Monday, August 29, 2011

SaLam aiDiLFiTri

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:30 PM 6 kUs-kUs
Photobucket





Friday, August 26, 2011

GenG PoPiA VerSi TiGa Dan sanGkar Baru.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:00 PM 3 kUs-kUs
Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket

Asalnya sangkar ini untuk seorang kawan yang mahu adopt GPV4 sekeluarga. Tetapi tiba-tiba rasa macam tidak mahu beri adopt pula budak-budak itu.

Tengoklah nanti macam mana. Jaga sendiri atau beri pada orang!! =))

Ini GPV3. Sebelum ini guna sangkar lain. Hari ini pindah ke sangkar baru. =)) Agak teruja memanjat dan menggantung diri. He he he he.. Jadi mereka sudah pindah rumah bawah. Sebelum ini duduk di rumah atas.

Terima kasih kepada kitty world yang 'let go' sangkar ini sesuai pada masanya. He he he.. =))






Thursday, August 25, 2011

MaaF NonaMe! akU TaHu kaU TerTekaN. BereHaT okeY. akU akaN uruskaN BuDak-BuDak inI semUA. maaF kaLau susaHkaN kaU! TeriMa kasIh memBanTu!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:20 PM 6 kUs-kUs
Photobucket

Photobucket

Sedang 'gromming'anak angkat.

Photobucket

=))

Sudah dua hari saya rehatkan Noname dari menyuskan anak-anak seramai 8 ekor ini. Sehari selepas dia menyusukan 8 ekor anak-anak dia nampak lain sangat. Macam murung. Macam memberontak pun ada.

SUbuh itu bila tengok sangkar, kosong. Dia alihkan 3 ekor anak angkat di stor sebelah dan anak anak sendiri di bawah sangkar. Selepas itu satu hari dia hilang. Mogok ke?

Mungkin dia penat walau baru satu hari bertugas.

Tidak apalah. Syukur sebab 8 ekor ini sudah pandai makan cuma perlu di suap dan di ajar. Jadi saya menggantikan tugas Noname. Saya lembikkan Blackwood kitten dan suap mereka makan melalui picagari. ALhamdulillah. Mereka makan.

Sehari sekali Noname akan susukan mereka. Tidak apalah. Asalkan budak-budak mahu makan.

Photobucket

Dia tetap ada. Cuma saya yang minta dia duduk situ. Berehat. Bila dengan anak-anak mengiau, cepat-cepat dia datang! =))

Selepas bagi mereka makan saya terus masukkan dalam sangkar dan kunci.

Haiwan pun ada rasa penat dan fahamilah mereka....=))





Wednesday, August 24, 2011

worDLess weDnesDay #2 : KucinG. RumaH kucinG. iNi ruMaH kuciNg sayA. Ini RumAH kucinG saYa yanG comEL.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:00 PM 10 kUs-kUs
Photobucket


Photobucket


Photobucket



Photobucket


Photobucket


Photobucket








worDLess weDnesDay : PakcIk OGheN & Dak ToM =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:45 PM 4 kUs-kUs
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket









Tuesday, August 23, 2011

GenG PoPia Versi emPaT Di usIa DuA PuLuh enAm haRi. =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:25 PM 2 kUs-kUs

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Budak-budak kemetot!!






Monday, August 22, 2011

aDakah sAyA TerLaLu KeJam? MaaF NonAmE, DaLam siTuasI iNi hanYA kaU saJa yanG Baik HaTi, MemaHamI Dan BerPeriKekucinGaN! TeriMa kaSiH. =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 PM 13 kUs-kUs
Photobucket

7 ekor sedang menyusu.

Malam tadi dapat panggilan daripada tuan SBK. Katanya cucu-cucu SBK sedang kelaparan sebab emaknya entah ke mana. Di syaki telah di buang oleh jiran sebelah. Hal ini bukan baru, sejak dulu aku pernah tulis perihal jiran yang buat kucing jiran macam kucing sendiri. Suka-suka mahu buang walapun kucing tersebut tidak mendatangkan apa-apa masalah!!!

Memandangkan Geng Popia Versi 3 sudah pandai makan sendiri, saya cuba membawa SBK balik ke rumah tuannya. 3 ekor anak kucing seusia 2 atau 3 minggu mengiau tanpa henti. Saya cuba kurung SBK dalam sangkar yang saya bawa. Sayangnya budak-budak kecil itu menjadi mangsa tendangan dan dengusannya. Kasihan.

SBK terus melompat keluar dan saya pasti dia sedang dalam perjalanan balik ke rumah saya.

Macam mana ya? Sebelum ini sudah 2 ibu kami cuba untuk anak-anak ini di susui, sayangnya tiada siapa yang sudi.

Saya teringatkan Noname. Sekarang Si Snowy a.k.a anak kucin buta sedang menyusu dengannya. Sudah ada 5 ekor di susukan. Kalau masuk ini 8 ekor. Bolehkah? Kejamkah saya? =((

Tidak apa. Nyawa anak-anak ini juga sangat penting. Saya bawa balik ke rumah 3 ekor ini dan saya letakkan di dalam sangkar di mana Noname sedang susukan anak-anak beliau.

Alhamdulillah.. Noname dapat terima dengan baik. Anak-anak ini di susukan, di jilat dan di jaga seperti anak sendiri.

Terima kasih Noname.
Upahnya, aku akan bagi kau makan 24jam semahunya kau makan. Ha ha ha ha Tiada batasan. Terima kasih.







Sunday, August 21, 2011

sELamaT PaGi. SuDah BersarAPaN? OpSS! PuaSa. KamI TiDak. suDah KenyAnG!! =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:35 PM 1 kUs-kUs
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket


Photobucket

Sebahagian. Ini Geng Rumah Bawah. Geng Rumah Atas makan dekat atas. Geng Sangkar makan dalam sangkar. Banyaknya Geng!! He he he...





Friday, August 19, 2011

SiTuasI keKenyanGan seLePas BerBukA PuaSa. ( GamBaR TiDak MenGGamBarkaN DirI TuaN PunyA KucinG yA!)

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:00 PM 3 kUs-kUs
Photobucket

Kroooohhhh!!!





sAyA TiDak aDa maTa LeBih unTuk kamU. sAyA TiDak maHu BerJanJi. TaPi sAyA cuBa semamPu sAyA unTuk JaDi TonGkaT kaMu seHinGGa kamU maMPu BerDikaRi.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:45 PM 15 kUs-kUs
InsyaAllah. Segalanya dengan izin Allah. Saya 'mencuri' kamu demi kebaikan. Bukan 'mencuri' untuk menganiaya dan buat kamu tambah derita.

Photobucket

Saya tiada mata lebih untuk beri pada kamu. Tiada wang ringgit untuk beri kamu mata kedua. Tiada. Saya harap kamu faham. Saya mahu kamu berdikari. Mahu kamu tahu gerak geri yang betul.

Photobucket

Saya akan tumpangkan riba saya untuk kamu menenangkan hati. Memberi bahu jika kamu ingin menangis jika sakit. Memeluk kamu untuk beri kamu keyakinan bahawa kamu tidak keseorangan. Melatih kamu agar kamu bisa membezakan gelap dan terang. Akan cuba sentiasa di sisi kamu untuk buat kamu rasa dunia ini tidak sentiasa gelap sebenarnya.

Saya tidak akan berjanji dan tidak mahu berjanji dengan kamu. Tapi saya akan usahakan sehabis baik untuk lihat kamu bahagia dan ceria. Agar kamu dapat berlari dan tidak rasa terasing dan terpinggir. Agar dapat kamu tersenyum riang gembira bersama rakan-rakan yang lain. InsyaAllah.

Photobucket

Bertabahlah hati dengan dugaan ini. Walau ianya berpunca dari sikap sambil lewa dan tidak peduli manusia, biarlah. Serahkanlah semuanya ke pengetahuan Yang Maha Esa. Siapa kamu dan siapa saya untuk mengadili. Biarkan. Biarkan mereka terus rakus mempersendakan kewujudan kamu. Biarkan mereka tidak peduli. Allah Maha Mengetahui.

Senyumlah,
kerana saya yakin, ramai lagi yang sayang pada kamu.

Dengan izin Allah juga...





Thursday, August 18, 2011

GamBar seBeLum Dan sELePas : BuDak coMeL BernAmA Dak BuBu. =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:00 PM 5 kUs-kUs
Photobucket

Tomelll!! Tomelll!! Tomelll!!

Wah! Siapakah beliau? Bagaimanakah rupa beliau bila dewasa? Adakah secomel ini atau kurang comel? Adakah nampak manja dan malu-malu kucing atau sebaliknya.

Nah!
Tadaaaaaaaa....

Photobucket

Garang tau! EEeee! Geram!! Tidak boleh mahu pegang!!

Seronokkan bila kita dapat lihat dan sentiasa dekat dengan kucing yang satu dulu milik kita tapi kini sudah bersama tuan baru yang sangat menjaga kebajikan mereka.

Bubu ada 5 adalah anak kepada salah seekor kucing jalanan yang bertandang ke rumah saya. Lahir pada 26 Ogos 2010. Ada 5 adik beradik. 2 di Johor 1 di Shah Alam dan satu lagi bersama saya bernama Dak Em! He he he..

Alhamdulillah... =)))





aDa Dua BuDak cOmEL beRi sAyA HaDiah TeTaPi merEkA BuRuk suKu. SuDah BaGi MaHu amBiL BaLik saMBiL henTak-HenTak kaKi mEnanGis. EeEEeEe... TakuTnyA....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:20 PM 5 kUs-kUs
Photobucket

Ini hadiahnya. Comel tak?? Comel tak???

Photobucket

Warna sangat cantik!! Keoren-orenankan?


Photobucket

Tapi beliau sangat penakut!! Sentiasa syak wasangka dengan rakan-rakan sekeliling!

Photobucket

Mata sudah mengantuk. Mahu tidur tapi takut. Takut orang lain ganggu.

Photobucket

Termenung mengenang nasib diri.

Photobucket

Oh!!

Photobucket

Zzzzzzzzz...


Along telefon. Ada anak kucing di hadapan rumah beliau. Sudah bawa masuk ke dalam tetapi tidak tahu mahu bagi makan apa. Sebab kecil takut silap bagi makan. Jadi, dia bertanya 'Mahu tak?'

Adakah saya akan menolak. Kasihan. Along melakukan provokasi. ' Kasihan kucing ini. Yatim piatu. Entah siapa yang buang. Sudahlah depan rumah ni ada anjing, kena makan nanti. Sia-sia saja. Cantik pula tu.'

Aiyoooooo...

Akhirnya saya bersetuju dan Along menghantar ke rumah. Menjadikan jumlah kucing saya 24 ekor semuanya. Ya. Memang cantik. Montok saja badannya. Warna oren yang memikat hati. Okey. Anak saudara namakan dia MILO. Apa-apa sajalah.

Okey.
Masa untuk mereka balik. Eh! Kenapa Milo tinggal rumah nenek? Si Kakak sudah mula sangsi. Bukankah tadi sudah buat acara penyerahan. Hadiah Ramadhan. Tiba-tiba beliau jadi keliru pula. Mogok. Tidak mahu masuk kereta dua beradik itu. Mahu kucing semula. Milo!! Milo!! Sudah mula menangis.

Adegan tarik menarik belaku. Hoi! Hoi! Hoi!! Putus kepala kucing ni! Dia tidak mahu lepaskan Milo. Mahu bawa balik ke rumah sendiri. Apakah budak-budak ini? Isk isk isk. Buruk siku. Baru sekejap tadi beri sudah mahu ambil balik.

Pengakhirannya, mereka bawa semula Milo balik ke rumah. He he he he. Saya bekalkan, Blackwood kitten dan bekas makanan.

Tapi hari ini Milo ada di sini kembali sebab kakak balik ke rumah saya. Sayangnya Milo tidak ngam dengan rakan-rakan yang lain dan asyik mendengus sahaja.

Erhm...
Milo... Milo....


sAya BanTu DiA Dan ALLAH BanTu saYa. SeTiaP DuGaaN iTu PasTi aDa HikMaH Di seBaLiknyA. AlhamDuLiLLah. SeLePas TiGa HarI KamI BerTemU semULa. =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:10 PM 11 kUs-kUs
Kelmarin ( Selasa ) saya bawa si putih ke Klinik Haiwan Melaka untuk merawat matanya yang semakin teruk. Sudah tersembul keluar. Menurut Dr Jeya, kedua belah matanya berkemungkinan buta. Oh! Kasih Si Putih. Satu surgery kecil di lakukan dan saya menjadi pembantu.

Gagal! Tidak boleh jadi pembantu veterinar. Kucing mendengus, saya yang menangis. =P SI kecil ini hanya di bius sedikit memandangkan kondisinya yang kecil dan tidak sihat.

ALhamdulillah. Tidak apalah jika tidak nampak. Harap mata akan pulih dan kering dan tidak sakit. Itu sudah cukup baik. Asalkan dia dapat duduk dan tidur dengan selesa tanpa rasa sakit. Syukur.

Dia suka di pangku, tapi sayangnya aku tidak punya masa yang banyak untuk memangku beliau. He he he he..

Photobucket

Kebetulan pada Sabtu malam kucing saya Dak Acong telah hilang a.k.a tidak kembali ke rumah. Kerana terlalu letih saya terlupa mengurung mereka di dalam sangkar. Hanya biarkan mereka bermain di dalam bilik mereka. Acong telah membolosi diri melalui bumbung dan sejak Sabtu malam beliau tidak kelihatan lagi di rumah.

Sangat hiba rasa hati. Rindu membuak-buak. Setiap hari saya mencari. Bertanya ke rumah jiran. Bertanya kepada Dak Itam andainya dia nampak. Maklumlah Dak Itamkan kaki jalan. =P

Puas sudah saya goncang-goncangkan makanan kucing kegemarannya. Tidak juga dia muncul. Dalam fikiran saya sudah berkata 'Kalau dia mati pasti sudah berbau.' Tapi tiada. Kemanakah Acong??

Selasa. Selepas ambil Si Putih dari veterinar saya singgah sebentar di Jusco. Tinggalkan SI Putih yang pengsan di dalam kereta dengan membuka suku cermin tingkap. Bergegas untuk membeli tisu basah yang sudah habis. Tidak sampai 10 minit saya kembali ke kereta.

Dugaan apakah ini? Tiba-tiba enjin kereta tidak boleh di hidupkan. Si Putih sudah mamai bangun. Oh!! Kenapa? Jam sudah hampir pukul 6.00 petang. Sangat risau. Mahu balik segera. Mahu cari Acong lagi. Si Putih lagi. Dugaan.

Selepas cik-cik abang Jusco menolak kereta saya enjin berjaya di hidupkan. Alhamdulillah. Tapi jangan mati sekali lagi pasti perlu di tolak lagi. Huhuhuhu... Masalah bateri rupanya. =P


Sampai di rumah , letakkan si Putih dalam sangkar terus ke bengkel kereta pula untuk mengganti bateri. Aduhai... Rabak RM 140.00. Bateri 'kering' sesuai untuk pemandu wanita kata tuan kedai. Ha ha ha.. Sabar sajalah!!

Photobucket

Balik sudah hampir Maghrib dah tidak sempat cari Acong. Sedih sangat. Balik terus berbuka. Malamnya saya berkira-kira mahu cari Acong ke tidak. Nanti di katakan 'Gila ke apa? Acong!! Acong!!'

Hampa. Harap esok boleh cari Acong.

Tidak berjemaah di surau kerana terasa penat dengan kejadian kereta rosak di tengah panas, saya melepakkan diri sambil terus memikirkan pasal Acong.

Tiba-tiba, sewaktu adik balik dari surau, dari jauh dia sudah jerit. 'Kak.. tengok ni hah. Siapa yang berterawikh di surau??'

Dengan pantas keluar.

Acong!!!!!!! Macam tidak percaya!! Acong!! Peluk-peluk!! Gomol-gomol!! Bebel-bebel sedikit dekat dia. Terus bagi dia makan.

Photobucket

MasyaAllah. Lahapnya kucing saya makan!!! Lapar gila!! Maklumlah, sudah 3 hari dia tidak balik , entah apa yang dia makan di luar itu.

Kata adik, Acong duduk elok sahaja dekat saf sembahyang orang perempuan. Diam. Mungkin dia keliru dan penat tambah lapar lagi. Ada seorang kakak itu, peluk-peluk dan cium-cium Acong. Itu yang adik perasan. Macam kenal saja! He he he...

Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat kucing kesayangan saya kembali dengan selamat. Syukur. Saya bantu Si Putih dapatkan rawatan, Allah bantu mengembalikan kucing saya dengan selamat dan di jumpai di tempat yang sangat mulia. Syukur.





Wednesday, August 17, 2011

WorDLess weDnesDay #3 : GenG PoPia VersI emPaT. ( PoPia BerinTi ) =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:12 PM 1 kUs-kUs
Photobucket





 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting