Monday, November 02, 2009

|n| sEsUaTu yanG Luar Dar| Keb|asaaN akU!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:20 AM
**Ini 'entry' skema. Sila baca sebelum komen. Supaya tidak terkeluar komen seperti ini 'Eh! Kamu cikgu sekolah ya?' Sekian.)

Termasuk ini, ianya adalah kali ke 4 aku menghadapinya. 3 kali di pejabat lama. Manakala yang ini kali pertama di pejabat baru. Ianya juga adalah sesuatu yang baru bagi aku. Boleh juga aku katakan sesuatu yang buat aku terkejut. Buka terkejut beruk sangat tapi terkejut ala-ala Dak Utih juga. He he he he...

Ini berkaitan dengan Audit. Setiap tahun hasil kerja dan cara aku menguruskan kewangan sekolah akan di audit oleh Audit Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia. Itu perkara biasa. Apa yang luar biasa bagi aku ialah tahun ini, untuk Audit 2009, juruaudit akan datang pada 23 & 24 November 2009. Yup! Bulan ini juga! Surat baru di terima hari Khamis lepas.

Tahun-tahun sebelum ini jika Audit untuk tahun 2008, mereka akan datang pada bulan 4-5 tahun 2009. Jika tahun 2009 pula mereka akan datang pada tahun 2010. Tapi kali ini di pejabat baru belum sempat setahun ini habis beliau sudah mahu datang. Silakan. Tidak akan aku halau! He he he....

Mereka ingin mengaudit hasil pengurusan kewangan sehingga bulan berakhir 31 Oktober 2009. Bekerja di Sekolah rendah lebih-lebih lagi SJK C memang peruntukan tidak banyak. Adalah dalam puluhan ribu sahaja. Dapat-dapat sekolah aku sekarang adalah Sekolah Kurang Murid (SKM) dan sekolah Bantuan Modal (UE)! Memang daif sedikit sekolah ini. Aku pun tidak tahu apakah sekolah jenis ini di anaktirikan.

Berbanding semasa di sekolah menengah dahulu peruntukan yang di berikan mencecah ratusan ribu. Memang 'masak' aku mahu menjaga akaun sekolah dan melayan karenah setiap guru yang ingin melakukan pembelian. Mungkin sebab itulah audit sekolah menengah selalunya agak mengambil masa.

Jadi kesibukan aku berganda untuk bulan ini bagi mengemaskini hasil kerja. Alhamdulillah. Peruntukan sedikit kerja kewangan juga tidak banyak masalah.

Jadi maafkan aku jika tidak dapat berhoye-hoye di blog kamu semua.
Terima kasih.

Nota kakitanganku : Untuk tahun 2010, pelajar Darjah satu yang akan mendaftar masuk adalah sebanyak 8 orang sahaja. Ya! 8 orang!! Betul-betul SKM sekolah ini!!





43 kUs-kUs:

ONE ZABA on November 2, 2009 at 7:58 AM said...

tak lama lagi sekolah tu pupus la.

Aida Lela on November 2, 2009 at 8:05 AM said...

8 orang je?
tp xpe..senang nak handle bebudak..

a.z.r.i.n.a.03.07 on November 2, 2009 at 8:09 AM said...

Mungkin tak banyak Chinese kat area tu ke Ted ?..

Alahai...kat sekolah Along sampai berlambak-lambak pulak orangnya..hehehe.. satu kelas dah 50 dan ada 14 total kelas semuanya..huiishh..

al-lavendari on November 2, 2009 at 8:18 AM said...

bedeba2 juga kan ? manalah tahu, kita rasa dah buat elok dah, tapi kadang2 tu ada juga terlepas pandang ... audit ni nampak je.
1 terlepas pandang dia nampak, yang 100 lagi semua teratur, dia tak perasan. tak apalah. dah itu memang kerja dia.

mm on November 2, 2009 at 8:20 AM said...

huhuu...
~moga2 semuanya berjalan lancar la kan tedi.. ^^

~mengurus kewangan lagi bes dr mengurus manusia.. hahahaaa

sharamli on November 2, 2009 at 8:21 AM said...

bia bt0l...8 0rg..

Yuki Yusuf on November 2, 2009 at 8:59 AM said...

nanti yuki pegi daftar lah masuk darjah 1 kat situ..

9 orang orait ape??

Softtouch [Hanim] on November 2, 2009 at 9:01 AM said...

sikitnya tedi....mcm mana tu yer nnti..kang nnti sek tu tutup plak...

cheryna zamrinor on November 2, 2009 at 9:17 AM said...

aku rasa aku tau pekerjaan mu. so, aku takkan tanya soalan macam tuh. dan aku juga tau yang segala pembayaran dan sebagainya mesti dilakukan tahun ini jugak kan?

* disebabkan itu aku masih tertanya2 mana payment aku. ada org yang sama level ngan ko tak buat keje selama 4 bulan. sangat tragis...

good luck dan all the best!
semoga tenang buat kerja ko k...

Unknown on November 2, 2009 at 9:32 AM said...

Produksi kurang aktif tue kak pada tahun tu..tu yang 8 orang je...kena kerah diorang keje overtime lebih nie...hahhahha

Watierman on November 2, 2009 at 9:35 AM said...

Tedi...moga Allah memudahkan segala urusan kamu...

Dak yang 3 tu bila nak masuk sekolah..asyik bergaduh jer kalau dok kat umah...cepat2 hantar ke sekolah...baru ramai murid2!

Alimaz-Kembara Terasing on November 2, 2009 at 9:47 AM said...

huhuhhu jadi la dari tak dak langsung.....8 org pun janji dia nak belajaq...kan tedi

farah on November 2, 2009 at 9:56 AM said...

kerja audit bukan senang.

good luck ya!

:)

Ms.Lilies on November 2, 2009 at 9:58 AM said...

perghhh 8 org je?
betul2 sikit ni

Samaira on November 2, 2009 at 10:03 AM said...

huhu 8 org je..satu kelas pun x penoh hehehe

Solehah on November 2, 2009 at 10:46 AM said...

selamat beraudit dengan riang..hehe.

leadleedeea on November 2, 2009 at 10:57 AM said...

8 orang jek? best laaaa murid sikit..hehehee~! kelas lead 29 orang..da la ramai lelaki..huhu~!!

sabar yek ted..buat keje elok2 taw~!

Anisa on November 2, 2009 at 11:29 AM said...

8 orang je?
hmm...
siket eyk...

sueanne on November 2, 2009 at 2:05 PM said...

owh same la ngn kite ted..auditor pun nak dtg..tapi die nak check documentation until sept 2009..accountt nye bab tggu end of this year nye account..mybe pertengahan bulan 1 thn dpn kut..huhuh..

8 org?..mak aii..bestnye chekgu2x kt sane..xbyk karenah yg dorang kena handle..heee

myQza on November 2, 2009 at 2:24 PM said...

one zaba : a'a aku leh menganggur.. :P

myQza on November 2, 2009 at 2:24 PM said...

aiydalela : ekekekekke..

myQza on November 2, 2009 at 2:24 PM said...

kakrina : ramai.. tapi budak2 yg pupus. ekekekek

myQza on November 2, 2009 at 2:25 PM said...

al-lavendari : sbb satu hal jadi meleret2.. menyampah betul

myQza on November 2, 2009 at 2:25 PM said...

nuai : betul juga tu. ekekekeke..

myQza on November 2, 2009 at 2:25 PM said...

sharamli : nanti anto anak ko kat sini!

myQza on November 2, 2009 at 2:26 PM said...

yuki : ajak jiran sebelah skali. cukupkan 10

myQza on November 2, 2009 at 2:26 PM said...

hanim : ekekekekeke.. pupus lak sekolah ni nanti

myQza on November 2, 2009 at 2:26 PM said...

sha : 4 bulan itu melampau..

myQza on November 2, 2009 at 2:27 PM said...

~0~ : ampeh jo.. pandailah ko..

myQza on November 2, 2009 at 2:27 PM said...

kakwatie : ekekekke.. kang hanto g sekolah sy lak x buat keje asyik nak melayan derang jek. ekekekke

myQza on November 2, 2009 at 2:27 PM said...

alimaz : betul tu.. :)

myQza on November 2, 2009 at 2:28 PM said...

farah : terima kasih!

myQza on November 2, 2009 at 2:28 PM said...

ms lilies : mehlah meramaikan

myQza on November 2, 2009 at 2:28 PM said...

samaira : celah gigi je org cakap. ekekekek

myQza on November 2, 2009 at 2:28 PM said...

solehah : mmg sangat riang!

myQza on November 2, 2009 at 2:28 PM said...

lead : ekekekek. maceh.. :)

myQza on November 2, 2009 at 2:29 PM said...

anisa : ye lah.. kena suruh org2 sini aktif menghasilkan budak2 ni

myQza on November 2, 2009 at 2:29 PM said...

sueanne : 1st time audit xsampai setahun.. tu yg teruja lebih. ekekekek

DramaQueen on November 2, 2009 at 2:53 PM said...

tak pe...aku paham ko bz.. ekeke..asalkan dak utih rajin hapdetkan blog ko pun..itu dah cukup memadai bagi aku..ekeke

Dak Wan® on November 2, 2009 at 4:17 PM said...

Dengkinya teman dgr......... 8 org jewr?

myQza on November 2, 2009 at 8:05 PM said...

mrs giggle : maceh kerana memahami..

myQza on November 2, 2009 at 8:05 PM said...

dak wan : ekekekekke. 8 jek..

Anonymous said...

maybe sistem diperbaiki dah kot

lagi bagus audit datang awal kalau tgk dr sistem perakaunan ler

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting