Kaedah terjahan dan tinjauan menjadi satu strategi untuk meningkatkan trafik bagi blogger-blogger baru. Ini adalah salah satu cara positif yang di lakukan para blogger senior terhadap junior untuk memperkenalkan sesebuah blog yang baru bertapak.
Secara tidak langsung ianya menyumbang kepada peningkatan trafik, jumlah pertambahan pegikut dan kenalan yang baru.
Persoalan aku sekarang, adakah ini berkesan untuk peningkatan trafik kamu untuk jangka masa panjang atau peningkatan trafik hanya berlaku pada hari tinjauan di buat? Bagaimana dengan hari selepas dan hari-hari berikutnya?
Jika jawapan kamu ya, syukur, tinjaun itu benar-benar memberi impak kepada blog kamu. Jika jawapan kamu tidak, blog kamu masih begitu, jumlah pengunjung kembali reda selepas tinjaun, apa yang perlu kamu lakukan?
Tinjaun adalah satu bonus.
Blog kamu di terjah dan di tinjau bagai perumpamaan 'orang mahu datang merisik.' Tengok dulu keadaan blognya. Jika memikat boleh pula bertunang dengan menjadi pengikut kamu. Namun bila sudah capai kata sepakat boleh bernikah maksudnya terus menjadi pengunjung dan pembaca tetap blog kamu. Kamu perlu memanfaatkan terjahan itu sebaik mungkin.
Nasihat aku,
jangan bergantung kepada terjahan semata-mata. Tiada siapa yang mahu menerjah dan membuat tinjaun kepada blog kita hari-hari. Perlu usaha untuk terus menarik pengunjung agar tidak terus melupakan blog kita. Cara-caranya?
Ini kamu perlu cari melalui pembacaan. Tips yang banyak terdapat di blog-blog yang sudi berkongsi. Perlu usaha. Bukan hanya bergantung dengan cara yang mudah kerana terjahan dan tinjaun menyumbang suku darinya, selebihnya kamu perlu lakukan sendiri.
Ingat lagi 'entry' ini? Mengapa aku katakan yang aku tidak akan sesekali memadam blog kerana desakan orang? Jawapannya mudah.
Bila kita berusaha sendiri menaikkan blog kita, automatiknya kita tidak akan mudah untuk untuk tunduk pada desakan orang lain.
Silalah baca 'entry' ini dengan positif. Jika kamu ingin komen 'aku tidak kisah tentang jumlah pelawat atau trafik.' Tolonglah! Tolonglah jangan komen apa-apa!!!
Nota kakitanganku : Kepuasan datangnya dari usaha!
21 kUs-kUs:
aduhh,, eden lomah somangat terjah2 ni.... *boleh? hehe
smlm dh gi terjah blog si messy..tp sudah terpikat..hahaha..camana? dia pun bijak..dtg mengomen di blog dee pula..sbb tu leh naik traffic..
no komen .ekekeekke
sentiasa akan berusaha!!! :)
tedi,
i dah lama tinggalkan sesi terjah ini
bermaksud i dah lama tak wat altiviti blogwalking,
tak tahu naper
cam malas sikit nak belog akhir2 ini
huwaaaaaaaaaaaaaa...
sebabnya?
selain busy,
ada sesuatu...
lalalala...
biarlah resia...
betul tedi..
usaha sendiri untuk naikkan blog...=)
mcm org merisik gak..dia tak kan dtg lau dia tak tau ada anak dara kat umah ni..so kena kuar jugak bg orang tau kite ada...heheheh...
terjah aku kerana semangat setiakawan walau dalam blog..bolehkah mcm tuh?
susah tu nk tgkatkan trafik..hihihi...takpela..slow2...sket2 lama2 jd bukit...
kadang2 terjah lepas waktu keje..
melepaskan beberapa das komen di belog mereka
hehehhehe
chiyok..chaiyok..
betulla... kena rajin dan usaha.. tangga kejayaan! kamonn..
terjah dan menyinggah amalan mulie
hehe
sila terjah blog saya jugak..bg traffic saya naik..wuwuwu
Akak terjah adik2 akak...sebab kasih sayang!
entri ini worth reading!
saya setuju!
kalau kita tahu bagaimana kesusahan untuk menaikkan, mencari tapak, dan berblogging..
insyaallah..
semuanya akan dapat seperti yang kita mahu..
sedikit-sedikit mengapai kejayaan berblogging!
Kome setuju dengan ini entri Tedi..
betul cakap awak tu tedi....
semuanya bergantung pada hati budi juga kan..
main cak-cak pulak ye..
kRina pulak..folow dulu utk ikut rentak ....kalau ok teruskan kalau mcam boring jer... terus unfollow ler..
kalau tak; tak hingat apa ke nama blog nya..
*sbb utama hya nak mramaikan kengkawan jer ..
ala pada kita tak kisah jumlah traffic ni...apa-apa pown niat..kalo kita seronok berblogging seronok la..tak kira betapa banyak orang yang masuk ke blog kita. ok tak kumen ku??
Post a Comment