*** 'entry' ini panjang dan merepek. Abaikan jika mahu...***
Aku sudah penat berjalan ke sana dan ke sini menjejaki langkah yang kamu tinggalkan. Seronok bukan buat aku lelah dan tidak bernafas.
Kamu bagai bayang-bayang yang sukar untuk aku dekati. Kamu akan lari. Semakin aku dekat kamu semakin hilang. Mengapa begitu? Kamu ingin menari dan aku mengikut rentaknya. Kamu tersenyum dan aku bahagia. Bila aku rasakan kasih kamu lantas menyisih. Aku jadi buntu kerana kamu buat aku keliru.
Kita tidak bersama hanya sepurnama. Kita tidak bersama hanya semusim. Kita bersama-sama berkongsi tawa dan gembira sedekad lamanya. Aku fahami kamu. Kamu juga begitu setahunya aku. Apa lagi yang tidak kena. Apa lagi yang tidak sudah-sudahnya.
Kamu ingin pergi aku izinkan dengan ekor mata yang basah. Aku tidak pernah menghalang kerana percaya pada ketentuan. Aku tidak pernah merayu apa lagi meratap agar kamu jangan pergi. Tidak pernah. Sekalipun tidak pernah. Aku pasti kamu sedar itu. Aku sayangkan kamu. Aku mahu kamu bahagia. Mahu kamu senyum sentiasa. Walau senyum itu bukan untuk aku. Bahagia itu bukan milik bersama. Tidak pernah aku kesah. Asalkan kamu dapat apa yang kamu mahu.
Kini kamu datang lagi. Bertanya mengapa aku hanya diam membisu. Apa lagi mahunya kamu? Ini adalah aku. Hakku untuk kelu dan bisu. Usah tanya berulang-ulang kerana aku pasti kamu tidak ingin tahu. Bahawa aku sudah jadi sekeras batu di tengah lautan. Ombak datang dan pergi memukul aku ingin gah berdiri sahaja. Tidak terusik apa-apa.
Biarlah kamu diam sahaja di situ tanpa aku ganggu. Biar aku cantum sendiri serpihan cermin-cermin yang retak menunggu relai. Kamu tidak perlu tahu tentang sakit dan luka jariku. Tidak perlu risau andai aku tidak berbicara. Kita sudah tidak sama. Naluri kita sudah berbeza. Kamu yang menjadikannya begitu. Tolong mengakui dan usah menafi.
Usah menduga lagi hati ini. Aku sudah kebal dengan cubaan. Alah bisa tegal biasa.
Aku tidak ingin banjir lagi dengan airmata duka. Aku ingin senyum sahaja. Kamu tahu aku. Kamu kenal aku. Tapi itu aku yang dulu. Jangan tertawakan aku dengan perubahan ini. Kamu patut bersyukur kerana kamu tidak akan hanyut lagi dek keluh resahku.
Kamu pasti tidak akan mendengar lagi soalan-soalan yang selalu aku ajukan. Kamu tidak perlu lagi menatap warkah-warkah cintaku. Kamu tidak perlu lagi membalas puisi-puisiku yang tidak laku. Kamu tidak perlu lagi menyambut salam kerinduanku. Kamu tidak perlu lagi terbang beratus batu untuk mendengar keluh resahku. Tidak perlu lagi semua itu. Percayalah. Tidak perlu. Aku janji. memang tidak perlu. Percaya padaku.
Kamu masih simpan titisan penaku yang terakhir? 'CERITA KENANGAN"? Ini satu-satunya senjata yang melemahkan aku. Aku tewas dengan ini sahaja. Menghayati bait demi bait aku jadi begitu sayu. Itu luahan aku yang paling ikhlas. Yang paling jujur. Yang paling terkesan. Kerana tulisan itu juga kamu bersuara. Dan aku anggap aku sudah berjaya. Senjataku hanya pena. Perisaiku hanya kertas yang tahu berkata-kata. Peluruku hanya patah-patah perkataan yang tidak tajam berbisa.
Kamu juga kalah dengan itu. Sebagaimana aku tewas dengan perkara yang sama.
Bingkaikan 'Cerita Kenangan' di dinding kamar tidur kamu jika kamu mahu. Kerana itu cerita kita. Cerita yang terakhir.
Nota kakitanganku : Kita masih saling sendiri tetapi itu tidak bermakna kita masih perlu bersama.
24 kUs-kUs:
Semoga cik tedi sentiasa kuatkan semangat.. Entry yang luahan hati yang tulus dan ikhlas..
terlalu tersirat dan mendalam...he2.. 'jadilah diri sendiri'.. wish ur luck..
entri dari hati,
aku suka kerna ia juga mengingatkan aku pada seseorg.
seseorg yang terlalu kejam pada aku sehingga aku mampu bangkit spt skrg.
terima kasih.
Moga kamu tabah menghadapi segalanya..
hidup x selalunya indah..huuu :(
dalam sayang ada benci..
kalu da x bersefahaman..
memang la susah..
huu..
begitu tulus dan murni entri ini...
banyak tersirat dari tersurat niy... yg penting tabah ..
entri yang penug dengan memori yang menyakitkan... harap menemui kebahagan yang abadi...
* cinta tidak mesti bersama *
alohai kak...bile crita hal ni tringt smula kisah2 lamaa...jgn loo sdey2 dlm bln pose ni...
my twin... tetapkan keputusan mu demi sekeping hati.....jangan berubah pendirian hanya dengan rayuan..
aku vote for kamu~
ish3 sob3...best nya puitis sungguh...
Setelah kufahami aku bukan yang terbaik
Yang ada di hatimu
Tak dapat kusangsikan
Ternyata dirinyalah yang mengerti kamu
Bukanlah diriku ..
Kini maafkanlah aku
Bila aku menjadi bisu kepada dirimu
Bukan santunku terbungkam
Hanya hatiku berbatas ‘tuk mengerti kamu
Maafkanlah aku..
Walau ku masih mencintaimu
Ku harus meninggalkanmu
Ku harus melupakanmu
Meski hatiku menyayangimu
Nurani membutuhkanmu
Ku harus merelakanmu
Dan hanyalah dirimu
Yang mampu memahamiku
Yang dapat mengerti aku
Ternyata dirinyalah
Yang sanggup menyanjungmu
Yang ramah menyentuhmu
Bukanlah diriku..
ted|::
aku pena rasa semua ni..
=)
terima kasih faarihin :)
anak_singa : terima kasih
Alhamdulillah farah.. kadang2 cerita begini buat kita jadi kuat
terima kasih fia
terima kasih flygurl
betul tu kak rina
terima kasih kak e
alahai dylla.. apakan daya
terima kasih beruwang.
insyaAllah
terima kasih dak zara
miss sic : sob sob sob
terima kasih alimaz
Post a Comment