Tuesday, January 31, 2012

seiraS. tiDak seiras Pun sayA Tetap amBiL.....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:40 PM 4 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Seiras Dak Kimo saya.

Budak yang masih tidak bernama tetap ini sesekali saya panggil Kimo Jr. Tapi ada getar dalam setiap panggilan. Rasa lain macam. Rasa sebak pun ada. Mungkin saya patut beri nama lain agar saya lebih yakin menyebutnya.

Saya jumpa beliau di hadapan Melaka Mall kira-kira 2 minggu yang lalu. Saat itu beliau sedang di acah-acah dengan kaki oleh seorang kanak-kanak anggaran usia 4 hingga 5 tahun. Saya tidak menyalahkan si anak kerana apalah yang dia tahu tentang erti perikemanusiaan terhadap haiwan? Tapi saya agak terkilan dengan ibu bapa yang tidak menegah perbuatan si anak.

Kimo Jr sangat pandai menyesuaikan diri. Tidak bergaduh atau mengagah yang lain. Pandai bawa diri dengan kawan-kawan di sini. Beliau seekor jantan. =))

Saya hanya berniat untuk 'foster' sementara. Sementara katanya. InsyaAllah. Perancangan awalnya begitulah. Anak kucing ini akan di bukan untuk adoption.

Terima kasih.





Monday, January 30, 2012

KeraNa Dia, saYa MenanGis LeBih 24 Jam TanPa HenTi. Di manA kucinG sayA??

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:55 AM 41 kUs-kUs Links to this post
Tajuk hanyalah gimik. Menangis 24 jam berhenti-henti. =))

Photobucket

Dia hanyalah kucing comot dengan telinga serombong kapal yang 'tak boleh blah'. Tiada ciri jantan idaman langsung. Ditambah dengan warna hitam pekat, melekat. Percayalah.

Photobucket

Di miliki sejak 06 November 2010.

Membesar bagai juara

Photobucket


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Beliau akan sentiasa besama saya 24jam sehari semalam kecuali jika saya bekerja dan beliau menjadi penunggu rumah penuh setia. Tidak pernah hilang lebih 30minit dari mata kecuali tidur tidak bangun-bangun 3 jam berturut-turut.

Sehinggalah pada satu hari...
Jeng jeng jeng...

Malam 24 Disember 2011 beliau HILANG tanpa dapat di kesan kira-kira jam 1.00 pagi. Itu pun setelah seorang rakan pulang selepas menghantar barang. Di syaki Dak Onchet telah terikut mereka pulang sama ada menaiki pacuan empat roda atau tersangkut di bahagian enjin.

Tunggu punya tunggu punya tunggu tidak juga muncul-muncul. Ajaib. Beliau tidak pernah tidur di luar bilik. Luar rumah apatah lagi.

Maka, bermulalah drama "Airmata Maria' cuma dalam kes ini di tukar kepada 'Airmata Tedi'. Selepas Subuh, nampak saja tanah sudah mula keluar mencari. Hati rasa macam pasti sangat Onchet sudah termasuk ke dalam enjin kereta rakan, di bawa pergi dan 'tergolek dog' di tengah jalan kemudian... di lenyek kereta. Tiada fikir yang baik-baik.

Photobucket

Awan gelap tidak ku hiraukan. Berbekalkan, penyodok, plastik hitam, suratkhabar, glove bagai , saya keluar mencari Onchet. Tidak kisahlah kalau sudah jadi bangkai sekalipun. Saya tetap akan bawa pulang. Maka deraian airmata tidak henti-henti mengalir. Pantang nampak benda pelik tengah jalan, berhenti, tengok betul-betul. Fuhhh... Bukan Onchet. Ada harapan lagi.....

Memandu sampai ke susur masuk tol Ayer Keroh, tiada??? Kemanakah Onchet. UWaaaaaa!! Onchet sudah sampai Kuala Lumpur!! Menangis... menangis.. menangis.. macam hanya Onchet seorang kucing yang ada!

Balik.
Telefon rakan yang datang malam tadi. Tanya. Di mana beliau berhenti makan semua. Katanya ada 2 tempat yang berhenti agak lama. Di simpang lampu isyarat sekian sekian dan di Restoran Jejantas Ayer Keroh.

Okey! Jom kita terjah.

Photobucket

Pertama kali seumur hidup ke Restoran Jejantas. Semata-mata mencari seekor kucing yang hilang. Membeli 3 biji kuih pau dan air setin. Duduk menanti kalau-kalau muncul kucing yang di tunggu-tunggu. Lama. Tiada. Tunggu lagi. Tiada.

Sambil makan, airmata jatuh setitik demi setitik. Betul-betul macam cerita Bawang Putih Bawang Merah.

Photobucket

Yang datang hanya ini sahaja. Lama menunggu akhirnya pulang dengan kecewa yang teramat sangat walaupun dalam hati tetap menaruh harapan, bila pulang nanti, Onchet akan tersenyum menanti di muka pintu.....

Hampa. Sudah sehari suntuk. Sudah hilang hampir 24jam!! Perlu buat laporan polis????

Malam itu mata sangat susah untuk lelap. Di mana kucing saya? Saya rasa sudah putus harap walaupun beliau baru satu hari hilang. Sudah yakin benar, beliau sudah entah kemana-mana tempat yang pasti saya tidak dapat jejaki lagi.

Onchet... =((

Tiba-tiba terjaga bila ada sesuatu yang sedang nyenyak tidur di celah kaki? ONCHET!!! Saya jerit dalam malam yang gelap. Hanya dia saja yang suka menempel tidur begitu. Bangun. Pantas. Buka lampu.

Ya!!! Onchet. Saya bermimpi ke! Saya tepuk-tepuk Onchet. Tampar-tampar sedikit muka dia. Goyang-goyang badan dia. Onchet ke ni?? Saya tidak bermimpi. Alhamdulillah. Sujud syukur. Onchet balik pada Subuh Isnin selepas hilang pada Sabtu malam Krismas.

Tapi dia jalan dalam keadaan yang terhencut-hencut macam kaki depannya terseliuh. Dia tidak mahu makan. Hanya mahu tidur.

Photobucket

Penat benar nampaknya. Dari mana dia berjalan tidaklah di ketahui. Tapi dari gaya macam berjalan jauh saja lagaknya.

Photobucket

BFF. Sambung tidur atas laci pula!
Hanya Onchet dan Allah saja yang tahu kemanakah Onchet pergi. Alhamdulillah, beliau kembali dengan selamat.

Jika anda mempunyai naluri yang sama dengan saya tentang haiwan yang bernama kucing ini, pastinya anda tahu bagaiman perasaannya bila kita kehilangan sesuatu yang kita sayang!

Welcome back Onchet!!






Sunday, January 22, 2012

Jualan Amal : Kolar Kucing.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:47 AM 1 kUs-kUs Links to this post
Photobucket

Photobucket

KOD : LOVE

WARNA :

MERAH = 5PCS
BIRU = 4PCS
COKLAT = 3 PCS


Photobucket

KOD : GARIS

WARNA

MERAH = 2
COKLAT = 1

Photobucket

KOD : ARNAB

WARNA

MERAH = 2
UNGU =3
COKLAT =1

Photobucket
KOD : BULAT.

WARNA

UNGU =3PCS
MERAH = 1PCS
COKLAT = 2PCS

HARGA : RM 7.00 perpcs
KOS POS : RM 4.00

Berminat? Emel ktaj0311@gmail.com untuk urusan pembelian. Terima kasih.





Wednesday, January 18, 2012

Puan MeLakA.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 3:05 PM 10 kUs-kUs Links to this post
Oh! Sudah lebih satu bulan rupanya saya tidak mengemaskini blog saya. Jangankan kata bersawang, tikus pun sudah beranak pinak kiranya. Kesibukan membuatkan saya selalu menganaktirikan blog ini. Maaf.

Harap saya rakan-rakan sihat walafiat semuanya. InsyaAllah....

Alhamdulillah. Hari ini terasa ingin menaip dan berkata-kata serta berkongsi cerita di sini.

Hari ini saya ingin bercerita tentang seekor kucing yang sangat istimewa.

Di namakan Puan Melaka dan pemiliknya ialah Papa Meow.

Puan Melaka di ambil dari Pusat Jagaan Kucing Terbiar (PJKT) MPJ Jasin pada 14 Mac 2011 yang lalu.

Seingat saya, Puan Melaka bukanlah calon pilihan. Tetapi pilihan kedua selepas seekor kucing yang sepatutnya ikut pulang ke Kuala Lumpur 'menolak pelawaan' itu. =))

Akhirnya atas 'pujukan, desakan, cadangan, bodekan' yang kuat dari rakan-rakan PM mengambil Puan Melaka untuk di bawa pulang sekaligus memberi harapan dan sinar baru untuk Puan Melaka agar beliau sihat dan gembira di luar sana.

Photobucket

Saat di bawa pulang ke Kuala Lumpur.

Photobucket

Di Pusat Jagaan Kucing Terbiar

Photobucket

Tengok ekornya??

Selepas 10 bulan berlalu.....

Photobucket

Tadaaaaaaaaa....

Photobucket

Gila besarkan?? Orang yang buang dia dekat tepi jalan dulu pasti menyesal bila tengok gambar Puan Melaka yang terkini. =)))

Terima kasih pada Papa Meow dan rakan-rakan yang lain...

Puan Melaka, Jasinah dan KT sudah tentu gembira. Dari hidup terkurung, bersesak-sesak, sakit dan tidak bermaya, mereka kini lepas bebas dan gembira......

Kredit semua gambar untuk blog Papa Meow. Terima kasih. =))

Mengapa saya bercerita...?
InsyaAllah, Sabtu ini akan melawat Puan Melaka dan rakan-rakan. =))

'PLEASE ADOPT!!! DONT BUY~~!!





 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting