Tuesday, May 18, 2010

'JaM LocenG' sayA suDah TiaDa. suDah HiLanG. sUDah BahaGia Di PanGkuaN YanG Maha Esa. HaTi sayA TeLaLu sakiT!! sakiT!! NamuN, DeMi ALLAH sayA ReDha!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 PM
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Semasa Dak Utih mati secara mengejut dulu, aku pernah cakap, aku terlalu sedih kerana dia pergi secara tiba-tiba tanpa isyarat. Tapi aku silap. Betul-betul aku silap, mengejut atau tidak kesannya tetap sama, tiada beza. Hilang tetap hilang!!

Melihat dengan mata sendiri bagaimana dia bertarung melawan sakit, MasyaAllah.

Melihat betapa seksanya dia saat dia nazak, aku berkali-kali melafazkan 'Ambillah dia segera Ya Allah. Ambillah. Permudahkan dia.' Aku usap kepala dan badannya, sambil memanggil namanya.

Badan dia sudah tidak boleh terima makanan. Aku beri dia makan pukul 2.30 petang dia muntah darah kali kedua. Dalam tempoh 25 minit sebelum menghembuskan nafas terakhirnya itu, azabnya aku melihat dia. Tapi aku kuatkan hati duduk di sebelahnya dan cuba berkata-kata.

Syukur aku ada di sisinya saat dia pergi.

Salah akukah membawanya ke Jabatan Haiwan untuk menjahit lukanya? Salah akukah? Jika aku tidak bawa adakah dia masih hidup? Ya Allah. Soalan itu sentiasa berlegar dalam kepala. Terasa kesilapan itu di bahu aku. Beratnya untuk aku pikul.

Ya Allah. Aku redha. Walau saban malam hati tersentak-sentak mendengar suaranya. Aku pasrah dan terima. Setiap apa milik-Mu, pasti kembali kepada-Mu jua. Terima kasih kerana mendengar rintihan dan rayuanku. Terima kasih kerana tidak biar dia menderita terlalu lama. Terima kasih. Sujud syukur atas segala pertolongan-Mu.

Keringkanlah mata ini dari segala kesedihan Ya Allah. Beri aku kekuatan dan tetapkan imanku dalam menghadapi kehilangan yang bertimpa. Yakinkan aku segalanya adalah hikmah yang akan Kau berikan di kemudian hari.

Ya Allah,
dugaan-Mu kali ini betul-betul melemah aku. Betul-betul buat aku tidak berdaya. Buat aku menyendiri dan mencari di manakah silapnya? Buat aku sujud dan tidak mahu bangun-bangun selagi aku belum jumpa jawapannya.

Ampuni aku jika Kau hukum aku atas kesilapan aku yang lalu. Ampuni aku atas kekhilafan yang pernah aku lakukan. 'Teguran'-Mu ini aku jadikan iktibar untuk memperbaiki keimananku pada-Mu.

Jika Kau ambil mereka dariku, sebagai isyarat agar aku insaf atas kesilapan lalu, aku akurkan aturan-Mu. Terima kasih Tuhan, kerana mengingatkan aku tentang kealpaan.

Maafkan aku Dak Kimo,
Aku cuma mahu lakukan yang terbaik untuk kamu. Tiada seincipun niat untuk 'membunuh' kamu. Aku hanya berusaha untuk sembuhkan kamu. Namun tidak pernah menyangka akan berakhir begini.

Maafkan aku.
Maafkan aku
Maafkan aku.
Aku rindu kamu.
Rindu.
Rindu.

Nota kakitanganku : Terima kasih buat semua yang sudi berkongsi kesedihan. Terima kasih atas ucapan takziah dan doa. Maafkan aku andai menyepi. Aku perlu sedikit ruang untuk aku memuhasabah diri atas ujian ini. Terima kasih kerana kamu masih sudi bersama. Hanya Allah S.W.T yang mampu membalas segala jasa dan keprihatinan kamu. InsyaAllah.






83 kUs-kUs:

Anonymous said...

sabar k...
x mo sedeyh2!!!

Hazzy Ishak on May 18, 2010 at 9:40 AM said...

anggap ni jalan terbaik bagi dak utih. dia tak perlu menderita terlalu lama...

sabar ye

cheqna on May 18, 2010 at 9:41 AM said...

tedi..
cheqna memang kagum sesangat ngan tedi
be strong k..amikla masa untuk diri sendiri...
take care...

Tuah on May 18, 2010 at 9:42 AM said...

Cik ted kamu bukan membunuh dia. Tp kamu berusaha mengubat dan memulihkan dia.
Jika masanya telah tiba, tanpa sakit pun dia akan tetap pergi. Itu aturan yg dah DIA tentukan.
Jgn salahkan diri kamu dik. Kamu tak bersalah. Sekiranya akak ditempat kamu, tentu akak akan lakukan perkara yg sama.
Lukanya itu hanyalah penyebab... Yg pntg usaha utk mengubatnya telah kamu lakukan.
Adik ada bersama dia ketika hayatnya dan ketika dia nazak.
Yg mana pilihan kamu dik, sesal krn dia pergi stlh berjumpa doktor atau sesal jika dia pergi tanpa kamu berbuat apa2?
Jgn kamu lalai utk terus berusaha dan mengubat kpd mrk yg masih tinggal.
Mrk binatang kesayangan Nabi kita. Besar ganjarannya jika kita berusaha menolong mrk.
Mmg mudah utk menyuruh org bersabar dan redha, tp kalau kena pd akak sndiri belum tentu akak mampu jd sekuat dan setabah adik.
Hanya kata2 semangat dan sokongan saja yg dpt akak berikan.

bylindakitchen on May 18, 2010 at 9:45 AM said...

cik tedi.
saat dia bertarung nyawa memang sangat menyedihkan.
saat dia nazak dan badannya menghempas2 ketika malaikat maut datang menjemputnya memang itu paling kita tidak lupa.

aku pernah melalui perkara yang sama.
tidak ada kata-kata selain airmata yang deras berlinangan.
sampai ke tahap aku seperti tidak mahu hidup tapie siapalah kita yang ingin melawan takdir.

tedi aku sentiasa di sisimu.tidak kira dalam apa jua situasi.kami teguh berdiri.

dak kimo..tidorlah dengan tenang.

JijahJambu@Jj on May 18, 2010 at 9:50 AM said...

dah sampai masanya ... pasti dia juga bahagia bersama kamu selama ini .. jijah yakin kamu telah lakukan sehabis baik .. soo bersabar k .. pasti ada hikmah di sebaliknya .. Jijah pasti kamu tabah ...
hug n kisses dari jijah buat kamu ..
XOXO

Alimaz-Kembara Terasing on May 18, 2010 at 9:51 AM said...

salam sabar ya tedi...tu semua dugaan untuk kamu...saya turut bersedih bila membaca N3 ini... bergenang air mata...

jiehan on May 18, 2010 at 9:54 AM said...

sabar ye tedi..kimo bahagia di sana...die mmg beruntung bertuankan tedi sebelum ni..redhakan pemergiannye..

♫ ♥ farah ada ♫ ♥ on May 18, 2010 at 10:00 AM said...

harap sabar n tabah ye tedi.. jangan rase bersalah atas pemergiannye.. kite hanya berusaha.. dah tiba saat die pegi, bukan sebab kite..

muhasabah diri byk2x..

Unknown on May 18, 2010 at 10:01 AM said...

sedeynyer....huhu

Fazleyatul Aini on May 18, 2010 at 10:07 AM said...

sabar ye tedi
jgn sedih2

::CaHaYa KeJaYaAn:: on May 18, 2010 at 10:14 AM said...

cik tedi...

kamu tidak slh, malah kamu telah berusaha yg terbaik buat dak kimo..pasti dak kimo sentiasa doakan kamu yg baik hati memelihara die hampir 5 tahun..sudah begitu janji Pencipta, semua yg hidup akn kembali padanya........Dak Kimo akn terus hidup dlm ingatan kite semua..

kamu sabar ya tedi.......

Asma on May 18, 2010 at 10:16 AM said...

sis tedi, sudah sampai masanya kimo pergi..

sepanjang hayatnya sis tedi sudah menjaga sepenuh hati..menyayangi dan memberi perlindungan sekadar termampu..

Redhakn pemergiannya k...:)

CITY® on May 18, 2010 at 10:20 AM said...

tedi...

aku masih bergenang air mata ni bila baca n3 seperti ni lagi,
dulu masa dak utih, kini dak kimo..

aku juga spt kamu
sedih, kalau aku boleh keluarkan air mata apa lagi kamu...

aku faham
skit
sakit
sakit
sakit

kehilangan
kerinduan...



jaga diri kamu tedi

m.q on May 18, 2010 at 10:22 AM said...

sabo yer cik tedi
sabo bebanyak
tiap kali baca entri ko
tiap kali tu jugak aku mao nangis

~aSHa~ on May 18, 2010 at 10:24 AM said...

sedihnye tgh rintihan yu tedi...

salam takziah ye..sori asha lambat tau....

sian tgk 'kesayangan' yu tu..tapi spt yu kata....biarlah dia pg dari dia menanggung kesakitan....hati kita pun rasa sakit melihatnya kan...

kella on May 18, 2010 at 10:29 AM said...

ujian dari Allah Tedi..

KADANGKALA DIAM ITU ADALAH LEBIH BAIK, TAPI..

wanita mutalib on May 18, 2010 at 10:30 AM said...

ted|..
kamu dah buat yang terbaik untuk dak kimo..
jangan sesekali persoalkan tindakan kamu untuk bawak dia ke jabatan haiwan..
jalan ni dah ditentukanNya..
ni aturanNya..

yang penting sekarang kamu wahai sahabat..
kamu harus kuat..
dia dan dak2 yang lain dah ada di sana menanti kamu tuan mereka yang baik budi..

kalau kamu katakan dugaan ini sebagai peringatan atas kesilapan lalu..bagaimana pulak dengan te..

dari bulan 3 sampai sekarang te dah diuji macam2..

mengandung tapi ada ketumbuhan..
operate, badan lemah tapi masih ada janin yang harus dijaga..
baru nak sembuh operate, dah kena chicken pox pula..
ni pula doktor dah warning kemungkinan baby te akan cacat sebab chicken pox te ni..
bayangkan hati te macam mana ted|..

tiba2 pula hilang Baby, kucing te, sama dgn hari kematian dak kimo..

lepas satu, satu dugaan te..

te paham perasaan ted| sekarang..
mencari mana salah diri sampai diuji sebegini rupa..

walau apapun ted|..kamu dah buat yang terbaik..

jujur te ckp te tak pernah jumpa orang setabah ted|..
bila kucing sakit dibawa terus ke klinik..mereka beruntung ted|, dapat tuan yang baik mcm ted|..

dan te pasti dak kimi, dak utih dan dak kimo tak mahu ted| bersedih dan terus bersedih macam ni..

hidup dalam kenangan indah kalau itu yang perlu kita buat..

kami selalu dengan kamu ted|..

teruskan tabah..sesungguhnya kamu boleh :)

ejaMaria on May 18, 2010 at 10:37 AM said...

sabar ye...

MiYOKO SuKi on May 18, 2010 at 10:40 AM said...

sedehnye....

nk nangis gak bole takk...

Unknown on May 18, 2010 at 10:41 AM said...

tedi,

pertama kali ko kena ingat tu dh ajal dia... jangan sesekali salahkan diri sndri eh... ko dh mncuba yg terbaik... jgn cmnni beb... aku tau ko sedih... tp jgn salahkan diri sndiri smpai cmtu... ko x salah apa2 pun.. niat ko cuma nak sembuhkan dak kimo je kan... sabar eh...

@reLong on May 18, 2010 at 10:41 AM said...

Sabar banyak2..
Setiap perkara yg berlaku ada hikmahY..

Tabahkan dan cekalkan hati menerima dugaan..

DramaQueen on May 18, 2010 at 10:58 AM said...

Ted, redha dengan apa yg Allah rencanakan adalah lebih baik dari ko menyalahkan diri.

Dak Kimo tahu, ko telah berkorban hidup untuk dia. dan dia beri ko ruang untuk hidup tanpa dirinya pula. rela kan dia pergi dengan tenang ted.

jangan la sedih. pedih hati aku tengok keadaan ko mcm ni. aku faham dan tahu bagaimana rasanya kehilangan kucing semacam ini.

Allah lebih tahu, apa yg telah Dia rencanakan. dan Allah lebih tahu, ketulusan dan keikhlasan ko membesarkan budak2 ni ted. jgn la ko hukum diri ko pulak. Jangan menyalahkan diri ko lagi ted. pedih hati aku ni..

reha said...

benci ngan akak.. nape akak nak salahkan diri sendiri.. xmo syg akak dah :(( akak dah buat yg terbaik dah tuk dia.. dia balik pun time dia dah luka teruk sgt smp ade nanah.. akak igt ade ke org lain yg sanggup wat camtu abiskan duit segala bagai bawak kucing gi klinik? boleh lak salah kan diri snd.. bwekkk... den pun syg dak kimo.. tp den xsuke akak slalu salahkan diri sendiri.. patutnye akak bangga dgn ape yg akak buat.. patutnya akak x nangis tgk dia pergi sbb dia dah lepas dari azab masa dia sakit.. lebih baik dia pergi dr dia tanggung sakit.. den xkisah akak nanes :( jgn ar salahkan diri snd :(( pls :( luv u kak.. take care.. syg akak slalu..

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ on May 18, 2010 at 11:50 AM said...

sabar yer tedi

Anisa on May 18, 2010 at 12:11 PM said...

kak tedi kena kuat
jgn sedih yee
:)

Ibu Ammar on May 18, 2010 at 12:21 PM said...

ada hikmah atas setiap kejadian.. renung dan berfikir kembali adalah yg terbaik.. optimis ya Tedi. =))

Anonymous said...

hari ni baru boleh nak komen..adoyaiii..1 lagi yg pergi pada pencipta-Nya..

sedihnye..

Tedi..kuatkan semangat tu..

Nakamura Kazuki on May 18, 2010 at 12:35 PM said...

Tedi..lama tak lepak sini sebab streamyx umah mengong dah sejak 3 minggu yang lalau..sabarla ye..InsyaAllah ada hikmah disebalik kejadian.....ambe yakin yang lebih baik menanti kome di hadapan..banyak2 bersabar ye

amie on May 18, 2010 at 1:00 PM said...

melamat bersuka ria bersame dak utih dak kimo..
mean puaspuas tanpe rase saket lagi da..
:)

keen on May 18, 2010 at 1:08 PM said...

tedi: tabahkan hatimu...setiap kesukaran pasti ada kesenangan..itu janji ALLAH..sabar yer...

niesz on May 18, 2010 at 1:25 PM said...

bnyk2 kan bersabar ye tedi..ade hikmah sebalik semue ni..yg patah ilah bgnti..mgkin yg berganti tu xbaik dan se elok sblm nyer..

xmo sedey2 k..niesz pon sedey nie..

Hafiz Yusof on May 18, 2010 at 1:47 PM said...

sabar jer lah ekk

Softtouch [Hanim] on May 18, 2010 at 1:55 PM said...

harap tedi tabah yer...dak kimo tau tedi nk buat yg terbaik utk dia, so tedi jgn salahkan diri sendiri yer...sabar yer

a.z.r.i.n.a.03.07 on May 18, 2010 at 2:06 PM said...

sayu dan sebak bila baca ni Ted..


banyak2 kan bersabar. Mingkin ada hikmah menanti.

Anya on May 18, 2010 at 2:19 PM said...

So so sorry
:(
It makes me very sad !!!!
I send you many hugs
Kareltje =^.^=
Anya

Nur Hawa Mohd Zin on May 18, 2010 at 3:02 PM said...

awe sedih bace kisah ni...kucing awe pun dah banyak dah 'pergi'..sakit,accident,jatoh,gaduh,hilang dan jumpa dah mati....tapi ALhamdulillah..kesedihan kehilangan kucing2 awe sering digantikn dengan yang baru..mmg kucing kat umah awe tak banyak,..2 ekor..once salah sekor mati akan ada dtg sekor pengganti..semoga tabah...

nIsYa on May 18, 2010 at 3:12 PM said...

tedi..

tu langsung bukan salah awk.. awk dah berusaha.. berhenti salahkan diri sendiri.. banyak2 besabar ye... cari kekuatan diri balik.. :)

white rose on May 18, 2010 at 3:24 PM said...

mudah2an doa akak diterima Allah...

bersabarlah, stiap yg berlaku ada hikmahnya...

Amieynna Amin on May 18, 2010 at 3:33 PM said...

tedi..
jgn salahkan diri sendiri..
kamu sudah buat yg terbaik untuk dia..
sudah tertulis dia pergi dengan cara begitu..
setiap pemergian tidak kira dengan cara bagaimana pun tetap membawa kesakitan merindui..
yabah ye tedi..

ISZA on May 18, 2010 at 3:40 PM said...

yang terjadi hanya penyebabnya.. memang dah ketentuan ia akan pergi mengadap yang Esa.. buangkan kesalan itu..

attyfir on May 18, 2010 at 3:44 PM said...

sabar ye tedi...

Solehah on May 18, 2010 at 3:53 PM said...

Innalillah..sabar ya Tedi..ambil la masa untuk rehat dan tenangkan diri..aku doakan yang terbaik utk kamu.

lupie on May 18, 2010 at 4:14 PM said...

{{hugs}}
Be strong...

meowwmania on May 18, 2010 at 4:16 PM said...

sabar tedi

tabahkan hati

kuatkan semangat

kamu dh melakukan yg terbaik utknya dan Allah telah menetapkan yg terbaik juga untuknya

Dee on May 18, 2010 at 4:33 PM said...

tedi..redhalah..dan jgn menyalahkan diri sendiri..yg hilang pasti berganti..yg hidup pasti mati..

sabar ye tedi...

N@zihah on May 18, 2010 at 4:51 PM said...

Setuju dengan Dee..ketentuan takdir,TeDi..jangan salahkan diri yea..ingat Qada' dan Qadar.yang patah tumbuh,yang hilang berganti,meskipun yang berganti itu tak sama dengan yang lama..
Niat kamu memang nak sembuhkan dia sedari awal lagi, tapi, apa boleh buatkan,masanya untuk pergi dari dunia yang fana ni telah tiba. Lepas ni,hilangkan lah kesedihan mu ek.InsyaAllah akan bertemu dengan kucing yang serasi dengan kamu,seperti Dak Kimo

[s][u][e][h][a][n][n] on May 18, 2010 at 5:55 PM said...

xpe r tedi...ko rehat la dulu..ambik masa tenangkan fikiran...sabar hadapi sume dugaan ni..

ko dah buat yang terbaik..

mamai on May 18, 2010 at 7:52 PM said...

dan aku tidak pernah lupa pada dak utih juga

Aidi-Safuan on May 18, 2010 at 7:57 PM said...

towel tu pon tanam sekali ke?

kak anie on May 18, 2010 at 8:10 PM said...

tEDl...ambillah masa untuk mengubat hati...hati yang luka dibawa pergi oleh Dak Kimo...kami faham...

Akak tau perasaan tEDl...tapi janganlah tEDl menyalahkan diri sendiri...apa yang tEDl lakukan adalah yang terbaik untuk Dak Kimo...kerana ajalnya dah sampai...dibawa ke klinik atau tidak...dia pasti pergi...at least tEDl tidak menyalahkan diri sendiri kerana tidak bertindak membawa dia ke klinik..

Segala2nya telah dilakukan...tapi saat dan masanya telah sampai...dan syukur kerana perginya di sisi tEDl...

Pasti Dak Kimo...dan Dak Utih...tidak mau tEDl terus bersedih...kerana mereka lebih tenang di sana...percayalah...

Take care tEDl...dan tabahkan hati...

Anonymous said...

salam.....
redha ajelah ea si tedi !

hye frenz lame tak kemari....selamat malam..^-^

Unknown on May 18, 2010 at 8:27 PM said...

jangan sedih2 mcm nie k...

ItaJeff on May 18, 2010 at 8:46 PM said...

Salam...
sabar yer tedi....
kamu telah buat yg terbaik buat Dak Kimo...

larradanish on May 18, 2010 at 8:49 PM said...

ko dah buat yg terbaik tedi untuk mereka mereka itu..mereka itu mesti berbangga dan amat sayang kan ko..sabar yek..kami semua ada dgn ko..

ape2 jer on May 18, 2010 at 10:04 PM said...

tedi bkn salah kau..dah sampai masa dia..aku harap kau sabar ye..tabah..take ur time k..

jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR on May 18, 2010 at 10:10 PM said...

takziah..
semua dah tertulis..

Rara on May 19, 2010 at 12:14 AM said...

sbar k..dh tiba msenye..stiap bnda y idup,akan mati jgk..tu jnji Allah..

dkama on May 19, 2010 at 12:27 AM said...

moga kimo bertemu dak utih... PEACE...

zhrhtoodem on May 19, 2010 at 1:01 AM said...

sabar tedi..
Tuhan lebih meyayanginya..
Allah lebih megetahui
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...

asilahmuhajer on May 19, 2010 at 7:58 AM said...

rasa macam baru lagi dak utih takde. skrg dak kimo plak. semoga tedi terus tabah..

Relevan on May 19, 2010 at 8:27 AM said...

Patah tumbuh hilang berganti Tedi..

Watierman on May 19, 2010 at 9:52 AM said...

Salam Dik Tedi....

Will always be on my mind!!!

Take good care of Dak Itam.....dia masih perlukan kamu Dik!!

mama affan on May 19, 2010 at 10:12 AM said...

tedi..ko mesti tabahkan hati!

semoga 'dia' aman di sana..

Hairun Azmi on May 19, 2010 at 11:07 AM said...

Sabar yer...

baincardin on May 19, 2010 at 11:31 AM said...

Jom kita tambahkan ilmu tentang 'Baby Development' Yay! ^_^

ctpayong on May 19, 2010 at 12:25 PM said...

xbaik sedey lama2..leh mendatangkan mudarat pada mata. kalau rase2 cam nak nangis, pegi ar bukak tv siri lailaili tamplom..mungkin terubat sket kot..eeee

p i j a h on May 19, 2010 at 12:28 PM said...

dah sampai masanya..

masa2 dak kimo bersama ted memang sudah tamat. tapi sebenarnya kenangan dan jasa ted tetap dak kimo bawak bersama ke sana.

hanya Allah yang membalas jasa-jasa kamu Ted.

;)

ibu_umairah on May 19, 2010 at 12:34 PM said...

dont cry.......cool kak!!!!

zue on May 19, 2010 at 12:46 PM said...

terharu bila baca n3 tedi kali ni..begitu syg nya tedi kpd dak kimo. tapi apa nak buat tuhan lebih syg kan nya.
sabar ya.

hans on May 19, 2010 at 1:08 PM said...

jangan sedih2 teddy
tak baik
datang sni
aku kasi otograf aku
hehehe

Mrs Nurul on May 19, 2010 at 2:31 PM said...

waaaa syahdu nye ;( iskk

syedhazmie on May 19, 2010 at 3:12 PM said...

Sabar yer...

aiSyah (", on May 19, 2010 at 3:24 PM said...

dah baca sume entri awk tntg dak kim0..
sedih ats kehilangan dia jga ;(
sy fhm prasaan awk sbb sy pn syg bangat ngn heidi sy~
tbahkn ati k..

Faizal Rosly on May 20, 2010 at 5:17 AM said...

takziah. datang rumah aku hadiahkan kucing juara

zns on May 20, 2010 at 8:17 AM said...

cik tedi...aku sudah kehabisan ayat mau cakap apa...sudah tidak tahu mahu guna ayat yang mana untuk cuba menenangkan perasaan cik tedi..ambil masa itu sebanyak mana pun..cuma ingat satu perkara, Allah itu takkan duga kita dengan perkara yang kita tak mampu hadapi...Aku percaya cik tedi kuat...

kella on May 20, 2010 at 8:44 AM said...

aku mimpi baca belog ko malam tadi tedi.. terus pagi ni masuk sini...
hmmm harap ko ok ya tedi!
cheerss..

Watierman on May 20, 2010 at 10:34 AM said...
This comment has been removed by the author.
Dina Zakaria on May 20, 2010 at 11:08 AM said...

semua yang hidup pasti akan mati..ko jangan salahkan diri pulak..memang dah sampai ajal dia..sabar ye..

Sufi Asri on May 20, 2010 at 2:35 PM said...

sabarlah ek?

bukan salah kamu dak kimo mati.. tapi dah mmmg sampai waktunya... dia mgkin xnak pergi bila pikir kamu asyik sedih.. tapi badan dia dah x terdaya lagi menahan..

sesungguhnya kat syurga nnti kamu akan berjumpa dak kimo jugak..

di waktu padang masyar nnti, aku pasti dak kimo akan mendoakan kamu sekeluarga atas kebaikan yg kamu dah lakukan kepadanya..

juz let Dak Kimo reast in peace !!

Yunus Badawi on May 20, 2010 at 6:23 PM said...

Banyakkan bersabar. Kau memang seorg yg penyayang.

kacang on May 20, 2010 at 11:06 PM said...

sabar ea.

NoRHaNa CorNER on May 8, 2011 at 2:20 PM said...

sedey bc entri ni..cik Tedi dh buat yg terbaik.. apa2 pun bykkn b'sabar ye...

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting