Oleh kerana terlalu banyak perhatian untuk budak ini di blog-blog kawan-kawan menjadikan aku mahu tengok AdaMaya semata-mata mahu tengok budak ini berlakon.
Wah! Dia memang nampak comel dengan pipi bulatnya. Adegan sewaktu dia menunggu emaknya menjemputnya di nursery memerlukan memek muka sedih. Baru 4 tahun. Sudah pandai berlakon.
Ingat lagi Anne Ngasri. Macam inilah dia kecil-kecil dahulu dalam drama Kecil-kecil Cili Padi. Tapi tidaklah sekecil ini. Sekarang sudah berkahwin dan beranak pinak. Dengarnya hampir bercerai pula.
Selain Haziq Tom Tom Bak itu, kita memang sudah ketandusan pelakon kanak-kanak sebabnya majoriti pelakon kanak-kanak sudah meningkat dewasa. Balik-balik muka yang sama sahaja.
Semoga kerjaya lakonan Mia Sara tidak akan terhenti setakat ini sahaja dan dapat di seimbangkan dengan pelajaran.
Ramai juga blogger yang sudah jadi peminat dia di lama Facebook ya?
Nota kakitanganku : Bila sudah besar nanti rasanya comel lagi ke tidak? He he he he
14 kUs-kUs:
salam... masa kecil semua comel :p
* cam cik tedi gak ;)
comei giler si mia ni...
bijak lak tu..
adusshhh..
cane nk apat anak cam gini ekk..
ekekekekek
ahhh adam lagi chomels per..
bwahahaha~ dush dush dush
dia ni bkn anak syed hussein tu sendiri kan.. erm.. kalau x silap la..
Harap dia sentiasa akan Comel..
sedap nama dia.. boleh masuk senarai nama anak :)
Harap dia sentiasa akan Comel..
memang comel..rasa nk cubit pipi
dah besar nnt nak ngorat dia la plak..:-p
heee
si kecik ni sgt2 comel
:)
cumil melampau~
sy dh besar sy ttp comei jugek...
~lalalalala...
suke tengok dia..comel!
sgt la cumil..sejuk mata memandang..:)
Post a Comment