Saturday, July 31, 2010

Mawi KahwiN saTu LaGi? : MacaM-MacaM sPekuLasi Di LamaN ForuM.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:30 PM 14 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Sumber berita dan gambar di sini.

Tertarik betul dengan berita dalam akhbar Kosmo atas talian hari ini. Gosip Mawi kahwin lagi satu. Tapi kata Mawi, beliau tetap setia dengan isterinya.

Cuma lucu betul baca komen-komen dalam satu laman forum. Ada yang mempersoalkan, sejak kebelakangan ini macam-macam cerita Mawi yang keluar. Adakah isu kahwin 2 ini pun salah satu strategi untuk mempopularkan semula dia? Ada yang kata isterinya sendiri yang telefon media untuk mempopularkan semula si suami. Macam-macam.

He he he....

Tidak habis tentang masalah sakit tekak kononnya buatan orang sampai isu kahwin satu lagi, Mawi tetap ambil sikap bertenang.

Aduhai! Aku memang tidak minat dengan mamat ini. Selepas kahwin lagilah bertambah tidak minat. Ha ha ha.

Doakan yang baik-baik sahajalah.

Nota kakitanganku : PsssTtt... Dengarnya dengan orang Temerloh?? Ekekekeke..






Ikan PanGGanG sEGera : nyUm nyUm!! Dan Si BuLu kEmBanG yanG BeLa Jin???

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 PM 4 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Ikan Panggang. Resepi baru. Sebelum ini tiada di pasaran. Bau aromanya boleh tahan. Rasa? Pasti lazat kerana berselera sekali bila di makan. Tidak toleh kiri kanan. Orang kata, kalau emak mertua lalu pun tidak perasan. Ha ha ha....

Photobucket

Tapi ini bukan untuk kamu. Tapi jika ingin cuba apa salahnya. Ekekekeke. Perisa Ikan Panggang dalam pek baru keemasan. Pek sudah cantik, harga jangan cakaplah. Sudah naik 20 sen. Adehhhh!! Dari RM 1.20 ke RM 1.40.

Ini untuk Budak Garfield. Selera dia tidak boleh di jangka. Sekarang dia gila pek Whiskas. Selang seli dengan `blackwood`.

Oh! `blackwood` juga sudah hampir habis. Tidak sampai 1 kilo lagi dari 10 kilo yang di beli 2 bulan yang lalu. Aku rasa Si Bulu Kembang (SBK) ada bela Jin sebab dia kuat makan! Ha ha ha!!

Sekian. Laporan makanan Si Bulu!

Nota kakitanganku : Rindu ikan Bakar. :))





tutOriaL BLoGGer : MenukAr Dan MenGemaskiNi BeBeraPa JeniS aTuraN aSaS.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 4:15 PM 10 kUs-kUs Links to this post
Ini adalah `entry` yang di ulang papar. Ada beberapa tutorial ringkas untuk menukar aturan yang sebenarnya perlu di ambil berat bagi keselesaan tuan blog dan juga pelawat.

Kita mulakan.

Kita pergi ke 'Setting' kemudian klik Basic. Ubah 'Adult Content'

Photobucket

Aku selalu keliru mengapa blogger suka meletakkan 'Yes' pada point yang ini. Jadi bila kita klik blog beliau, kita perlu klik sekali lagi selepas membaca peringatan untuk pastikan yang kita bersetuju dengan menghadapi segala kemungkinan isi blog tersebut.

Photobucket

Jadi jika blog kamu biasa-biasa sahaja, tiada kandungan berisi lucah, separa lucah, politik yang melampau atau apa-apa yang boleh menyinggung sensitiviti masyarakat, tandakan sahaja 'No' di situ.

Beralih pula ke 'Settings' kemudian klik 'Comment'.

Photobucket

Klik 'Show' supaya kami semua boleh meninggalkan komen di blog kamu.
Jenis kotak komen pula guna yang lebih mesra, contohnya 'Pop Up window'.

Photobucket

Jika mahu masukkan tarikh dan masa untuk komen yang di terima ubah di baris pertama itu. Jika mahu berkata-kata sesuatu untuk mereka yang bakal mengomen sila tulis di ruangan kedua.

Photobucket

'Comment Moderation' adalah untuk kamu memilih samada menyimpan terlebih dahulu komen yang di terima sebelum kamu benarkan komen tersebut di paparkan. Ini bagi menapis komen-komen yang sepatut atau tidak sepatutnya. Tetapi aku lebih suka komen terus masuk sahaja tanpa perlu kebenaran.

Bagi 'Word Verification' itu pula, untuk menjadi lebih mesra alam, tidak perlu letak. Apatah lagi jika kamu sudah memilih untuk menyimpan terlebih dahulu komen tersebut.

Okey,
cukuplah beberapa jenis aturan asas ini sebagai tutorial hari ini. Nampak macam remeh, tapi semuanya berkepentingan. :))

Terima kasih.

Nota kakitanganku : Bagi keselesaan semua mahu buat yang memudahkan dua-dua pihak. :)





mEmEy SuHaizA TiBa-TiBa TerencaT aKaL? erHmMmm.. KasiHan nOrmaN haKim! sEmOGa cEPaT SemBuh!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:15 PM 23 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Memey Suhaiza sudah gila. Sudah terencat akal. Tiba-tiba? Kasihan.

Baca akhbar atas talian tadi, di beritakan Memey menjadi begitu bodoh, lembab dan kebudak-budakan. Apa sudah jadi? Buatan orang? Dia telah di sisihkan oleh adik beradiknya sendiri. EhMmMm...

Tapi yang menariknya Norman Hakim tetap setia di sini menemani. Melayan kerenah Memey yang sudah menjadi `suku` itu. Wah! Cinta sejati gitu!

Okeylah,
ini adalah watak Memey dalam drama Ghia. He he he. Seorang gadis gila dan terencat akal yang di sisihkan keluarga tetapi menjadi perhatian abang iparnya. Siapa watak abang ipar? Normanlah. Siapa lagikan? Ekekekekeke..

Macam manalah rupanya dia berlakon jadi terencat akal ek? Kelakarlah pula rasanya. Ha ha ha :))

Siapa pelakon yang sesuai melakonkan watak orang gila atau perempuan terencat akal pada fikiran kamu?

Sumber gambar dan berita di sini.

Nota kakitanganku : Tetap suka Nor Khiriah berlakon jadi terencat. Macam watak Nomi dalam drama Kerana Cintaku Saerah. :))





Eh! HArI SaBTu RuPanyA. JoM Ke PikOm PC Fair! Oh! aTau MaHu ke Sua Rasa Tv9??

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:35 AM 7 kUs-kUs Links to this post
Hari ini hari Satu.Di MITC Melaka berlangsungnya Pikom PC Fair sehingga esok. Di Dataran Sejarah pula ada Sua Rasa Tv9. Dekat sahaja lokasi ke dua-dua tempat tersebut. Dalam 1kilometer.

Rancangnya mahu ke PC Fair. InsyaAllah. Cuaca mendung pula. Jangan hujan sudah. Pergi tempat yang jadi perhatian ramai orang ini, yang paling malas di lakukan ialah cari tempat meletak kereta. :))

Nota kakitanganku : Oh! Janganlah menguap lagi! :)





sayA suDah TahU SemuanyA....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:04 AM 8 kUs-kUs Links to this post
Di sekolah, Abu diberitahu oleh teman sekelasnya, bahawa sebagian besar orang dewasa pasti menyembunyikan sekurang-kurangnya satu rahsia, dan bahwa mudah sekali mengugut mereka dengan mengatakan, 'Saya sudah tahu semuanya'.

Abu kembali ke rumah dan memutuskan untuk mencubanya.

Ketika ia tiba di rumah, sambil memberi salam kepada ibunya, ia mengatakan,"Saya sudah tahu semuanya."

Ibunya segera memberinya 50 ringgit dan berkata, "Jangan ceritakan pada ayahmu!".

Kemudian dengan sabar, Abu menanti ayahnya pulang kerja, dan menyalaminya dengan berkata,"Saya sudah tahu semuanya."

Ayahnya cepat-cepat memberinya 100 ringgit dan berkata, "Tolong jangan katakan apa-apa pada ibumu!"

Pada hari berikutnya, ketika Abu mau ke sekolah, ia bertemu dengan driver ayahnya di pintu depan. Abu menyalaminya sambil berkata,

"Saya sudah tahu semuanya."
driver itu segera tunduk, menghulurkan tangannya dan berkata,

"Kemari, nak! Peluklah ayahmu ini!"

Nota kakitanganku : he he he he...





Friday, July 30, 2010

Mia Sara DaLam FiLem Nur KasIh : MesTi TonTon Di PawaGaM :))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:30 PM 11 kUs-kUs Links to this post
Photobucket


Pelakon cilik yang popular dalam drama bersiri Adamaya telah berlakon pula dalam Filem Nur Kasih. Wah! Pasti meletup filem ini di pawagam. :))

Di jangka tayangannya akan berada di pawagam sekitar Mac tahun hadapan. Selain di Malaysia pengambaran juga di adakan di Jordan. Siap naik unta lagi. He he he.. Filem ini penyambungannya bermula dalam 8 tahun kemudian sehingga kisah mereka 30 hingga 40 tahun berikutnya. Maknanya Mia Sara yang comel lote ini akan ada watak orang dewasa. :))

InsyaAllah, panjang umur bolehlah layan filem ini di pawagam. Pasti meriah sebab rasanya peminat Mia Sara yang akan berpusu-pusu dahulu. Ekekekekeke..

Nota kakitanganku : Lama tidak jejak ke panggung. :)







Align Center

NuFFnanG, sayA suDah TeBus PenDaPaTan sayA yanG BerJumLah Dot Dot iTu, siLa HanTar Cek sEBeLum rayA oKey? sayA MaHu BeLi MercuN! OpPpSSs!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:33 PM 25 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Penebusan kali ke dua. Kali pertama dan amaunnya di sini. Penebusan kali kedua adalah jumlah yang di kumpulkan selama 5 bulan. Alhamdulillah.

Syukur!! Syukur! Amaun yang di damba sudah ke meter. Jadi dengan senang hati boleh klik butang tebus dan tunggu cek sampai dengan sabar di rumah.

Jumlahnya?
Tidak banyak macam orang lain. Tapi syukur. Siapa mahu bagikan amaun begini jika kita berusaha mencari tips dan bekerja menghasilkan entry untuk tatapan pembaca?

Photobucket

Alhamdulillah.

Say `cheseee`.

Senyum!

Nota kakitanganku : Untuk beli tepung buat kuih raya bukan mercun. Oh! Duit raya juga!! :)) Eekkekekeke..





PuDinG KucinG, TuPaI, Rama-RamA, BeruanG, arnaB, SoTonG aDaLah saMa DenGan PuDinG kOkO!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 3:12 PM 15 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Photobucket


Photobucket

Yey! Akhirnya siap juga Puding Koko ini. Walaupun tidak berapa keras kerana kekurangan agak-agar, orang suruh letak 25 gram, kau letak 20 gram, tapi kira jadi jugalah ya? He he he!

Gambar terakhir bekas acuannya adalah jenis-jenis haiwan. Ekekeke. Ini untuk menarik minat kanak-kanak Ribena untuk makan.

`Kakak nak beruang!!`
`ok! butterfly pula!!`
`Nak ngiawww`

Wah~ Semuanya habis okey!! Sebab itu tidak sempat mahu ambil gambar sebab mereka sudah duduk mengadap.

Resepi bergamar boleh di lihat di sini. Di blog seorang bakal doktor yang suka dunia masakan. :)) Terima kasih Rai. :))

Nota kakitanganku : Sampai bergaduh budak 2 beradik ni. `Nak butterfly!!!!` Walhal ada 2 saja rama-rama. He he he. Sotong tak mahu. Takut mahu makan!! Ekekekeke..





Hari Jumaat RupanyA... IngatkaN aHaD!! :))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:23 AM 18 kUs-kUs Links to this post
Hujan masih turun di pagi Jumaat ini. Memang terlambat bangun selepas tidur semula. :)) Si Garfield bukan mahu kejut. Dia pun layan tidur sama. Nasib baik Dak Itam ngiau ngiau mahu makan. Ha ha ha. Alasan bangun lambat.

Akti*ti hari ini? Jom kita buat Puding Coklat!!

Malas pula mahu ke mana-mana. Periuk belanga yang belum bercuci di dapur memanggil-manggil. :)) di tambah dengan cuaca sejuk yang sedap untuk bergolek-golek.

Selamat Hari Jumaat.

Nota kakitanganku : Ini `entry` malas. Harap maaf~ :))





krOooOoOH!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:47 AM 15 kUs-kUs Links to this post
Hujan!
Sejuk!
SamBung tidur!
Bye!





Thursday, July 29, 2010

Pak PanDir Dan si LunCaI, KeDua-DuanyA 2x5!! :))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:57 PM 5 kUs-kUs Links to this post
Pak Pandir adalah seorang anak yang baru saja mendapatkan harta warisan setelah ayahnya meninggal. Tetapi ia bingung di manakah ia perlu simpan wang tersebut. Hendak simpan di bank takut kalau-kalau banknya bangkrup. Diletak dibawah bantal, nanti diambil pencuri.

Setelah berfikir cukup lama, akhirnya ia mendapat idea, dia menanam wang itu dibelakang rumahnya, lalu memasang papan peringatan dengan tulisan yang sangat besar "TIDAK ADA WANG DISINI!". Ternyata temannya Pak Pandir yang bernama Si Luncai melihat apa yang dilakukan Pandir.

Setelah lewat tengah malam, Luncai pun menggali tanah itu untuk mengambil wang tesebut. Setelah ia mendapatkan wang itu dan supaya tidak dicurigai, maka Luncai mengganti tulisan yang ditulis Pandir dengan ayat "BUKAN LUNCAI YANG AMBIL!".

Nota kakitanganku : Cerdik sama cerdik!





BuanG MayaT BayI HukUm PenJara 2 TahuN?? GosOk maTa LaJu-LaJu. 2 TahUn?? siLa PercayA!! PatuTLah BersePah BanGsaT yanG BuNuh Dan BuanG BayI!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:16 PM 17 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Ini kira hukuman untuk buang bayi sahaja? Habis, yang bayi itu di buang dalam keadaan yang tiada bernyawa macam mana? Siapa yang bunuh? Mati sendiri? Tiada hukuman buat mereka yang `mematikan` bayi tersebut??

Aku tidak faham undang-undang. Minta maaf. Tapi 2 tahun memang S.H.I.T!!

Tidak hairanlah makin ramai bangsat yang bunuh dan buang bayi. Apa sangatlah 2 tahun. Pejam celik, pejam celik. Bebas! Boleh buat lagi!

Sumber berita di sini.

Nota kakitanganku : ..............





Nasi GorenG PataYa DaginG MeraH Dan Mee BanDunG!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:00 PM 17 kUs-kUs Links to this post
Ini menu makan tengah hari. Tadi keluar Beli Barang kemudian singgah di Giant Bandar Melaka. :)

Photobucket

Nasi Goreng Pataya Daging Merah. ( RM 5.00 )

Photobucket

Mee Bandung ( RM 4.00 )

Malam ini ada kenduri di surau. Tengah main masak-masak. He he he
Menunya, Ikan Parang Masak Asam, Masak Lemak Ayam Dengan Rebung, Sambal Tumis Udang dan Mee Rojak. :))

Aku pula sedang berusaha buat puding.

InsyaAllah.

Oleh itu, kesiukan yang amat.

Harap maaf dan terima kasih

Nota kakitanganku : Puding Pelangi. :))








aksI LucaH PeLaJar Di SuraU. SekOLah manA? anaK siaPa?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 3:08 PM 24 kUs-kUs Links to this post
Beraksi lucah dan merakamkannya di surau sewaktu guru-guru sedang sibuk menghadiri mesyuarat.

EhmMmmm! Inilah pelajar-pelajar sekarang. Jangankan guru atau ibu bapa, dengan Tuhan pun tidak takut!

Bila sudah heboh baru malu. Baru mahu tukar sekolah. Mesti orang akan tanya, `sekolah mana itu?` `Anak siapa?` Emak ayah juga yang terlibat sama.

Sumber berita di sini.

Nota kakitanganku : Tidak akan habis kes-kes macam ini. Sedih. :((





SeBuLan ZianA PuJuK SuaMi BerLakOn ikLan : eH! ikLan suDah keLuar kE BeLum?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:30 AM 13 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Rasanya sudah lama Ziana tidak bergambar bersama suami. Suami dia pun agak `low
profile` dan tidak melibatkan diri secara langsung dalam dunia hiburan. Baguslah. Dia tahu membeZakan, siapa yang jadi artis sebenarnya. He he he he.

Mereka telah menjadi duta bagi produk Antabax yang merupakan produk ke lapan Ziana sebagai duta. Populariti dia tetap adakan? Siapa yang kata orang yang sudah kahwin tidak lagi popular? Oh! Ada! Abang botak yang `world` itu!! Opsss!! Terlebih sudah. Ekekekeke..

Okeylah! Saja mahu kongsi gambar terkini Ziana dan suami buat peminat beliau. Maklumlah orang kampung, kenalah promosi sedikit. Ha ha ha ha..

Sumer gambar dan berita di sini.

Nota kakitanganku : Tunggu dia jadi duta Cencalok. :))





CuTi

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:04 AM 13 kUs-kUs Links to this post
Aku telah Berjaya amBil cuti 2 hari.
29 & 30 Julai 2010.
Cuti ada lagi 26 hari. :))

He he he!
Mari kita pergi `dating`.


Nota kakitanganku : SamBung tidur! yeY!





SinGa yanG baik!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:03 AM 9 kUs-kUs Links to this post
Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya.Tiada pilihan, pemburu itu menadah tangan dan berdoa agar tiada kejadian buruk yang berlaku.

Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.

Pemburu: "Ah leganya........singa baik rupanya. Selamatlah aku."
Singa: "Ya.......singa yang baik selalu baca doa sebelum makan."

Nota kakitanganku : Moralnya, silalah baca doa sebelum makan.





Wednesday, July 28, 2010

TerIma KasiH BuaT seMua yanG DaTanG DarI SeraTa DuniA!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:31 PM 11 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Ceeeh! Tajuk bajet macam satu dunia baca blog kau!! Ha ha ha

Ter`over` di situ.

New Zealand? mY Dear Zack ni. Ada lagi?
Egypt? Kak Norma koT.
India? Dak IntanBerlian orang kampungku! Ekekekeke.
Yang lain-lain itu silalah mengaku. :))

Dari manapun kamu datang, siapapun kamu..

Terima kasih yang tidak terhingga.

Nota kakitanganku : Tunggu dari Marikh :))






BweeeKkkkK! Bau LonGKanG! KaLau maHu BerenanG PuN aGak-aGakLah!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:31 PM 16 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Perbualan telefon ...

Emak : balik kejap. Dak merah ni jatuh longkang agaknya. Mak takut dia masuk bilik.
Aku : Teruk ke?
Emak : Teruk dengan air longkanglah. Pintu bilik mak dah tutup. Dia dalam stor. Nanti habis satu rumah!
Aku : Okey! Okey!

Tiada siapa yang berani pegang dia. :))

Tengok jam baru pukul 4.30 petang. Tidak boleh jadi. Habis aku kena mop satu rumah nanti.

Aku : Cikgu, saya mahu balik awal. Kucing saya jatuh longkanglah!

GPK HEM yang mengajar tuisyen petang gelak dengar alasan aku.

balik terus ambil dia turun dari almari dalam stor. Mandikan.

Aiseyyyy! Syampu habis!! Tinggal sisa-sisa. bau dia MasyaAllah!

Photobucket

Dak Garfield :Apa pandang-pandang?? Aku dah wangilah!! Saja bagi `gempak` sikit jatuh longkang!! Kui kui kui!!!

Aku : Lagi-lagi mahu `kaber line!!`

Nota kakitanganku : Tidur sudah!!





sELamaT JaLan BernarD!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:30 PM 14 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket


Photobucket

Dapat tahu mengenai Bernard dari Blog Dr. Chan, lantas terus ke Mettacats.

Ya Tuhan! Kamu di layan sebegitu indah Bernard. Dari mula hingga ke akhir. Mereka berhati mulia menjaga kebajikan kamu dan semadikan kamu dengan sempurna. BernarD mati pada 22 Julai 2010 yang lalu.

Rehat dengan tenang!!

Sumber gamBar dan artikel dari Mettacats!

Nota kakitanganku : Kawan baik Bernard ialah seekor anak kucing jalanan bernama Marie. Comelkan?





SaNa siNi GCB. SeDaP sanGat kE MakaNan yanG NaMa GCB inI?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:20 PM 32 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Pertama kali cuba `sundea nenas`. Macam biasa manis. He he he.

Dari dalam perjalanan,GCB GCB GCB! Tapi bila sudah sampai? Tidak mahu mempertaruhkan selera tekak. Macam biasa juga ambil ayam pedas Mc`D.

Kenyang!

Adakah GCB seindah rupanya di dalam iklan-iklan? Atau hanya perhiasan cuma? Sebab selalu bila mahu iklan, wah! Bukan main menyelerakan tapi realitinya, `hampehh`.

Siapa pernah rasa, jom cerita-cerita. He he he..

Nota kakitanganku : Selamat makan tengah hari :))





MenyamaR unTuk MenJaDi PeLaJaR Vs ReLa Di BuanG SekOLah KeraNa MemukuL RaKaN DaLam KeLas : akU PiLiH MenyAmaR!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:30 AM 14 kUs-kUs Links to this post
Dua berita yang begitu kontra isinya.

Dalam kes pertama 7 orang bekas pelajar lelaki di sebuah sekolah bertindak menyamar sebagai pelajar dengan salah seorang daripadanya berpakaian perempuan dengan alasan mereka rindukan suasana persekolahan.

Lucu sekali, mereka turut sama berhimpun di tapak perhimpunan dan masuk ke kelas lama mereka. Kehadiran mereka yangs edang leka mengikuti pempelajaran di sedari guru yang kemudiannya membuat laporan polis.

Mereka duduk dalam kelas tanpa dalam keadaan sopan tanpa sedikitpun mengganggu pembelajaran. Anehnya, macam mana ada 7 buah set kerusi dan meja kosong ya? He he he...

Sumber berita di sini.

Kes kedua,

2 orang pelajar yang sedang mengikuti pelajaran di dalam kelas di belasah di hadapan guru sehingga cedera. Lebih biadap, kumpulan pelajar terbabimemaki hamun guru yang sedang mengajar itu dan mencabar tidak takut jika di buang sekolah sekalipun.

Sumber berita di sini.

Aduhai!!

Nota kakitanganku : Macam-macam!






SenaMan maTa Dan kEPaLa! sILa CuBa!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:19 AM 14 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Pagi-pagi ini untuk cergaskan kepala, mari kita uji mata kita dengan gamar di atas.
Nampak tidak apa -apa? :))

Selamat mencuba dan selamat Hari Rabu.

Nota kakitanganku : Rasa macam mahu ambil cuti rehat :))




18SG : Jika TiDak MahU PunGGunG BerLuBanG Dan BocOr, siLa Bayar!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:03 AM 18 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Mahu duduk pun kena bayar!!

Sumber gambar dari emel.

Nota kakitanganku : Bukan di Malaysia ini!





Tuesday, July 27, 2010

MaJLis NikaH SheikH MuzapHar : 10000 TeTamu BoLeh HaDir sELaIn DariPaDa 100 anGkasawaN Dari 35 NeGarA : woOw wEeE!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:26 PM 20 kUs-kUs Links to this post
Photobucket


1. Majlis nikah akan di adakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya pada pukul 10.00 pagi 10 Oktober 2010 .
2. Tetamu terhad kepada 10000 orang sahaja dan berpeluang merakamkan gambar bersama pengantin.
3. Persandingan akan di adakan pada pukul 8.00 malam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
4. 100 angkawasawan dari 35 buah negara di jangka hadir.
5. Tema perkahwinan ialah `pahlawan melayu di istana kayangan dan angkasa lepas`.
6. Majlis perkahwinan akan di siarkan secara langsung di televisyen dan setakat ini masih berbincang dengan pihak ASTRO.
7. Wang hantaran adalah rahsia. Mungkin banyak rasanya. Ekekekeke.
8. Selamat Hari Lahir Dr. Muzaphar pada hari ini. :))

Nota kakitanganku : Meriahlah Majlis orang berada :))





Align Center

BLoGGer : TiPs MuDaH MemBuaTkan PeLawaT seRonOk BerkunJunG kE BLoG.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:01 PM 34 kUs-kUs Links to this post
Aku rasa macam tidak kena sahaja tajuk itu. Okey! Senang cakap, tips untuk membuatkan pelawat masuk, singgah dan datang kembali ke blog. Aku minta maaf, nama pun tips mudah jadi ianya agak ringkas. Sesuai untuk mereka-mereka yang teringin untuk menceburi dan baru mendaftar menjadi seorang 'blogger'.

1. Gunakan alamat blog yang mudah.

-Tips ini aku dapat dari pembacaan. Ramai yang memberikan tips ini. Kamu tidak perlu meletak alamat blog dengan perkataan yang panjang berjela.

Contohnya : http://kausukaakutapiakutaksukakau.blogspot.com/
Gila panjangkan? Bila ada yang mahu meng'gugel' jadi keliru. Jadi tersalah eja. Jadi teragak-agak.

Gunakan yang ringkas seperti contoh :
http://myqza.blogspot.com/
Ceh! Mahu juga promosi.

2. Templete mudah dan mesra mata

-Okey! Ini aku dapat idea bila melawat satu blog ke satu blog. Ada yang susah mahu baca sebabnya 'templete' yang di gunakan agak serabut. Kertas dindingnya bercorak-corak. Bila menulis 'entry', aku jadi berkerut dahi untuk membaca kerana hurufnya sudah tenggelam dek kertas dinding.

Sebaiknya, kertas dinding untuk 'column entry' biar kosong. Warna tulisan biar berlawanan dengan warna dinding. Jika warna dinding hitam, tulisan biar warna cerah. Putih ke, kuning ke. Begitu juga sebaliknya.

3. Tambah gambar

-Tambah atau letak gambar dalam setiap 'entry' yang kamu tulis. Gambar biar nampak sesuai dengan tajuk atau tulisan. Jangan pula cerita pasal kucing letak gambar pokok mengkudu. Gambar biar sopan. Jangan letak gambar lucah atau separa lucah! Orait??

4. Jangan 'berat'kan blog.

-Berat di sini bermaksud, meletakkan banyak 'widget'.Masa untuk paparan di ambil terlalu lama. Contohnya meletak banner-banner yang tidak berapa perlu. Meletak jam. Meletak kalendar. Meletak kalkulator. Juga sealiran dengannya. Sebab semuanya sudah ada di komputer.

5. Kemaskini blog.

-Ini penting. Sekurang-kurangnya sekali sehari. Supaya orang akan ingat tentang kamu.

6. Tajuk.

-Menamakan setiap 'entry' dengan tajuk yang dapat membuat pelawat tertarik untuk membaca. Seperti contoh : 'Nama Saya Zaleha'. Eh! Menarik ke?

Tapi awas! Jangan terlalu teruja untuk menarik pelawat, kamu kerap sangat meletak tajuk berunsur lucah atau seks. Mula-mula memang menarik, lama-lama orang sudah tahu taktik kamu dan jadi jemu. Kadang-kadang atau jarang-jarang masih boleh di terima. Tapi kalau satu hari 5 'entry' semua tajuk yang 'hot' sahaja, jelak jugakan?

Okey! Cukuplah enam. Ini pendapat dan pandangan aku sahaja. Tidak mewakili sesiapa. Aku juga masih belajar. Maaf jika ada perkataan atau tips yang menyinggung mana-mana pihak. Sama-samalah kita salingbreteguran jika ada yang tersilap.

Sekian!

Ini adalah `entry` `re-post` yang pernah aku `puBlish` 7 Bulan yang lalu .:))


Nota kakitanganku : Aku paling suka tips nombor 1. Ekekekekke..





SanTau, BusunG, TeTuJu Dan SeaLiran DenGannyA. PernaH DenGar aTau aLami?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:00 PM 27 kUs-kUs Links to this post
Bila sakit, bawa ke hospital. Cari punya cari, doktor sendiri tidak dapat kesan apa sakitnya. Badan semakin kurus. Tetapi perut semakin ke depan. Eh! Bukan mengandung! Lelaki. Tidak mengandung. Berbulan-bulan bawah pemerhatian doktor. Masih buntu dan keliru.

'Bawa balik sahajalah ke rumah.'

Berubat cara kampung. 'Oh! Ini buatan orang. Busung. Ada gaduh atau berkelahi dengan sesiapa?'

Cerita di atas adalah contoh.

Setakat ini aku atau ahli keluarga belum pernah alami lagi. Tetapi masa di asrama dulu pernah lihat dengan mata sendiri dan saksikan apa itu 'tetuju'. Semasa duduk di beranda asrama menikmati minum malam, satu ketulan atau gumpalan cahaya melintas di hadapan kami dengan begitu pantas dan laju. Kata mereka itu adalah tetuju. Wallahualam.

Percaya kepada penyakit buatan orang? Pernah alami?

Nota kakitanganku : Bila manusia sudah di pengaruhi nafsu iri dan dengki semua itu tidak mustahil.





BeGiniLah NasiB DiRi KamI yanG MaLanG Oh TuhaN!! Tak BoLeh BersenanG LenanG!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:01 AM 20 kUs-kUs Links to this post
Photobucket



Photobucket

Hari-hari kena dera!! :((

SOB SoB SOB!!

Tolong kami. Bantu kami.

Hantarkan kami ke rumah keBajikan!

SoB soB soB!!

Nota kakitanganku : Menyampah tau Budak hitam legam tu! :(((





Monday, July 26, 2010

sELePas 100 HarI aCiK sPiN TiaDa Dan MaLam NisFu Syaaban.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:07 PM 14 kUs-kUs Links to this post
Photobucket
Sumber berita dan lain-lain gambar di sini.

Hari ini genap 100 hari Acik Spin meninggal dunia.

Mengambil sedikit kata-kata isterinya `Walaupun sudah seratus hari namun bagi saya tiada apa yang berubah, saya masih rasakan dia ada, begitu juga anak-anak. Janjinya untuk membawa kami keluar masih lagi jelas tergiang di telinga saya.`

begitu akrabnya mereka sekeluarga.

Al-Fatihah buat Arwah Achik Spin dan mereka-mereka yang telah pergi terleih dahulu dari kita.

Malam ini malam Nisfu Syaaban. Tertarik dengan satu artikel yang di baca di sini. `Jangan terlalu taksub dengan malam Nisfu Syaaban` Maksudnya, hanya malam Nisfu Syaaban sahaja semua masjid dan surau penuh manakala malam-malam lain di biarkan sepi tiada penghuni.

Salam Nisfu Syaaban buat semua dan ini bererti Ramadhan akan menyusul tidak lama lagi.

Nota kakitanganku : Siapa tidak hafal bulan-bulan Islam? :))





sEkOLah PeLaJar HamiL TeTaP Di TuBuH : KeRaJaan NeGeri aKan Beri RM 500.00 BaGi UrusaN PernikaHan .

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:30 PM 19 kUs-kUs Links to this post
Ketua Menteri Melaka tetap bertegas mahu mewujudkan sekolah bagi pelajar yang hamil walaupun tidak mendapat sokongan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.

Perlu sekolah untuk pelajar hamil? Adakah mereka terlalu di muakan? Adakah mereka akan insaf? Adakah mereka akan pergi ke sekolah? Berhadapan dengan guru-guru di sekolah yang di khaskan untuk mengajar mereka?

'Eh! Tiada masalah jika aku terlanjur. Ada sekolah khas nanti. Nak malu buat apa? Aku dan mereka sama sahaja.'

Atau?

'Sekolah? Mana mahu aku letak muka ni walaupun berhadapan dengan mereka yang senasib. Baik duduk menyuruk di rumah.'

Apa kata kamu pula? Setuju sekolah untuk pelajar hamil?

Nota kakitanganku : Jika mereka fikir masa depan, mereka pasti tahu pelajaran itu amat penting dan tidak akan terjerumus kepada perkara-perkara yang di larang!

Sumber berita di sini.







OrenJe TiDak KelihaTan!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:00 PM 6 kUs-kUs Links to this post
Orenja tidak kelihatan hari ini.

Rabu lepas ex-Bos ada suruh Pakcik PRA buangkan tapi pakcik hanya letak luar pagar kemudian dia masuk balik. Aku tidak tahulah kalau sebab majlis persaraan, Ex-Bos pergi buang sendiri si Orenja. :((

Masih mencari-cari. Harap-harap dia masih ada. :((

Nota kakitanganku : Orenja di pejabat bukan di rumah. Itu yang susah mahu pantau!





kEs ciUm KriS DayanTi : ReaksI anaNG Di LamaN FacEBook!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:40 AM 29 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Lucu betul sindiran Anang. :))

Nota kakitanganku : Khabarnya aksi cium mereka sudah jadi kes polis. :))





Bos Baru suDah samPai?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:09 AM 12 kUs-kUs Links to this post
Kemaskini : Sudah sampai. Serius sahaja. :S

Di khabarkan Bos baru akan melapor diri hari ini.

Betul ke atau sekadar khabar angin? Secepat ini? Ha ha ha.

Okey! Tunggu dan lihat!

Selamat hari Isnin semua.

Isnin yang sakit kepala. :(

Nota kakitanganku : Harap semuanya okey! InsyaAllah.






anJing suDah PanDai MeroGoL? DasyaT!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:30 AM 7 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Dari Norway meng`gugel` perkataan dalam bulatan di atas.

Kamu pelajar ke? Janganlah `gugel` yang aneh-aneh ya?

Nota kakitanganku : Siapakah tuan anjing itu agaknya?





Sunday, July 25, 2010

SebahaGiaN KucinG-KucinG cOmeL yanG akU TemUi.raSa MaHu bawa baLik saHaJa!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:32 PM 20 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Sebahagian gambar-gambar yang sempat di ambil dengan telefon bimbit `cikai`ku. He he he!

Ada perkara yang ingin di cerita tapi malas mahu cerita. Ekekeke. Maka tataplah gambar-gambar ini. Ini hanya sebahagian. Sebahagian lagi kamu oleh klik di laman Facebook di pautan ini.

buat pengunjung yang menyaksikan pertandingan atau pertunjukkan seperti ini, beberapa perkara perlu kamu ambil perhatian :

1. Jangan sergah kucing
2. Jangan goyang-goyang sangkar macam orang gayat.
3. Jangan cucuk binatang dengan jari sekuat hati.
4. Jangan biarkan anak-anak kecil seperti hilang akal jerit-jerit dekat sangkar.
5. Jangan ambil gambar guna `flash`.
6. Jangan masukkan jari dalam mulut kucing.
8. Jangan.. jangan dan jangan
9. Janganlah buat benda-benda yang mendatangkan trauma pada kucing. budak tu sudahlah lapar.
10. Sendiri mahu ingatlah!

Di atas itu perkara yang aku lihat sendiri petang tadi.

Sekian. Terima kasih.

Sempat jumpa Cik Kerm dan Cik Pae`s. Maaflah, jumpa tengah jalan sahaja! :))

Nota kakitanganku : balik awal sebab masalah teknikal. :))






 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting