Oh! Sudah lebih satu bulan rupanya saya tidak mengemaskini blog saya. Jangankan kata bersawang, tikus pun sudah beranak pinak kiranya. Kesibukan membuatkan saya selalu menganaktirikan blog ini. Maaf.
Harap saya rakan-rakan sihat walafiat semuanya. InsyaAllah....
Alhamdulillah. Hari ini terasa ingin menaip dan berkata-kata serta berkongsi cerita di sini.
Hari ini saya ingin bercerita tentang seekor kucing yang sangat istimewa.
Di namakan Puan Melaka dan pemiliknya ialah
Papa Meow.
Puan Melaka di ambil dari Pusat Jagaan Kucing Terbiar (PJKT) MPJ Jasin pada 14 Mac 2011 yang lalu.
Seingat saya, Puan Melaka bukanlah calon pilihan. Tetapi pilihan kedua selepas seekor kucing yang sepatutnya ikut pulang ke Kuala Lumpur 'menolak pelawaan' itu. =))
Akhirnya atas 'pujukan, desakan, cadangan, bodekan' yang kuat dari rakan-rakan PM mengambil Puan Melaka untuk di bawa pulang sekaligus memberi harapan dan sinar baru untuk Puan Melaka agar beliau sihat dan gembira di luar sana.
Saat di bawa pulang ke Kuala Lumpur.
Di Pusat Jagaan Kucing Terbiar
Tengok ekornya??
Selepas 10 bulan berlalu.....
Tadaaaaaaaaa....
Gila besarkan?? Orang yang buang dia dekat tepi jalan dulu pasti menyesal bila tengok gambar Puan Melaka yang terkini. =)))
Terima kasih pada Papa Meow dan rakan-rakan yang lain...
Puan Melaka, Jasinah dan KT sudah tentu gembira. Dari hidup terkurung, bersesak-sesak, sakit dan tidak bermaya, mereka kini lepas bebas dan gembira......
Kredit semua gambar untuk blog
Papa Meow. Terima kasih. =))
Mengapa saya bercerita...?
InsyaAllah, Sabtu ini akan melawat Puan Melaka dan rakan-rakan. =))
'PLEASE ADOPT!!! DONT BUY~~!!