongsi bersama sejarah kamu berblog.

Nota kakitanganku : Banyak kawan maya sahaja!






TerimA kasIh atas soKonGan semUa TerHaDaP BLoG KDIALB!! : UcaPan BaJeT MacaM aku arTis!! TaPi Ini sEriuS!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:30 AM 20 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Di pagi Jumaat yang berbahagia ini, secara formalnya aku ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembaca blog Kadangkala Diam Itu Adalah Lebih Baik (KDIALB).

Tidak kiralah, kamu pembaca senyap atau pembaca bising ( he he he), pengintip atau penyekodeng, aku hargai semuanya.

Mana yang jengah blog aku dalam kategori 'Benci Tapi Rindu' juga aku ucapkan terima kasih. Kadangkala ketajaman jari jemari menaip buat ada yang tersinggung hati. Aku harap kita sama-sama ambil iktibar dari setiap teguran. Sama-sama baiki diri okey?

Aku mengalu-alukan sebarang teguran atau cadangan atau kritikan. Juga mengalu-ngalukan sebarang perkongsian masalah. Boleh emel ke mylosermind@yahoo.com

Photobucket

Syukur dengan jumlah pelawat yang aku terima setiap hari. Walaupun kadang-kadang aku terpaksa 'skip blogwalking' tapi jumlah trafiknya tetap buat aku terharu. Okey! Kesat airmata sekarang!!

Aku menghargai sokongan semua.

Aku harap jumlah pengikut blog aku yang ramai bukan hanya terletak pada angka yang kaku sahaja tetapi pada satu hubungan dan ukhwah yang dapat di eratkan lagi. InsyaAllah

Tegur-tegurlah aku kalau aku terlepas pandang kehadiran kamu.

Terima kasih.

Yang luhur ikhlas dari hati.
SitEDi.

Nota kakitanganku : Bila jari tajam menaip, tumpulkan dengan kemaafan!






LeLaki 58 Tahun Di BunuH 2 harI sEBeLum BerTunanG : AduhaI! RumahnyA DaLam 5km Dari RumaH akU!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:00 AM 19 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

ANAK mangsa, Hasni Rozela, 30, (tengah) bersama adiknya Asyraf Raznan, 27, (kiri) tidak dapat menahan kesedihan sambil ditenangkan ahli keluarga ketika menunggu jenazah arwah Mohd Redwan Ali, 58, di pekarangan Bilik Mayat, Hospital Melaka di sini, hari ini. Mangsa ditemui mati dengan dua kesan tikaman pada badan di kediamannya dan kejadian dipercayai bermotifkan samun. - Foto Rasul Azli Samad
Jun 24, 2010 8:19 pm


Beliau bakal bertunang pada Sabtu ini. Namun hajatnya tidak kesampaian selepas di jumpai mati di bunuh dengan 2 kesan tikaman di dada.

MasyaAllah.

Aku harap pihak polis dapat memberkas secepat mungkin penjenayah tersebut sebelum datang ke rumah aku pula!!!

Al-Fatihah buat mangsa, Takziah buat ahli keluarga.

Nota kakitanganku : Kalau nak rompak, rompak sajalah, tak perlu jadi pembunuh!!






Thursday, June 24, 2010

BuDak 9 Tahun LahirkaN bayI LeLakI Di PuLau PinanG hasiL HubunGan DenGan KekasIh yanG BerusIa 14 taHun? : Budak sEkaranG SemakIn MenGerikan!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:31 PM 26 kUs-kUs Links to this post
Harapnya berita ini belum sahih. Kerajaan Negeri Pulau Pinang pun masih menyiasat mengenai ini. Namun seandanya betul, aduhai! Semakin berani budak-budak sekarang. Seusia itu sudah tahu mengadakan hubungan sampai ke tahap itu.

Berita ini di keluarkan oleh sebuah akhbar berbahasa Cina setelah mendapat sumber dari sebuah badan bukan kerajaan (NGO ) setelah nenek kepada budak perempuan itu membuat aduan.

Darjah 3 beb!!

Tidak dapat di bayang!

Sumber berita di sini.

Nota kakitanganku : Tapi kucing umur setahun pun sudah beranak!





Maya kariN PuLa ke MaHkamaH syariaH : CanTiknya BerTuDunG. SuamI KacaK! eH!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:04 PM 25 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Maya bertudung litup! Berbaju kurung moden. Cantik dan kemas. Bukan macam sesetengah artis yang pakai sendat ke Mahkamah Syariah. Kan Bung kan? Eh! Tersebut pula!!

Tidak di ketahui apakah tujuannya mereka ke mahkamah. Namun yang pasti bukan untuk bercerai seperti sepatah komen suaminya 'No divorce'. Syukur.

Photobucket

Alamak!! Tertepek pula gambar suami dia. Kau gatal ya Dak Itam ( Dak Itam di persalahkan) Ha ha ha ha...

Okeylah.
Doakan yang terbaik buat mereka. Leboh-lebih lagi suaminya seorang saudara baru. Bimbang akidahnya andai berpisah nanti.

Sumebr gambar dan berita di sini.

Nota kakitanganku : Minta yang baik-baik.





BuDak Ini suDah aDa yanG 'BooKinG'.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 5:30 PM 18 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Photobucket

Sudah lama budak ini tidak bertekak dengan Dak Itam. Dalam 2 minggu adalah. Sebab aku letakkan dia dalam bilik. Dia tidur pun ada port dia bawah kerusi dalam bilik. Tersorok sedikit.

Malam tadi kantoi pula. Dia bertembung dengan Dak Itam sewaktu mahu balik dari merayap dan Dak Itam mahu keluar selepas makan malam.

Peperangan pun bermula. Berlari marathon dari depan rumah membawa ke halaman membawa ke dalam hutan di belakang rumah jiran. Terpaksa membawa lampu suluh dan memberi salam di rumah jiran.

'Makcik, saya nak cari kucing saya bergaduh belakang ni ye?'

Makcik itu dengan baik hatinya membuka segala lampu yang ada.

'Hutan tu gelap.'

'Tak sampai hati nak biarkan dia Makcik. Tak lerai nanti luka teruk.'

Suara gaduh itu ada, tapi jauh ke dalam hutan. Berlari lagi mereka lagi jauh. Aduhai! Putus asa. Tunggu sebentar. Tiada bunyi lagi. Pulang dengan hampa.

Tidak sampai 10 minit balik, budak ni masuk lalu tingkap dalam keadaan yang di jangka. Luka-luka kecil dan calar balar. Ada pula kesan hitam di hidung dan dahi. Aku hidu-hidu bau minyak. Aduhai. Macam mana mahu hilang? Kesat punya kesat pun tidak juga hilang!

Berita gembiranya ada seorang pembaca blog sudah 'booking' dia. Aduhai! Seronok sangat !! Ada orang mahu 'adopt'. Aku harap perancangan ini menjadi. InsyaAllah.

Nota kakitanganku : Sebab sayang, aku terpaksa buka untuk 'adoption' sebab kasihan kalau bergaduh! :(





Ariel 'PeTerPorn' SeoranG Gay? : Gay iTu apA ayaH??

cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:30 PM 19 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Masa aku kanak-kanak dulu, tidak kenal apa itu 'gay'. Apa itu 'lesbian'. Homoseksual atau apa-apa sahaja.

Aku tertarik dengan satu artkel yang di siarkan di dalam estidotmy. Pautannya boleh di lihat di sini.

Pautan ini amat bagus di baca.

Jika seorang anak bertanya :

'Ayah, apakah itu gay?'

Apakah yang kita perlu jawab? Mereka akan mencari sendiri di internet dan akan berjumpa dengan pelbagai gambar dan artikel. Dari situ mereka akan terus mencari dan mencari sehingga berjumpa jawapan yang mereka sendiri belum tentu faham.

Kadang-kadang apa yang boleh di cari hanya dengan hujung jari boleh memberi kesan negatif dan positif. Positif, bila mereka sudah tahu jawapannya dan negatif bila mereka jadi terlalu asyik dengan jawapan yang di perolehi.

Mencabarkan menjaga dan mendidik anak-anak zaman sekarang?

Gambar Ariel?Oh ! Baca dalam Mstar tadi, Ariel juga di percayai seorang Gay!!!
Berita di sini.

Nota kakitanganku: Tahu didik anak kucing sahaja! :)






aIshaH MemiLih DuDa aNak enAm SeBaGai suamI. PengakuaN BeranI Dan JuJur!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:00 AM 28 kUs-kUs Links to this post
Photobucket


Sumber gambar dari Facebook Aishah dan berita dari sini.

Minat gila dengan Aishah masa aku muda-muda dulu. Erk! Aku sudah tua ke?

Aishah mengakhiri zaman jandanya dengan seorang duda anak 6 pada 30 April 2010. Tapi aku hormat keberanian dia yang menceritakan tentang latar belakang suaminya. Juga tempat mereka bernikah iaitu di Thailand.

Kalau artis lain mesti sudah selindung dan nafi menafi.

He he he he.

Sekian sahaja laporan berita hiburan untuk pagi ini.
Ekekekeke.

Terima kasih.

Nota kakitanganku : Suka pada orang yang berani dan jujur.





T.I.G.A

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:24 AM 11 kUs-kUs Links to this post
24 Jun 2007- 24 Jun 2010.

Aku suka ingat tarikh yang orang lain tidak ingat.

Apalah yang ada pada angka.

Sama.

Tiada beza.

Serupa.

Ahaks. ( Ketawa keji. )

Nota kakitanganku : Biar aku faham sendiri.





caLon TemuDuGa

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:00 AM Links to this post
Seorang pemuda cedera parah dalam satu kemalangan ngeri. Dia kehilangan kedua-dua telinganya dan merasa rendah diri atas kecacatannya itu. Dengan wang pampasan yang diterima, dia memulakan perniagaan. Dia kemudian bercadang mengambil pekerja sebagai pembantunya. Sesi temu duga pun bermula.Calon pertama melepasi semua ujian yang dijalankan kecuali soalan terakhir.

"Awak perasan tak ada sesuatu yang ganjil pada saya ?"Soalan terakhir pemuda itu.

"Oh .. awak tak ada telinga," kata calon tadi spontan.

Pemuda itu sedih dengan jawapan berkenaan dan menolak calon tersebut. Calon kedua lebih baik daripada calon pertama dan seperti sebelumnya pemuda itu akan bertanya soalan yang sama untuk mengakhiri temu duga. Tapi jawapan yang diterima sama seperti calon pertama. Hatinya bertambah sedih dan menolak permohonan tersebut.

Akhirnya dia berpuas hati dengan calon ketiga dan mengujinya dengan soalan yang sama.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada muka saya?" Tanya pemuda itu

"Ya! Awak pakai kanta sentuh," jawab calon ketiga.

"Wow! Menarik tu, macam mana awak tahu ?" Tanya pemuda itu terkejut.

"Kerana awak tak boleh pakai cermin mata sebab tak ada telinga," balas calon itu sambil ketawa terbahak-bahak.





Wednesday, June 23, 2010

nyarIs TerPeLuk anJing keciL PenuH KuraP yanG Di sanGkakaN Dak Itam !!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:19 PM 13 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Baru balik dari keluar makan tadi.

Lampu hanya di pasang di garaj kereta. Di beranda agak gelap dan samar-samar. Ada seseekor di atas kusyen luar.

'Dak Itam, kau tidur kat sini ke? Baik pulak kau hari ini.'

Kata aku sambil mendekati cuba mendapatkan 'Dak Itam'. Seseekor itu meloncat turun dari kerusi.

'Anjing!!!!!"

Aku jerit.

Anak anjing kurap yang sudah 2-3 hari berkeliaran. Pakcik Cina depan rumah ini tidak dapat tangkap. Sebab dia kecil dan pantas bergerak.

Fuh!!! Nasib baik aku tidak kendong dia!!! Kalau tidak masalah pula malam-malam buta mahu samak. Kusyen yang sudah uzur itu terpaksa di buang. Nasib baik kusyen lama yang sudah lunyai.

Aduhai! Anak anjing pun orang mahu buang di rumah aku??

Nota kakitanganku : Belum mahu bermesra dengan anjing. Maaf!








BiLa NuruL MenGuTuk FesyeN Daun TeruP : SiaPa maHu PakaI anGkaT TanGan!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:12 PM 11 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Sumber gambar dan berita di sini.

Tapi jangan pakai hampir dengan orang yang tengah berjudi. Nanti kena curi.

Aku harap ini fesyen sahaja. Tiada siapa hendaknya yang mahu memperagakan pakaian sebegini di luar.

Lagi satu, tidak tutup aurat!! Ha ha ha...

Nota kakitanganku : Aku juga tidak suka dengan DADU.





BiLa PeremPuaN CanTik BerTuDunG JaDi BaTu aPi : TiDak semUa oranG Macam kamU BerDua. TeGuraN Di anGGaP BerLaGak BaGus! Okey!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 4:14 PM 53 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Puncanya dari ayat ini.

Photobucket

Komen pertama aku.

Photobucket

Seterusnya di jawab begini.

Photobucket

Seterusnya dengan status baru yang ini.

Dalam Facebook kita akan jumpa dengan pelbagai jenis manusia. Ingat lagi 'entry' 'Babi Adalah Ayah Aku'?

Salah satu contoh manusia yang psiko!

Semalam jumpa seorang lagi. Dialog adalah seperti di atas. Yang batu api cakap 'semuanya pura-pura bagus itu' adalah seorang perempuan cantik yang bertudung. Cantik di dalam gambar maksud aku. Di luar aku tidak tahu. Naik segan aku membaca ayat dia.

Mengapa perlu di samakan orang lain dengan diri kamu yang 'pura-pura bagus?' Kamu sendiri sudah membuka pekung di dada yang selama ini kamu berpura-pura dengan kawan-kawan maya yang lain. Aduhai perempuan. Membela kawan itu boleh, tapi tolong jangan rendahkan maruah sendiri.

Guna akal ketika menaip. Jangan nampak bodoh. Mungkin kamu suka berpura-pura. Aku tidak. Mungkin dengan mencarut dan memaki segala buat kamu tidak hipokrit. Tapi bagi aku jangan tunjukkan sikap negatif kamu pada umum terlampau sangat. Orang akan jadi tidak hormat kecuali rakan-rakan terdekat kamu yang sudah biasa dengan maki hamun dan sumpah seranah.

Betul ke dunia maya ini semuanya penuh kepura-puraan? Semuanya?

Nota kakitanganku : Aku cuma batu lesung!





makaN BeraDaB TeTaPi TiaDa uDanG PanJat!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:55 PM 24 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Photobucket


Photobucket

Photobucket

Budak 2 ekor ini tengah makan beradap. Yang jantan itu memang mengada-ngada. Dia tidak suka makan 'blackwood'. Aku beri dia makan Pro Diet tin. Tapi bila si betina ada, bukan main lagi dia!!!

Kenapa bila pengantin makan di panggil "makan beradap" sedangkan mereka tidak saling beradap tetapi bersebelahan.

Atau sebenarnya "makan beradab" yang membawa maksud adab. Sopan santun gitu!

Mengapa mesti ada 'Udang Panjat'? Apalah kepentingannya? Mengapa tidak 'sotong panjat' atau 'lala panjat?'

Oh! Tolonglah leraikan kemusyikilan aku ini!

Terima kasih.

Nota kakitanganku : kura-kura panjat! Ha ha ha.





SiaPa yanG DapaT PlaT KCT 1? Oh! BeliaU!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:45 AM 27 kUs-kUs Links to this post
Semalam baca Siti Nurhaliza nafi dia yang bida. Katanya suami dia. Alah.. Sama sahajalah. Duit suami, duit 'yu'. Duit 'yu' duit 'yu'. Ha ha ha ha.

Photobucket

Tahniahlah ya Datuk K? RM 66, 550!!

Huh! Boleh beli 2 biji kereta kancil. Ekekekekkeke...

Aku mahu beli plat nombot TED 244. Siapa mahu taja?? Eh! Ada ke plat tu??

Ha ha ha ha

Sumber berita dan gambar di sini.

Nota kakitanganku : Telan air liur je!!





MaHu PinJam Jam DoraemOn!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:00 AM 17 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Semalam memang langsung tidak 'blogwalking'. Maafkan aku dengan pengakuan ini.

Masa seakan tidak mencukupi. Perlu untuk diri berehat dari kesakitan.

Hari ini, aku cuba. InsyaAllah.

Selamat Hari Rabu.

Bila mahu Hari Jumaat.

Lambat.

:((

Nota kakitanganku : Doraemon, pinjam jam cepatkan masa boleh?





PeGuam Dan saksI

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:00 AM 12 kUs-kUs Links to this post
Rahmat ialah saksi satu kes jenayah berat, kelihatan gementar dan gugup ketika diminta memberi keterangan oleh seorang peguam. Dengan suara yang lantang, peguam itu bertanya, adakah anda sudah berkahwin?.

Sudah, Tuan. jawab Rahmat dengan suara yang tersekat-sekat.

Peguam : Sudah berapa kali, kamu berkahwin

Rahmat : Sekali sahaja.,

Peguam : Dengan siapa kamu berkahwin?,

Rahmat : Seorang perempuan, Tuan!

Kerana panas mendengar jawapan dari Rahmat, dengan marah, peguam berkata, Tentulah kamu berkahwin dengan perempuan. Kamu pernah dengar ke ada orang yang kahwin dengan lelaki? ,

Rahmat : Ada tuan, adik perempuan saya berkahwin dengan lelaki, tuan.

Nota kakitanganku : Jawapan yang bernas!





Tuesday, June 22, 2010

maLam inI akU MemBeBeL : JanGan suruH akU KLik sesUaTu yanG akU TiDak mahU KLik. JanGan suRuh akU TenGok sesuaTu yanG akU TiDak mahU TenGok! amaRaN!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:10 PM 16 kUs-kUs Links to this post
Spammer Youthsay sudah semakin bersepah sekarang. 'Shoutbox' penuh dengan madah dan pujangga minta mengklik pautan yang di beri.

Cara aku senang. Bila ada mesej begitu, aku akan datang atau cari blog mereka dan aku akan tinggalkan pautan aku pula. Pautannya di sini. Sila baca dan sila faham.

Photobucket

Komen terakhir dalam pautan tersebut, pada mulanya aku malas mahu layan. Sebabnya nampak sangat dia tidak baca 'entry' aku kemudian terus komen dengan pengecutnya menggunakan nama 'Anonymous'.

Tapi hari ini dengan baik hatinya aku mahu beri layanan istimewa untuk dia.

Ini perbezaan halal dan haram iklan Nuffnang atau apa-apa iklan yang di pasang di blog. Kau pasang iklan, kemudian kau merayap dari satu blog ke satu blog, minta orang klik dan kau pasang iklan dengan ikhlas hati tanpa merayu simpati orang klik.

Dua cara yang berbeza. Dua cara yang hukum halal dan haramnya kamu boleh baca di blog Ustaz Nor Amin

Sila faham dan ambil itu sebagai panduan sebelum memasang apa-apa iklan di blog. Yang halal boleh jadi haram.

Yang keduanya, sejak dua menjak ini, video sadis perempuan memijak kucing semakin berleluasa di sebarkan. Aku tidak tahu atas niat apa. Dari satu blog ke satu blog. Dari satu laman facebook ke satu laman facebook. Baik di blog atau di Facebook jika ada yang menjemput aku akan beri mereka pautan ini.

Sila hormat pendirian aku. Sila berfikir sekali.

Itu sahaja aku mahu bebel malam ini.

Hari ini memang tidak blogwalking sebab kepala rasa mahu tercabut.

Harap maaf dan terima kasih.

Nota kakitanganku : ............





BunyI PeLik DaLam EnJin kErETa BMW. CuBa tEKa BunyI aPA?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:45 PM 13 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Kalau bunyi pelik dalam kereta di tempat sunyi itu adalah bunyi orang bercengkerama. Opssss!! Aku bawah umur!! Maaf!! Maaf!

Seorang lelaki bernama Paul Smith berasa hairan mana datangnya bunyi pelik dari keretanya. Puas di cari-cari tetapi tidak berjumpa. Aku pun tidak dapat mahu menerangkan macam mana pelik bunyi itu sebab tidak di nyatakan dengan suaranya sekali. Ha ha ha.

Untuk tidak membuatkan beliau dan kereta mahal BMW beliau gila memikirkan mana datangnya bunyi pelik itu, beliau telah pergi ke bengkel kereta berhampiran.

Photobucket

Mekanik yang memeriksa bonet kereta terkejut kerana menjumpai seekor kucing betina yang sedang ketakutan berada dalam palang sokongan di ruang enjin.

Fuh!! Nasib baik selamat. Comel anak kucing hitam itu. Boleh pos ke Malaysia ke tidak Abang Paul Smith. Hik hik hik...

Sumber gambar dan berita di sini.

Nota kakitanganku : 2 ekor adik beradik Dak Utih dan Dak Itam pun tersangkut dalam enjin kereta. 1 mati 1 cedera.







18sx : rEkaaN skirT yanG NamPak 'TuT!!!!'

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:13 PM 34 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Photobucket


Photobucket


Rekaan 'skirt' dari Jepun!

Sumpah! Kau upah berapa pun aku tidak akan pakai.

Ada sesiapa yang sanggup pakai?

Bawa-bawalah bertaubat!

Sekian.

Nota kakitanganku : Fesyen semakin menyesakkan dada!






BiLa JeJaI bersuarA : Tiz, ToLonGLah JanGan KeLenTonG, NanTi FiLem Kau Tak Laku Tau!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:02 PM 29 kUs-kUs Links to this post
Photobucket


Wah! Tiz Zaqyah sudah pandai kelentong. Bajet macam ada yang mahu 'back up' dia. Sayangnya 'boipren' si Pasha Sendat sudah bersuara. Masaklah dia mahu menjawab lagi. ha ha ha.

Satu lagi minah yang seorang lagi itu, malulah wei, sebab kau pun dulu ambil suami orang buat 'boipren' . Lagi-lagi mahu bising. Aku rasa Nora Danish tepuk tangan laju. Ekeekkekeke..

Sudah macam blog gosip artis 'pulek'.

Tidak suka jangan baca ya? Ini hanya hiburan sampingan. Ekekekeke..

Berita di sini.

Nota kakitanganku : Sejuk walau hujan sudah berhenti. :)





si kuRaP sEBeLum Dan sELePas : DiA kInI JaDi PeneMaN. keKaL aTau sEmEnTarA? HanYa ALLAH saHaJa yanG TaHu!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:06 AM 24 kUs-kUs Links to this post
Photobucket


Photobucket



Photobucket

Photobucket

Gambar sebelum.
Entry di sini dan di sini.


Photobucket


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Gambar selepas. Lagi 'entry' di sini dan di sini.

Genap 1 bulan setengah dia datang bertandang ke rumah. Allah S.W.T utuskan dia di saat aku menghadapi kehilangan yang bertimpa-timpa. Dia jadi pengubat. Syukur.

Nota kakitanganku : Akan jaga dia selagi tiada halangan. InsyaAllah. Tetapi 'adoption' masih di buka. :))





 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting