Sunday, May 02, 2010

Jam LoCenG Baru. WarNa HiTam PuTiH LaGi!! Ada ekOr. SiLa JanGan CemBuRu...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:08 PM
Aku sudah ada jam loceng yang baru. Tidak perlu beli apatah lagi mengeluarkan duit untuk memilikinya. Jam loceng aku berwarna putih hitam. Kualiti bunyi berada pada tahap maksimum.

Masuk hari ini sudah 5 hari berturut-turut dia berbunyi tepat pada masanya. Tidak perlu di kunci setiap masa. Macam tahu-tahu sahaja. Automatik.

Photobucket

Ini dia. Dia akan duduk atau tidur di situ bila bunyinya tidak di layan. Ha ha ha ha.

Dia sudah lebih kerab berada di rumah. Makcik Kucing tentu gembira.

Okey!
Hari ini rancangnya mahu ke Taman Merak di Durian Tunggal. Taman Rama-Ram sedang di naik taraf dan ianya di tutup sementara.

Pagi ini pula rasanya mahu sarapan spaghetti. Okey! Mahu buat sekarang!

Selamat berhari Ahad semua!!

Nota kakitanganku : Tekak Minah Salleh pulekkk..





15 kUs-kUs:

e.t.t.y on May 2, 2010 at 8:42 AM said...

samalah kita. ada jam auto. pakej gigit kaki, urut badan, tarik rambut. masing masing amik peranan

umi_e on May 2, 2010 at 8:52 AM said...

salam... selamat berhari mimnggu...

* minta spegetti satu piring ;)

ckLah @xiiinam on May 2, 2010 at 9:44 AM said...

Unik corak warna badan kucing tu....

(kat rumah...ckLahlah jam loceng keluarga...pagi2 dah riauh menggerakkan askar-askar tu)

Nadiene on May 2, 2010 at 9:57 AM said...

wah! enjoy betul kak tedi dengan beliau ea

Ms.Lilies on May 2, 2010 at 10:02 AM said...

jam loceng mu sungguh mahal tedi...
payah nak dapat tu
:D

Hana Faza-same person on May 2, 2010 at 10:09 AM said...

i like this! hehehe..kucen sgt bijak menggerakkan tuannya..

ape2 jer on May 2, 2010 at 10:13 AM said...

wakaka bagus2 jimat belanja x yah beli jam loceng ekeke

Aqma Nazri on May 2, 2010 at 11:20 AM said...

owh.. suka jugak bila kucing kejut kan.. tapi lepas tuh bersin2 lar... hhuhu

Yunus Badawi on May 2, 2010 at 11:25 AM said...

kucing tu tahu jam jugak? Terer tu.

Banyak ke merak di taman merak tu? Bolehlah buat n3 utk menafaat yg tak pernah pergi ke sana mcm saya ni.

Spaghetti ada lagi ke? Nak sikit hehehe

MiYOKO SuKi on May 2, 2010 at 11:40 AM said...

comelnye jam loceng kamu, tedi...

suka2...

nk sket spageti...

Dee on May 2, 2010 at 12:12 PM said...

jam berbunyi sebab nak minta makanan..hehe...sama dengan kucing kat rumah saya,takyah ada jam..he2

Biasa on May 2, 2010 at 12:14 PM said...

haha comel

zalyeaclik on May 2, 2010 at 12:22 PM said...

Saya pun ada jam lonceng siap pakej jgk....Pg akan berbunyi riang depan pintu bilik,lambat bukak selamat la dia melepas depan pintu bilik.....

white rose on May 2, 2010 at 12:48 PM said...

spagheti tuh mcmana rupanya???

reha on May 2, 2010 at 2:32 PM said...

haiyo..pewot dia sgt besa :)) dak kimo tu dah abis gersang ea ke kak tu sbb skrg dok umah :)) camtu eh =)) ke gelpren dia x layan kat sana :)) bweekkkk tuk dak kimo :))

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting