Friday, December 31, 2010

SeLamaT TinGGaL 2010

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:00 PM 5 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Tiada apa yang menarik untuk di tulis bag mengenangkan 2010. =))

Semoga 2011 beri harapan yang lebih baik. Bukan harapan palsu semata-mata. InsyaAllah.

Semoga tahun depan tiadalah bersepah orang buang anak sebab sambut Tahun Baru 2011 dengan ghairahnya.

Aku duduk rumah makan kuaci sambil tengok Adnan Sempit saja jawabnya. =))

Selamat Tahun Baru semua.

Nota kakitanganku : =))





BiLa ovEn TiDak BerFunGsi : reSePi kEk aiskRim PanDan . eHem. TekAk sakiT. LuPa DaraTan maKan aIskriM.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:30 PM 11 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Kek Aiskrim Pandan.

Oven rosak. Mari kita buat sesuatu yang mudah dan tidak memerlukan modal yang banyak.

Photobucket

Bahan-bahannya:
Aiskrim sesuka hati.
Kek chiffon segera atau buat sendiri.
Biskut/ kacang/ badam/ apa-apa yang sesuai.

Photobucket

Putar aiskrim. Sudah rata masukkan segala apa yang ada. He he he he. Macam aku, aku hancurkan biskut dan masukkan ke dalam aiskrim. Tambah pula coklat urai yang warna warni. =))

Photobucket

Kek hendaklah di potong cantik-cantik selapis demi selapsi. OMG! Kek aku siapa yang potong ini? Macam kucing mahu beranak. Serabainya. =)) Kui kui kui... Sendiri buat lagi-lagi mahu tanya. Tiada pisau yang panjang dan tajam. =))

Photobucket

Letak aiskrim.

Photobucket

Selapis demi selapis ikut suka berapa banyak lapis yang mahu. Ekekekeke...

Photobucket

Sebelum itukan alas loyang dengan plastik pembalut atau yang macam aku buat guna 'aluminium foil'. Ikut apa yang ada di rumah, Ekekekkeke... Lebihkanlah kertas itu supaya boleh balut sampai ke atas. Simpan di bahagian sejuk beku sekurang-kurangnya 6 jam. Aku buat malam tadi, pagi baru buka.

Photobucket

Tadaaaaaa.. Agak serabai di situ. =)) Kalau untuk majlis formal, kamu bolehlah kemas-kemaskan dan buat dekorasi sedikit. Bubuh 'fresh cream' ke atau salut dengan coklat 'ganache'. Tapi oleh kerana aku suka-suka buat untuk suka-suka makan, belasah saja. =))

Photobucket

Bajet macam kemaskan? Walhal aku potong tepi-tepi bagi jadi petak. Masa untuk makan!! Nyummmi!! Nyummmmi!!

Nama pun aiskrimkan. Kalau tidak habis makan silalah masukkan semula ke dalam peti ais.
Resepi paling mudah. Cubalah. =))

Resepi bancuhan aiskrim aku ambil di sini.

Nota kakitanganku : uHuk!! Uhuk!! Batuk menyerang!! =))





BiLa semUa oranG MaHu LeTaK GamBaR KhaiRuL FahMi DenGan awEk Dia, akU PiLiH maHu LeTak RosyaM BersaMa anaK-anaKnyA. ngEEeEE... =D

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:00 PM 6 kUs-kUs Links to this post
Populariti Khairul Fahmi sudah tidak dapat di sangkal lagi. Jika tidak masakan beliau berada dalam tempat kelima tertinggi dalam rangkaian sosial Twitter. Tempiasnya turut terkena kepada teman wanitanya bila blog beliau telah di serbu oleh pengikut-pengikut ajaib.

Ajaib di sini membawa maksud dalam temph 1-2 hari sahaja pertambahan pengikut sudah cecah beribu. Alahai..He he he he...

Ini lumrah manusia. Yang menang akan di sanjung dan yang kalah akan di pandang sepi. Aku harap ianya tidak akan jadi begitu nanti. Andai kata selepas ini skuad bolasepak ada menerima kekalahan dalam perlawanan yang akan datang, jangan pula mengeji dan menghina.

Jadi aku tidaklah teruja sangat mahu mengikut Twitter atau Facebook atau blog apa-apa sekalipunlah. Tidak teruja juga untuk membaca pujian-pujian yang melambung-lambung di terimanya Sebab bagi aku dia tetap manusia yang hidup umpama roda. Aku tidak mahu jadi terlalu taksub sampai tidak nampak benda lain selain ini sahaja.

Macam satu status Facebook kawan aku 'Baru Piala Suzuki sudah kecoh.' Lagi satu status 'Piala Suzuki cuti sehari, kalau Piala Dunia cuti sebulan'. =))

Okey! Membebel di pagi Jumaatkan?

Tertarik dengan satu tajuk berita hiburan dalam akhbar atas talian hari ini.
'Rosyam Langgar Pantang Dan Dedah Dua Anak.'

Photobucket

Cantik anak-anaknya. Sekali pandang macam Rosyam sedang bergambar dengan isteri kedua dan ketiga. Kui kui kui..

Sumber gambar dan berita di sini.

Nota kakitanganku : Bosan! Mahu pergi pejabat. =))





CuTi. JumaaT 2010 terakhiR.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 AM 0 kUs-kUs Links to this post
Selamat pagi Jumaat semua. =))
Aku cuti.

Adakah yang bekerja hari ini?






BerunTunGnyA JaDi aNak KucinG inI DaRi anaK ManusiA yanG Di BuanG DaLam TonG SamPaH Dan Di BunUh serTa Di LuPus.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:00 AM 6 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Nota kakitanganku : Malu dengan haiwan.





Thursday, December 30, 2010

Cek NuFFnanG DaLaM PerJaLaNan : yanG RosaK, TeLeFon BimBiT. OvEn. KomPuTer RiBa. BaWa Dak OnchEt kE LWM. PeTi aiS ikAn PakcIk OGhEn. eH! cukUP kE?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:30 PM 19 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Alhamdulillah. Jumlah pendapatan Nuffnang selama mendaftar ini. =)) Boleh senyum, sebab siapa mahu bagi suka suki RM 1,000.00++ kan?

Amaun yang di tunggu ialah yang belum di bayar itu ya? Bukan RM 1,000.00++ itu. =))

Cukuplahkan buat tambah-tambah mana yang kurang. Dahulukan yang penting.

Dak Onchet, mimpilah kau, aku mahu bawa ke London Weight Management. Perut kau pun sudah kempiskan.

Pakcik Oghen,
peti ais kita memang sudah ada dua. Jangan berangan mahu tambah satu lagi khas untuk letak ikan kau 'pulekk!!'

Yang penting telefon bimbit aku. Nanti macam mana mahu telefon taukeh ikan kau? Pentingkan?? Kan?? Kan?? NgEeeee.. =D

Nota kakitanganku : =))





maLaysiA cuTi umUm 31 DisemBer 2010 : aLahaI BaRu moHon cuTi esOk mahU BawA BuDak PerGi 'vEt'. Bos! BoLeh TaK HaRi InI sayA maHu kerJa sekerAT haRi?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:00 PM 6 kUs-kUs Links to this post
'Banyak kau punya cantik mahu sekerat hari???? Aku kerat-kerat kau nanti!!!'

Wo wo wo! Tinggi betul imaginasi aku. Ha ha ha ha.. Bos tidak akan cakap macam itu sebab dia tiada di Malaysia masa ini. Tengah jalan-jalan dengan seronoknya di Bali.

Apakah?

Aku sudah mohon untuk cuti esok sebab mahu bawa budak-budak pergi Jabatan Veterinar. Mahu vaksin. Oh! Vaksin sudah ada di veterinar kerajaan ya setelah berabad lamanya jawapan dia 'Habis' saja! =))

Minggu depan sekolah sudah buka. Tentu sibuk di minggu-minggu pertama. Wah!! Bajet macam cikgu 'pulekkkk'. Ekekekekeke...

Mahu vaksinkan Dak Tom Krus, Dak Em dengan Dak Lala dulu. Dak Kiki cirit birit pula. Dak Onchet fungus ada sisa-sisa lagi. =))

Harap-harap boleh 'lari' sekejap petang nanti. =))

Nota kakitanganku : Terima kasih Malaysia, bagi cuti. Jimat cuti saya yang masih berbaki 18 hari. Bolehlah lama sedikit 'hanimooontel' tahun depan. =))





kEmaskInI Dak BuBu DaN Dak WarDWarD : semaKin 'ensEM' Dan 'Cun'!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:30 AM 4 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Hari pertama sampai, monyok dan murung. Macam sedih gitukan sebab terpisah dari emak dan adik beradik.

Okey! Ini status terkini.

Photobucket

Dak Bubu dan Dak WardWard

Photobucket

Nampak berisi. =))

Photobucket

Dak Bubu

Photobucket

Dak WardWard

Photobucket

Manja.

Photobucket

Suka gambar ini.

Pandai Papa dia jaga. Eh! Mama dia juga. =))

Terima kasih Reha. =))

Nota kakitanganku :Cuba teka mana satu jantan mana satu betina? =))





cinTa bY Kris DayanTi & MeLLy GoesLow

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:01 AM 0 kUs-kUs Links to this post


Nota kakitanganku Bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia? Senyum...=))





Wednesday, December 29, 2010

KePuTusaN PiaLa Suzuki AFF 2010 :TahNiaH MaLaYsia !!JuLia PereZ LuPa PakaI CoLi LaseR aTau Dia TersaLah sasaRan. =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:00 PM 1 kUs-kUs Links to this post
ALhamdulillah..

Keputusan Piala Suzuki AFF 2010.

4- Malaysia dan 2- Indonesia.

Mana Julia Perez ek?

Nota kakitanganku :Hai Safee. NgEEeee.. =D





cUBa TekA aPa yanG Di TuLis aTas kaIn RenTang YanG Di GanTunG Di sTaDiUm Gelora Bung Karno, Jakarta iNi?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:01 PM 6 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Photobucket

UiYoooo!! Ramainya umat!! Nampak yang aku bulatkan? Apa yang di tulis ya?

Photobucket

He he he he.. Macam mana Julia Perez mahu masuk dengan colinya???

Semoga berjaya Malaysia . =))

Kredit gambar di sini.

Nota kakitanganku =))





DenDam JuLia PereZ untUk MeMBuTakaN SemUa PemaIn MaLaysiA akaN TerBaLas DenGan cOLi LasEr : TaPi kaLau TiDak PakaI aPa-aPa LaGiLah 'TerLasEr'. =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:31 PM 6 kUs-kUs Links to this post
Alamak! Cuba cari gambar Julia Perez untuk di tepek di sini. Tapi tidak jumpa yang sopan santun. Semuanya ala-ala 18 sx gitu. Siapa yang tidak kenal dengan Julia Perez silalah 'gugel' ya. Tapi tolong jangan salah gunakan gambar tersebut. Tengok sekejap saja. Ha ha ha ha..

Menurut HMetro atas talian semalam Julia akan membalas dendam dengan kekalahan Indonesia dalam Piala Suzuki AFF 2010 ke atas Malaysia dalam pusingan pertama dengan menggunakan rekaan coli khas yang mempunyai pancaran laser. Wow!! Menarik!

Biar buta mata semua pemain Malaysia katanya.

Tapikan Julia Perez,
kalau kau tidak pakai apa-apa bukan saja pemain Malaysia yang buta, pemain dan penyokong Indonesia pun jadi tidak tentu arah nanti. Muehehehehe..

Semoga berjaya pemain Malaysia malam ini dalam perlawanan pusingan kedua di Indonesia. Jangan ribut-ribut ya Pak kalau tewas lagi!! Salahkah Julia Perez yang guna coli laser itu!! =))

Sumber berita dari sini.

Nota kakitanganku : Mulut pun tidak laser. =))






Dak KunyIT : kucinG KakI LiMa keDai RunciT aLor GaJah yanG kiNi suDah menJaDi KucinG BanDar. =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:00 PM 5 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Photobucket

Ingat lagi pada Dak Kunyit? Kucing kaki lima yang di ambil dari kedai runcit di ALor Gajah? Pautannya di sini.

Pada 21 November 2010 lalu Dak Kunyit bersama kawan-kawan yang lain telah di bawa ke Kuala Lumpur untuk di serahkan kepada tuan yang baru.

ALhmdulillah.

Dak Kunyit terkini.

Photobucket

Photobucket

Semakin besar dan sihat.

Terima kasih Kak Yus. =))

Nota kakitanganku : InsyaAllah, nanti kemaskini yang lain pula.






JawaTan kOsonG : PeremPuaN saHaJa. Lokasi : saTU MaLaysiA. LuaR Di PerTimBanGkaN. =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:30 AM 3 kUs-kUs Links to this post
Pagi-pagi lagi sudah iklankan jawatan kosong.

Aku ingin isi. Tapi aku sudah ada kerja. =))

Sesiapa yang berminat boleh klik di sini.

Terima kasih.

Nota kakitanganku : Pagi-pagi kena senyum. =))





sePi By SixtH sensE

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:01 AM 4 kUs-kUs Links to this post






Tuesday, December 28, 2010

RM 300,100.00 unTuk tenDar PLaT MCA 1: kiTa tenGok siaPa yanG KenA!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:00 PM 2 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Ingat lagi rebutan plat MCA antara parti tut itu? Akhirnya plat itu di buka untuk umum bukan hanya untuk orang tertentu sahaja.

Utusan Online melaporkan hari ini untuk tender plat MCA 1 bidaannya mencecah RM 300,100.00. Wow! Siapa yang bida dan siapa yang berjaya mendapatkannya?

Tunggu dan lihat sahajalah. Yang pastinya orang yang dapat guna plat MCA 1 ini ialah seorang yang kaya kerana sanggup berhabis sebegitu banyak hanya untuk membeli nombor plat kereta atau motosikal atau bas atau lori. Eh! Dan sebagainya.. =))

Sumber berita dari sini.

Keputusan penuh tender akan di ketahui esok.

Sumber dari sini.

Nota kakitanganku : Orang yang tidak berduit terima sajalah nombor plat apa yang dapat. He he he...





GamBar wanITa BerBaJu PenDek PuTih yanG buaT DaTuk azIz saTTar TiDak senanG BerDiri : TePuk DaDa tanYa ImaN. =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:30 PM 7 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Seperti yang di war-warkan pada pagi tadi, ini gambar wanita berbaju putih yang di cari-cari menggunakan pelbagai kata kunci. =))

Kebetulan semasa penyampaian trofi ini memang aku tengok dan spontannya berkata 'pendek skirt dia siot'. Kata-kata itu aku ucapkan kepada Pakcik Oghen yang sama-sama menonton. Ha ha ha.

'Hey Tedi!! Mana gambar tu?? Jangan nak tipu ek??'

Okey! Okey!!

Ada. Gambar itu ada.

Tapi aku malas mahu tepek dekat blog. Kamu rajinkan? Sila klik di pautan ini ya? Tidak tipu punya. Ekkekekekke... Kalau gambar Dak Tom yang keluar sila saman saya. Saya rela. =))

Terima kasih.

Nota kakitanganku : Saya suka pakai stokin pendek. =))





akHirnYa Dia PerGi TiNGGaLkaN sayA waLauPun BarU DuA BuLan kamI BersaMa. LauT CiNa seLaTan MenJaDi saKsI. =((

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:06 PM 18 kUs-kUs Links to this post
Ingat entry ini yang aku paparkan malam tadi? Tentang mata kiri yang berkedip-kedip sendiri yang membawa maksud sesuatu yang buruk bakal berlaku.

Dukacita di maklumkan bahawa telefon bimbit saya sudah tenggelam di laut. Walaupun dapat di selamatkan dan di beri bantuan CPR ianya sudah gagal berfungsi. OMG!

Baru dua bulan beli. RM 800.00 sudah terbang begitu saja.

Al-kisahnya. Saya menjadi kanak-kanak riang yang bermain pasir di pesisir pantai. Along saya pula bermain layang-layang dengan seronoknya. Kami bergambar sakan dan saya menyerahkan telefon kepadanya. Dia memasukkan ke dalam poket seluar.

Tiba-tiba dia bertukar fikiran. Saya bermain layang -layang dan dia bermain pasir. Tiba-tiba dia masuk ke laut. Saya hanya memerhati. Datang adik dan berkata 'Kak, pegangkan 'handset. Telefon akak kat mana?'

Ya Tuhan!!!

'Along!!!' Aku jerit sekuat hati. 'Handset!!!'

Dia meraba-raba. Jumpa. Nyawa-nyawa ikan sudah telefonku!! =(( Sedih.

Riwayatnya sudah tamat walau baru 2 bulan guna. Lemas. Banyak tertelan air. =(( Paru-paru sudah tersumbat mungkin. Sob Sob sob!!

Para Sugar Daddy,
siapa mahu taja telefon baru? Sila. Sila.

Nota kakitanganku : sob sob sob.





'AnuGeraH Skrin SeksI'. 'wakiL anUGerah skriN PakAi seksi.' : MacaM-Macam kaTa cariaN okey. raTusaN. KasihaN. mahU tenGok sangaT? SudaH JumPa?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:30 AM 5 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Kata kunci semalam. =))

Sejak Anugerah Skrin yang lalu macam-macam kata carian yang masuk berkenaan dengan 'seksi'. Aduhai, Tidak pasal-pasal blog aku jadi 18 sx pula.

Mahu tengok ke perempuan yang paling seksi yang menerima anugerah itu? Pakai baju (baju??) warna putih? Ekekekeke..

Okey! Okey!

Untuk tidak menghampakan pencari yang datang dari serata dunia (cehh! ) aku akan tepek gambar awek seksi itu petang nanti.

Serius.

Sila percaya dan sila baca jampi pendinding agar iman tidak goyah. =))

Nota kakitanganku : =))






BukaN DirikU By SamsOns

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:05 AM 2 kUs-kUs Links to this post



=))





Monday, December 27, 2010

BiLa maTa KirI asyiK BerkELip-keLip. saYA suDah tahU JawaPannyA. =((

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:30 PM 3 kUs-kUs Links to this post
Orang kata kalau mata kanan berkelip-kelip, kita akan jumpa orang jauh yang sudah lama kita tidak jumpa. Maksudnya sesuatu yang menggembirakan.

Jika mata kiri pula, ianya lambang kesedihan. Kita mungkin akan menangis dan bersedih.

Sejak dua menjak ini mata kiri asyik berkelip-kelip. Tapi saya fikir positif sahaja. Namun hari ini saya tahu jawapannya mengapa.

Ya. Saya sedang bersedih. Berdukacita sangat. Tidak dapat mahu di gambarkan kekecewaan hati tentang peristiwa yang berlaku hari ini. =((

Andai dapat undur masa saya mahu undurkan. Tapi apalah daya.

Saya tidak salahkan sesiapa. Tidak.Anggap ini takdir yang menguji keimanan hati bila di beri dugaan kecil ini.

Terima. Pasrah. Mata kiri sudah tidak berkedip lagi.

Nota kakitanganku : Esok akan di ceritakan apa yang berlaku. =((





http://myqza-qwerty.blogspot.com/ : aPakaH? PenemuaN yanG MenGeLirukaN. siaPa kamU? TuJuannyA? TiDak FahaM... BoLeh TamPiL Dan BerI PenJeLasaN?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:30 PM 16 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Ada orang beri link ini dan bertanya 'Siapa ini? Kamu ke?'

Bukan. Dia bela ikan. Saya bela kucing. Tidak sama sekali. Kontra. Nanti kucing saya makan ikan dia macam mana? Itu bukan saya? Tiada sesiapa pun yang beritahu saya mahu wujudkan blog itu menggunakan 'tag line' itu dan alamat URL yang hampir sama.

Siapa kamu? Ain?

Pejam mata. Ingat balik. Kosong. Gelap. Tidak ingat apa-apa. Kenapa? Apakah? Saya tidak faham. Kenapa buat blog itu? Apa tujuannya??

Kamu menakutkan saya. Takut sangat-sangat. Kamu umpama Hantu Kak Limah yang akan mencekik leher saya bila-bila masa sahaja. Kenapa? Sebab bila melihat 'Live Traffic Feed' kamu, pasti kamu orang Melaka. Erk!!

Musuh dalam selimut atau api dalam sekam?

Atau kamu suka-suka. Boleh beritahu. Atau hanya kebetulan nama dan 'tag line' kita serupa? Juga warna tema ungu?? Ngeri. Saya takut.

Saya budak baik. Amat baik. Kecuali kepada mereka yang menganiaya haiwan, saya akan jadi budak jahat. Saya tidak mahu jadi jahat kepada kamu. Oleh itu sila senyum dan beritahu saya, apa tujuannya kamu berbuat begitu sehingga saya terasa umpama ada kembar pula.

Sila ya. Jangan malu-malu. Saya tunggu dan terus tunggu.

Nota kakitanganku : How To Train You To Respect Each Other?





MaHeR ZaIn GaGaL HaDir ProGram NasI LemaK KoPi O : saYa JuGa KecewA

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:12 PM 5 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Saya juga kecewa. Sila percaya. Ha ha ha ha..

Menanti tapi orang lain yang keluar. Apakah?

Wah!! Sudah 'femes' jangan berlaga ya Maher Zain.

Nota kakitanganku : =))





TemPat JaTuh LaGikaN Di kenanG, inIkan PuLa TemPaT BermaIn : PorT DicksOn, sayA DatanG. nanTi DenGan SenyUmaN. =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 AM 3 kUs-kUs Links to this post
Hari ini Cuti Rehat lagi. Hari Isnin seperti minggu lepas juga. Hari yang sama.

Saya di besarkan di Negeri Sembilan. Merangkak, bertatih, berjalan dan berlari. Laut adalah hidup saya. Laut adalah lambang tumbesaran saya. Laut mewarnakan kulit saya menjadi gelap. Masakan tidak, sejak kecil lagi saya umpama anak nelayan yang berumahtangga di laut. Dari pagi membawa ke senja.

Laut, pantai dan ombak. Mainan yang tidak dapat di pisahkan.

Sudah lama tidak ke Port Dickson. Perancangan Alhamdulillah menjadi untuk hari ini. Rindu tempat saya bermain. Rindu juga tempat saya jatuh dan menangis.

Ingin bermain pasir sepuasnya seperti zaman kanak-kanak dulu. Menghidu bau laut yang menjadi helaan nafas semasa kecil.

Saya datang,
bersama hati yang meronta-ronta....

Nota kakitanganku : Nanti dengan senyuman...





.

TeruskaNLah By AGnes mOniCa

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:01 AM 1 kUs-kUs Links to this post


Teruskanlah... dan saya juga tidak akan berhenti.....





Sunday, December 26, 2010

PiaLa AFF SuzukI siaPa MenanG? : MeDia InDonesiA kaTa meeNa KuTTi ramaL MaLaysiA MenanG? SIaPa MeeNa kuTTI?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:00 PM 7 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Eh! Macam betullah ramalam meena kutti ni. Setakat pukul 9.30 sudah 3-0 ni. Yey!

Malam ini akan berlangsung perlawanan pusingan pertama pertemuan akhir antara Malaysia dan Indonesia untuk merebut Piala AFF Suzuki 2010.

Jumpa satu blog dari Indonesia yang menyatakan satu akhbar di Malaysia menulis mengenai ramalan seekor burung nuri yang di beri nama Meena Kutti yang meramalkan Malaysia akan memenangi perlawanan ini.

AKu pun tidak pasti akhbar apa sebab aku sendiri tidak membacanya.

Photobucket



Meena Kutti dan tuannya McMohan. Pautan di sini.

Macam-macamkan?

Aku tidak mahu meramal sebab aku bukan tukang tilik. Cuma sebagai rakyat Malaysia tercinta aku dengan teguhnya mengharapkan Malaysia mampu beraksi seperti juara sekaligus memberikan kemenangan buat negara bertuah ini. InsyaAllah. Kita sama-sama saksikan.

Nota kakitanganku : =))






sayA PerGi maKan Nasi MinyAK Di DewaN HanG TuaH, MeLaKa: SeLamaT PenGanTin BaRu ITa FukaDa Dan suamI. =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:30 PM 5 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Tidak pernah lagi masuk ke Dewan Hang Tuah yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Melaka walaupun selalu lalu lalang.

Pengantin 4 kata Ita. =))

Jalan dari Masjid Al-Azim lagi susah sesak. Okey. Sebagai rakyat Melaka mari kita pilih jalan alternatif. Kita lalu depan Tesco Melaka. Ekekekeke... Sesak juga. Tapi sesak yang ada lampu isyarat kira okey lagi. =))

Sudah sampai dalam pukul 1.00 tengah hari. Kita makan dulu.

Photobucket

Budak yang asyik mahu tambah nasi.

Photobucket

Pengantin belum ada. Segan mahu ambil gambar banyak-banyak. Ekekekeke.. Maaf ye Ita. Tidak sempat mahu tunggu bersanding sebab tidak tahu pukul berapa. Dalam pukul 2.00 petang aku sudah balik. Maklumlah aku bawa budak-budak bawah umur yang ada waktu tidur. =))

Jumpa juga dengan AreLong. Terima kasih kerana datang menegur. Berseri-seri muka bakal mama ni. =))

Selamat Pengantin Baru Ita Fukada. =))

Nota kakitanganku : Kenyang. Jumpa orang kampung juga. =))





RaiS yaTim TeGur arTis seKsI Di aNuGeRah skRin : SuKA LAwaK eRRa DenGan AzIz SaTTaR 'KenYanG DaTuk MaLaM ni.'

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:25 PM 8 kUs-kUs Links to this post
Gambar Sharifah Amani di Anugerah Skrin 2009. Klik di sini.
Gambar Sharifah Amani di Anugerah Skrin 2010. Cari di sini.

Malas mahu tepek di sini. =))

Bukan saja orang yang ada dekat sana terseksa mata dan jiwa melihatnya, kami yang di depan TV ini pun apa kurangnya. Bila tengok seorang pemenang bagi kategori yang aku tidak ingat naik pentas dengan pakaian yang singkat 'umang ai' tergamam juga. Ingat ini Academy Award ke? He he he he..

Naik pula si Syarifah Amani yang tidak makan sama. Selalu ikut kepala dia saja. Pakaian ala-ala berkemban. Kain belakang terbelah sampai peha gitu. Naik pula adiknya 2x5 saja. Mahu tidaknya Rais bersuara. Dia yang duduk depan lagi terseksa mata gamaknya. Ekekekeke...

Alahai... Bukan Anugerah Skrin saja Datuk Seri Dr. Rais Yatim oii. APa-apa anugerahlah. Semua mahu tayang badan. Silalah pantau. =))

Sumber berita di sini.

Nota kakitanganku : Tutup mata!





sanTai PetanG DaLam GeriMis seNJa

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:00 AM 3 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket


Photobucket

Photobucket


Photobucket

Photobucket


Photobucket

Hujan!

Ada yang rajin bermain dan ada yang malas macam Pakcik Oghen. Ekekekekeke...

Nota kakitanganku : Pakcik Oghen ikut tuan dia kumpul lemak bada, =))





 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting