Nombor kad pengenalan di ceroboh? Eh! Ada ke ayat itu? Belasah sahajalah! Aku ada membaca tentang kekesalan Siti Nurhaliza tentang pihak yang menyalahgunakan nombor kad pengenalannya untuk menyemak saman trafik beliau.
Wah! Ini orang memang tiada kerja lain. Mahu cari salah orang lain sahaja. Ternyata hasil 'pencerobohan' itu berjaya menemui saman trafik yang belum di langsaikan oleh Tok Ti yang bernilai ribuan ringgit. Haiyaaa..
Aku rasa ini bukan kali pertama. Sebelum ini semasa kempen satu pilihanraya kecil, bila Tok Ti sibuk berkempen, manusia yang tidak bertanggungjawab juga telah mengakses laman web Suruhanjaya Pilihanraya menggunakan nombor kad pengenalan Tok Ti dan hasilnya ialah, Tok Ti masih lagi tidak mendaftar sebagai pengundi. He he he he.
Macam-macamkan?
Bagi aku senang sahaja. Artis pun manusia juga. Mereka bukan malaikat. Mereka bukan sempurna. Jadi jika ada terjumpa apa-apa kesilapan dan kesalahan mereka itu perkara normal. Cuma bezanya mereka insan popular. Semua orang ingin tahu dari A sampai Z. Itu sahaja.Eh! Gambar kad pengenalan zaman kanak-kanak dia pun merata sekarangkan?
Kalau kamu jumpa nombor kad pengenalan aku dan mengwar-warkan tentang saman trafik yang masih aku belum langsaikan ' Ada orang kesah??'
Ha ha ha ha...
Nota kakitanganku : Moralnya, jangan suka-suki beri atau tulis nombor kad pengenalan merata-rata okey???