Inilah rupanya Trifle sebelum di sejukkan. Gambar dari atas. Ekekekekeke..
Bahan-bahan asas :
Kek Gulung
Koktel buah-buahan
Susu cair
Jeli segera
Tepung kastad
Potong kek gulung dan susun di dalam bekas. Kemudian curahkan sirap dari koktel ke dalam mangkuk berisi potongan kek. Sirap sahaja. Isinya kemudian.
Buatkan kastad. 1 cawan tepung kastad, 1 cawan susu cair dan 3 cawan air. Didihkan di atas api sederhana. Kacau sehingga likat. Biarkan sejuk dalam 2-3 minit tuangkan di atas kepingan kek tadi.
Selepas kastad gak pejal taburkan buah-buahan dari tin koktel tadi. Langkah terakhir masakkan jeli segera mengikut aturan yang terdapat di kotak dan tuangkan untuk lapisan terakhir.
Siap. Sejukkan seketika dalam peti sejuk kamu.
Tidak sabar mahu makan. Belum berapa 'mantap' sudah cedok masuk pinggan!! Ha ha ha..
Terima kasih buat Deena Awanis untuk resepi ini. Silalah berkunjung ke link beliau ini untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.
Nota kakitanganku : Rasa macam mahu buat lagi.
14 kUs-kUs:
fuh..mesti sedap..
wah~
ted... mcm best aje.. memang kena try ar... :)
wahhhh kak tedi sedapnyer....
tedi ni..rajin sungguh mencuba resipi2 baru hehe
sedapnye...
nk kena try gaklaa...
huh menarik
sila hantar sepiring..
hahahaa...
rajin sungguh..
sedapnya. huhu. lapar pla nampak mknan ni. huhuhu
nampak cam best jer... PEACE..
amboii.. meh sket..
mcm sedapp ye tedi..=)
tedi.......
tolong pos!!!!
heheheheeeee
argghhh....
nk sawan jap aku...
cm sedap..
sedap tak?
rase cm puding ke tedi?hehe
cedap nye tedi weh...
feveret aku tu weh...
Post a Comment