Saturday, September 12, 2009

RamaDhaN yanG t|Dak Dapat D| Lupa...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:36 AM
Maaf aku tidak berapa ingat tarikh dan tahunnya. Tetap dalam linkungan 4-5 tahun ini dalam bulan Ramadhan. Sewaktu itu Ramadhan pada penghujung tahun jika tidak silap.

Sebelum itu MakLong aku di serang angin ahmar. Beliau berada dalam keadaan koma sepenuhnya. Lama rasanya beliau terlantar di Wad ICU Hospital Pantai. Beliau memang sudah tiada harapan kerana masih terus bergantung kepada alat pernafsan. Itu kata doktor.

Ahli keluarga semua bersetuju untuk membuka bantuan alat pernafsan itu. Ini bermakna beliau akan di redhakan pergi untuk selama-lamanya oleh anak menantu dan cucu-cucu tersayang. Mereka sepakat untuk membawa Maklong pulang ke rumah dan membuka alat pernafasan itu.
Rumah yang di pilih adalah rumah aku ini.

Ambulans sampai ke rumah dalam lebih kurang pukul 11.00 pagi. Membawa tubuh MakLong turun dan di letakkan di ruang tamu rumah. Kebetulan salah seorang menantu beliau adalah seorang jururawat. Dengan di awasi oleh seorang Jururawat lain, dengan di perhatian oleh anak menantu dan cucu, juga adik beradik dan sanak saudara, menantu beliau membukakan alat bantuan pernafsan itu. Kami hanya mampu mengalirkan airmata.

Selepas itu anak menantu tidak putus-putus membisikkan kalimah syahadah di telinga. Semasa itu hembusan nafas menjadi perlahan semakin perlahan dan terus perlahan sehingga terhenti. Setelah memeriksan segala punca nadinya, beliau di sahkan meninggal dunia

Tiada ratapan dan tangisan hiba bertalu-talu. Hanya airmata yang mengalir tanpa suara tanda kami betul-betul redha. Mungkin itu yang terbaik buat arwah. Segala urusan untuk pengkebumian hingga selesai hampir ke waktu Maghrib. Memang kami tidak memasak apa-apa.

Baru sahaja abah berkira-kira untuk membeli sesuatu tiba-tiba jiran sebelah rumah sudah siap memasak nasi beserta lauk-lauknya sekali untuk di sedekahkan kepada kami. alhamdulillah. Rezeki Ramadhan.

Kamu ada kisah yang tidak dapat di lupakan dalam bulan Ramadhan? Mari kongsi bersama!!

Nota kakitanganku : Hidup dan mati adalah urusan Allah Yang Esa. Kita bila pula? Wallahualam...

29 kUs-kUs:

Tengku Speki on September 12, 2009 at 10:10 AM said...

anak sepupu saya meninggal mati lemas sehari sebelum raya tahun lepas :(

myQza on September 12, 2009 at 10:28 AM said...

Innalillah... PROFkusut.. satu tamparan yang hebat bag ibu bapa!!

[z@ck] on September 12, 2009 at 11:05 AM said...

aku puasa yang yok time kecik2..
buka kuali, amik segenggam mee goreng..
hahaha

[z@ck] on September 12, 2009 at 11:05 AM said...

aku puasa yang yok time kecik2..
buka kuali, amik segenggam mee goreng..
hahaha

Nakamura Kazuki on September 12, 2009 at 11:05 AM said...

ambe takde sangat....cuma time arwah ayah ambe meninggal masa form 4...pastu tinggalla kami 6 beradik sama mak tak bekerja....kakak pun baru abis STPM...cuma tahun 2000 tu macam amat peritla..first time raya tanpa dapat cium tangan ayah..hanya linangan air mata jela membawa kami ke pusara di pagi hari raya....walaupun 9 tahun dah berlalu tibe je hari raya pasti peristiwa ini akan berlaku

farah on September 12, 2009 at 12:07 PM said...

sepanjang bulan Ramadhan yang pernah aku lalui,

belum ada lagi perkara sedih yang berlaku.

alhamdulillah.

:)

Unknown on September 12, 2009 at 2:11 PM said...

Setakat ini aku rasa tiada ape2 yang menyedihkan berlaku pada bulan puasa..

Cume semenjak kenal Mr Wan..bila tiba bulan puasa dia beremosi..(sedih tiada ibu bapa) aku juga turut beremosi...

Itu saja buat kali ini..hehhehe

Unknown on September 12, 2009 at 2:39 PM said...

ambe plak..xde lagik raya yang menyentuh perasaan..dolu ske sebab mak dan ayah masih ader, sambutan ari raya amat bermakna...tp sekarang bile mak ayah dah xde nih, jadik suram je ari raya..x meriah cam dolu, nak sambut pong x semangat..kalu hari Raya ke-enam, akan ke kubur..untuk baca Yasin dan waktu tuh, semua org datang bersih kubur...

BumiOrangAsing on September 12, 2009 at 2:58 PM said...

windu kamu!!! windu sama kucen2mu juga!!

white rose on September 12, 2009 at 3:31 PM said...

bln pilihan Allah, memilih hamba2NYA kembali kpdNYA adalah bln SYA'ABN & RAMADHAN...

arwah opah meninggal dlm blm Ramadhan hari jumaat 8thn yg lps...

Beruwang on September 12, 2009 at 5:10 PM said...

aruah mak juga pergi dalam bulan puasa 3 tahun yang lepas....

sharamli on September 12, 2009 at 6:39 PM said...

sedih sbb kena mrh waktu p0sa..ada...

s0b3

umi_e on September 12, 2009 at 8:23 PM said...

alhamdulillah... setakat ini tidak ada pengalaman seperti itu dalam bulan ramadhan... kepada yang mengalaminya, semoga terus tabah dan redha...

myQza on September 12, 2009 at 8:52 PM said...

ha ha ha zack.. mee goreng ko boleh genggam lapar punya pasal.. ekekekeke

myQza on September 12, 2009 at 8:53 PM said...

hencek nakamura : alhamdulillah.. aku tahu kau adik beradik sudah dpt meredakan kesusahan yg pernah di alami du lu.

myQza on September 12, 2009 at 8:53 PM said...

ALhamdulillah farah!!

myQza on September 12, 2009 at 8:53 PM said...

wah!! Mr wan yatim piatu... jaga dia elok2.. eh eh.. boleh ke?

myQza on September 12, 2009 at 8:55 PM said...

dak ashie : semoga hari raya walaupun tiada meriah namun pasti bermakna...

Hidup perlu di teruskan...

myQza on September 12, 2009 at 8:55 PM said...

Nina yang macam beskottt rindu kamu juga!!

myQza on September 12, 2009 at 8:57 PM said...

dylla... hanya insan2 yg terpilih dapat menemui-Nya pada hari yang mulia

myQza on September 12, 2009 at 8:57 PM said...

my twin : Keimanan itu pengubat pada kesedihan..

myQza on September 12, 2009 at 8:57 PM said...

sha : kena marah sbb tak pose yek?

myQza on September 12, 2009 at 8:58 PM said...

betul tu kak e.. macam 2 orang juruterbang yg meninggal semalam.. sedih sangat tgk family mereka

Amal on September 12, 2009 at 9:23 PM said...

uhhh..
sedih nye..tapi betul lah..
dari tgk arwah terseksa, baik redhakan kepergiannya..
=)

kenangan aku sume yg bukan2 je..
=p

myQza on September 12, 2009 at 10:56 PM said...

betul tu miss si.. mungkin itu cara yg terbaik..

Faarihin on September 13, 2009 at 12:32 AM said...

sedihnya.. setiap yang hidup pasti akan pergi kan..


banyak kenangan time ramadhan ni.. mase kcik2 je slalu lah pose yang yuk.. hehehe..

Aida Lela on September 13, 2009 at 1:47 PM said...

Eerrr..baru aje kehilangan ibu time 18.08.2009 (27 Syaaban 1430H) n tahun ni 1st time beraya tanpa ibu..

myQza on September 13, 2009 at 9:37 PM said...

ekekekekke faarihin.. masa zaman budak2 mmg seronok..

myQza on September 13, 2009 at 9:37 PM said...

Sabarlah Aiyda...

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting