Kalau yang namanya kucing ini, memang selalu buat aku cengeng! Tidak tahu apa itu cengeng? Sila 'gugel' ya murid-murid.
Selepas Maghrib semalam aku duduk di beranda luar mencari Si Kurap entah ke mana merayapnya. Mahu beri dia makan. Lampu di beranda tidak aku nyalakan kerana di tempat meletak kereta sudah terang. Tiba-tiba aku dengar satu dentuman kesan dari balingan batu. Serpihan batu sebesar penumbuk tersadai di laman.
Mencicit-cicit dua ekor makhluk Tuhan menyelamatkan diri. Si Kurap terus ke garaj kereta , Dak Itam terus ke beranda.
Jiran sebelah rumah membaling kucing aku dengan seketul batu sebesar penumbuk!!! S.H.I.T!! Di hadapan aku tapi malangnya dia tidak tahu aku ada di situ. Silap besar!!
Aku berdiri. Dia nampak aku. Berpura-pura tanya.
'Eh! Siapa punya kucing yang oren itu?'
S.U.C.K lah kau Pakcik!! Kau sudah tahu Si Kurap itu duduk sini kamu mahu ubah tajuk pula!! Dia tanya kali kedua soalan yang sama.
'Kurap itu saya punya'.
Lepas itu aku malas mahu layan dia.
Masuk melihat Dak Itam. Mendengus-dengus dia marah. Ya Tuhan! Jari kakinya berdarah!! Bulunya tercabut!!! Mesti kena balingan tadi.
Aku sudah mula menangis. Sejak dua menjak ini memang mudah tersentuh. Lebih-lebih lagi sejak tinggal seekor ini sahaja. Aku sudah mula membebel. Emak mendengar sahaja. Abah yang baru balik surau bertanya.
'Kenapa?'
'Tu, barua sebelah baling dengan batu!!'.
Aku memang biadap! Aku minta maaf! Bukan pada dia. Tapi pada diri sendiri dan pada kamu yang membaca!
Airmata masih laju!
Emak pula bercakap ' Sudah, lain kali jangan bagi kucing-kucing dia makan lagi. Jangan layan kucing dia. Halaukan kalau dia datang!!!' Emak juga marah!
Aku ingin bertanya kamu, adakah kamu di kira pencinta kucing hanya kerana kamu membela kucing?? Aku mahu jawab! Jawapannya belum tentu lagi.
Bagi aku, orang yang betul-betul sukakan kucing, akan suka pada semua kucing-kucing. Bukan hanya sayang pada kucing sendiri. Tetapi sayang pada kucing orang lain, kucing terbiar, kucing tiada bertuan, kucing yang sakit, kucing yang hodoh. Semuanya!!!
Bukan hanya pandai jaga dan bela kucing sendiri tapi kucing oranglain kau buat macam 'haram!!!"
Tolonglah! Kalau kau benci, menyampah, meluat sekalipun, tolong gunakan akal bila bertindak. Banyak cara lain yang boleh di lakukan untuk menghalau kucing yang datang bertandang ke rumah kau. Kau hentak kaki pun dia akan lari.
Tuan dia sudah buat aku hilang sabar!!
Kamu rasa, sampai ke hati aku mahu halau SPM bila dia kelaparan datang dan minta makanan? Tergamak ke aku mahu baling dia dengan batu atau sekurang-kurangnya dengan selipar bila dia mengiaw lapar?
Setakat kau pakai kopiah, imamkan orang sembahyang, tapi kau zalimi binatang, sumpah! Memang aku tidak hormat!
Nota kakitanganku : Boleh jalanlah!!

37 kUs-kUs:
nabi pun sayangkan kucing..kalo kucing tido atas jubah..dia kerat jubahnye..supaya tidak terganggu kucing tido...
walau tak suka kucing...tak baik buat binatang..
nak tau satu cite..
aritu anak ai ni mmg la lasak yakmat...dia pg sepak kucing ada kat kedai makan ni...aku ni bape kali dah marah dia..dia buatnye kucing tu raksasa...dia tu oltromen kononnye....bila aku marah tak jalan...ada seorang lelaki india tu marah anak aku....
aku?
aku tak marah pun lelaki india tu...sbb aku tau anak aku salah...so aku ckp 'padan muka, mama ckp xnak dgr'
kalo anak sendiri buat salah..xkan nak bela kan?
erm...
pada lin.
kalo kita sudah sayang kucing..tidak kira kucing itu cantik atau hodoh.
mahu atau tidak..
perasaaan kita pastie akan kesian.
pastie akan mudah sayang.
ntahlah...naluri keibuan akan tiba-tiba hadir.
susah mahu cakap tedi.
cuma pada lin..satu perasaan akan timbul bila kita nampak mahkluk tuhan itu.
jika kamu cat lover..kamu pastie akna rasa.
Salam... sakitnya hati baca n3 ini!
Nasib baik pakcik tu berdepan dengan dak tedi... kalau berdepan dengan kak e... jawabnya batu yang dia baling tu akan singgah ke muka dia!
* kak e amat sensitif orang buat 'sesuatu' pada haiwan khususnya kucing! Waktu sekolah2 dulu pernah 'berperang-besar' sebab kucing! Jangan main2!*
**Harap dak tedi terus bersabar**
Memang S-H-I-T ... nincompoop, asshole.
One day, he shall have the whole village cast stones, cement, pasir, spanar at him!
Hugs to you and Dak Hitam, Kurap too ...
tEDl...memang patut kata barua itu dilemparkan kepadanya...kerana tak semestinya hanya dgn kopiah yang putih tu aje sudah meletakkan dia ditempat yang lebih baik dari kita.
Perangai dan sikap itu lebih buruk dari sikap haiwan...
Haiwan memang tak berakal...biar pun mereka mempunyai otak...tapi dia yg diberi akal tidak menggunakannya...
salam tedi`
amat melampau kalo baling ngan batu.. patut dia yg di baling ngan batu.. baru tau mcm mna skitnya..
xpe di akhirat nanti...dia plak kena baling batu....sure lagi pasti plus jitu
sialan betul pakcik tu. tu lah, jangan lah anggap org [tak semua] yg konon2 alim tu berhati baik, berhati wangi. lagi busuk dari orang yg tak berapa nk alim.
Macam mane pak cik tu bleh wat kucing mcm tu???cuba bayangkan kucing die yg kena..
pak cik tu patut syg semua kucing yg ada..Klau ku,die mmg silap..sure ku akn trus maki hamun pak cik tu..
Ni bleh kwn nk jiran sblh umah ku..kucing ku asyik kene sepak sbb nk men ngn kucing die..
Bencinya manusia yg mcm ni.....huk3~
*tringat jdour yg mati sbb org racun..huwaaaaaaaaaa*
kenapalah pak imam tu sampai hati baling dengan batu. huhu
nyamuk seklapun aku tak bunuh.
semua makluk allah mahu hidup huhu
mmg kurang ajar.
itu bukan syg kucing. kalau dia sygkan kucing, tentu kucing dia tak merempat mintak makan kat rumah cik ted.
dasar tak tau bela kucing...
alamak tedi...pesal ko tak baling je balik pak cik tu?
bia la die rase sakit ke tak..baru le die tak buat dah
huh!
marah betol aku ngn pak cik tu!
aku pun nk kem salam peluk ciom kt si kurap n dak itam..muah2
bela kucing tak semestinya pencinta kucing kalau zalimi kucing
orang yang betul-betul sukakan kucing, akan suka pada semua kucing-kucing...saya setuju ayat ni..
ustaz pun manusia biasa juga,boleh jadi bangang dan tak berotak..(maaf..geram sangat dah ni bila baca entri ni..hehe)
kalau kucing tu boleh bersuara,lama dah dia kutuk ustaz tu balik..bodoh! balinglah makanan ke hehe..ni baling batu..kucing kalau kita sergah pun dia tau lari lah...
dalam hal ni kucing tak bersalah...
sabar ye si tedi..jangan cengeng2..
betul...kucing klu sergah pun dah lari..nak extrem sikit..hentak2 kaki..x yah la baling batu sampai ada niat nk mncederakan..adik akak pernah ckp kucing binatang kesayangan Rasulullah SAW...smpi skrg akak pegang...
klu x suka pun..jgnla aniaya..:(
haish...
ape laa pakcik tu...
nak marah pun jgn la sampai baling batu...
teruk la...
ye la kan..kucin kalau sergah mcm tu jer dah takut...kenape nk baling nagn batu..besar plak tuh..
tak melambangkan diri betul.
tebal berapa inci agaknya muka dia.
kRina yg tak berapa gemar kucing(geli) ni pun tak sampai hati bila ada dua ekor malam tadi bergaduh (memang bising sampai angah & adik takut ) kat belakang rumah.. berani cakap cet-cet-cet jer!
itu pun along dah tegur kata kucing kesayangan nabi, kita tak boleh marah dia..huhu..
psst: teringat arwah ayah pernah guna perkataan tu !lama tak dengar.
dasar celaka...maaf aku lagi biadap...
smpai ati die wat mcm tu..kucing tu pon ade perasaan..ade rase sakit..hnya ALLAH je yg dapat bls perbuatan kejam die tu..cik tedi sabar ek..
kucingku pernah mati sebab ada budak baling batu..kejam !, kucing jiran ku ekor dia sikit lagi nak putus sebab jiran aku lagi sorang marah kucing tu masuk rumah, kejam !
putih tu si kurap ka..?
ish! arol mmg sensitif sikit bab2 kucing nie. dulu sepupu-sepapat dtg rumah, mereka buli kucing2 arol yg masih kecil. dia bawa lari ke hulu ke hilir. arol terus buat muka. dlm hati nie, ~!@#$%^&*. rasa nak maki hamun jek mereka tp xnak malukan mak dan ayah.
kucing kurap ke, kucing hodoh ke, mereka tetap kucing. kucing pun ada hati dan perasaan jugak! klu tak suka, xpyh la sampai buat sesuatu yg boleh memudaratkan kucing tue. halaulah kucing dgn cara baik seperti pukul penyapu lidi pd lantai. mesti kucing tue takut dan lari. kucing x cedera, kita pun x berdosa.
ish, teremosi pulak! haha :D klu bab2 kucing nie mmg sensitif sikit. *eh, kucing putih tue mcm kucing arol la! :)
apa yang kucing tu buat sampai orang tu mengamuk sangat yer?
tapi apa apa pun tak baik bertindak demikian.. amarah menguasai diri lah tu..
kucing adlh binatang kesayangan NAbi !
Bagi itu kucing cakar saja muka orang yang baling batu tu..biar padan..
setuju 100% dgn tedi!
org yg betul2 sygkan kucing, tak akan berkira utk melindungi dan menyayangi kucing-kucing lain yg berada di sekitarnya
p/s: cukup benci dgn org yg suka menzalimi haiwan!
sakit nya hati baca entry kali nie. cam kata kak umie..nsb balik orang tua taik tu bdepan ngan rumah tedi,kalo aku la..mmg saja aku pg rumah dia pastu cakap
XDE MAKNE KO JADI ORANG ALIM SEBAB KELAKUAN MACAM SIAL. SUMPAH AKU XRESPECT KAT KO DAH. NGAN BABI KO LAGI HINA
*wah aku sangat emo kalo makhluk Allah dbuat cam nie,lebih2 lagi yg buat tu spesis ber-KOPI-ah*
pastu blah ngan muka puas.
moga kucing yang mjadi mangsa tu di lindungi Allah
sejahat2 aku pown aku tak pernah baling apa2 kat kucing...kerana aku sedar yang kucing juga ada perasaan walaupun ia hanya mampu mengeluarkan bunyi MEOWWWWWWWWW.....namun kita tak taw ada kah ianyer meminta simpati ataupun berada dalam keriangan.....hurm saya sokong kak tedi....orang itu mmg layak digelar BARUA klu kak tedi rasa segan biar aku yang tolong smpi ko mmg PUAKA...aku ulang PUAKA>....puas ati aku....maafla biler emosi menguasai diri...
kejadian ni mengingatkan cerita jiran sy..ada sorang pakcik baru balik dr umrah baling kucing dr tingkat 14 di flat umah sy..sedihkan..kejam betul..
sy x suka kucing..tp sy x tergamak nk melukai binatang kesayangan nabi itu..
org 2 x ikhlas!
aku suka kucing..so aku tidak akan sesekali membuat dia menderita
waa...zalim dengan binatang...sampai ati..huhu.
ada orang bela kucing..tapi tak ambil tau makan, berak & sakit kucing...kesian..
kalo dh si SPM tu asyik mai rumah ko utk makan, ko rs tuan dia tu bagi dia makan ke?? aku rs SPM tu pun dh terabai... ceh... aku yg bukan pembela kucing ni pun sayangkan kucing... pkcik tu yg bela kucing tp haram tak da perasaan langsung...
cukup tk suka orang cam ni.. :(
bela kucing tapi x suka kucing org lain.baik xyah bela.it's not true cat lover! =)
giler kejam x de cara lain ke nak halau kucing..iskk
suruh la pakcik tu tanggal kopiah dia sblm buat perkara2 mcm tu
hampeh je huh
Post a Comment