Semalam baca Utusan, soalan itu yang jadi tajuknya. Hari ini baca Utusan semula, jawapan itu telah di jawab oleh sumber yang tidak di nyatakan namanya.
Azrinaz masih di Negara Brunei. Masih di dalam salah sebuah istana di sana sehingga tempoh edah tamat. Selepas itu beliau di khabarkan akan menetap di luar negara dan berkemungkinan kembali ke Malaysia.
Apakah nasib kedua-dua anaknya?
Azrinaz terpaksa membayar `harga` yang tinggi selepas mengambil keputusan berkahwin dengan Sultan Brunei juga selepas penceraian berlaku. Anak-anak akan terpisah daripadanya.
Kedua-dua cahayamatanya akan di jaga sepenuhnya oleh pihak istana Brunei. Pengiran Muda Abdul Wakeel, 4 tahun dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 2 tahun adalah pewaris Sultan Brunei akan terus menetap di istana.
Azrinaz akan berpisah dengan anak-anak.
Walau apa pun yang berlaku antara mereka, hati Azrinaz pasti akan hancur berkecai bila mengenangkan anak-anak yang tidak lagi bersama.
Besarnya jumlah yang perlu di bayar bila bersama dan berpisah dengan orang-orang yang besar-besar!!
Sumer berita dari
sini.
Nota kakitanganku : Semacam tiada hak.