Sujud syukur atas keputusan mahkamah yang mendapati kau bersalah dan di penjara 8 tahun. Eh!Kenapa tidak 20? Okey! Bukan urusan aku untuk pertikaikan. Kau berwajah manusia tetapi bernafsu syaitan. Syukur kau di sumbat ke bilik batu itu!
Maaflah aku cakap! Muka kau memang tidak kacak! Gagah perkasa jauh sekali. Senjata kau hanya wang ringgit dan kata-kata. Sayangnya budak bawah umur yang kau sasarkan itu cepat terpedaya.
Kegiatan syaitan kau sudah terhenti. Aku harap untuk selamanya bukan setakat 8 tahun di penjara. Kau harus muhasabah diri. Merenung asal usul kau yang serba sempurna sebenarnya. Sayangnya, kau palitkan dengan lumpur beracun.
Fikirkan tentang anak dan isteri, tentang ibu dan ayah. Jangan pentingkan diri dan nafsu semata-mata. Tengok! Ke mana kau akhirnya??
Membaca 2 muka surat penuh luahan pelajar terbabit, buat hati menjadi hiba. Dia hanya budak mentah yang menjadi mangsa akibat kurangnya kasih sayang dan perhatian. Lantas kau begitu cekap mengambil kesempatan.
Nah! Kau sudah terima akibatnya. Keadilan di muka bumi Tuhan ini.
Bertaubatlah bro!!!
Bertaubatlah sementara sempat!
Nota kakitanganku : Pasti ramai antara kami yang lega dengan keputusan ini. Berbaloi segala bantuan yang di hulur kepada mangsa!
21 kUs-kUs:
makin terok sikap manusia skarang nie..
cik tedi kenal ke mangsa n pemangsa itu?? hurm
harapkan pagar........
manusia skrg nie tak kenal erti ihsan dah kan
pagar makan padi..
Ni org kata "harapkan pagar, pagar makan padi"
perosak imej.. buang kerja.. buang title tu..
salam,
biar dia sedar diri kat dalam tuh
semoga dia insaf..
tedi ko kenal ke weh ?
uh uh..
x ensem ya?
hahahhahah...
petanda akhir zaman...
lagipun kan ustazah pun ade terlibat dlm kes-kes mcm ni...
inikan pula guru...
entahlah...aku pun kadang2 taak faham...
huh, lain kali patutnya seksa sampai mati. tak cukup kalau penjara je.
* insaf semua perogol kalau kita jadi hakim. haha
tedi kenal ker dengan orang ni?? mesti tedi terkejut..or tedi dah tau benda ni akan berlaku?
damn orang mcm ni!
stiap kjhtan mst ad pmblsan..Allah tu maha adil kn..
Manusia bertuankan nafsu . Akhirnya kecundang jua
patut nya kena sunat sekali lagi mamt tu...
hmm.. moga dia bertaubat n berubah..
kesian pelajar dia tue.. ='(
syukur alhamdulillah...
biarlah dia bermuhasabahkan dirinya kpd YANG MAHA ESA...
kasihan budak tu kan...mmg xptot...nafsu lebih..huuh
Walaupun dia seorang 'guru'..
dia masih insan biasa yang
tak lepas dari melakukan kesalahan.
Masalahnya,dia tak dapat kawal nafsu
gila dia,sampaikan sanggup
me'mangsakan' anak murid sendiri,
apa kejadahnya dia ni..
Semoga menjadi iktibar kepada
yang masih sedar.Bahawa nafsu-nafsi ni adakalanya memakan diri sendiri dan mengundang padah di kemudian hari.
salam... pada amnya memang dia bersalah tetapi disebalik itu, mangsa juga perlu dipersalahkan kerana kalau dari awal tidak bertepuk sebelah tangan, pasti tidak berlaku hal itu...
*Ada juga kes yang awalnya suka sama suka tetapi setelah berlaku baru merasakan diri diperkosa tanpa rela...*
INilah akibatnya bila melakukan sesuatu tapi tak berfikir menggunakan otak...tapi bertuhankan nafsu...
Kesian...anak itu menjadi mangsa pada insan yang sepatutnya dihormati sebagai pendidik...
Memang layaklah kau dihukum...kenapa tak 20 tahun...biar kau tau apa akibatnya dari perbuatan kamu itu...
Harap dunia semakin AMAN... PEACE...
Post a Comment