Tuesday, January 19, 2016

EDisi #throwback : Pakcik Itam a.k.a Dak Itam

cOrat cOret Oleh : myQza pada 4:57 PM 231 kUs-kUs
Assalammualaikum.
Pakcik Itam adalah ahli paling senior di rumah saya.
Di buang di rumah pada tanggal 1 Syawal 1427h bersamaan 24 Oktober 2006.

Gambar Che Itam zaman muda-muda boleh di lihat di sini.

Beliau adalah adik beradik kepada Dak Utih yang mati dalam keadaan yang tragis satu masa dulu.


Che Itam sekarang.
Gigi sudah banyak yang tiada.
Yang pasti gemuk dan lemak tidak bisa di hilangkan.
Hahahaha..




Alhamdulillah,
selain gigi yang hampir luruh semuanya, hanya tinggal taring, Che Itam berada dalam keadaan yang sihat dan gembira. Tapi tidak suka bergambar.

Rindu pula nak update pasal kucing-kucing dekat sini..
=)))

Friday, January 08, 2016

ChaLeT InDaH Dan nyAmaN. RiVersiDe Di JanDa BaIk, PahanG DaruL MakmUr.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 3:50 PM 48 kUs-kUs
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Kali ini, saya nak review sikit tempat percutian seterusnya iaitu Janda Baik, Bentong, Pahang.
Kali ini was-was juga mahu pergi sebab baru lagi kejadian tanah runtuh di Lebuhraya Karak tu, tapi kami tawakal sahaja.

Perjalanan adalah pada tarikh 19 hingga 20 November 2015.

Atas rasa was-was tentang keselamatan tu, saya mengambil keputusan untuk tidak menempah awal. Maklumlah, kalau batal, deposit pasti  'burn' gitu. Jadi, kita 'walk in' saja cari chalet yang sesuai. Sebelum pergi memang dah Google habis cari tempat menarik di Janda Baik. Pergi berdua, jadi perjalanan dan persiapan sangat ringkas...

Tadaaaaa... Chalet pilihan. Tak sempat survey, terus terpesona dengan chalet ni sebab kawasan yang sangat nyaman dan sunyi. 
Tapi cadangannya boleh buat banner yang baru dan lebih cantik lagi ye Tuan Chalet! =))
Salah satu chalet yang ada. Ini yang ada 'air cond'. harga tak silap dalam RM150 macam tu semalam. 

Bibik 2 orang ni sangat baik dan peramah.

Pondok-pondok di pinggir sungai ini juga boleh di sewa secara harian mahu pun jika ingin bermalam.

Cafe dari pandangan atas

 Air sungai yang mengalir indah. Cheeeawahhhh. Cantik sangat. Air pun sejuk gila!!
Surau. Sebelah bilik saja.

Pandangan dari pinggir sungai. Dekat saja dengan bilik.
Tapak kem motivasi barangkali..
Budak yang kena kidnap masuk dalam bilik. Keh keh keh... Bengang gila dia. Ada lagi seekor adik dia. Emak dia pun ada. Di syaki bapak dia pun ada. Ha ha ha ha
Pondok untuk berkelah dan barbique. Kami pergi waktu akhir persekolahan. Sangat lengang dan sunyi. Itu yang best. Kalau sudah mula cuti sekolah, ramai orang, macam tak best sangat. Ha ha ha
Dewan makan
Dewan makan di tepi jalan
Ada pelbagai jenis pondok, bilik dan dorm yang boleh menempatkan kurang lebih 30 orang  dengan harga yang berpatutan. Sesiapa yang suka menghayati keindahan alam sambil di temani deruan air sungai yang mengalir, bolehlah ke sini.

Banyak lagi sebenarnya chalet-chalet yang ada di Janda Baik ini. Kebetulan, ini chalet pertama yang kami singgah dan terus terpikat.

Walaupun bilik sangat ringkas tapi kami puas hati. InsyaAllah, jika ada masa dan rezeki, akan berulang kembali ke Janda Baik... =)))

** Abaikanlah gambar-gambar yang tidak masuk frame itu ye. Ha ha ha


Wednesday, November 11, 2015

CatatAn PerJaLanan PercuTian BajeT kE KoTa KinaBaLu, SaBah 4 harI 3 MaLam.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 4:05 PM 82 kUs-kUs
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.
Lama sebenarnya ingin menulis semula.
Ingin berkongsi tentang perkara-perkara yang boleh berkongsi.
Tapi tetap ada sifat malas seperti di rasuk oleh syaitonnn nirrajimmm!!!

Okey,
Mari kita mulakan sesi berjalan dengan coretan ringkas saya ketika bercuti ke Kota Kinabalu, Sabah pada 6 hingga 9 September 2015 yang lepas.
Ewahhh ewahhh.. Ayat skema nak mam*** tak boleh blah. Hahahaha..

Saya beli tiket Air Asia bulan Mac 2015. ( Terima kasih Air Asia kerana tambang murah anda saya dapat melancong tanpa was-was. )

Okey okey!
Kenapa percutian bajet? Sebab saya suka jadi ala-ala backpakers! ( walaupun bawak bagasi besauuu gedabak!! ) Pergi sendiri. Memandu sendiri. Buka peta sendiri.

Lebih JIMAT! Lebih PUAS!

Saya pernah survey harga dari beberapa syarikat travel utuk percutian 4h3m.
Seorang di cajnya hampir RM 1K. Gila ke apa. Makanan dengan fee kemasukan tidak termasuk.
Apakejadahnya mahal berdentum dentum!!

Okey,
Mari kita lihat bajet saya.
Saya pernah bertiga.
Saya, adik dan kakak.
Lagi ramai awak pergi, lagi jimat.
Boleh kongsi-kongsi kan?

Ini adalah harga untuk 1 orang ya untuk 4 hari 3 malam.

Tiket Kapal Terbang AirAsia : RM 78 return
Penginapan : RM78
Pengangkutan : Sewa Viva Auto Satu hari setengah + minyak dan sewa teksi KK-Airport : RM 77
Bas Transnasional  Melaka-KLIA2-Melaka : RM50
Bagasi : RM 32
Makan/ Minum Kurang lebih : RM 100

Total : RM 415.00 SAHAJA!!
ini untuk harga seorang!
Banyak boleh cut lagi contohnya makan. bawak Maggi cup!! Hahahah,, Zalim sangatlah kan. Pergi tempat orang takkan tak nak rasa makanan negeri orang!!! No no no... Jangan kedekut sangat. Jimat bertempat okey!!

Ini pengalaman kedua saya ke Kota Kinabalu dan pertama ke Kundasang-Ranau. Subhanallah. Allahuakhbar. Pemandangan sepanjang-panjang perjalanan sangat indah. Tidak terungkap dengan kata-kata. Macam mahu menetap terus di Kundasang. Hahahaha
 Kalau di murah rezeki lagi, InsyaAllah akan di ulangi untuk kesekian kalinya.

Gambar? He he he .. Gambar saya memang tiadalah. Tapi budak berdua tu, bukan main lagi bergambar. Untuk tidak menghampakan saya selitkan beberapa keping gambar yang di ambil dari telefon cikai saya.

Mari teruskan membaca kerana sifat kerajinan datang tanpa di duga hujan-hujan ni. Bimbang jika ingin buat entry yang lain, alamatnya sambungan akan ada hanya pada tahun depan. =))

6 September 2015
Menuju ke KLIA2 mengambil penerbangan AirAsia jam 6.30 pagi. Jangan lupa solat dulu okey, Bilik solat ada merata di Balai Berlepas. Sampai saja di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, kereta sewa sudah menunggu dan rancangan pertama kami adalah terus menuju ke Kundasang. Kita sarapan dulu di Kota Kinabalu, isi minyak penuh-penuh dan mulakan perjalanan.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Pemandangan memang sangat cantik. Tak terungkap dengan kata. Jalan ke Kundasang macam mendaki. Ala-ala kita naik Cameron Highland tu. Jalan agak sempit, sila berhati-hati lebih-lebih lagi waktu hujan.

Dalam Kinabalu Park. Tempat permulaan untuk mendaki. Mencabar juga memandu ke sini. Berbukit bukau. Kereta Auto pun nyaris tewas. Ha ha ha ha..



Kundasang War Memorial.



Desa Dairy Farm.
Pemandangan Subhanallah. Indah sangat. Kalau tak hujan ni, mahunya tergolek-golek bergambar. Hehehehehe....

Lepas penat bergambar bersama Cik Lem, kita pekena aiskrim dan pizza ...



Ini tempat penginapan kami untuk satu malam di Kundasang. Tempat yang sangat popular bila ke Kundasang. Kiram Village. Untuk satu bilik katil bertiga hanya RM80.00 sahaja. Murah sangat. Tempat MasyaAllah cantik dengan bunga-bunga segar. Suhu??? Jangan cakaplah. Rasa macam tak mahu mandi. Sejuk sangat menggigil di buatnya.

Perjalanan untuk ke Kiram Village memang sedikit mencabar dengan laluan mendaki. Jadi kami ambil keputusan untuk makan malam di sini sahaja tanpa perlu turun ke Pekan Kundasang semula.

7 September 2015.
Sayang betul nak tinggalkan Kiram Village ni sebab sangat cantik tempatnya. Turun untuk ke Ranau dengan hati yang hiba. Sob SOb SOb!!


dari Kundasang ke Ranau dalam sejam macam tu atau tak sampai sejam kot,
Singgah pasar pagi Ranau dulu cari sarapan. Tapi sayangnya tiada kuih muih kelihatan. Beli manggis, mata kucing buat kudapan. Ha ha ha ha..

Bergerak ke Fish Spa.

Fish Spa di Kampung Luanti. Di Sg Tagal. Betul tak. Punyalah banyak ikan kelah. Naik geli geleman jadinya. Saya tak masuk ke sungai, Takut bila di gigit-gigit manja kaki takut geli dan takut terjatuh lantas menghempap ikan-ikan yang tidak berdosa ni. Ha ha ha... 

Goreng pisang, keledek goreng dan makanan dekat sini sedap sangat. Hahahahaha..

Perjalanan balik kami singgah Sabah Tea. Tapi tak bergambar. Tiada yang menarik sangat di Sabah Tea. Pendapat saya. =))

Poring Hot Spring kami tidak singgah. Depan rumah kami di Melaka pun ada Hot Spring. Tapi mungkin di sini lebih menarik. Tapi...... Koh koh koh ...

Berpatah semula ke Kundasang untuk kembali ke Kota Kinabalu.
Singgah makan tengah hari di Restoran Hidayah Kundasang. Hujan-hujan ni saya pekena Kepak Ayam Madu dan bakso. Superb betul kedua-dua menu ni. =))


Kenyang-kenyang. Kami meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu semula.
Sempat singgah di Pekan Nabalu.
Saja cuci-cuci mata.

Dalam berkira-kira untuk singgah makan lokan dan kelapa bakar, tapi terlepas simpang. Kah kah kah. Sedih tak boleh nak cakap. Dengan rasa was-was, akhirnya simpang yang sepatutnya ke Jalan Sulaman, kami tak masuk. Melelehlah air liur kempunan. Sob Sob Sob...

Rare gila Jambatan Tamparuli waktu hujan lebat ni. Mengucap panjang waktu nak melintas. Air sungai yang keruh hampir melimpah ke atas jalan. fuhhhhh.. selamat!!!


 Rumah Terbalik di Tamparuli juga. Masuk RM10 kot rasanya. Tapi dalam rumah ni tak boleh ambil gambar. Ambil di sekitarnya saja. Ada juga benda yang terbalik. Awek berdua tu memang sakanlah bergambar macam-macam  'pesen'. I tukang ambil gambar saja.  Dari sakit kepala dan syok tidur masing-masing, terus segar bugar dekat sini. Saya yang memandu kena 'maintain' lah kan! =))    



Seterusnya kami check in di hotel bajet. Iskandar Sinsuran GuestHouse. Untuk 3 hari 2 malam RM 143++ termasuk cukai semua. Kalau anda tidak kisah berada di hotel bajet, boleh saja menginap di sini. Lintas jalan sampai Pasar Filipina. Sudah penuh tangan membeli belah, balik guesthouse hantar barang kemudian patah balik sambung membeli belah. Senang kan? hahahaha..

Lepas Asar kami ke Pantai Tanjung Aru yang dekat dengan lapangan terbang tu. Memang sesatlah ikut google maps. 


Dekat hujung tu boleh nampak kapal terbang berlepas dan mendarat! Terbaik pemandangan!!
Kami makan malam di sini sahaja.
Nasihat saya, lebih baik makan di tempat lain. Kami tersalah pilih gerai. Dapat yang tidak sedap dan mahal!

Malamnya selepas Maghrib kami cuci-cuci mata di Pasar Malam Kampung Air. Dekat dengan De Galleria tu. Kalau bawah guesthouse ni, namanya Pasar Malam Sinsuran.

8 September 2015.

Rancangnya hari ini mahu ke pulau. Tapi masing-masing sudah sakit kepala. Takut mabuk laut pula. Kita buat plan B. Jalan-jalan di sekitar bandar KK. Kereta sudah kami pulangkan malam tadi jam 9.00 malam. Namapun sewa satu hari setengah sahaja. =))


Jadi, kami hanya berjalan-jalan mengeluarkan peluh sahaja.



Nak ke sini punyalah lurus bendul ikut Google Maps. Nah!! Dia bawa kot 5x ganda jauh dari jalan sebenar!! =(((


Antara tempat menarik di Gaya Street.

Balik semula ke bilik selepas Asar kami membeli belah di Pasar Filipina dan Pasar Ikan Masin. Juga memborong kuih cincin dan keropok amplang. =))
 Di Pasar Filipina kami hanya survey t shirt dan key chain sahaja. Merancang untuk membelinya di Pasar Malam Sinsuran dan Pasar Malam Kampung Air Malam ni.

Tapi Kami hanya merancang.....

 sob SOb SOb!

Hujan selebat-lebatnya!! Pasar malam Kg Air pun dah tutup. Walhal kami dah berkira-kira untuk membeli t shirt di sini kerana lebih murah. Apakan daya...

Balik dengan harapan esok seawal 8.00pagi Pasar Filipina sudah bukak dan kami mahu membeli t shirt. =(

Nak makan seafood di Bulatan Todak pun tak jadi sebab hujan. Apakan daya. Sabar sajalah...

9 September 2015

Pagi-pagi lagi sudah terpacak di Pasar Filipina. Baru satu dua kedai yang buka. Tidak mengapalah. Rezeki mereka. Kami memborong t shirt di sini. Mahal RM2-3 dari pasar malam. Alhamdulillah.
Lengkap buah tangan untuk mereka yang menanti kepulangan. 

Flight balik pukul 12.30 tengah hari.


Babai KK. InsyaAllah, ada rezeki lebih nanti, pasti akan berkunjung ke sini lagi.

Tengok perenggan atas. Di situ ada tulis  'catatan ringkas'. Nah! 'Ringkas' sangat catatannya ni. Hahahaha..

Terima kasih kerana berjaya membaca hingga ke nokhtah terakhir. 

Nasihat saya, lebih jimat dan puas jika pergi dan memandu sendiri. Jimat banyakkkkkk sangat berbanding ambil pakej yang ambil untung hampir berganda-ganda.

Selamat bercuti-cuti Malaysia.
InsyaAllah jika tahap kerajinan stabil, saya akan kemaskini percutian di Malaysia yang seterusnya.

=))






Friday, October 23, 2015

Hard Shell Triangle Diamond Luggage New - UNTUK DI JUAL

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:32 AM 38 kUs-kUs
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Beli satu set 3 buah beg.
Saya cuma nak pakai yang 20" saja.
Senang nak berjalan. Tak payah check in bag kalau nak travel.
Duit takde. Hahahaha...
 
So, lagi dua saiz ni nak let go murah-murah.
COD Melaka.
Jangan tanya kenapa warna lain-lain.
Koh koh koh.. 
 
Ambillah dua-dua sekali saya bagi harga kawan-kawan. 
keh keh keh.. 
 
Hard Shell Triangle Diamond Luggage New
 
-Colour Pink 24" RM 130.00 ( Medium ) Market Price : RM160++
- Colour Black 28" RM 150.00 ( large ) Market Price RM180++

- Durable yet flexible exterior
- Waterproof, retractable handle for easy pushing & pulling
- With combination lock and 360-degree ultra silent 4-wheel system


Boleh call/ whatsapp/ SMS : 014 6280901

Terima kasih

Monday, October 12, 2015

Si ComeL unTuk DI BerI PercuMa. LokasI MelaKa.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 4:37 PM 43 kUs-kUs
Assalammualaikum
& Salam sejahtera.

Si comel untuk di beri percuma.
Sepasang
( jantan : Jantan & Betina - rasa-rasanya. )
Warna Tabby &; Putih
( Macam medium hair )

Umur
Dalam 2 bulan setengah

Lokasi: Melaka


Penghantaran akan di pertimbangkan.
Call/ Whatsapp/ SMS : 014 6280901
Terima kasih.

Update 15 Oktober 2015 : Both Adopted!
Thanks!



Thursday, May 21, 2015

Mencari Rumah Sewa Di Kapar, Klang

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:44 PM 51 kUs-kUs
Mencari rumah sewa area Kapar, Klang.
Bajet RM400 dan ke bawah ;))

whatsapp : 014 6280901.
 
URGENT!!!!

Terima kasih.
 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting