Saturday, May 01, 2010

HaRi yanG Panas TaPi kenyanG.....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 PM
Maaf kawan-kawan. Memang tidak dapat membalas lawatan kamu dan melawat blog-blog yang lain. InsyaAllah jika ada kelapangan malam nanti.

Dari pagi sibuk memasak. Rumah sepupu ada kenduri selepas Asar tadi. Jadi kami memasak untuk bersedekah sedikit. Emak buat nasi himpit dalam 50 ketul. Sudah di rebus dari sebelum Subuh. Pagi-pagi tumiskan sambal pula.

Di sebelah malam rumah pakcik pula ada Majlis cukur jambul cucunya yang kedua. Selepas Maghrib ini. Jadinya kami buatkan dadih untuk beri sebagai sedekah. Buat dalam 6 bungkus pelbagai perisa. Dapatlah beri dalam 100 cawan dadih pelbagai perisa. He he he he.. Memang sibuk.

Ini pun curi-curi kemaskini. Mahu ke kenduri cukur jambul. Datang lambat sedikit agaknya. Baru balik dari rumah sepupu di Bukit Katil pukul 7.00 tadi.

Sempat pula nampak jiran sepupu yang membela kucing-kucing pungut. Sayang pula tidak dapat tengok sebab aku di luar dan pakcik itu di dalam pagar. Kucing-kucingnya ada di dalam sangkar.

Lagipun tengah marah sangat tadi, sebabnya si Kakak berlari sampai ke tengah jalan dalam kawasan perumahan itu untuk kejar anak kucing. Nasib baik tidak di langgar kereta. Menggigil lutut rasanya. Aduhai! Kami memang cuai.

Okeylah!

Sudah mahu pergi majlis makan-makan lagi.

Bila mahu kurus ini?
he he he

Nota kakitanganku : Siang makan sate ayam, malam makan kambing. Bergaduhlah dua ekor itu dalam perut aku!








6 kUs-kUs:

ISZA on May 1, 2010 at 8:29 PM said...

saya pun ader kenduri cukur jambul.. tengah bersiap sambil2 mengintai sini :)

nIsYa on May 1, 2010 at 9:03 PM said...

perot kenyang, hati senang :)

umi_e on May 1, 2010 at 9:20 PM said...

Salam... bestnya makan kenduri ;)

azieazah on May 1, 2010 at 9:33 PM said...

Seronok kan bila ada kenduri2 camni. Cukur jambul dan sebagainya, selain mengeratkan silaturahim, tapi budaya yg seronok dihayati...

hmmm.. makan makan makan. Makmur sungguh negara kita.

Selamat Hari Pekerja..

ciK LyndaWawa on May 1, 2010 at 11:49 PM said...

masak untuk aku juga kak...hehehe

N@zihah on May 2, 2010 at 10:59 AM said...

HEHE..Jgn sakit perut,sudeh@_~

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting