Wednesday, March 28, 2012

GemBira yanG HanyA sekeTika...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 5:00 PM 7 kUs-kUs Links to this post

Ahad lepas, 25 Mac 2012, sepupu perempuan saya mengadakan majlis sambut menantu perempuan di rumahnya. Sayangya saya tidak hadir kerana telah terlebih dahulu berjanji untuk hadir hari sukan si kakak Wani.

Balik sudah agak lewat dan kepenatan akibat berpanas di padang membuatkan kami memang tidak pergi walaupun emak sudah berkali-kali pesan, 'Singgah rumah Kak Ngah nanti.'

Waktu emak balik dengan tangan berlenggang saya bertanya 'Eh, Kak Ngah takde kirim nasi ke mak?' Atau orang kampung panggil 'berkat'.

'Tak de. Dia kata sudah habis. Tapi mak nampak orang lain dapat. Tak pe lah. Dia tak perasan agaknya.'

Saya agak hairan. Petangnya makcik saya yang bongsu juga bercakap perkara yang sama. 'Kak Ngah tak kirim pun. Selalu berpunjut-punjut dia bagi. Sampai terlebih-lebih.'

Malam tadi, sedang kami sekeluarga bermuzakarah di rumah, anak lelaki Kak Ngah datang menghulur beberapa beg plastik. 'Ada kenduri tadi. Ini emak kasi lauk dengan nasi'.

Saya bersuara kepada emak.
'Eh Kak Ngah ni. Kenduri tak jemput! Tiba-tiba lauk saja sampai. Macam tahu-tahu saja kita dok cakap pasal tak dapat 'berkat' kelmarin. Dan kami berpakat ketawa.

Tepat jam 11.30 pagi tadi sewaktu bekerja saya menerima panggilan dari Along.

'Kau tak pergi melawat ke?'

'Siapa?'

''Eh! Emak tak telefon beritahu?'

'Siapa??' Ulang saya.

'Kak Ngah dah takde. Meninggal pagi tadi dekat rumah. Jatuh.'

Seluruh badan saya rasa menggigil. Teketar-ketar. Rasa tidak percaya.

Innalillah.. Kak Ngah sudah tiada. Ketawa riang menerima menantu sulung sudah lenyap. Ya Allah...

Terasa hiba.. hiba dan hiba....
Menitis airmata namun saya tahu dan redha janji Allah S.W.T yang satu ini tetap pasti iaitu MATI!

Selamat jalan Kak Ngah..
Al-Fatihah!







Monday, March 26, 2012

Bila kuTu kucinG hanyA 'Purak-puraK' PenGsan!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 3:00 PM 12 kUs-kUs Links to this post
Sudah 'gila' mahu matikan kutu kucing yang semakin menjadi-jadi walaupun Frontline Spray telah di gunakan tetapi tetap 'tak jalan' juga.

3 minggu lepas bawa ke veterinar dan suntikan 3 serangkai di beri. Seperti biasa, kutu-kutu akan hilang sehari dua tetapi masuk hari ketiga mereka jelma kembali bagai tiada apa-apa yang terjadi.

Pura-pura pengsan untuk mengaburi mataku yang rabun ini????

Nah! Kali ini selepas jenama ubat kutu yang di gunakan tidak memberi kesan seperti yang di harapkan, seorang rakan mencadangkan menggunakan Advantage Cat.

Jumaat petang gotong royong titikkan ubat kutu jenis 'spot-on' ini di tengkuk dan kawasan-kawasan di syaki penempatan haram kutu-kutu jahanammmm!

Setakat hari ini, 'line clear'. Kita tengok lagi sehari dua, harap-harap kutu-kutu yang bermaharajalela di seluruh badan dan telinga akan terhapus selamanya. Keh keh keh keh...

Jangan berputus asa untuk mematikan kutu yang degil. Jika Jenama A tidak jalan, apa kata guna Jenama B. Atau C, D, E, F dan seterusnya???

=)))






 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting