Saturday, April 30, 2011

sAyA suDah keMBaLi. TeriMa kAsiH aTas Doa. sAyA JuGa menDoAkaN kamU semUa. ALHamDuLiLLaH. TerimA kAsiH! =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:10 AM 20 kUs-kUs
Photobucket

Selamat pergi.


Photobucket

Selamat kembali ke rumah pada 29 April 2011.

Syukur.

Alhamdulillah.

Allahuakbar.

Terima kasih.

=))





Thursday, April 14, 2011

Ini PaParAn sayA yanG TerAkHir. sayA mOhOn maAf aTaS seGaLa KeKhILaFan. DoAkaN sayA. PanJanG umUr kITa JumPa LaGi. InsyAALLaH. sAyA PerGi. JaGa DirI!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:00 AM 32 kUs-kUs
Photobucket

Begitu susah untuk ucapkan selamat tinggal. Begitu susah juga untuk mencari kemaafan. Namun saya perlu lakukan ini. Perlu memberi dan menerima kemaafan.

Dengan rendah diri saya ingin memohon maaf kepada semua pembaca blog saya di atas segala kekhilafan bicara selama saya berblog. Mohon maaf juga jika ada tutur kata yang mengguris rasa dalam setiap komen dan lawatan saya ke blog kamu. Jika ada gurauan yang membuatkan hati kamu terasa, saya mohon maaf. Halalkan semuanya. Tolong jangan simpan di dalam hati.

Saya akui, saya hanya manusia yang sentiasa berlegar di dalam berbuat salah samada yang sengaja mahu pun yang tidak di sengajakan. Saya mohon maaf dengan sepenuh hati.

InsyaAllah,
panjang umur kita jumpa lagi. Terima kasih kerana menyokong blog dan usaha saya selama ini. Terima kasih kerana sentiasa ada memberi semangat saat saya di timpa musibah dan ujian . Terima kasih. Hanya Allah S.W.T yang mampu membalasnya. Semoga kamu semua sentiasa di rahmati oleh-Nya.

Terima kasih. Maafkan saya zahir dan batin.

Yang lemah pasti datangnya dari diri saya sendiri yang baik itu dari Allah S.W.T juga!

Doakan saya bertemu dengan apa yang saya cari.

Doakan saya.

InsyaAllah.

Salam penuh takzim.

Ikhlas,

teDi a.k.a myQza Ibrahim
Bandaraya Melaka Bersejarah.
14 April 2011.








Wednesday, April 13, 2011

DaPaT CuCu TanPa rELa LaGi... PasRaH!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:30 PM 5 kUs-kUs
Photobucket


Photobucket

Nyummmiii!!

Photobucket

Betullah tekaan Pak Bidan Papa Meow budak ini bunting 3 ekor anak. He he he he..

Beliau telah selamat beranak di dalam almari baju kakak saya. Ha ha ha ha.. Pandai dia pilih tempat ya? He he he he.. Anak dia cinonet tiga ekor. Ada satu ekor ikut warna dia. =))

Semoga dia pandai jaga anak dia. =))

Nota kakitanganku : Pasrah dan redha..





BuDak mOnTeL Dua ekOr. =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:00 PM 7 kUs-kUs
Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket

Kelmarin makan malam dekat sebuah kedai yang biasa saya pergi. Tengah-tengah makan nampak anak kucing duduk atas meja makan bersama satu keluarga. Ingatkan dia bawa kucing makan malam sekali, rupanya itu kucing yang memang sedia ada di kedai makan tersebut. He he he he...

Jadinya bila tengok tiada bertuan aku ambil budak dua ekor ini. Emak mereka ada sebenarnya tapi siapa pula yang mahu bela. Yang sedia ada dekat rumah ini sudah ada 13 ekor belum campur yang tengah menunggu hari.

Telefon Atiqah, bertanya sama ada mahu 'adopt' atau tidak. Jawapannya 'YA'. Kedua-duanya sekali! Yey!! Aku terus mulakan operasi menangkap selepas minta izin dari tuan kedai. Ekekekekeke...

Petang semalam sudah serahkan pada Atiqah. Alhamdulillah.. =))





PakCik OGheN Dan Dak Tom BerTemu SeLePas semInGGu BerPisaH. =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:30 PM 3 kUs-kUs
Photobucket

Terima kasih Mama Reha dan Papa Fairus sebab bersabar melayan kerenah budak-budak bulus saya. =)) Mereka sekarang di Kuala Lumpur.

Walaupun Bubu, Ward2 dan kelly membuli mereka, saya pasrah. =))

Terima kasih. Tiada apa lagi yang mahu saya katakan buat kamu berdua melainkan terima kasih! Sayang kamU!

Nota kakitanganku : =))





Tuesday, April 12, 2011

=))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:23 PM 0 kUs-kUs
Penat!






Monday, April 11, 2011

SiaPa BoLeh BanTu sayA JaGa CICI unTuk TemPOh TiGa MinGGu?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 3:00 PM 18 kUs-kUs
Photobucket

Saya tengah mencari 'adopter' sementara untuk menjaga Cici selama 3 minggu dengan bayaran RM 100.00 . Ada ke? Ha ha ha ha.. Hantar 'boarding' satu hari RM 10.00. Saya sangat 'miskin' sekarang! =)) Jadi dengan jujurnya saya beritahu harga yang mampu saya upah.

Lokasi 'adopter' sementara ialah di Melaka.

Cici tidak sihat, iaitu cirit birit. Tetapi sekarang najisnya agak okey. Sudah ada bentuk berbanding cair gila sebelum ini. =)) Saya ada urusan penting, jadi tidak dapat jaga beliau sementara ini.

Sesiapa yang dapat bantu saya dengan bayaran yang di nyatakan di atas boleh emel saya di mylosermind@yahoo.com

Terima kasih.





TErasA PayAh unTuk semADikaN kucinG YanG KamU JaGa, seBaB kaMU HaRaPkaN Dia akAN SIhAT. ALLAH MaHa LeBih TahU. RehaT DenGan tenanG AGro!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:30 PM 9 kUs-kUs
Photobucket

Agro telah kembali kepada Penciptanya hari ini.

Maaf ya Agro, aku tidak dapat pulihkan kau. Terima kasih sebab bagi kesempatan aku jaga kau walau hanya sekejap.

Maaf juga Kak E, saya telah berusaha, Allah juga yang merencanakan semuanya.

Agro mati pagi tadi. Sejak semalam dia sudah tidak mahu makan dan monyok sahaja. Sejak aku ambil dia dari Alor Gajah dulu dia memang lemah. Muka dia sangat pucat. Hidung dan mulut putih macam tidak berdarah. Sudah cuba bagi hati ayam mentah, tapi dia tidak mahu makan. Hati ayam goreng juga dia tidak mahu.

Bagi A/D denagn glukos dia jamah sedikit. Dia tidak aktif. Pasif sahaja. Bila bawa ke Vally mula-mula dulu vet kata mungkin sebab dia merempat di kawasan yang tidak sepatutnya buat dia sakit. Ya! Masa jumpa bulu dia penuh dengan minyak tar atau minyak petrol. Dia di jangkiti selsema yag serius.

Mungkin itu semua alasan. Allah sudah menetapkan umurnya setakat hari ini sahaja.

Rehat dengan tenang ya Agro.

=((

Nota kakitanganku : Kita hanya berusaha...





Sunday, April 10, 2011

SeLamaT JaLan PakciK OGhEn. KiRim saLam Dak Tom! JanGan NakaL-nakaL.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:20 PM 4 kUs-kUs
Pakcik Oghen telah selamat berangkat ke Kuala Lumpur mengikut Mama Reha.

Jangan nakal-nakal Pakcik Oghen. Kirim salam pada Dak Tom. Sudah jadi orang bandar jangan lupa aku pula!!

Mama Reha,
tolong kemaskini perkembangan mereka ya? Gembira dengar khabar Dak Tom sudah boleh main gumpal-gumpal dengan Ward2 dan Kelly.

=))





BuDak PaLinG PoPuLar PaDa HaRi KenDuRi, JaTuh KePaDa......

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:00 AM 5 kUs-kUs
Photobucket

Gromming....Gromming.. Nyum nyum nyum..

Photobucket

Eh! Kenapa ambil gambar aku???

Photobucket

La la la la.. Tengok Bos! Siapa kata emak kau tak sayang aku??

Budak muka paling 'seposen' ialah Pakcik Oghen. Dari mula orang baca Yassin sampai habis dia duduk melepak dekat situ macam itu majlis kesyukuran untuk dia sebab berjaya dalam pembedahan dan telah sihat walafiat, InsyaAllah..

Ha ha ha ha..

Bajet macam orang tengah raikan dia dan dia berasa sangat bangga dan di sayangi. Ekekekeke.. Blahlah kau pakcik Oghen. Waktu majlis, orang ramai bukan main lagi duduk tayang muka 'ensem'. Ke hulu ke hilir berjalan bajet macam artis gitu!

Baju hitam yang paling tepi ini Makcik Kucing. Emak SBK. =))

Alhamdulillah, kenduri telah selamat di jalankan dengan jayanya. Sekarang rasa mahu pengsan!!

Nota kakitanganku : Dak Em, Dak Onchet, Dak Itam dan Dak SBK jadi pembantu orang basuh pinggan. Duduk tepi, tapi belasah makan tulang dan isi ayam! Cirit birit nanti, rasalah korang!! Semua sudah tergolek kekenyangan!!





Saturday, April 09, 2011

MunGkin arwAh nEnEk Dia wasiaTkaN Dia DaTanG SinI. sAyA akAn JaGa kamU CiCi.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 5:20 PM 15 kUs-kUs
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Dia tidak pernah datang rumah saya sebelum ini. Tidak pernah. Dia adalah kucing 'indoor'. Nenek dia letak dia dalam rumah sekali sekala keluar di laman. Rumah agak jauh. Di bawah bukit sinun. Entah apa yang gerakkan hati dia datang rumah saya, saya tidak tahu.

Kata emak, mungkin nenek dia yang suruh dia datang ke sini. Entahlah! Saya sangat sedih bila fikirkan pasal dia. Tidak terfikir dia akan jadi macam ini. Dari budak yang gebu, bulu cantik, bersih, selalu mandi, jadi macam tidak terurus. Bulu sudah bersimpul-simpul.

Kelmarin sudah mandikan dia. Gunting bulu yang bersimpul-simpul. Sikat bulu dia. Dia duduk atas pangku. Selesa.

Jujurnya saya tidak pernah ada pengalaman jaga kucing jenis 'Domestic Long Hair'. Bulu yang panjang saya rasa macam rimas tengok. macam mahu botakkan saja. =))

Dia 'toilet train'. Dia poo dan pee dalam bilik air.

Adik saya orang pertama yang perasan dan jerit 'Kak! Memang Cici. Tengok! Dia berak dalam bilik air!' Kami tahu Arwah Nenek dia memang ajar dia membuang dalam bilik air. Selalu duduk melangut dengan adik di rumah arwah Nenek dia dulu. Jadi nenek dia akan cerita macam-macam pasal kucing-kucing kesayangan beliau!

Semoga Cici cepat sihat. Sekarang dia cirit birit. Sudah bagi ubat! InsyaAllah.

Nota kakitanganku : Suratan atau kebetulan?





syukraN JaziLan waLhamDuLiLLaH....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:00 AM 1 kUs-kUs
Ada yang kata,
tidak semua orang perolehi apa yang saya dapat.

Ada orang kata,
tidak semua orang mampu apa yang saya mampu.

Ada orang kata,
tidak semua orang terbuka hati sebagaimana hati saya terbuka.

Dan apa pun yang orang kata,
saya percaya apa pun yang telah di rencana,
Allah S.W.T yang lebih mengetahui.

Semakin hampir, semakin berdebar hati saya.

Terima kasih dan Alhamdulillah.

Allah Maha Besar.

=))






Friday, April 08, 2011

TeriMa kasIHLah NuFFnanG. Cek suDah samPai. KaLi TeraKhIrLah akU rAsA BanyaK macaM nI, LePas Ni. CiPut suDah SeBaB aDanyA MiLKDeAL tu!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:30 PM 5 kUs-kUs
Photobucket

Lepas ini kalau tiada BE, alamat tahun depanlah aku 'cash out'. Ha ha ha ha..
Apapun terima kasih.

Nikmat dan rezeki tidak akan di tolak.

Alhamdulillah.

Nota kakitanganku : =))






FoR aDoPTion : DuA ekOr KucinG JanTan YanG 'EnsEm'. LoKasi : GoMBak.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:00 PM 3 kUs-kUs
Photobucket

Dua ekor kucing jantan.
Anak kucing. Satu oren, satu kelabu.
Lokasi : Gombak, Kuala Lumpur!

Mereka yang serius saja sila hubungi saya di emel mylosermind@yahoo.com

Terima kasih.

Nota kakitanganku : =))





LuCky, BerTaBahLah sayAnG.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:00 AM 4 kUs-kUs
Photobucket

Lucky.

Memang sangat bertuah.

Saya pernah tulis pasal Lucky di sini.

Sangat bertuah dapat bertentang mata dengan beliau. Sangat cantik dan sangat comel.

Sangat bertuah kerana di sayangi ramai walau keadaan fizikal yang tidak sempurna.

Kasih sayang tiada sempadan.

Terima kasih Papa Meow, jaga Lucky dengan baik.

Nota kakitanganku : Tidak boleh tengok lama, rasa hiba!





Thursday, April 07, 2011

FuHhhhh.. SamBil KesaT PeLuh Di DaHi..

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:15 PM 2 kUs-kUs
Petang tadi mandikan 5 ekor Geng Popia dengan Cici.

Sekaligus. =))

Esok mahu bawa mereka ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Geng Popia sudah di jangkiti fungus.

Cici cirit birit. Mahu suntik kurap juga.

Selamat malam....





BersAmA wEwEk iDaMaN ramAi. =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:30 PM 6 kUs-kUs
Photobucket

Muka kucing bersama Wewek. =))

Terima kasih Kak Tuah Hanani, ambil gambar saya bersama Wewek, jejaka idaman Malaya! =))





BersanTai Di JenDeLa MenGira BinTanG!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:10 PM 5 kUs-kUs
Photobucket

Kira berapa punggung kucing dan namakan mereka mengikut urutan.

=))






AudiT aKaun Dan kewanGan 2010

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 AM 0 kUs-kUs
Audit oh audit.

Bila mahu datang?

Tengah bersiap untuk audit yang tidak tahu bila tarikh kedatangannya. =))

Jangan datang waktu saya tiada.








InTai anTaRa naMPak..

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:00 AM 1 kUs-kUs
Gurindam jiwa...

=))






Wednesday, April 06, 2011

aDakaH sayA PunYa PiLiHaN? inILaH HarGa yanG PerLu Di BayAr BiLa sAyAnG iTu TiDak TerNiLai. aLHamDuLiLLah. sAyA BuaT kePuTusaN YanG TePaT unTuknyA!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:00 PM 6 kUs-kUs
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Alhamdulillah. Pakcik Oghen sudah sangat ceria dah seolah-olah bukan seorang pesakit yang pernah tenat. Hampir tidak percaya bila melihat dia. Syukur. Bila di ingatkan saat dia di bawa ke veterinar sebelum ini, hati sering berkata 'Adakah ini yang terakhir saya dapat melihat dia?'

Bila membuat keputusan demi keputusan semasa rawatan sedang berjalan saya tidak berfikir panjang. Setuju saja. Pejam mata dan kosongkan minda. Usah pertikaikan kosnya. Redha. Ini adalah pengorbanan.

Bila kita sudah sayang, kita tidak di beri banyak pilihan. Kita tidak boleh berfikir lama dan mundar mandir mencari jawapan. Hanya perlu berkata ya tanpa berkata tidak.

Photobucket

Kesan jahitan.

Semoga terus bertambah sihat Pakcik Oghen. Jangan bikin saya risau asyik fikir pasal kamu.

Alhamdulillah.

Nota kakitanganku : =))





kenAPa kamU DaTanG RumaH sayA? kEnaPa keaDaaN kamU macaM iNi? KuruS. KuraP. kOTor. TiDak TeRuRuS. kaLau NeNek kamU TaHu Dia MesTi seDIh sanGat!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 5:00 PM 10 kUs-kUs
Kamu datang rumah saya sejak semalamkan? Adik saya kata kucing bulu lebat. Ekor sangat cantik. Kecil-kecil. Warna juga menarik. Datang sejak semalam. Saya tertanya-tanya siapakah gerangannya. Balik tengah hari tadi kamu datang sewaktu saya sedang makan.

Saya sangat terperanjat. Kamukah itu? Kamu buat saya menangis. Sungguh! Saya sangat sedih. Ini kamukah Cici?

Photobucket

Kamu? Muka penuh kurap!! Kotor!!

Photobucket

Kamu kurus. Badan kamu melengkung! Bila angkat sangat ringan!!

Photobucket

Kamu sangat lapar. Comel di mana? Ke manakah adik kamu Comel? Kamu seorang diri.

Saya cuba yakinkan diri saya, yang ini bukan kamu. Bukan Cici yang montok dan gebu.

Photobucket

Ini gambar kamu sewaktu kamu kecil. Yang sebelah kanan itu kamu. Sebelah kiri Comel adik kamu? Mana Comel sekarang?

Photobucket

Ini Comel. Sewaktu gambar ini di ambil kamu tiada sebab sedang leka main nyuruk-nyuruk di sebali rimbunan daun serai.

Di manakah ayah kamu Kiki berada sekarang?


Hati saya sangat sedih. Sejak Nenek kamu tiada, kamu duduk dengan siapa? Kamu duduk seorang diri? Siapa yang temankan kamu? Makan minum macam mana?

Nanti ajak Comel datang sini okey? Kamu berdua duduk sini dengan saya. Saya akan jaga kamu. Saya janji. Kamu jangan lari-lari lagi. Kasihan pada kamu.

Nenek kamu tentu akan sedih jika dia tahu makhluk kesayangan yang di tatang bagai minyak yang penuh kini sudah jadi kucing merempat dan terbiar.

Saya juga sangat sedih dan sakit hati melihat kamu. =((

Nota kakitanganku : Saya pasti kamu Cici. Rupa dan warna kecoklatan kamu yang unik meyakinkan hati saya. Tolong kawan-kawan. Cari persamaan di gambar Cici sewaktu kecil dengan gambar pertama itu, samakan warna di muka dan dahinya? =((





For aDoPtiOn. CumI Dan CimI. JanTinA BeTinA.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:30 PM 4 kUs-kUs
Photobucket

Cimi

Photobucket

Cumi

Photobucket

Photobucket


Photobucket

Cumi: - ada tompok kuning kat dlm lekuk M kat dahi dia.
- ekor pendek.

Cimi: - M jelas kat dahi.
-ekor panjang.

Kedua-duanya berjantina betina.

Lokasi semasa : Muar.

Berminat emel kepada : mylosermind@yahoo.com

Serius 'adopter' sahaja! Ambil kedua-duanya sangat di alukan.

Nota kakitanganku : =))





Eh! Eh!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 AM 1 kUs-kUs
Eh! Ini pejabat saya ke?

(Bajet tak kenal tempat kerja sendiri bila 4 hari tidak masuk pejabat )





BeRikaN...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:00 AM 1 kUs-kUs
Berikan saya sedikit waktu,
untuk saya perbetulkan jalan saya,
arah saya,
waktu-waktu saya.

Walau tidak dapat di jenguk hari semalam,
beri saya sedikit ruang,
memuhasabah,
bertafakur.

Saya akan datang.
Pasti.

Saya akan datang!

-myQza-
Bandaraya Melaka Bersejarah
5 April 2011.





Tuesday, April 05, 2011

nyUm!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:00 PM 1 kUs-kUs
Photobucket

Entah apa nama menu ni tadi.

Bila kenyang sudah lupa. =))

Makan seorang diri di Mydin.





ToLonG SeRiuS!! KamI BuKaN BuDak yanG BoLeh Di PerLekeH. MaiN-maIN Dan BanyAk aLasaN. anDa akaN Di SenaraI HiTam Dan NamA akaN Di war-warKan!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:47 PM 5 kUs-kUs
Photobucket


Kadang-kadang terasa bosan dan jemu mahu ulang perkara yang sama tapi kalau untuk mereka yang tidak berapa mahu reti bahasa, perlu di ulang lagi.

Ayat di atas saya taip di lama Facebook seorang makhluk Allah yang telah berjanji untuk mengadopt dua ekor anak kucing. Namun beliau amat payah untuk bekerjasama. Ada saja alasannya bila tidak menjawab panggilan telefon dan membalas mesej.

Beliau juga amat tidak peka bila memberi alasan 'terlupa' sewaktu kami, saya dan kak Tuah Hanani mahu menghantar anak kucing tersebut kepadanya sedangkan kami sudah memaklumkan kepadanya terlebih dahulu.

What The Hell? Kau yang mahu bukan kami paksa. Tapi bila kita telefon, seribu alasan dia beri. Kami sanggup datang dari jauh semata-mata untuk memberi anak kucing tersebut seperti yang di janjikan. Tapi kenapa banyak sangat alasan??


Adalah lebih baik kamu berterus terang sedari awal, tidak perlu penat lelah mahu cari pelbagai alasan.

Bagi aku senang saja, jika kamu berminat untuk 'adopt' kucing dan betul-betul sayangkan kucing, kamu pasti teruja tanpa akan melupakan tarikh yang sepatutnya yang telah di persetujui. Kamu sendiri yang akan telefon atau mesej kami, bukan kami yang asyik 24 jam cari kamu sedangkan kamu mengabaikan semua panggilan kami. Pelbagai alasan di beri, dari datuk sakit sampailah dekat pusat karaoke. Manusia oh manusia...

Untuk Ekyn dari Seremban,
terimalah hakikat. Tidak perlu takut atau marah sehingga mem'block' saya dari masuk ke Facebook kamu? Kenapa? Orang takut ni selalunya mereka yang bersalah. Jangan jadi pengecut. Beri apa alasan sekali pun, tapi Allah juga yang Maha Mengetahui.

Hormati prinsip dan kerja kami. Walau mereka hanya binatang tapi hormatilah mereka juga yang kamu persendakan.

Jadi, peringatan kepada semua yang mem'booking' kucing dari blog saya dan KTAJ. Kami tidak akan marah jika kamu memberitahu awal, kamu mahu membatalkan untuk mengadopt kucing tersebut. Tapi kami akan rasa kecewa jika kamu jadi seperti manusia yang di atas. Harap jelas. Jika mahu batalkan adoption sila emel atau mesej mana-mana pihak yang berkenaan.

Adalah lebih baik tidaks erah dari serah kepada mereka yang tidak ikhlas menerima.

Nota kakitanganku : Suka-suka hati dia je!!






eH! MaNa ParT 3???

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:00 AM 1 kUs-kUs
ParT 1
Part 2.

Part 3?

ErhMmm...





BuDak BoTaK TenGah, TiDur..

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 AM 4 kUs-kUs
Photobucket

Kenapa botak tengah?
Sebab fungus dekattengah-tengah kepala.
Bulu gugur.

Botak!

=))





BiLa samPai wakTunya...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:00 AM 1 kUs-kUs
Saya hanya manusia biasa.

yang gembira bila melakar kata di dada pasir pantai.

yang ketawa berlari bila di kejar ombak.

Juga luka.

bila memijak karang-karang bertaburan.

Saya rindu pada laut.

walau hanya memejam mata dan mendengar ombak.

Saya kaku, bisu dan kelu.

Bila mana hanya mampu melihat dan menggamit.

Sayu dan hiba.

Saya simpan.

Bila sampai waktunya.

Saya hanya serahkan diri.

Kepada Sang Pencipta.

-myQza-
Bandaraya Melaka Bersejarah
04 April 2011





Monday, April 04, 2011

MeLaKa - KuaLa LumPur Part 2 : MeLawaT PAWS SuBanG. HaTi sanGaT TertariK MeLihaT KeBersihaN KucinG Dan TemPat TinGGaL MerekA. SanGat BersiH.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:00 PM 8 kUs-kUs
Ehem! Tidak mahu kalahlahkan? Mahu juga buat 'part by part' macam orang yang datang Melaka dulu. Ha ha ha ha..

Okey,
selepas hantar Dak Tom di Segambut, saya dan Kak Tuah ke Subang pula. Merehatkan diri di rumah kawan kak Tuah dan dalam perjalanan balik kami singgah di PAWS Subang. Jika lihat dari luar keadaan macam daif sangat. Tapi kami sangat teruja bila masuk ke dalam. Kemas dan bersih. Tiada bau-bauan yang menyakitkan hidung! Serius. Oh! Perumpamaan 'Jangan menilai buku dari kulitnya' sangat boleh di praktikkan. =))

Photobucket

PAWS : Paws Animal Welfare Society.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket


Photobucket

Kemas, bersih dan cantik. Kucing-kucingnya sangat selesa. Begitu juga anjing.

Tinggalkan mereka dengan harapan satu hari nanti mereka semua akan di 'adopt' oleh mereka yang kasihkan haiwan-haiwan terbiar. =))

Nota kakitanganku : Kalaulah semua tempat begitu....





 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting