Betul-betul terkejut bila Si Kecil ini datang petang semalam. Beliau adalah anak kepada Si Bulu Kembang. Jauh perjalanannya. Adalah dalam 300 meter dari bawah bukit sinun.
Beliau 4 beradik. Ini kali pertama aku melihat anak SBK. Bulunya lebat. Tapi sayang seribu kali sayang. Kurus kering. Bila pegang, terasa tulang temulang dan berut buncitnya. Kutu jangan cakap. Boleh bersiar-siar lagi di badannya. Kurap di telinga dan kepala.
Tuannya mungkin penyayang pada binatang tetapi tidak tahu penjagaan yang betul.
Si Ibu pula susu badan sudah habis mungkin. Terpusing-pusing dia mencari puting ibunya, tapi tiada isi. Aku pula tidak ada simpan susu untuk kucing. :((
Sudah telefon tuan dia `Kalau nak, ambillah`. Aduhai! Tawaran ke itu? Belum buat keputusan lagi walaupun setakat pagi ini si kecil itu ada lagi di rumah aku.
Nota kakitanganku : Susah kalau orang yang hanya tahu bela tapi tidak tahu penjagaan yang betul. Takut mahu pegang badan dia, betul-betul rasa tulang dan perut buncit!! :((
28 kUs-kUs:
hehe.. comei. cam garfield. u buat zoo kucing jela kt umah :)
ala tomei2
menyusu anak
kenalah cik ted bela dorg dulu. kesian kat dorg ni.
mmg ada sesetengah org, suka kucing. berangan nak bela. tp tak pandai jaga. yg jadi mangsa, sibulus ni lah.
kalau dpt, berikan dorg ubat cacing.
pasal susu tu, cubalah ajar dorg makan makanan basah.
ubat kutu pulak, kalau dapat beli yg spot-on. letak kat kesemuanya. kalau letak kat anak2 je, nti jangkit semula dr ibunya lagi.
insya'allah, mudah2an dorg akan sihat.
comey la akk.. ambik la..
bela..kesian dia..
hukhuk
*mood :: rindu adik2 kat rumah*
kejamnya orang yg bela kucing tu. ade ke patut??
cik Tedi, kalau dia tak nak saya nak..
sy boleh datang ambil kt Melaka..
PM sy kt Petfinder Nur_illiyana
Kasihan..
Comel sangat. Hampeshhh betul tuan dia tu
salam cik tedi..
kesiannya si kecik tu..klu sihat mmg cantik...klu kak duduk dkt ngan tedi...blh jg kak bela...lepas raya ni ingat nak bela stray smula mcm dulu....
so sad... teruk la tuan dia.....
Ish3x Tu lah manusia, kan? My favourite quotation :
Loving cats is One;
Caring for them is Another.
=(^.^)=
Salam Dik tedi..bela jerlah si Syaaban tu Dik...ada hikmahnya mungkin....moga Allah memberkati hidup kalian Dik!
siyes. comel n berbulu.
ni kalu jage elok2, comei ni.
bela la skali tedi.
bucuk...bucuk...bucuk
bela la wei. comel tuuuu
lagi pun kesian :(
sian..kuyus kering je..
kalo tedi bela..mesti jadi gebus..
kecomelan......kasihanilah mereka
dia comel...
kalau jaga betul2.. mesti cantik ...
aku baru lepas mandikan MOMOK ni..!! senang betul mandikan dia ni la... sebab dia suka mandi!!
sweet habis!
Salam...
Teringin nak bela tapi keadaan sekarang amat tidak mengizinkan... Ini semua untuk kebaikan bersama jadi hasrat untuk menambah anak2 bulu di rumah terpaksa ditangguhkan selagi Chiku masih ada... (Penyakit yang Chiku hidapai boleh dijangkiti oleh kucing2 lain... kucing2 lain di rumah, terpaksa tawakal sahaja... :(
aduhai..kesiannya ted. kena kluar belanja sikit tu bwk pegi vet. amek ubat cacing, confirm ade punya!!!
sian nyer kucing tu tedi..sedih..yelah jg kucing ni bkn senang..setakat suka tu semua boleh tapi xsemua yg pndai nk jg kucing2 tu betul2...
alahai kasihannya tgk si kecil tu, terima kasih kerana keprihatinan tedi
smoga si kecil itu semakin sihat :)
tedi belalah.
kita boleh berkongsi ilmu.
arap mama kamu mengizinkannya.
insyaallah.
nak sekor blh?
tedi, amik jela..leh wat teman si garfield tuh.. :D
comel nih.. rezeki...
bela la die tedi..cyan ak tgk..
Post a Comment