Friday, January 08, 2016

ChaLeT InDaH Dan nyAmaN. RiVersiDe Di JanDa BaIk, PahanG DaruL MakmUr.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 3:50 PM
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Kali ini, saya nak review sikit tempat percutian seterusnya iaitu Janda Baik, Bentong, Pahang.
Kali ini was-was juga mahu pergi sebab baru lagi kejadian tanah runtuh di Lebuhraya Karak tu, tapi kami tawakal sahaja.

Perjalanan adalah pada tarikh 19 hingga 20 November 2015.

Atas rasa was-was tentang keselamatan tu, saya mengambil keputusan untuk tidak menempah awal. Maklumlah, kalau batal, deposit pasti  'burn' gitu. Jadi, kita 'walk in' saja cari chalet yang sesuai. Sebelum pergi memang dah Google habis cari tempat menarik di Janda Baik. Pergi berdua, jadi perjalanan dan persiapan sangat ringkas...

Tadaaaaa... Chalet pilihan. Tak sempat survey, terus terpesona dengan chalet ni sebab kawasan yang sangat nyaman dan sunyi. 
Tapi cadangannya boleh buat banner yang baru dan lebih cantik lagi ye Tuan Chalet! =))
Salah satu chalet yang ada. Ini yang ada 'air cond'. harga tak silap dalam RM150 macam tu semalam. 

Bibik 2 orang ni sangat baik dan peramah.

Pondok-pondok di pinggir sungai ini juga boleh di sewa secara harian mahu pun jika ingin bermalam.

Cafe dari pandangan atas

 Air sungai yang mengalir indah. Cheeeawahhhh. Cantik sangat. Air pun sejuk gila!!
Surau. Sebelah bilik saja.

Pandangan dari pinggir sungai. Dekat saja dengan bilik.
Tapak kem motivasi barangkali..
Budak yang kena kidnap masuk dalam bilik. Keh keh keh... Bengang gila dia. Ada lagi seekor adik dia. Emak dia pun ada. Di syaki bapak dia pun ada. Ha ha ha ha
Pondok untuk berkelah dan barbique. Kami pergi waktu akhir persekolahan. Sangat lengang dan sunyi. Itu yang best. Kalau sudah mula cuti sekolah, ramai orang, macam tak best sangat. Ha ha ha
Dewan makan
Dewan makan di tepi jalan
Ada pelbagai jenis pondok, bilik dan dorm yang boleh menempatkan kurang lebih 30 orang  dengan harga yang berpatutan. Sesiapa yang suka menghayati keindahan alam sambil di temani deruan air sungai yang mengalir, bolehlah ke sini.

Banyak lagi sebenarnya chalet-chalet yang ada di Janda Baik ini. Kebetulan, ini chalet pertama yang kami singgah dan terus terpikat.

Walaupun bilik sangat ringkas tapi kami puas hati. InsyaAllah, jika ada masa dan rezeki, akan berulang kembali ke Janda Baik... =)))

** Abaikanlah gambar-gambar yang tidak masuk frame itu ye. Ha ha ha


0 kUs-kUs:

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting