Saturday, April 09, 2011

MunGkin arwAh nEnEk Dia wasiaTkaN Dia DaTanG SinI. sAyA akAn JaGa kamU CiCi.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 5:20 PM
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Dia tidak pernah datang rumah saya sebelum ini. Tidak pernah. Dia adalah kucing 'indoor'. Nenek dia letak dia dalam rumah sekali sekala keluar di laman. Rumah agak jauh. Di bawah bukit sinun. Entah apa yang gerakkan hati dia datang rumah saya, saya tidak tahu.

Kata emak, mungkin nenek dia yang suruh dia datang ke sini. Entahlah! Saya sangat sedih bila fikirkan pasal dia. Tidak terfikir dia akan jadi macam ini. Dari budak yang gebu, bulu cantik, bersih, selalu mandi, jadi macam tidak terurus. Bulu sudah bersimpul-simpul.

Kelmarin sudah mandikan dia. Gunting bulu yang bersimpul-simpul. Sikat bulu dia. Dia duduk atas pangku. Selesa.

Jujurnya saya tidak pernah ada pengalaman jaga kucing jenis 'Domestic Long Hair'. Bulu yang panjang saya rasa macam rimas tengok. macam mahu botakkan saja. =))

Dia 'toilet train'. Dia poo dan pee dalam bilik air.

Adik saya orang pertama yang perasan dan jerit 'Kak! Memang Cici. Tengok! Dia berak dalam bilik air!' Kami tahu Arwah Nenek dia memang ajar dia membuang dalam bilik air. Selalu duduk melangut dengan adik di rumah arwah Nenek dia dulu. Jadi nenek dia akan cerita macam-macam pasal kucing-kucing kesayangan beliau!

Semoga Cici cepat sihat. Sekarang dia cirit birit. Sudah bagi ubat! InsyaAllah.

Nota kakitanganku : Suratan atau kebetulan?





15 kUs-kUs:

meowwmania on April 9, 2011 at 9:06 AM said...

mmg cantik Cici ni, kaler bulu dia pon cantik

harap Cici akan bertambah sihat dan cantik bersama Tedi nnti :)

Mamarempit on April 9, 2011 at 9:09 AM said...

suka tengok bulu kembang....mesti dh mandi comel...wangi...hurmm....

akak tk penah mandikan kucing dah skang ni....lagipun semua kt luar..tk kesah la..janji mereka sume sihat.....

tasekM on April 9, 2011 at 9:22 AM said...

beb...
gi vet kasi cucuk sedas.
cucuk utk kasi bulu cantik pun ada rupanya.
kakak vet tu kabor ke aku..



.

DeQdEq on April 9, 2011 at 9:29 AM said...

cantik cici ni...tp nape leh jd selekeh mcm ni...mana pegi nenek dia?

starzieti on April 9, 2011 at 9:56 AM said...

lepas mandi mesti cici cantik menawan kan. :)

azureEn on April 9, 2011 at 10:37 AM said...

"macam mahu botakkan saja. =)) "

hah. jangan. kesian cici. nnti cici sejuk =P

dye datang.. mungkin jugak sebab dye tau kat sini ade orang yang boleh tolong.. bukan dari bau kamu yg ditinggalkan kt rumah nenek dulu..

semoga cici sehat and happy selalu.. jdi gebu2 balik ye. =))

ejaMaria on April 9, 2011 at 11:21 AM said...

comel tapi comot ;p

mudah-mudahan cici lebih sihat lepas ni dgn tedi... Amin...

sian dia... takde org urus gak nye lepas nenek dah takde...

habsahharun on April 9, 2011 at 11:59 AM said...

kesian kamu cici...
cepat sihat ye..

Juz Call Me Sharz on April 9, 2011 at 1:42 PM said...

cik tedi jaga la die!!!
cian kat die..comot je.. =(((

pinksky82 on April 9, 2011 at 2:14 PM said...

sian nenek dia dah takde :(

gt hans on April 9, 2011 at 2:22 PM said...

sedihnya..moga Cici cepat sihat..

mamai on April 9, 2011 at 3:10 PM said...

ah cici buat aku rindu pada si papai kat kg serupa

keen on April 9, 2011 at 4:26 PM said...

kadangkala suratan itu datang secara kebetulan...

Suara Kalbu on April 9, 2011 at 10:07 PM said...

Comelnya Cici.

Dah lama sikit dengan Cik Tedi nanti, tentu dah tambah sihat, tambah gebu, tambah comel

bella-wella on April 9, 2011 at 10:29 PM said...

cuba bg die minum susu dutchlady..
insyaAllah elok..
cikgu GT hans pon bg susu dutch lady kt budak2 yg cirit birit kt rumah die.. smpai da baek da
:)

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting