Friday, November 06, 2009

Ya! Aku TeLah MemPerkOTak KaT|kkaN Bos aKu! Maaf Bos! Tap| seKaL| sekaLa kamU perLu d| KenakaN Juga!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:55 PM
Aku = Si TeDi

Bos = Bos Si TeDi


Pergh!! Siap ada penerangan. Iyalah.. Aku tidak mahu kamu ingat Dak Utih yang telah memperkotak katikkan aku. Kirim salah sahajalah. Tidak dapat punya. Ha ha ha. (Gelak jahat)


Ceritanya begini.


Semalam akukan ada Bengkel Pra-Audit. Jadi Bos aku ada di pejabat. Di sepatutnya balik pukul 4.30 petang. Tapi selalunya memang pukul 2.00 petang dia sudah ca alif but!!


Mahu di jadikan cerita, semalam adik balik dari sekolah dan lalu di pejabat aku. Adik tidak tahu aku tiada di pejabat seharian semalam. Aku balik sahaja dia bertanya.


'Kak, kenapa sekolah tutup sahaja?'


Aku menjawab.


'Pukul berapa adik lalu?'


'Dalam pukul 4.00 petang. Semua pintu tutup. Macam cuti sekolah pula'.


Okey! Baik. Bos aku memang poyo sebab balik awal lepas itu tutup semua pintu. Jadi sekolah macam tiada berpenghuni.


Pagi tadi aku tanya Bos.


' Bos, semalam balik pukul berapa?'


'Kamu tiada saya balik petanglah. Dalam pukul 4.30 petang'.


'Ye ke? Semalam Pegawai JPM ada lalu mahu beri surat, dia cakap sekolah tutup. Macam cuti sekolah sahaja. Saya jumpa pegawai itu di bengkel'.


Bos aku sudah nampak cuak. Dia berkali-kali menafikan. Selepas bersoal jawab dan aku dapat menjawab dengan penuh keyakinan dia pun terus berlalu. Rupanya mendapatkan pekerja untuk bertanyakan mereka ada atau tidak petang semalam. Dia kemudian kembali mendapatankan aku.


'Saya balik dalam 4.00 lebih. Pekerja pun tiada.'


Cakap sahajalah Bos kau balik awal. Cuak gila muka. Siap minta nama pegawai yang singgah sekolah itu. Aku belasah sahaja cakap Akauntan. Ha ha ha.. Lepas itu dia diam sahaja. Tapi sesekali dia akan cakap, 'Saya memang balik pukul 4.00 lebih'. Boleh jalanlah. Sampai pukul 3.30 petang pun dah panas punggung duduk pejabat!


Itulah Bos aku. Kalau dia tiada, aku perlu ada di pejabat sehingga pukul 5.00 petang. Itu sudah pasti sebab jika aku tiada ke mana-mana memang sampai pukul 5.00 juga.


Tapi rupa-rupanya, jika aku tiada dia masih tetap balik awal dan tinggalkan pejabat tanpa penghuni. What The Whatlah!!


Kamu faham atau tidak cerita aku? Sebenarnya tiada pegawai yang datang cuma aku dapat maklumat dia balik awal dari adik aku sahaja. Ha ha ha ha...



Nota kakitanganku : Biar dia rasa bersalah sedikit.






'

36 kUs-kUs:

Anonymous said...

huhuhu..
padan muke bos ko...
tau plak dia nak cuak...hehehe

Cikgu Ije on November 6, 2009 at 2:10 PM said...

hahhaa

tahu pun cuak. agagaga

Watierman on November 6, 2009 at 2:10 PM said...

Kamu ni memamg nakal lah Tedi....!Panas ponggong dibuatnya!!

azman on November 6, 2009 at 2:10 PM said...

pandai ko kenakan dia hehe

un on November 6, 2009 at 2:25 PM said...

hahahha..
bagus²,..
tp jangan kantoi sudah..ha3

Anisa on November 6, 2009 at 2:26 PM said...

bos sudah terkena
hihihi

cheryna zamrinor on November 6, 2009 at 2:26 PM said...

elok tu...jangan dibiasakan cover dia. takkan ko nak cover dia kat akhirat sok kan. keje tetap keje...

Ayu on November 6, 2009 at 2:33 PM said...

hahhahhaahahhahha..

dak mmg namanya boss.. suka ati mak bapak dia lah nk balik kul baper kan ted kan...

Rozita on November 6, 2009 at 2:39 PM said...

akak harap, bos ko tak baca blog ko ini..
klu idak hancus, rahasia pecah

Samaira on November 6, 2009 at 2:42 PM said...

ekeke cik tedi
bagus2 kenakan bos sekali sekala x pe hehe hikss

Solehah on November 6, 2009 at 2:59 PM said...

tedi, kalau dia baca blog ko dalam diam camna..pecah la rahsia tu..tah2 dia menyamar tedi..jadi aku ka..ko caya ke tedi aku bos ko?

mamai on November 6, 2009 at 3:02 PM said...

tu boss bodoh namanya nak mengular pun berpatut la

on November 6, 2009 at 3:20 PM said...

hahahha
bos kant0i....

[s][u][e][h][a][n][n] on November 6, 2009 at 3:22 PM said...

hihihi lawak la bos ko ni..kantoi huhuhu

Nakamura Kazuki on November 6, 2009 at 3:23 PM said...

hahaha..bleh pakai gak idea nak meperkatikkan bos..ni lepas sembahyang jumaat..entah manala peginya..aku dengan member aku je yang ada yang lain mungkin ada M.I.A...lantak korangla..janji aku kerja ikut time....5.00 ptng nanti baru balik..tapi bos takde ni blehla aku curi tulang buka blogs ni..hehehe..ibarat kata orang bos borek anak buah rintik la..hahaha

DramaQueen on November 6, 2009 at 3:23 PM said...

muahahahahah..padan muka bos ko..

memula tadi aku pikir dak utih yg nak perkotak-sabun kan ko..rupanya mmg bos betul ko..wakakak..


kadang2 biar boss ni rasa bersalah sket.. asik ilang je kan..kita je penat ngucing kat ofis nie..wakakakak ngucing tu!!! meyeooowwww

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr on November 6, 2009 at 3:24 PM said...

nakal....

hehe

Alimaz-Kembara Terasing on November 6, 2009 at 3:34 PM said...

ishhh berani pekena boss nooo.

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ on November 6, 2009 at 3:39 PM said...

padan muka bos ko wakakakka

PuanPepel on November 6, 2009 at 3:39 PM said...

hamek ko.... kene sbijik~~

gud2 kakak tedi :)

BOSS Tua said...

Hrmmmm Audit report belum habis yer!!!!

imHepPie on November 6, 2009 at 3:41 PM said...

haha ko mmg terbaekk..

KiFli MaLLy on November 6, 2009 at 5:11 PM said...

hhehehe....ingtkan dak utih dag berjaya kena kak tedi

ASYIQ on November 6, 2009 at 5:15 PM said...

Pandai ko tEDI mengenakan boss.

Eh...boss ko tahu tak blog address ko????

Cabut...!

Relevan on November 6, 2009 at 5:45 PM said...

Hai Tedi..ko dah kelong itu boss yerr..hehe..

mama affan on November 6, 2009 at 6:07 PM said...

best nyer kalau dpt kena kan bos yg x betul tp rase cam betul jer..huhu..

Amal on November 6, 2009 at 6:39 PM said...

berani nye ko tedi.
hahaha
salute!

[biru][pink] on November 6, 2009 at 6:47 PM said...

paham2
kami paham cerita tedi
caya lah tedi!
hidup tedi!!

hehehehhe

kawie2020 on November 6, 2009 at 7:45 PM said...

hehehehe..padan muka boss.. suke ati je balik awal ek..

congrates kerana berjaya buat bos muke cuak..hehehehehe

sueanne on November 6, 2009 at 8:45 PM said...

Tedddd..
biar betul???..
mesti cuak giler bos kamu tue..hahaha
bos..bos..kan dah kena sekali..hahaha..

khasyikelvin_ on November 6, 2009 at 10:11 PM said...

perkotak katikan shj...
kiya kiya kiya...

Anonymous said...

kekeke
memang cuak bos ko

white rose on November 7, 2009 at 1:21 AM said...

haha...pengajaran...

lel on November 7, 2009 at 1:48 AM said...

hahahha
terbaekkk okeh!
gud job!

leadleedeea on November 7, 2009 at 8:54 AM said...

hahah~! good job ted~! aku suko ted buat mcm tu...biar dia tido tak lena makan tak lalu n mandi tak basah..hahahahaa~!!

Faarihin on November 7, 2009 at 4:23 PM said...

hahahaha.. sabau aje la dapat bos cam ni...

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting