Tuesday, May 25, 2010

AnJakaN GaJi PerTama : Surat KeLuLusaN SuDah KeLuar. Syukur!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:45 AM
Photobucket

Syukur. Rasanya cepat dan lancar sahaja perjalanan untuk terima Anjakan Gaji Pertama ini.

Daripada menerima keputusan di aras IV , menghadiri kursus BTN dan mendapat surat kelulusan Anjakan Pertama, semuanya berjalan lancar. Allah membantu mempermudahkan semuanya tanpa perlu menunggu lama. Syukur.

Bulan Julai ini InsyaAllah, dapat merasai gaji pada tanggagaji P2.

Anjakan Pertama di perolehi jika keputusan Peperiksaan Tahap Kecekapan berada pada Aras IV. Jika tidak gaji masih lagi bergerak tetapi pergerakan biasa mendatar sahaja. Tetapi jika anjakan P1 akan berganjak ke baris bawah P2.

Semalam bertegang leher sekejap dengan seorang guru yang mati-mati kata dia sepatutnya dapat tunggakan gaji sedari tahun lepas sebab dia lulus PTK tahun 2009. Dia kata lagi kawan dia yang cakap sebab kawannya itu dapat tunggakan dari tahun 2009.Aduhai!!

Bila aku tanya kawan dia itu dari sekolah mana , terus dia ubah tajuk.

Macam inilah.

Kalau kamu lulus PTK yang kamu duduki pada Tahun 2009, kamu akan mendapat anjakan gaji pada tahun berikutnya. Itupun jika kamu sudah cukup syarat menerima anjakan seperti menghadiri Kursus Kenegaraan dengan jayanya jika kamu masih di Gred gaji P1.

Contoh,
Kamu lulus PTK Tahun 2009. Tarikh Pergerakan Gaji 1 Januari dan surat kelulusan keluar pada Mei 2010.

Kamu akan mendapat gaji di tangga P2 dari 1 Januari 2010. Kamu akan di bayar tunggakan perbezaan gaji itu dari Tarikh Pergerakan Gaji kamu. Tapi, contohnya macam aku, TPG aku bulan Julai, aku terus akan naik P2 pada bulan Julai, tidak adalah tunggakankan?

Jika ada apa-apa pertanyaan oleh ajukan ke mylosermind@yahoo.com

aku akan cuba bantu mana yang boleh.
InsyaAllah

Nota kakitanganku : Oh! PTK hanya boleh di duduki jika kamu sudah sah dalam perkhidmatan. :)






39 kUs-kUs:

ejdeejasmi on May 25, 2010 at 10:08 AM said...

tahniah tedi..emi ni bila la nk ambik PTK..confirm pun lom lagi..aiyak JPN perak ni lembab sikit..ehe..dh nk menjangkau 3 tahun dh kerja..TPI takut gak nk ambik..gred emi kena jawab satu paper yg kena ada perbincangan kumpulan..dhcam nk ambik MUET lak..aduhai takotnya

Anonymous said...

salam,

congrats :) btw boleh tak tedi bg blog url psl kucing yg kena potong ekor dgn kaki tuh? kurang ajar sungguh sapa yg buat mcmtuh..kejam!!!!

Tuah on May 25, 2010 at 10:18 AM said...

tahniah cik ted.
semoga usaha dan kerja cik ted akan bertambah mutu dan kualitinya.

Unknown on May 25, 2010 at 10:23 AM said...

congratzz dear :) leh blanje pizza, yippieee :)

Chenta on May 25, 2010 at 10:40 AM said...

Oooo... patutlah senyuman mu manis sekali .

Tahniah !

Anonymous said...

wah naek gaji ler..!

Fazleyatul Aini on May 25, 2010 at 10:47 AM said...

wah tahniah2
leh la blanje secret recipe ni
hihi

Anonymous said...

WAH..
BESH!
rezeki lebeyh....

bylindakitchen on May 25, 2010 at 10:51 AM said...

ptk..ptk..
dulu lin dapat 111, 1V..so kesimpulannya 111.

skarang bila gred s/u naik..ptk katanya dah tak pakai.

Dina Zakaria on May 25, 2010 at 10:52 AM said...

bile laa i pulak nak dapat annual increment ni???

Hazzy Ishak on May 25, 2010 at 10:54 AM said...

wahhh! masyukkk

~aSHa~ on May 25, 2010 at 11:04 AM said...

tahniah...bleh buat kenduri besar ni....

asha tak pg BTN lagi..ehehe so jgn harap dpt anjakan paradigma ni

Softtouch [Hanim] on May 25, 2010 at 11:06 AM said...

tahniah tedi...sbb sy pekrja swasta so xfaham sgt pasal anjakan2 nie...ape2 pun hepy for u tedi..Allah amik yg lain, Dia bagi tedi rezeki lain...faham kan?

Alimaz-Kembara Terasing on May 25, 2010 at 11:07 AM said...

alhamdulillah ..tahniah

myQza on May 25, 2010 at 11:17 AM said...

salam anon,

pasal kaki di potong blognya di sini
http://kakimotong.blogspot.com/

pasal ekor di potong blognya di sini

http://sillylupie.blogspot.com/

terima kasih

syaf on May 25, 2010 at 11:26 AM said...

berpinar kepale aku nk paham menatang2 ni sume...klekeke

attyfir on May 25, 2010 at 11:37 AM said...

tahniah tedi .lepas ni keje rajin2 lagi ye..

nich on May 25, 2010 at 11:42 AM said...

wahhh.. best nye.. bile la saya nak dapat merase gaji sendirik neyh.. uhuk hukhuk

on May 25, 2010 at 11:45 AM said...

wang besar...wang besar...
jom KFC kak tedi

ehheheh

N@zihah on May 25, 2010 at 12:17 PM said...

huwaa...
kurang faham sedikit,teringin nak
kerja jugak.
lama lagi nak tunggu habis pengajian,setakat ni baru kerja olok-olok jek,part-timers..
Tahniah TeDi, Allah permudahkan urusan hambanya yang sayang dan prihatin terhadap kucing.hehe.
*tetibe..

kella on May 25, 2010 at 12:20 PM said...

tahniah kawan..
disebalik kesedihan, Tuhan berikan kegembiraan...
syukur Alhamdulillah.. :)

[z@ck] on May 25, 2010 at 12:26 PM said...

tedi..sila belanja aku
=)

niesz on May 25, 2010 at 12:27 PM said...

alhamdulillah..rezki kan..ley r blanje niesz lps nie..ehe..

Unknown on May 25, 2010 at 12:28 PM said...

salam tedi~
hehehe... tahniah atas kenaikan gaji kamu itu... :)

Rowena Zainuddin on May 25, 2010 at 12:39 PM said...

congratz tedi!
leh laa belanja nie..
ehehee~

Anonymous said...

Hello friend, could you exchange my blog?
I hope you can link my blog to yours
this is my site: http://khmernewstoday.blogspot.com/
thanks you
cheer,

lupie on May 25, 2010 at 12:53 PM said...

Hi Sis!!
Such good news!
Congratulations from all of us here!!
It is a well-deserved pay rise!

CITY® on May 25, 2010 at 1:02 PM said...

salam,

tahniah!!!

i dapat 3 3 jerk
malas dah nak ambik ptk
huwaaaaaaaaaaa..
tapi jeles la plak
bila mau dapat p2 nih
hukhuk...

semoga murah rezeki
dan naik gred lagi
hehhehe

d0tbl0gsp0td0tk0m on May 25, 2010 at 1:46 PM said...

alahaiiii gaji aku juga le yg x berganjak.....

p/s :- kamu dah naik gaji.. tu pasal senyap je..huhuhuh

ejaMaria on May 25, 2010 at 1:50 PM said...

tanya balik kat cikgu tu, dia lulus aras berapa? konfiden jer naik gaji, klu lulus aras 3 mana dapat...

anyway... tahniah kat tedi, dugaan sblum ini utk dimurahkan rezeki... Alhamdulillah

a.z.r.i.n.a.03.07 on May 25, 2010 at 1:51 PM said...

Sekolah Cina tu macam kRina tau jer katne..

Singgah mintak belanja, boleh ?

hehe..

mama affan on May 25, 2010 at 2:34 PM said...

baru nak ambik ptk next month..huhu..

ISZA on May 25, 2010 at 5:47 PM said...

tahniah tedi.. doakan akak berjaya pula tahun ni..

asilahmuhajer on May 26, 2010 at 4:48 PM said...

tahniah la tedi! saya baru nak gi BTN esok. tapi untungla awak tedi. cepat betul dapat kelulusan tu. kawan sekolah saya yang lulus PTK tahun lepas dan dah ada BTN pun belum dengar apa2 citer lagi. apsal dia lambat ek??

lepas ni kalau ada apa2, saya nak refer tedi la. boleh beri bantuan ye??

♥ Xett Hereen ♥ on May 31, 2010 at 12:42 AM said...

tahniah tedi !
wow ! jeles mak nyah!
ahaks !
lor, kat JPN ke ?
cett ~
tah2 yg slalu jwb fon tuh tedi x ?
ahaks !~
=]

tokapi on June 20, 2010 at 9:34 AM said...

Salam... nak tanye sikit yer.. bile dah dpt result PTK dan dapat aras IV, ape ye langkah seterusnya untuk membolehkan anjakan gaji ke P2? Kene bagi result dekat admin ke.. atau kene contact JPA ke.. atau camne yek?

Lame tak agak2 kalau nak naik tu? Sy TPG bulan Julai...

Mohon membantu...

penjejak maya on July 23, 2010 at 11:58 AM said...

salam,

tahniah dapat anjakan gaji saya pun akan dapat anjakann gaji bulan julai ini.. benar anjakan gaji tu dapat setahun selepasnya..

Mawie on December 28, 2010 at 4:47 PM said...

Salam...saya pun ada nak tanya mengenai PTK ni..sy pun dah lulus PTK aras IV...bln 8 lalu...dan lulus BTN...sy ada dengarlah dari kerani yang uruskan pasal anjakan gaji ni..dia cakap jangan terlalu berharap sebab panel pemilihan akan buat kputusan berdasarkan kuoto jugak...betul ker?

Mawie on December 28, 2010 at 4:47 PM said...

Salam...saya pun ada nak tanya mengenai PTK ni..sy pun dah lulus PTK aras IV...bln 8 lalu...dan lulus BTN...sy ada dengarlah dari kerani yang uruskan pasal anjakan gaji ni..dia cakap jangan terlalu berharap sebab panel pemilihan akan buat kputusan berdasarkan kuoto jugak...betul ker?

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting