Tertarik dengan komen dari Hanim. Terima kasih kerana bertanya. Wah! Terasa macam dalam rancangan `Kamu tanya saya jawab`. Ekekekeke..
Kenapa ya perlu kemaskini. Apa kaitan dengan BE.
Okey. Ini fahaman aku. Aku terangkan mengikut apa yang aku faham. Tapi ini bukan ajaran sesat okey?
Blog kita umpamakan sebagai Pasaraya A
Blog si polan pula Pasaraya B
BE pula umpama produk atau barangan dari pembekal.
Pasaraya A merupakan sebuah pasaraya yang suram dan muram. Tidak ramai pengunjung dan pembeli. Satu hari tidak sampai 10 orang pembeli yang datang. Susun atur kedai agak serabut. Tiada kemudahan terkini. Semua yang lama. Sudah berulan-bulan tidak bersapu. Habuk bersepah. Bersawang. Produk nampak lusuh. Tidak menarik.
Pasaraya B pula sebuah pasaraya yang maju. Nampak segar dan cantik. Di cat dengan warna yang menarik. Banner di pasang sana sini. Persekitaran bersih. Tiada berhabuk. Sampah sarap jauh sekali. Sentiasa penuh dengan pembeli. Ada potensi untuk melariskan pelbagai jenis produk dan barangan.
Kamu rasa pembekal akan pergi ke pasaraya mana? A ke B?
Adakah pembekal akan menghantar dan mempertaruhkan produk syarikat mereka di pasaraya A? Lakukah jualannya? Ada permintaan?Adakah mereka sanggup menanggung risiko kerugian?
Pembekal akan melihat pasaraya yang berpontesi untuk melariskan jualan. Jadi mereka mahukan yang terbaik untuk produk mereka laris di pasaran.
Wah! Terasa macam Cikgu Ekonomi `pulekkkk`. Macam belajar Mikro dan Mikro. =))
Faham tidak kawan-kawan? Ada soalan? ( Bajet macam Boleh jawab )
Nota kakitanganku : Maaf kalau penggunaan kata, ayat atau bahasa yang kurang sopan. =))
25 kUs-kUs:
tedi nak tny..utk mndpt smangat lebih nieh..klau skali BE tue dalam dlm brape ek? (RM?)...hehe..
tentulah nak pergi pasaraya yang bersih.
tidak mahu pergi pasaraya yang ada sarang labah-labah
betul tu tedi =)
oooooh... paham chekgu...
lalink 7,
paling byk pun pernah aku terima dalam rm60.00 bila sudah ke meter.
paling sket rm 0.01 bila ke meter. he he he.
saya baru 3x dpt BE..
Harga Kuih Muih Terkini !
okei2
paham kak tedi
:)
oooo..bawu cek taw...tima kasih nooo....(^^,)
paham cikgu!
cikguuuu
nak pergi toilet !
hehe
btw.. tq tedi . saya faham skrg .
penerangan yg mantap tedi!
nk buat kelas tusyen ngn cikgu la.. hikss..
terbaik dari tedi!
bernas sungguh! haha
hahaha
ku suka contoh nih
betul lah tu
P/S : Prank Bulan Puasa Yang Menjadi! Tahniah Casey! LUKENABEB!
ideology yg menarik..
senang skit nk paham..
hehe..
:)
cik tedi mmg pndai mngolah ayat..leh r jd cikgu..heheh
Baik cikgu. Nanti saya cat pasaraya saya.
Tapi dah berapa bulan nuffnang saya baru seringgit lebih. Dulu laju jugak naiknya. Sekarang dah slow giler huhuhu
Nape ek?
pergh....terbaek!
thanx tedi..byknya typing error...sorylah yer..cek nk cepat..he he he..
maksudnya survey kita tu kene selau kemas kinilah..tapikan..soalannye sama jer n jwpn dia pun sama jer..xkan nk ubah2 tedi kot jwpn itu?
oooooooooo camtu ye
Kalu dua2 pasaraya tu kita taknak pegi? Kita bukak ler Pasaraya kita sendiri, kan? kan? hehehe
wah.. best-best.. thank u cikgu tedi.. hehehehe
Korang buka pasaraya..kome nak shoping jer..
huhuhu...mantap! ayat mcm lecturer U siot..tp btol sgt la tuh apa yg lu cerita :)
gua follow lu on twitter :)
tapi kan tedi..
kat blog sara yg aktif dah xda BE tp blogshop sara yg xaktif tu da BE plak.. xfaham dah jdnye..hehe
Post a Comment