Wednesday, May 26, 2010

MenJuaL MaJaLah MinGGUan WaNiTa TerPakai DenGan HarGa yanG MuRah serTa aDa DiskauN. Mari-Mari BeLi!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:44 AM
Photobucket

Sudah macam Toko Buku.

Kali ini aku tidak bantu sesiapa, tapi aku bantu diri sendiri. Ekekekeke..

Aku sedang dalam proses mengosongkan bilik dari pelbagai jenis kotak yang penuh dengan majalah ilmiah. Semuanya terlalu banyak dan sayang untuk di buang atau di jual timbang kilo. He he he..

Jadi aku mengambil keputusan untuk mengiklankannya bagi tujuan jualan. Majalah terdiri daripada Majalah Mingguan Wanita sejak zaman berzaman. Ada ratusan keluaran jika tidak silap. Sebelum ini kakak yang melanggan aku tumpang membaca. Bila dia sudah berkahwin dan berpindah, aku sendiri yang beli dan mengumpulnya.

Sekarang sudah ada 3 kotak dan 2 almari berisi majalah ini. He he he

Majalah lain juga ada seperti Majalah RAPI, Wanita, Keluarga dan Jelita. Tetapi tidak banyak. Majalah Pa & MA juga ada tapi aku rasa kakak aku masih memerlukannya. He he he..

Majalah Mingguan Wanita ini di jual :

1 naskah RM 1.50 bagi belian 10 naskah dan ke bawah.
1 naskah RM 1.20 bagi belian 11 naskah dan ke atas.

Jika ada yang berminat untuk membeli secara pukal untuk jualan semula, harga boleh di runding.

Diskaun akan di beri jika Majalah yang di kehendaki itu koyak atau kurang sempurna.

Harga tidak termasuk kos POS.

Kamu boleh memilih majalah keluaran mana yang kamu mahu. Sebut bilangannya juga boleh. Tahun ke, atau apa-apa sahaja. Jika mahu selain dari Majalah Mingguan Wanita juga boleh di ajukan pertanyaan.

Kamu boleh bertanya melalui emel mylosermind@yahoo.com atau meninggalkan komen di sini atau di blog kawansitedi.

Sekian. Terima kasih.





17 kUs-kUs:

Tuah on May 26, 2010 at 7:58 AM said...

betullah cara cik ted tu.
kalau jual timbang kilo pun bukan dpt dgn harga yg memuaskan.
jual secara online lg bagus... berbaloi2.

kena rajin2 la iklankan2 di mana2 blog online.

Reen on May 26, 2010 at 8:19 AM said...

kalo dok ipoh boleh jual kat novelhut!
untung gak!
heheh

N@zihah on May 26, 2010 at 8:38 AM said...

slm.huwaa..banyak nya awak kumpul majalah tu!! hehe..saya suka baca jek. tak berapa sangat kalau nak kumpul ni.

@reLong on May 26, 2010 at 8:47 AM said...

Wah bestY..rse nk bli..tp hmm..xtau nk keluaran yg mane..tp suka bce mjlah wanita sb ada resepi masakan kat citu..hohoho..

Relevan on May 26, 2010 at 8:50 AM said...

Penjualan bijak ni..timbang kilo tak leh ke Tedi?..

umi_e on May 26, 2010 at 8:51 AM said...

Salam...

* semalam baru je ada orang datang promosi untuk langganan MINGGUAN WANITA dan TIGA majalah lagi untuk RM499 setahun!

a.z.r.i.n.a.03.07 on May 26, 2010 at 9:00 AM said...

kRina sayang punya sayang akhirnya jual pada lori "Old newspaper" yang datang hari minggu.

rak buku dah tak muat.

pejam mata jer..sayang koleksi sumer.. koyakkan bahagian resepi & petua utk simpanan..hehe.

~aSHa~ on May 26, 2010 at 9:14 AM said...

wah byk nye koleksi..

sy baru beli keluaran baru..ntah bila nak baca...baca yg tajuk menarik di depan je..

skrg ni kurang dah membaca magazine..

Alimaz-Kembara Terasing on May 26, 2010 at 9:15 AM said...

ish sayang la....saya kumpul majalah mastika sejak sekolah menengah dulu...sampai la ni sayang nak buang......

yoro okino on May 26, 2010 at 9:30 AM said...

nak jual nota mcm nie gak..laku x agak2??=P

Sufi Asri on May 26, 2010 at 9:43 AM said...

byaknya koleksi kak.. fuyoooo..

hehe..

mama affan on May 26, 2010 at 10:10 AM said...

wah, banyaknya..

moga ada yg membeli..( aku kalau dekat, surelu beli sbb aku suka baca membaca nih..)

tp pos2..agak leceh di situ..

MiYOKO SuKi on May 26, 2010 at 10:17 AM said...

cik tedi kasi new idea for me...

kt umah tu, sy ade berlambak2 majalah...tak tau nk wat pa..letak je dlm stor...

kalo jual pun, sure laku gak kann....

iCe on May 26, 2010 at 2:24 PM said...

majalah kete takde ke cik tedi???

samnas on May 4, 2011 at 7:04 PM said...

helo.. u ade jual tak Majalah Rapi 2010? pls reply me..
julovemoon@yahoo.com

syarf on September 22, 2013 at 5:12 PM said...

Agak2 tahun 1987 ade tak.. huhu sekadar bertanya...

CIKGU SUZIE on June 8, 2015 at 5:25 PM said...

Tahun 1987 ada tak

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting