Tuesday, May 04, 2010

JanGan MemPerTikaikaN Kasih sayAngku kEPaDa YanG Maha Esa. Aku BeLum TerLalu TaksuB. ALhamduLiLLah....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:30 PM
Mungkin aku salah tafsir kata-kata kamu. Aku punya tafsiran sendiri. Kamu punya tafsiran sendiri. Tafsiran kita berbeza.

Kamu tidak berada di tempat aku. Kamu tidak duduk dalam situasi aku. Kamu tidak punya perasaan yang sama dengan aku. Sebab itu kamu tidak dapat merasai sepenuhnya apa yang aku rasa. Kamu bukan aku.

Duniaku tidak luas seperti kamu. Kamu ada bahu untuk kamu tumpang tangis. Kamu ada si kecil tempat kamu bergelak ketawa. Duniaku kecil kerana aku hanya ada mereka.

Dunia kita berbeza. Tidak serupa dan tidak sama. Kamu mungkin belum kehilangan sesuatu yang sentiasa berlegar di ruang mata kamu.

Aku tidak taksub dengan kehilangan itu. Jika aku begitu, pasti aku tidak boleh ketawa sekarang. Pasti aku tidak boleh tersenyum. Pasti juga aku tidak boleh bercerita tentang dia dan kehilangan.

Namun sesekali hati aku akan terusik dan teringat. Kamu perlu faham itu.

Kerana,
aku hanya manusia. Manusia biasa. Manusia yang punya pelbagai perasaan yang bercampur. Sebab itu kamu tidak akan faham, kerana kamu bukan aku.

Terima kasih atas ingatan kamu.

Alhamdulillah.
Aku beluim lalai dan leka dengan kasih sayang sesama makhluk di muka bumi ini.

Allah tahu itu.

Nota kakitanganku : Aku perlu jelaskan agar kamu faham, aku tidak merana sehingga lupa Qada dan Qadar dari-Nya.









 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting