Monday, January 31, 2011

ViDeo LucAh : ArieL PeTerPan TerimA HukuMan PenJara TiGa Tahun enaM BuLan Dan DenDa Rp250 JuTa. CuBa TekA Rp250 JuTa BeraPa RinGGiT MaLaysiA? =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:00 PM 1 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Sudah dapat jawapan. Ok! Jawapan kepada soalan Rp250 juta berapa jumlahnya dalam Ringgit Malaysia boleh di baca di sini. =))

Pautan yang sama juga sumber berita tentang hukuman yang di jatuhkan kepada Ariel berkenaan dengan video lucah beliau.

Nota kakitanganku : Eh! Lelaki saja yang di hukum ke?





BiLa FasHa SanDha Dan NoRa DaniSH BerPeranG. SiaPa yanG akaN TePuk TanGan? LeLaKiLah semesTinyA. Oh PeremPuaN. JaGaLah MaRuaH Diri...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:20 PM 11 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

'Eh! Terletak gambar Nora dan Rizal pula!! =))

Sumber berita di sini.


Pagi tadi bila baca HIP di Bharian ruangan pojok Cik Normah 'Dengarnya...' aku setuju pendapat beliau.

Buat malu wanita saja. Dia kata itu, dia kata ini. Satu dunia baca kenyataan mereka yang saling berbalas. Tidak perlulah menjatuhkan martabat seorang wanita hanya kerana seorang lelaki yang tiada hubungan sah.

Sekali membuat kenyataan akhbar sudah cukup. Tidak perlu berbalas-balas dengan bukti segala. Rasa aku puncanya hanya kerana Nora Danish cakap Fasha sudah putus 2 bulan yang lalu dan Fasha menafikan tetapi sebaliknya dia kata pertengahan Januari.

Dari situ berbalah-balah, ungkit mengungkit. Yang malu siapa? Diri sendiri. Yang tepuk tangan? Lelaki.

Eh! Adakah aku seorang saja wanita yang tidak akan bertarik rambut kerana lelaki yang tiada ikatan sah? =))

Nota kakitanganku : Diam lagi okey!! =))





BuanG KucinG OranG macaM BuanG KucinG SenDiRi. SuDah TiaDa kerJa LaiN MaHu BuaT. HoBi? Kau sanGat IkaN!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:00 PM 6 kUs-kUs Links to this post
Masa hantar Icak dan adiknya balik ke rumah Makcik kucing aku perasan macam kucingnya agak kekurangan. Maklumlah, akukan selalu 'menangok' dan mempopularkan kucing dia dalam blog ini. Bila tengok kali ini ada yang tiada aku bertanya.

'Mana adik beradik Mata Besar lagi? 3 ekor lagi tiada? Yang ini dua ekor kan? Kenapa tinggal seekor saja? Boboi mana? Dia yang paling cantik sekali sebab bulu lebat. Mati ke'

Adalah dalam 5-6 ekor kucing dia tiada.

Dalam senyum kelat dia ungkit bahu. 'Kalau mati mesti ada bangkai dia. Ada bau kalau sudah berulat. Orang buang.'

What the what? Aku terperanjat bila dia beritahu siapa yang buang. Perselisihan sesama manusia jangan libatkan haiwan. Ya! Kadang-kadang kucing agak nakal. Cakar-cakar dekat kusyen kau. Buang air dekat dengan tanah kau. Tapi kau kena faham kucing tiada akal macam kau.

Aduhai! Apalah nasib kucing-kucing itu di luar. Makankah? Minumkah? Selamatlah? =((

Sebelum balik Makcik Kucing pesan pada aku ' Si Gegirl (Si Bulu Kembang ) biarlah dekat atas ( rumah aku atas bukit) nanti dengan dia, dia sekali kena buang!!' =((

Nota kakitanganku : Bila manusia ikut nafsu amarah!





cuTi sekOLah! yEy!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 AM 1 kUs-kUs Links to this post
Bajet macam aku yang cuti. terlebih-lebih pulakan? Sekolah cuti seminggu sempena Tahun Baru Cina. =))

Tapi saya tetap kerja macam biasa sebab saya tiada kena mengena dengan ini cuti.

Hujan oh hujan! =))

Nota kakitanganku : Perlukah saya 'berhoye-hoye' seorang diri di pejabat ini?





anaK siaPakaH iNi yanG Di BuanG umPamA samPah Di DaLam LonGkanG?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:00 AM 6 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Sumber gambar dan berita di sini.







Sunday, January 30, 2011

saYa TaHu awaK kuranG kasIh sayanG Dan BeLaiaN, TaPi perLukah keJuTkan saYa PuKuL 3 PaGi semaTa unTuk minTa sayA usaP Dan raBa awaK? sAya MenGanTuK.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:20 PM 6 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Tolong jangan merajuk. Tolong jangan membebel tanpa henti buat saya serba salah. Saya tahu awak perlukan perhatian. Perlukan kasih sayang dan pelukan. Tapi awak kena faham. Saya buat mana yang saya terdaya.

Tolong jangan buat muka comel depan saya dan buat saya cair sampai saya tidak tidur malam asyik mahu usap-usap awak supaya awak berhenti membebel. Tolong jangan buat aksi manja, tergedik-gedik dan terlentok-lentok supaya saya raba-raba awak bagi awak geli-geli. Tolong ya sayang!

Banyak lagi yang memerlukan rabaan saya. Ha ha ha... =))

Eh! Kucing ini Cik Kerm yang jumpa dekat rumah dia. Mengiaw-ngiaw dalam longkang. Kotor tapi comel. Mata bulat dan perut juga bulat. =)) Jumaat lepas, Cik Kerm tanya sama ada aku mahu atau tidak. Aduhai. Dia buat aku serba salah. Di luah mati Dak Kiki di telan mati Dak Lala. =))

Aku buat perjanjian dengan Cik Kerm, kalau dia mahu aku boleh tolong jagakan sementara. Untuk aku ambil terus tidak mungkin rasanya. Cik Kerm setuju memandangkan dia mahu pulang ke kampung nun jauh di utara beberapa hari. Jadi aku menawarkan diri menjaga sementara. Alhamdulillah.

Comelkan?

Nota kakitanganku : Tapi garang! =))







GeneraSi AnuGerah JuarA LaGu DuLu Dan KinI.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:15 PM 2 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

He he he he..
Sudah baca ini dua tiga kali. Mahu kongsi di sini.

Sumber di sini.

Nota kakitanganku : =))





HuJan TiDak maHu BerHenTi.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:30 AM 3 kUs-kUs Links to this post
Syoknya kalau boleh tidur dan tengah hari baru bangun. Tapi apakan daya.

Hujan masih belum berhenti. Syukur duduk atas bukit dan tidka banjir. InsyaAllah. Aktiviti pun turut lemau sebab hujan. Hikmahnya kemungkinan besar duduk rumah sajalah. =))

Selamat bekerja kepada mereka yang bekerja. =))

Nota kakitanganku : 4 ekor sudah tergolek atas katil!





saYa JuGa ManusiA BiasA yanG acAPkaLi menanGis BersaMa HuJan. reDha....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:00 AM 2 kUs-kUs Links to this post

Mungkin kamu sudah melupakan dan tidak kisah. Tapi saya masih ingat dan tidak lupa. Kesakitan adalah sesuatu yang amat payah kita padam dari ingatan walau di bibir kita ucapkan 'tidak apa'. Atau saya akan berpura-pura dan berkata 'Saya sudah biasa'.

Hati selalu berkata 'Lupakan kelukaan dan jangan di ungkit' tapi hati juga yang memungkiri. Setiap kali saya pohonkan agar Allah memadamkan kesakitan hati saya.

Biar saya hidup dengan tenang tanpa perlu berfikir 'Mengapa saya membiarkan orang memperbodoh dan memperlekehkan saya sekian lama'. 'Mengapa memperbodohkan saya dengan dusta?' Mengapa begitu dan mengapa begini?' Bagai saya tidak dapat menerima Qada dan Qadar Ilahi. Bagai saya tidak dapat menerima kenyataan yang saya ini hanya manusia biasa yang akan bahagia dan sebaliknya. Yang bila kita selalu ketawa bersama bukan selamanya dan akan terhenti juga.

Allah mendengar doa saya. Semoga satu hari nanti saya benar-benar faham akan apa yang berlaku adalah satu ketentuan yang tidak dapat saya elakkan. Semoga Allah meredakan kesakitan saya dan membuatkan fikiran saya berfikir yang positif saja.

Dan malam ini sekali lagi saya menangis bersama hujan.....

'Send someone to love me
I need to rest in arms
Keep me safe from harm
In pouring rain '






Saturday, January 29, 2011

nosTaLGia masA KeciL-keciL. mErEkA amaT coMeL. SamPai Besar Pun teTaP coMeL waLau masinG-masinG SuDah BaWa haLuan senDiRi, GamBar JaDi BukTi. =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:00 PM 3 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Yang lain memang pasti tapi 'tang' Kiki dan Lala saja aku belasah sebab mereka tidak dapat mahu beza. =))

Dak Em macam 'gangster' saja rupanya. =))

Hari ini 29 Januari 2011. Umur mereka 5 bulan 3 hari.

'Entry' mereka di sini.

Photobucket

Ini keluarga satu lagi. Semua sudah di 'adopt'. Rindu sangat-sangat dengan mereka. =))

'Entry' pasal mereka di sini.

Apapun Alhamdulillah. Ke mana pun mereka pergi, dengan orang lain atau aku, semoga mereka bahagia dan seronok. =))

Nota kakitanganku : =))





BiLa Dak Em TerJaTuH DarI KeTinGGiaN LimA MeTer Dan TerHemPas kE BaTu : GaBRa BiLa MuLuT Dia BerdaRah DaN TiDak maMPu BerJaLan DenGan Baik.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:00 PM 4 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Tengok burung yang terbang itu! Budak Cina 2 beradik mengagah burung-burung tersebut sewaktu aku mahu mengambil gambar burung yang sedang makan secara berjemaah. Aduhai!

Photobucket

Burung telah kembali ke tempat asal.

Okey! Okey! Kembali ke tajuk asal.

Photobucket

Ini Dak Em. Budak yang terjatuh dari bumbung rumah pagi tadi. Yang bikin aku gabra dan kalut bila darah keluar dari mulut dia. Bila dia tidak bersuara dan tidak mampu berjalan dengan sempurna. Aku fikirkan tidak mengapa. Tidak perlu di bawa ke klinik. Tapi bila lihat dia resah gelisah macam sakit saja, aku jadi tidak sampai hati. Patah riuk ke? Dalaman macam mana? Cuak di buatnya.

Photobucket

Hari Sabtu. Telefon ke Maju Animal Clinic tidak berjawab. Cuba pula Vally Animal Clinic. Okey! Ada. Sampai pukul 7.00 malam. Bawa ke sana sajalah.

Doktor Tan kata tiada apa-apa. Cuma mungkin urat saraf bengkak sebab jatuh. Tiada patah riuk. Cuma dia trauma sahaja.

Beri satu suntikan. Ubat cecair untuk antibiotik dan saraf. Aku beli A/D 3 tin untuk Dak Em makan. Harap-harap sehari dua dia akan kembali normal dan tidak trauma lagi.

Itulah! Lain kali main panjat-panjat lagi!

Nota kakitanganku : Oh! Puluhan burung ada di Vally Klinik tadi. =)) Meriah gitu!







sanTai PaGi HuJunG MinGGu. aPa akTiviTi Hari InI?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:00 PM 0 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Lala dan Onchet!

Ada kawan bawa. Nama dia 'Noname'. He he he he.. gambar belum ambil tapi kami sudah buli dia. Kasihan. Dia ngiaw..ngiaw.. ngiaw saja. =))

Belum boleh main dengan kami lagi sebab dia takut-takut. Kakak Em suka 'sniff...sniff.. ' dia. Dia rasa tidak selamat. =))

Bukan main lagi kau ye Em!

Welcome to the club 'Noname'. =))

Nota kakitangan Dak Lala : Warna bulu dia cantik. =))






mEmEy Dan NormaN akaN BerniKah HuJunG TaHun InI : HuJunG TaHun Tu LamBaT LaGi Dik Oiii!! TaPi KenYaTaan kaU MaCam esOk saJa kaU naK Nikah!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:30 AM 5 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

"Alhamdulillah, saya gembira kerana selepas pelbagai dugaan berlaku, akhirnya saya akan bergelar isteri kepada Norman," kata Memey yang ditemui ketika penggambaran drama Bola Cinta di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, di sini, Jumaat.

Alahai... Sampai hujung tahun itu ada lagi 11 bulan. Ada macam-macam dugaan lagi. Semuanya belum berakhir macam kau akan nikah esok!

Eh! Kenapa aku dengki sangat ni? Boleh lempang diri sendiri tak? Dush!! Dush!! Dush!!

Sumber berita di sini.

Nota kakitanganku : Saya akan bernikah hujung tahun juga. Tapi tahun bila tidak tahu lagi. Kui kui kui.. Boleh?





TikaM BaYi Baru LaHir BerTuBi-TuBi : wanItA MynMar Di Dakwa!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:00 AM 3 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Sumber gambar dari Utusan.
Sumber berita dari sini.

Selalunya orang yang tidak waras sahaja yang tergamak bunuh anak sendiri dengan cara yang amat kejam. Wallaualam.

Nota kakitanganku : .....






Friday, January 28, 2011

CuBa TekA. waJah siaPa inI yanG TermenunG Panjang? JuGa khaBar anGin akU BakaL baWa BaLik seekOr LaGi BuDak coMeL PeTanG inI. MungKinKaH? TunGGu!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:50 PM 2 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

wAH! Kecil-kecil sudah pandai termenung!!! He he he he..

Tengok dahi sudah boleh teka siapa diakan?

Dak Em! Budak paling besau dan gemuk!!

Nota kakitanganku : Eh! Petang ini desas desus macam mahu ambil kucing baru. Jadi ke tidak agaknya? Kita tengok malam ini. Kalau aku ada kemaskini budak comel baru, jadilah jawabnya. =))





akSi sI BoyoT : ahLi MLM yanG insaF.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:30 PM 7 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Kredit 'artwork' untuk blog Aidid Muaddib.

Nota kakitanganku : Sebahagian orang kata dia hanya mahu menutup periuk nasi orang melayu tapi bila kamu baca dari awal hingga akhir banyak penipuan yang berlaku dalam MLM. Paling aku mahu gelak terguling gelaran 'DR.' yang boleh di beli tanpa perlu berhempas pulas belajar. Pautannya di sini.






BuDak Em Dan BuDak kiKi BeraksI GayaT Di DaLam kErETa. BisinG TanPa HenTi DaRi BerToLak saMPai SeLesaI semUa. macaM TiDak PerNah naIk KereTA!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:30 AM 3 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Ini lagi 2 ekor aku bawa ke Veterinar semalam sebab cirit birit. Ini mesti suka curi makan Ikan Rebus pakcik Oghen. Itulah! kan sudah cirit di buatnya.

Belah kanan Dak Em dan belah kiri Dak Kiki menjulurkan lidahnya yang pendek. =))

Nota kakitanganku : Selamat hari Jumaat.





IcaK! anaK Si BuLu KemBanG yanG CacaT MaTa keRana BisuL yanG TiDak Di rawaT.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:00 AM 6 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Photobucket


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Ini anak Si Bulu Kembang yang di beranakkan di rumah aku dan aku jadi bidan terjunamnnya. Icak yang warna kelabu putih berjantina jantan. Seekor lagi aku terlupa tanya nama dia. Dari berlima hanya mereka berdua sahaja yang hidup.=)) Matanya jadi begitu sebab bisul yang sudah pecah dan tidak di rawat.

Atas dasar 'kau ini cucu angkat aku' maka hari ini aku membawa mereka berdua ke Jabatan Veterinar Jasin untuk mendapatkan rawatan. Matanya InsyaAllah boleh sembuh, tapi perlu di bersihkan selalu.

Mereka berdua di suntik ubat cacing kerana perut yang memboyot. Di bekalkan ubat mata dan ubat cacing untuk pagi esok.

Bawa balik ke rumah aku 'kerjakan' telinga mereka yang tidak nampak lubang itu. Keras kematu tahi telinga mereka. Ha ha ha ha.

Selepas siap semua hampir senja aku baru hantar mereka balik. =)) Punyalah baik dan sopan santun mereka dari aku ambil sampai aku hantar balik semula ke rumah Makcik Kucing! =))

Nota kakitangan : Ada 2 ekor lagi aku bawa ke veterinar hari ini. Pagi esok aku tepek gambar muka sememeh mereka. =))









Thursday, January 27, 2011

18 sx : akSi LesBian BerGomoL DenGan GanaS TanPa rELa!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:30 PM 6 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Photobucket

Photobucket


Photobucket

Lokasi : Kelihatan seperti sebuah rumah. Tempat di rahsiakan.
Seorang mangsa dan seorang pemangsa sama jantina.

Kronologi gambar :

1. Pemangsa menghampiri mangsa dan cuba berbuat baik.
2. Mangsa bergumpal untuk menyelamatkan diri.
3. Pemangsa 'blah' begitu saja selepas itu dan mangsa termenung meratapi nasib diri.

Nota kakitanganku : Anak siapalah ni!!





yanG TeruK haRi InI 'PenDrivE' akU KO! BoLeH camPak ke SunGai suDah! ADakaH akU suDah terKenA sumPaHaN FashA sanDHa? Tiz ZaQyaH! ToLonG sayA!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:00 AM 0 kUs-kUs Links to this post
Saat-saat genting begini 'pendrive tidak boleh di buka? Apa salahnya. Baru sejam lebih tadi aku guna tiba-tiba kau suruh aku format semula? Gila ke apa? Pendrive nyawa dalam kerja. Habislah!! Masaklah aku lepas ini!!!

Kau sumpah aku ye Fasha Sandha? Asyik tulis pasal kau saja??

Isk isk isk..

Photobucket

Tiz Zaqyah, tolong jawab!!

Sumber gambar dari sini.


Nota kakitanganku : =((




18sg : kuCinG PenGsaN TersePit kEruSi. sADis!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:10 AM 8 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Photobucket

Sob! Sob! Sob!

Nota kakitanganku : Kasihan!





LaGi BayI Di BuanG: kaU BuanG anaK mAcaM BuanG samPah TePi LonGkAnG. S.H.I.T!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:00 AM 3 kUs-kUs Links to this post
Bayi usia 2 hari di buang di tempat letak kereta Hospital Tuanku Jaafar Seremban!

Diletakkan bersama bayi yang masih mempunyai tali pusat itu ialah senaskah Surah Yasin.

Sumber berita di sini.





Wednesday, January 26, 2011

BiLa huJan mEsTi sEJuk. PeLuk! PeLuk! BaGi Panas SikiT. mAcAm LucAh sAJa TaJuk aKu! Tiada GamBar 18sx! nGEEee!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:00 PM 7 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Ini aku panggil I/D. Untuk budak yang cirit birit. Harganya? 1 tin kecil ini RM 7.00. Jangan hiraukan harga. ngeeeee. Beli 3 tin.

Photobucket

Ini Royal Canin 36. Untuk budak umur bawah 1 tahun. Ada hati mahu beli RC Hair And Skin tadi, tapi hanya sesuai untuk budak umur setahun ke atas. Ha ha ha...

Kenapa kembali ke RC? Budak-budak cirit-birit bila aku beri ProDiet. Stok blackwood sudah 2 minggu habis. Tiba-tiba tadi mahu berpaling tadah kembali dengan RC pula! RC bau kuat. Budak-budak suka tapi harga? Sila tutup mata dan bayar saja.

Nota kakitanganku : Hujan tanpa henti dari pagi..... =))






GamBar PercuTiaN Nora DanisH Di JePuN : waH! aDakaH FashA sanDha akaN meraunG MeLihaTnyA sePerTi dakwaaN OhBuLaN?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:30 PM 14 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Apa barang mahu meraungkan Fasha? Kumbang bukan seekor. Ekekekeke... Jangan tersalah pilih tebuan 'sudeyy'.

Alamak!! 'Hari Fasha Sandha' ke di blog aku ini? =))

Kredit gambar dan berita kepada OhBulan. =))

Nota kakitanganku : Senyum!! =))





FasHa sanDHa DaN RizaL asHraM PuTus CinTa JaDi taJuk uTaMa akHBaR : unTunG oranG PoPuLar! kaKi TerseLiuH Pun BoLeH JaDi TajUk BeriTa. =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:00 PM 7 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Sudah putus cinta? Oh! =)) Senyum.

Aku tertarik dengan satu komen yang aku baca dari Hmetro.

Photobucket

Yup! Aku juga tertanya-tanya. Penting sangatkah berita ini untuk negara?

Nasib baik keluar akhbar Hmetro sahaja. Kalau jadi tajuk utama Berita Harian, aku akan jadi bertambah hairan. =))

Sumber gambar dan berita di sini.

Nota kakitanganku : Patah tumbuh hilang berganti tapi kalau yang patah tidak tumbuh-tumbuh macam mana? Ha ha ha ... =))





Tom KruS, kEnaPa BuLu kAu namPak PuTih wALauPun suDah BerBuLan Kau TiDak mAnDi? 'suPer imPosE'? PuTih kE. HiTam kE. kau tEtaP kuCinGku yanG TomBoy!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:10 AM 2 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Tiadalah putih sangat sebenarnya. Tajuk hanya gimik. Banyak-banyak gambar kau, aku suka yang ini. Macho gitu walau kau betina!! Ekekekeke....

Bila kita mahu ke klinik untuk kembiri ni, sebelum kau terlanjur!! Hahaha!!

Nota kakitanganku : =))





KPM : MereKa yanG LayaK Di TemuDuGa sePaTuTnya Di BeriTaHu secaRa aTas TaLiaN. PanTas Dan TunTas!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:00 AM 0 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Mereka yang memohon jawatan Pembantu Am Pejabat ini masih belum di ungkaikan persoalan mereka.

Jangan biar mereka yang mencari terus di selubungi misteri. =))

Nota kakitanganku : Tidak lena tidur.





Tuesday, January 25, 2011

PaM Anak Ke LuBanG TanDas : NuruL SyuhaDa nyAris menJaDi PesaLah PertAma BuanG anaK yanG akaN Di Hukum GanTunG SamPai maTi!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:05 PM 7 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Mengapa di tutup mukanya?

Photobucket

Oh! Ini dia.


Jika kamu benar-benar tidak bersalah, Alhamdulillah.
Jika sebaliknya, hukuman Allah masih ada jika masih tidak menyesali perbuatan.

Sumber gambar di sini dan di sini.
Sumber berita di sini.

Nota kakitanganku : Bayi yang tidak tahu apa-apa menjadi korban.





 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting