Wednesday, September 30, 2009

|n| k|sah M|nah PerasaN....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 3:00 PM
Ini kisah beberapa tahun yang lalu. Namun masih segar di ingatan dan menguntumkan senyuman bila mengingatkannya.

Lokasi di Jonker Walk Melaka. Masa kira-kira 8.00 malam.

Kawan aku Zue mengajak ke Jonker Walk. Ini kerana aku tidak pernah menjejakkan kaki ke sana. Seronok juga walaupun baru pertama kali sampai.

Kejadian bermula ketika kami ingin pulang. Zue yang memandu kereta. Sewaktu sahaja mahu keluar dari kawasan meletak kereta beberapa orang lelaki menegur dari jauh. Ada yang bersiul dan ada yang bercakap-cakap. Tetapi tidak berapa jelas butir-butirnya.

Kami memang tidak mengendahkan. Kata Zue ' Mahu menguratlah tu!!' Aku pula. 'Jangan di layan. Menjadi-jadi pula nanti.' Lantas sama-sama ketawa.

Sepanjang perjalanan kami rasakan seolah-olah ada yang tidak kena. Jalan adalah sehala dan sempit. Oleh itu kelajuan berada pada tahap minimum. Tiba-tiba seorang lelaki Cina mengetuk tingkap. Kami berhenti. Curiga untuk menurunkan cermin tingkap walau di minta.

Zue memandang aku. Aku menganggukkan kepala. Kawasan ini ramai orang tidak mungkin tiada sesiapa yang mahu menolong andainya terjadi sesuatu. Tingkap di turunkan sedikit dengan penuh debar. Lelaki Cina itu memandang tajam. Kami pula kelihatan gemuruh dan gementar.

"Adik, lampu kereta tak buka'. Kata lelaki cina itu.

Haiyaaaa!! Selepas mengucapkan terima kasih kami teruskan perjalanan di iringi ketawa berdekah-dekah. Baru teringat peristiwa di tempat meletak kereta. Lelaki-lelaki yang ramai menegur bukan ingin mengurat tetapi ingin memberitahu lampu kereta tidak di buka.

Memang kami minah perasan!!!

Nota kakitanganku : Jangan cepat membuat kesimpulan nanti malu sendiri. Ekekekeke...





38 kUs-kUs:

Softtouch [Hanim] on September 30, 2009 at 3:36 PM said...

ok pernah terjadi...sy tgh drive n dlm kete ade lah kawn2..tiba2 ada satu kete penuh ngan balak2 lah kan..kami igtkan diorang nak usik rupenya nak bg tau lampu kete tak bukak..hehehehe

psst tedi, sy dah dpt adiah tu..suka sgt..nnti sy blogkan tau..muahs

Watierman on September 30, 2009 at 3:41 PM said...

Adik manis...sekali sekala perasan apa salahnya...nape masa cina tu ketuk tingkap tak perasan pulak...ingat lelaki Cina tak de hati sama aweks Melayu ka???

kuina on September 30, 2009 at 3:53 PM said...

dah 2 3 kali dah tak pasang lampu terutama bila jalan & laluan yang terang benderang...

tak perasan siang dah jadi malam...

princess peri on September 30, 2009 at 4:03 PM said...

hehe..
xpe kalau jadik minah perasan pOm..
at least,kite bley berjaga-jaga sikit..
tak gitu cik tedi?
huhu...

Liliyuli on September 30, 2009 at 4:05 PM said...

hehehe..
bukan perasan la..
perah santan la..
hahahaa

sharamli on September 30, 2009 at 4:17 PM said...

memang perasan p0n...ha3

@reLong on September 30, 2009 at 4:34 PM said...

Hahaha...biaserla..
xper..xper..skali prsan..ape slahY..hikhikhik

a.z.r.i.n.a.03.07 on September 30, 2009 at 4:41 PM said...

hahaha..perasan memang bezz.. tp bila dah tau maluss nyer.

sibbek jejaka2 tu tak tau..

Alimaz-Kembara Terasing on September 30, 2009 at 4:51 PM said...

keh keh keh...lawak2....penah jadik kat saya dulu...ngeh4

d0tbl0gsp0td0tk0m on September 30, 2009 at 5:22 PM said...

kan dah KE malu AN..... huhuhuhuhuuh

ikan emas on September 30, 2009 at 5:23 PM said...

hehehe...
teringat ikan emas pun ms memula pakai kereta dulu pun pernah ada certa gini..pak polisi yg tegur,selamber je ikan emas jwp xde wat salah apa-apa..


lagi satu mestia ada kisah masa memula self sv kt pa minyak..

||alis|| on September 30, 2009 at 5:25 PM said...

salam ziarah...

haa nih org kandang suda mari jengah :P

penah laa kena situasi gini. terawih 5 thn lepas.

imejin: dari masjid al-azim sampai balai polis kandang tuh, lampu kete tak pasang, nak selekoh amek lap baru pasan.

aiyark~

imHepPie on September 30, 2009 at 5:31 PM said...

dorg mmg btol2 ngorat kot...

pari pari syurga on September 30, 2009 at 6:38 PM said...

ni nak kira camne ni? nak gelakkan ke taknak? hahahaha..

Unknown on September 30, 2009 at 6:38 PM said...

HAHAHAHAHA..kenapa ko x mengorat dier?aish!

wanita mutalib on September 30, 2009 at 7:06 PM said...

ihiks ted| ted|..

*sambil menutup mulut*ihiks..

Solehah on September 30, 2009 at 8:11 PM said...

hehe,..ingatkan cuma ada citer jejaka persan jer..gadis perasan pun ade..hehe..ehhh, syok gelakkan org, diri sendiri pun pernah perasan..ehehe..

myQza on September 30, 2009 at 10:34 PM said...

ekekekke hanim. kita cepat beri satu kesimpulan sesuatu yg tak pasti..

x yah wat entrylah...

myQza on September 30, 2009 at 10:35 PM said...

x terfikir pun kak watie.. ekekekekke.. gabra je lebih!

myQza on September 30, 2009 at 10:35 PM said...

ekekekke kuina.. macam tu lah kadang2. org ingat kita nak safe..

myQza on September 30, 2009 at 10:36 PM said...

ekekekeeke ira : itulah niat sebenarnya.. dah gelap2.. takut gak org usik2..

myQza on September 30, 2009 at 10:38 PM said...

ekekekeeke ira : itulah niat sebenarnya.. dah gelap2.. takut gak org usik2..

myQza on September 30, 2009 at 10:38 PM said...

eekkekeke liliyuli.. sape pulak yg mesin kelapa malam2 buta tu!!

myQza on September 30, 2009 at 10:38 PM said...

bluweeeekk kat sha!! :P

myQza on September 30, 2009 at 10:39 PM said...

ekekeke are long.. kalau selalu.. parah dah tu!

myQza on September 30, 2009 at 10:40 PM said...

betul tu kakrina. sebbaik gelap. sebbaik x nampak muka.

myQza on September 30, 2009 at 10:40 PM said...

he he he alimaz...

myQza on September 30, 2009 at 10:41 PM said...

ceh pakcikDot!! x agak2 nak mengeja!

myQza on September 30, 2009 at 10:41 PM said...

ikan emas : kalau suasana terang benderang kit ammg boleh lupa!!

myQza on September 30, 2009 at 10:43 PM said...

umang aiii... jauh tu alis.. naya jek!!

myQza on September 30, 2009 at 10:44 PM said...

mimie : mustahil. suasana gelap!!

myQza on September 30, 2009 at 10:44 PM said...

dush dush anim!!

myQza on September 30, 2009 at 10:45 PM said...

dak ashie.. aku rasa budak2 tu.. bawah umur. ekekekekke

myQza on September 30, 2009 at 10:46 PM said...

sopan sungguh kamu ketawa te !!

myQza on September 30, 2009 at 10:46 PM said...

ekekekeke solehah... dah namanya manusia! :P

Anonymous said...

tu ler... kami lelaki selalu disalah anggap

lalala

azianierdawati on October 1, 2009 at 10:02 AM said...

hahaha ted jgn ko buat lawakk... aduhh

white rose on October 2, 2009 at 1:22 AM said...

wahahaha...naseb baik dh masuk gear...kalo xmsuk gear, duk tekan minyak mmg perasaan sungguh laaa...

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting