Friday, September 30, 2011

PernaH TerLinTas unTuk mEnyEsaLi semUanyA. TetaPi siAPa sayA unTuk MeniDakkaN TakDir. ReDha. PasrAH. Allah Lebih MenGeTahUi.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 AM 7 kUs-kUs Links to this post
Saya pernah rasa menyesal dan terlintas di fikiran...

Kalaulah saya tidak ambil.
Kalaulah saya tidak jaga.
Kalaulah saya biarkan mereka.
Kalaulah saya tidak peduli.

Tetapi, saya cepat-cepat sedar.

Kata seorang sahabat, jika kita berkalau-kalau itu maknanya kita tidak redha dengan apa yang Allah telah tentukan. Kita menyalahkan takdir.

Episodnya bermula saya menerima 3 ekor budak ( GPV5 )yang kehilangan ibu lebih sebulan yang lalu.

Ceritanya di sini.

Tanpa berfikir panjang saya satukan mereka dalam sedar. 3 budak baru itu di jangkiti fungus yang kronik sedangkan GPV4 saya sihat walafiat.

Menyusu dari ibu yang sama.

Akhirnya.

Seekor dari budak 3 ekor mati.

Seekor dari GPV4 mati.

Semalam seekor lagi GPV4 mati.

=((

Photobucket

Semalam juga membawa 2 ekor GPV4 dan 2 ekor GPV5 beserta Nowi, budak buta sebelah mata itu ke klinik haiwan buat kali ketiga. Kali ini saya memilih Maju Animal Clinic.

Tidak kisahlah berapa klinik pun saya bawa asalkan mereka sihat. Asalkan saya berpuas hati dan tidak berdiam diri.

Kali ini mereka di suntik. Selesema dan di nyah cacing sekali. Saya bertanyakan tentang mata Nowi, adakah perlu di jahit atau tidak. Menurut Dr Tan, tidak perlu. Biarkan begitu sahaja.

Photobucket

Membayar bil dan membawa mereka pulang. Mengasingkan satu persatu. Mereka di sangkar yang berasingan. Perlu. Bagi mengelakkan selesema berjangkit antara satu sama lain.

Noname sangat sayang semuanya. Di layan samarata. Walaupun saya sudah memandulkan Noname dan luka beliau belum kering sepenuhnya, dia tetap mahu menyusukan anak-anak ini. ALhamdulillah.

Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam hati saya. Saya tidak menyesali atas kesilapan menyatukan mereka. Saya mahu menjaga hati semua pihak. Noname, GPV4 dan GPV5 juga. Walaupun ada nyawa yang terkorban.

Ini adalah pengajaran buat saya. Buat baik berpada-pada. Niat saya baik. Mungkin cara yang salah. Hati saya sangat sakit sebab selama menerima kehadiran anak-anak kucing tiada seekor pun yang mati. Baik dari Ibu Kelabu 5 ekor dan Emak Tiga Warna 4 ekor, SBK 8 ekor dan Noname 4 ekor sebelum ini. Alhamdulillah semuanya sihat walafiat.

Allah ingin menguji saya. Jangan terlalu bermegah dengan apa yang saya lakukan mungkin. Mungkin. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Wallahualam...





Wednesday, September 21, 2011

WorDLess WeDnesDay : KemBar SiaM BerkePaLa Dua!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:10 PM 9 kUs-kUs Links to this post
Photobucket





Tuesday, September 20, 2011

ProGram LawaTan ke PusaT JaGaan KucinG TerBiar MPJ, JasiN, MeLaka kaLi ke Dua.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:45 AM 1 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Kucing Terbiar & Anjing Jalanan menganjurkan :

Program Lawatan dan Penyampaian Sumbangan Makanan Kucing pada ketetap berikut :

Tarikh : 24 September 2011
Masa : 11.00 pagi.
Tempat : PJKT, MPJ, Jasin, Melaka.
Tempat berkumpul : 10.00 pagi di PETRONAS susur masuk Tol Ayer Keroh.

Di galakkan bawa :
1. makanan dan pasir kucing.
2 Potluck untuk makan tengah hari ( Boleh makan-makan di rumah saya jika sudi )

Berminat? Sila emel ke ktaj0311@gmail.com
Nyatakan Nama/Nick anda, No telefon bagi urusan jika sesat, hehehehe.. dan lokasi anda dari mana.

Terima kasih.





Monday, September 19, 2011

KecewA

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:40 PM 2 kUs-kUs Links to this post
Andai masa dapat di undur.

Kecewanya pasti tidak sedalam ini.

Seterusnya.

Hanya senyum.

Terima segala.

Saya hanya manusia biasa.

Kecewa, sakit dan luka.

Permainan kehidupan.

Redha.

Pasrah.

Masa tidak dapat di ulang.





Friday, September 16, 2011

KerBau CurI Di PenGGaL KePaLa : Ini saTu LaGI Kes KetamAkaN SehinGGa sanGGuP MenzaLimi!! BanGsaT! DaGinG Haram!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:32 PM 4 kUs-kUs Links to this post
Photobucket


Photobucket

Kalau dia sudah mencuri, rasa-rasannya dia sembelih tidak?????

Menurut polis kepala kerbau ini hanya di penggal, di kerat-kerat dan di jual!

Ya Tuhan......

Kerana duit manusia boleh buat apa saja.....

Berita lanjut di sini.






Thursday, September 15, 2011

SayA MinTa maaF. SayA GaGaL. SayA SuDah cuBa seDayA uPaYa. =((

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:50 PM 11 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Ini kali pertama saya kehilangan anak kucing. Rasanya sangat hiba dan tiada terluah dengan kata-kata. Umurnya baru satu bulan setengah.

Sejak GPV1, GPV2 dan GPV3 semuaya sejahtera sahaja.

Tapi untuk GPV4 ianya betul-betul dugaan.

Adakah kesilapan saya kerana tanpa usul periksa saya menerima kehadiran 3 ekor budak milik jiran saya yang kehilangan ibu? Satukan mereka kemudian saling berjangkit-jangkit penyakit bila 7 ekor menyusu dari ibu yang sama?

Saya minta maaf,
Saya rasa saya sudah buat yang terbaik. Rupanya tidak. Saya gagal kali ini. Kegagalan ini sangat perit untuk saya terima. Saya akur. Pasrah

Saya minta maaf ya?

=((





TerimA kasiH Kosmo aTas LiPuTan Tiga MukA suraT PenUh. PiHak YanG TerLeLap, siLa Buka maTa.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:20 PM 9 kUs-kUs Links to this post
Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket

Milik siapakah kucing comel berwajah sangat syahdu itu???

Blog saya beritanya memang lambat ke belakang beberapa hari. T_T

Kredit gambar kosmo 14 Sept. 2011.







worDLess weDnesDay #2 : antAra kucinG YanG BeLajar BerenanG denGan KucinG YanG TiDak TahU BerenanG!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 AM 3 kUs-kUs Links to this post
Photobucket


Photobucket

Kredit : kosmo 12 September 2011







Wednesday, September 14, 2011

worDLess weDnesDay : GenG PoPia VerSi DuA. TiDur DaLam SanGkar TanPa Di SUruH! BaGus! PanDai BawA DIri!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:35 PM 4 kUs-kUs Links to this post
Photobucket


Photobucket


Photobucket






Tuesday, September 13, 2011

BoarDinG aTaU TiDak : aDakaH kiTa PunyA PiLihaN? KadanGkaLa ManusIa inI sukA BercakaP TanPa BerfikiR....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:10 PM 10 kUs-kUs Links to this post
Bila timbul isu 'pethell' ini ramai juga yang menunding jadi kepada pemilik.

'Jika sayang kenapa tidak bawa bersama.'

'Kata ahli keluarga, tetapi tinggalkan kenapa?'

Syukurnya saya tiada masalah untuk menjaga sendiri kucing saya. Kecuali saat saya ke luar negara ( macam bagus saja ayat ) April lepas, memang pada mulanya mahu menghantar dua ekor kucing saya ke hotel kucing. Tetapi, Alhamdulillah, bersyukur sangat kerana ada sahabat yang menawarkan diri untuk menjaga dua ekor ' yang bermasalah' ini. Maka jadilah Pakcik Oghen dan Dak Tom warga Bandaraya Kuala Lumpur dalam tempoh kurang lebih dua bulan.

Adakah saya tidak sayangkan kucing-kucing saya atas sebab saya tidak membawa mereka bersama? Gila ke mahu bawa mereka naik kapal terbang semata-mata untuk membuktikan rasa sayang??? Bagaimana dengan urusan saya? Tidak terganggukah?

Saya ada pilihan??
Ya. Tinggalkan di hotel kucing dengan pakej dan bayaran yang telah di persetujui dengan harapan kucing saya akan di jaga dengan baik dan saya juga yang jauh beribu kilometer rasa selesa dan tenang.

Adakah saya dapat membaca hari esok? Dapat tahu apa yang akan di laku dan berlaku kepada kucing-kucing saya?

Aduhai,
saya betul-betul tidak dapat terima jika ada yang menyalahkan pemilik dengan ayat ' itulah, nak yang murah sangat. Rasakan!!' Seandainya anda boleh membaca hari depan! Anda sangat ajaib!!

Hotel kucing adalah salah satu pilihan dan tawaran yang ada selain keluarga dan rakan-rakan. Berapa ramai rakan-rakan 'huha' anda yang sanggup menjaga 8 ekor kucing anda pada hari raya? Okeylah, tolak 5. 3 ekor! Ada? Yang sanggup mengorbankan suasana hari raya mereka untuk menjaga kucing anda sedangkan anda sedang riang gembira bersama keluarga? Ada? Kawan anda memang sahabat sejati!!

Jangan salahkan pemilik jika mereka memilih pilihan yang mereka ada. Jika saya di tempat mereka. Kemungkinan saya juga akan berbuat perkara yang sama.

Membawa 25 ekor kucing untuk pulang ke kampung adalah perkara mustahil yang akan saya lakukan. Di manakah akan saya tempatkan mereka? Mahu angkut dengan apa? Berapa bannyak sangkar yang saya perlukan? Mahu sewa lori? Bagaimana keadaan mereka di kampung? Tertekan? Ramai orang. Menjadi tumpuan. Potensi untuk melarikan diri. Hilang. Macam-macam lagi dan lagi dan lagi.

Anda pernah terfikir tentang itu?

Tiada siapa yang mahu ianya jadi begini. Tiada. Tanyalah sesiapa sahaja. Pasti tiada seorang pun yang mahu. Melihatkan reputasi mereka sebelum ini, tiada siapa juga yang menyangka ianya akan berakhir sebegini. Tiada siapa.

Tetapi..
Apalah daya kita untuk menahan sesuatu yang telah di rencanakan..

Wallaualam.


p.s : Ini 'hotel kucing' saya! =))

Photobucket

( Berlakon lebih. Hakikatnya bersepah!! )






Monday, September 12, 2011

SanDarkan PaDa PeruT BunciTku!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:00 PM 4 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Dak Onchet pasrah saja bila badan montok di jadikan bantal oleh Pakcik Oghen!







HanyA PuBLisiTi Dan DuiT YanG DaPat MenuTuP muLut MereKa. TiDak PercayA?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:07 PM 8 kUs-kUs Links to this post
Ini adalah blog dan tulisan saya. Saya bertanggungjawab sepenuhnya kepada apa yang saya tulis. Komen-komen yang di berikan adalah tanggungjawab masing-masing. Sekian.

Photobucket

Hey! Ingat aku lagi?? Bukankah kau akan selalu muncul bila ada isu panas yang berlaku. Kau memang pernah ada 'kes ' dengan aku. Ingat? Hampir setahun yang lalu. Ikut usia kau pasti sudah lupa. Opssss!

Ok. Baik.

Tertarik sungguh aku mahu mengulas komen kau di laman KTAJ 'Fake' ini. Siapalah yang bingai tahap gaban wujudkan page 'fake' semata iri hati? Dengki? Cenburu? 'Whatever...'

Berapa ramai yang tanya? Berapa ramai yang komen pasal KTAJ ini? Ada senarai? Berapa mukasurat?

Baru tumbuh? "What the hell?" . Kan aku sudah cakap, kau hanya muncul bila ada 'isu' sahaja. Jadi kau tidak pernah ambil tahu perkara-perkara lain bila keadaan hanya suam-suam kuku. Tidak buat 'research' dan menuduh membabi buta!

Sebelum menuduh dan mereka cerita. Sediakan fakta dulu. Karang ayat biar tepat bukan ada unsur fitnah. Ops! Atau unsur cemburu dan iri hati. Jangan ikut perasaan dengki.

Rujuk laman KTAJ yang asal. Buka laman 'fake' yang di ciptakan oleh orang bodoh yang boleh percaya kewujudannya. Rujuk blog KTAJ untuk tahu kes-kes yang pernah di bantu. Sumbangan yang di pungut beserta bil da resit bayarab sekali atau pun transaksi.

Tapi kalau kau kutip sumbangan tanpa kau hebahkah beserta bukti bergambar untuk apa sumbangan itu, apa kes pula? Sampai ke sudah tidak ada bukti lagi-lagi mahu hentam orang.

Kita kalau mahu buat kerja kebajikan tidak perlu menunjuk-nunjuk. Tidak perlu terhegeh-hegeh mintak publisiti media elekrtonik atau media massa. Tidak perlu. Tidak perlu sama sekali.

Bak kata orang 'Diam-dia sudeyyy'.

Aku paling suka ayat terakhir. Kau baca sendiri kalau kau lupa.

O M G!!

Tidak suka orang mempergunakan haiwan untuk kepentingan peribadi. Aku rasa mahu tergolek-golek gelak. Serius. Ayat ini yang paling tidak boleh 'blah'.

Kau tanya diri sendiri. Kau tanya kawan-kawan pakatan kau. Tanya mereka. 'Adakah mereka tidak menggunakan haiwan untuk kepentingan diri sendiri??'

Janganlah bagi orang lain gelak juga. Janganlah menepuk air di dalam terpercik ke muka sendiri.

Bagi aku senang saja.

Bekerja. Jangan asyik bercakap sahaja tanpa buat apa-apa. Jangan meminta-minta sampai orang naik loya mahu membantu.

Yang paling penting pada semua di luar sana.

Tolong jangan mempergunakan kucing untuk kepentingan peribadi. Meraih simpati. Malu. Malu sangat-sangat perangai macam ini. Kalau kau tidak mahu malu pada orang lain. Malulah pada kucing itu sendiri. Kalaulah mereka boleh bercakap..

'Tuan aku seringkali mempergunakan aku untuk meraih simpati. Untuk memenuhkan poket sendiri. Untuk publisiti.'

Malu seyy dengan kucing!!

Opsss!!

Photobucket

KTAJ Fake???? What the hell???





SeekOr kucinG BernaMa PakciK OGheN. SeLamat Hari IsnIn!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:25 AM 10 kUs-kUs Links to this post
Photobucket


Photobucket

Tajuk macam pantun dua keratkan?

Hahahahaha..

Selamat bekerja kepada sesiapa yang bekerja. Saya cuti hari ini.

=))





Sunday, September 11, 2011

yA. mErekA hanyA KucinG.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 PM 16 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Kadang-kadang bila kita menulis atau menaip kita terlupa untuk memikirkan untuk jangka masa panjang kesan apa yang kita tulis pada orang lain.

Bagi kita mereka mungkin hanya seekor kucing. Tapi bagi orang lain, mereka lebih dari sekadar kucing. Mereka sudah di aggap semacam ahli keluarga sendiri.

Jadi bila mahu mengeluarkan kata-kata, fikir pasal perasaan orang lain juga. Jika anda tidak peduli tidak apa. Orang lain ramai lagi yang peduli. Kenyataan anda hanya mengundang kecaman pencinta haiwan.

Jangan menunjukkan kedangkalan diri sendiri berfikir. Jangan menunjukkan seolah-olah ada tidak peduli dengan isu semasa dan tidak menghormati perasaan mereka yang terlibat.

Oh! Mungkin anda patut berbangga kerana hanya anda yang tidak mengambil kisah tentang isu ini.

Tahniah.

Hiduplah dengan dunia anda sendiri.







Wednesday, September 07, 2011

worDLess WeDnesDay : PeTknODe = PeThELL.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:00 PM 5 kUs-kUs Links to this post
&^$%#@@^*))*^$

*^%#%^&*

*&%^$#!#^*(

(&^%$$^

**&%^#@}{_)((

(*&%$#@

)(&%^$@!$&(

(&^$$?"{(

*&%$&)()@##$

_(*^^"?"

*&%#!#%++_(

*^%#@$#%&*(

(&%^$??":+)(

*^%$^*)%#@!

^%$@!&))*^%#@#^% = Sekian , terima kasih.

Nota kakitanganku : Sila gunakan Google Translation!





Tuesday, September 06, 2011

kEnaPa mAmA TinGGaLkan kamI? KamI akaN TeruS MenanGis seHinGGa Mama DaTanG MenJempuT!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:30 PM 30 kUs-kUs Links to this post
Kami tidak sangka ianya akan jadi satu mimpi buruk yang maha dasyat lagi ngeri dalam hidup ini.

Photobucket

Ini saya.

Kegembiraan kami untuk menyambut hari raya terasa tempiasnya pada kami sendiri. Seronok. Dapat pakai baju baru, kasut baru, makan rendang dan main bunga api.

Tapi, kegembiraan kami tidak lama bila mana mama katakan kami tidak dapat ikut sama pulang ke kampung.

Kenapa Mama?
Oh! Tidak muat. barang-barang lagi. Kakak-kakak lagi. Jadi Mama sewa dan tempatkan kami di satu tempat yang menurut mama sangat cantik. Berhawa dingin lagi! Wow!! Kami sangat teruja. Tidak apalah tidak dapat balik kampung pun, tapi layanan kelas pertama.

Tapi, mama hanya merancang. Allah yang tentukan.

Photobucket

Lihat! Bukan begini keadaan saya saat mama hantar saya 9 hari yang lalu. Bukan begini. Sudah hilang suara saya menjerit memanggail ...

Mama!! Mama!! Bawa saya pulang!! Saya sangat lapar!! Saya sangat sejuk!! Saya rasa sangat sakit!! Tolong!! Tolong!!

Mama tidak dengar???

Photobucket

Ini jiran di hadapan sangkar saya. Keadaannya tidak lebih dan tidak kurang seperti saya juga. kasihan dia. Hanya mampu mengelip-ngelipkan mata sahaja. Katanya, dia rindukan kakaknya yang pulang ke kampung berhari raya. Oh! Kita senasib!


Photobucket

Hai! Siapa nama? Soalan saya tidak di jawab di hitam legam itu. Dia memalingkan muka seakan tidak mahu melayan. Lanta si Putih menjawab . Dia hanya mahu balik segera!!

Saya meninjau-ninjau lagi!! Hah! Apa yang saya nampak ni? Saya gosok mata laju-laju. Mereka tidur?

Photobucket

Mereka tidak bergerak!! Mereka berpelukan saling berhadap! Mama tolong mereka!! Tolong mereka. Saya di kemudian pun tidak mengapa. Pasangan anak dan ibu ini perlu hidup! Datang segera mama bantu mereka!! Tolong mama. Mereka sangat comel. Tolong datang!

Saya sudah hilang suara untuk menjerit!! Dari pagi membawa ke petang membawa ke malam, kerja saya asyik menjerit meminta bantuan!

Mama tidak mendengarkah?

Photobucket

Saya menangis dan menangis. Dalam keadaan saya yang begini saya takut mama tidak mengenali saya lagi. Takut andai terus di tinggalkan di sini. Takut andai saya tidak sempat berjumpa mama lagi. Maafkan saya mama jika saya tidak berkesempatan berjumpa mama lagi. Maafkan saya. Halalkan makan minum dan berak saya yang merata.

Saya menangis dan menangis tanpa henti.
Di mana mama. Saya perlukan belaian dan pelukan mama saat ini. Saya berasa sangat-sangat takut! Datang segera mama! Bawa saya pulang!! Ini neraka bagi saya! Neraka bagi mereka. Tiada yang indah di sini melainkan segalanya dusta belaka.

Saya menangis dan menangis.. dan terus menangis..

Kenapa mama tinggalkan kami?
Kami tidak akan nakal lagi.
Kami janji.
bawa kami pulang.
Tolong mama.
Ambil kami.
kami rindu.

Nota kakitanganku : KUDOS untuk semua sukarelawan yang membantu dalam tragedi yang dasyat ini. Terima kasih buat semua volunteer dan fosterer KTAJ. Jadikan iktibar. Sama-sama membantu. Tiada siapa yang mahu ianya berakhir seperti ini. Tiada siapa yang mahu bersengkang mata 48 jam memantau keadaan dan memberi pertolongan. Tiada siapa yang mahu. Sungguh.

Tapi Allah memberi ujian beserta hikmah. Bersatu untuk menentang kezaliman.

Takziah buat mereka yang kehilangan kucing. Takziah buat mereka yang kucingnya berada dalam keadaan yang mendukacitakan.
Takziah buat lebih 300 ekor kucing yang menjadi mangsa!
Maaf kerana kami terlewat mengetahui penderitaan kamu!!

Kita hanya mampu merancang..
Allah juga melaksanakannya..

Wallaualam.

Allahuakbar!








Monday, September 05, 2011

PETKNODE MASSACRE - PRESS CONFERENCE & PROTEST! : TOLONG BERAMAI HADIR MENYATAKAN PENDIRIAN KITA TENTANG KEKEJAMAN TERHDAPA HAIWAN!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:20 AM 39 kUs-kUs Links to this post
ATTENTION ALL:

A press conference will be held at Arcadia 1, level 3, Armada Hotel at 5 pm today re the pet hotel fiasco. The press conference will also be a platform for NGOs to express their frustrations over the poor animal welfare laws which may see the operators walk away with a small fine. We hope owners...

p.s :
Press conference akan di adakan hari ini di Armada Hotel, Petaling Jaya pukul 5.00 petang ini. Semua media dan press dijemput hadir. Semua animal lovers dan owners kepada kucing² yang teraniaya, sila hadirkan diri bersama laporan polis yang telah di buat. Pastikan mereka di dakwa atas jenayah perniagaan dan kekejaman ke atas haiwan! be angry! Be angry! Tunjukkan pada pihak berwajib kita sangat serius dalam hal sebegini!






rest in peace...deepest condolence...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 AM 4 kUs-kUs Links to this post
Saya ada banyak benda mahu di taip. mahu di cerita. Mahu di kongsi.

banyak gambar mahu di upload. Banyak. sangat banyak.

Tapi saya tidak mampu. Takut kewarasan akan hilang bila mula menaip. Takut tidak jumpa nokhtah bila sudah bermula.

Ya Rabb..
Permudahkan semuanya.
Tunjukkan kebenaran.

Ya Rabb..
Kami insan hina perlu pertolongan.
Bantu kami untuk usir kekejaman.

Ya Rabb,
Pohon doa kami di perkenankan.
Ameen..


p.s : rest in peace... =((






 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting