Sunday, May 30, 2010

si cOmeL Ini SuDah aDa rumaH Baru....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:23 PM
Photobucket

2- 3 hari lepas ada yang memberi mesej di Facebook bertanyakan anak kucing. Lyn namanya. Katanya Papa Meow yang kenalkan kepada aku. Oh! Terima kasih Papa Meow. Seronok sangat bila ada yang bertanyakan tentang anak kucing sebab kebetulan memang ada yang mahu di beri kepada orang.

Ini kucing kepada jiran Etty. Beliau pernah iklankan di blog. Jadi aku tunjukkan anak-anak ini kepada Lyn dan beliau bersetuju untuk mengambil seekor. Setelah mesej demi mesej menjadi penghubung, hari ini bersaksikan hujan lebat, anak-anak ini beralih tangan.


Ironinya, kami semua baru pertama kali berjumpa. Baik antara aku dengan Lyn, aku dengan Etty mahupun Etty dengan Lyn. Kerana anak kucing bertuah ini kami bertemu dalam limpahan hujan rahmat.

Setelah melihat sendiri, Lyn mengambil keputusan untuk mengambil dua ekor sekali. Aduhai! Syukur. Yang di tepi pagar ini seekor dan yang warna hitam putih itu seekor. Sepasang. Jantan dan betina. Alhamdulillah. Semoga Allah memurahkan rezeki kamu sekeluarga Lyn.

Yang lagi dua ekor itu pun sudah ada orang tempah.

Photobucket

Aku suka yang ini tapi tidak boleh ambil. He he he he. Eh! Si Merah itu Etty okey! He he he he..

Semuanya berjalan lancar. Terima kasih kepada Lyn dan keluarga. Terima kasih kepada Etty yang melayan karenah kami. Terima kasih kepada Makcik tuan punya anak kucing. Semoga anak kucing yang di ambil itu akan sihat sejahtera hendaknya. InsyaAllah.

Nota kakitanganku : Seronok tengok semua seronok!





15 kUs-kUs:

ape2 jer on May 30, 2010 at 7:55 PM said...

alhamdulillah harap2 baik aje nanti :)

meowwmania on May 30, 2010 at 8:47 PM said...

sukanya... :D

harap baby2 meow sihat sntiasa, amin..

CITY® on May 30, 2010 at 9:08 PM said...

salam,
weeeeeeeeeeeewitt
dak tedi ke tuh
hukhuk...
eh eh mukan kan
heheehhe

e.t.t.y on May 30, 2010 at 9:37 PM said...

ish ish. macam sedih pulak baca tang ''Kerana anak kucing bertuah ini kami bertemu dalam limpahan hujan rahmat''

lagi sedih, ada pulak tersesat gambar budak gemuk tuh....

tedi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

sgt xcted bile ak bace ttg kucing..
hehehe

nIsYa on May 30, 2010 at 10:35 PM said...

ku tak happy kerana tak diizinkan membela meow.. Sob..sob..

larradanish on May 30, 2010 at 10:40 PM said...

cik tedi nak seko..cumelll

Unknown on May 30, 2010 at 10:54 PM said...

best!best!nak sekor nanti!heheehe

al-mankaraqi on May 30, 2010 at 11:22 PM said...

br dpt 3 ekor.....x bukak mata lg.....

zool on May 30, 2010 at 11:37 PM said...

rajin ko buat sangkat.. kucing kat umah aku bersepah je.. huhuhuh. kena buat sangkar gak ni.. berak merata

umi_e on May 30, 2010 at 11:56 PM said...

Salam... Alhamdulillah kerana anak2 kucing itu telah mendapat tan dan perlindungan...

* hari ini juga hari bertuah kami bertemu dengan HERO dan Papa Meow serta beberapa orang lagi pencinta haiwan :)

** salam tedi telah disampaikan kepada mereka **

zino on May 31, 2010 at 12:05 AM said...

anak zino mpun suka bela kucing ni.. tapi sebab kat rumah tak ada orang maka tak jadi nak bela.. dulu memang pernah ada ..bila dah besar panjang dia keluar mengembara tak balik2 hehe

Anonymous said...

geram pulk tgk kucing2 tu..
nk sekor boleh??

Anya on May 31, 2010 at 1:47 AM said...

So so lovely pictures :-)

Hugs to all from Kareltje =^.^=

ctpayong on May 31, 2010 at 2:56 PM said...

wahhh...meow meow tu sume pindah ke rumah baru la iye. syukur syukur.

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting