Gambar dari HMetro
Seperti rakan-rakan yang lain terharu apabila ramai blogger yang mengucapkan takziah dan sedekahkan Al-Fatihah bila mendengar perkhabaran duka ini. Dari yang rapat, yang tidak pernah saling kenal semuanya menghormati pemergiannya. Membuat 'entry' dan bercerita mengenai kebaikan arwah.
Setakat berpuluh-puluh entry yang aku baca, belum lagi satu pun yang menyatakan kekurangan arwah. Syukur. Insan yang baik perginya juga akan di ingat. Blognya menjadi kunjungan ramai. 'Shoutbox' tempat rakan meluah perasaan. Meluah kesedihan tentang kehilangan.
Setakat petang ini masih banyak entry baru untuknya. Kamu memang rakan yang di sayangi Bro. Terkilan rasa di hati tidak dapat bertemu kamu buat kali pertama dan terakhinya. Cuma hikmahnya, aku dapat kenal kawan-kawan kamu yang lain. Ramai. Yang masuk ke sini dan memperkenalkan diri. Kita berkongsi kawan yang sama.
Mati itu adalah janji Allah untuk setiap manusia. Setiap kematian itu memang bukan untuk di tangisi atau di ratapi. Tetapi bukti kekuasaan Allah dan mendatangkan keinsafan kepada diri.
Dia sudah selamat kembali ke alam kekal abadi. Kematian umpama kiamat kecil bagi setiap insan. Sudah putus segala-galanya kecuali 3 perkara sedekah jariah, ilmu yang berguna dan bermanfaat kepada orang lain dan doa anak yang soleh.
Melihat kematian orang lain, aku cuba tanyakan kepada diriku sendiri 'Bersediakah aku mengadap-Nya bila-bila masa?'
Jawapan aku 'Belum lagi.' Aku belum bersedia walaupun sebenarnya bersedia atau tidak, kuasa itu bukan pada kita. Itu maknanya keimananku masih perlu aku perbaiki dan perhalusi.
Kamu pula?
Sudahkah bersedia?
Nota kakitanganku : Adakah mati aku nanti akan di kenang seperti ini?
29 kUs-kUs:
aku akan kenang kamu tedi.
terdiam aku baca n3 ko tedi...bermacam2 yang terfikir kat kepala ni :(
alfatihah untuk arwah hisyam walaupun aku x sempat kenal..
itupun jika ku tak pergi dulu..
mati?
huhu no komen
sentiaa jer la beringat kita akan mati.
Takziah buat keluarga arwah..
Alfatihah..Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman..aminn
sahabat2 akan dikenang.....
baru lepas baca YM yg lama2 dengan arwah hisham.....mengalir lagi air mata td....
T_T
Terima kasih Tedi. walaupun mami tak pernah singgah blog beliau, tapi kehilangannya terasa. Takziah buat keluarga arwah. Banyakkan bersabar. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman. Al Fatihah.
aku tak pernah kenal ngan arwah bro Hisham..tp, dpt rasa kesedihan kwn2 bloggerku di sini...
salam takziah utk famili arwah n Al-Fatihah utk arwah...
Kite yg masih idup ni sama2la bykkan amalan utk persediaan di akhirat nnti..sesungguhnye kehidupan dunia ni hanyala sementara waktu..
Al Fatihah..
Alfatihah..
tumpang simpati kepada keluarga. Sedih bila arwah baru sebulan berkahwin...
Mati Itu Pasti, Hidup InsyaAllah...
Mesti di kenang..walaupun kita hanya knl di alam maya...tapi kita semua rapat kan....itulah..semua sedey sal arwah..moga arwah tenang di sana...
al-fatihah
With Love,
HazzySuperb
RIP, god bless his soul.
tak pernah singgah blog arwah juga. tapi tetap mendoakan agar dia tenang.
alfatihah.
salam takziah....hiba rasa hati bila membaca notakaki kak tedi....sudah semestinya kami semua akan ingt kak tedi....
al-fatihah
mati itu mmg pasti
seperti yg telah di janjikan DIA
kita pon akan melaluinya
hanya DIA yg tahu
aku akan kenang kamu dlm doa ^^
Alfatihah..wlaupun tak kenal siapa beliau itu..sekurang2nya saya tau pasti beliau insan yg istimewa dihati semua blogger2 yg lain...
alfatihah..
sampai saat ini, tiap blog yg sye bace, sume cerita psl arwah..mmg jelas yg arwah seorang yg baik hati & istimewa..
takziah utk keluarga arwah.
tEdi...
kamu tetap dalam ingatan.
Betul kata Jard. Itupun kalau bukan saya yang pergi dulu.
al fatihah tuk bro syam..
selagi kita bernama sahabat..akan saling dikenaang..
akak sangat susah untuk terima ini
al-fatihah..
semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman.
Salam... Al-fatihah...
*Semoga kebaikannya ikut bersama...*
Sesungguhnya kematian itu memang pasti..
besh lah anna
pernah sekali beli kat pasar malam bachang!
Alfatihah jga buat beliau...moga dirahmati Allah, pergilah dengan aman, aminnn
InsyaAllah , manusia yang baik sentiasa dikenang.
urghhh...ayat kau dlm blog yg ni mmg aku puji...ni barulah aku setuju kata kau ensem. alfatihah utk arwah.
Post a Comment