Saturday, April 02, 2011

JuaLan amaL KTAJ : iNi aDaLah KenanGan PaLinG BerHarGa sayA. siAPa yanG MaHu BerkOngSi? BanTuLah kamI UnTuK BanTu meRekA! TerimA kasIh! =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:00 AM
Photobucket

Setelah saya selongkar almari saya, saya ingin kongsikan sesuatu untuk Jualan Amal KTAJ.

Patung comel yang boleh di buat rantai kunci ini saya tempah khas sempena memperingati pemergian kucing kesayangan saya Dak Kimo. Warna patung ini sama dengan warna bulu Dak Kimo iaitu putih hitam.

Setem itu juga saya tempah khas sempena mengabadikan kenangan saya dengan kucing yang paling akrab dengan saya, teman sekatil dan sebantal, sayalah katil beliau, sayalah juga bantal beliau iaitu Dak Utih. Kerana Dak Utihlah saya berjaya mengumpul ramai rakan-rakan di blog. Saya pasti kawan-kawan yang pernah kenal dengan Dak Utih setuju dengan ini.

Juga rantai kunci yang mempunya label Negeri Kelahiran saya Bandaraya Melaka Bersejarah!

Saya ingin menukar hak milik barang-barang kesayangan saya ini dengan harga RM 20.00 ( Ringgit Malaysia Dua Puluh Sahaja ).

100% daripada jumlah bayaran ini akan saya sumbangkan ke dana KTAJ bagi membantu haiwan-haiwan yang memerlukan.

Saya menggunakan konsep, siapa cepat dia dapat!

Emel pertama yang bersetuju untuk membayar seperti nilai yang di sebutkan akan mendapat hak milik barang-barang kesayangan saya ini.

InsyaAllah, jika ada sambutan, saya akan 'let go' benda yang sama untuk fasa kedua. =))

Terima kasih!





4 kUs-kUs:

Liliyuli on April 2, 2011 at 10:57 AM said...

sedih pula bila terkenangkan dak utih..=(

aNIe on April 2, 2011 at 11:26 AM said...

tEDl... dah ada pembeli ke? Patung dak Kimo tu memang comel...

Masih teringat pada pemergian Dak Utih... kisah sedihnya di saat2 akhir bersama tEDl...

zino on April 2, 2011 at 2:25 PM said...

tentu ada yg minat nanti tu ...

.::cik lin::. on April 3, 2011 at 10:58 AM said...

akak lin nak beli rantai prngatan dak utih...mcmne nak pay ye

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting