Ingat lagi entry `ini`? `entry` yang mana aku katakan aku perlu buat satu keputusan yang tidak akan mengecewakan mana-mana pihak? Terima kasih kepada komen yang di terima. Rata-rata membuat tafsiran aku mahu menghantar budak-budak itu ke SPCA.
Tapi ALhamdulillah. Tiada langsung niat terlintas untuk buat begitu sebab mereka masih ada tuan. Ini cuma berkaitan dengan budak Kecil yang aku amil.
Dia mengalami kemurungan, cirit birit walau tidak mahu makan. Jumaat lepas bawa dia ke `et` berkenaan dengan masalah itu. Setelah menceritakan latar belakang budak Kecil, `et` membuat kesimpulan, dia berada dalam keadaan tertekan.
ila dia sudah biasa bebas, di kelilingi belasan ekor kucing, tidak duduk dalam sangkar, tetapi berlaku sebaliknya di rumah aku. ila aku bekerja dia aku letak dalam bilik. Dunianya sempit. Hanya Dak Oren menemani. ila beri makan tidak mahu makan. Monyok. =((
Akhirnya selepas berfikir panjang, budak kecil aku serahkan semula kepada tuannya. Saat aku buka sangkar dia, dia melompat-lompat dan bergomol dengan adik eradiknya. Dia berlari ke laman bersama kucing-kucing yang lain. Seronoknya dia.
Menangis aku tengok bila dia seceria itu. Aku sudah buat keputusan yang baik. Memang sudah di takdirkan bukan jodoh aku dengan dia.
Alhamdulillah, menjelang Ramadhan, aku sudah kembalikan keceriaan makhluk Allah yang kecil itu.
Aku yakin keputusan aku adalah tepat.
Nota kakitanganku : Usah paksa sesuatu yang tidak mahu bersama.
25 kUs-kUs:
moga dia gembira :)
Salam Ramadan Tedi..
nampaknya dia rindukan adik-beradik dia yg lain. xpelah cik ted... kalau dia dtg rumah, bagilah dia makan/rawat apa yg patut. wp dia bersama keluarga, dia pasti akan dtg utk bertemu cik ted. manjakanlah dia masa dia dtg supaya satu hari nti dia akan rapat dgn cik ted bila mana adik beradik dia yg lain dah mula membawa haluan sendiri.
betol2, jgn pakse2..
manusie pon xsuke..;)
sedihnya tedi..
takpa kawan..
budak kecil itu dekat dengan kamoo kan..
jumpa selalu dengan dia takpe :p
kamoo dah buat yang terbaik kay :)
semoga mereka sihat sentiasa hendaknyaa..
moga dia terus happy..kucing pun tertekan..apalagi manusia..
tEDl...alhamdulullah dia dah ceria semula...biarpun kita sedih melepaskannya tapi gembira kerana telah membuat keputusan yang tepat...
SELAMAT BERPUASA tEDl
semoha dia akan lebih bahagia dan ceria di samping adik beradiknya yang lain.. kamu membuat keputusan yg tepat...
kucing pun pandai merajuk sampai takmo makan..
salam ramadhan tedi
kesian kat korang berdua... comel kan tedi... tapi aku rs ko dh buat kputusan tepat dengan mengembalikan dia...
patut la yoko masa mula2 dulu pun murung.. mungkin dia rndukan adik beradik dia.. tp skrg dh ok pun.. hehe~~
tepat keputusan ko :)
semoga dia gembira sntiasa. amin
BAGUS KEPUTUSAN TU SI TEDI mmg berbaloi2.
kalau nak ambik pun kucing tu, biar dia besar skit..
yg tu kecik lagi kot...
seperti menyintai tapi bukan memiliki :)
xpela ted.kite pon mesti nak dekat dgn keluarga kan..huhu
hmm ted selamat berpuasa ye!!!
sedey ;(
tapie andai kebebasan itu buat dia kembali bernyawa, lepaskanlah.
mungkin dalam hatinya, ribuan terima diucapkan buat kamu.
bgus..keputusan yang tepat....
keputusan yang baik - lihat dari jauh je lah...
keputusan tepat yang tak dijangka sebenarnya..ada sesuatu yang menggerakkan awak...
satu tindakan yg bagus
tedi..mungkin itulah yg terbaik..kucing ada perasaan..macam ibu kucing..kalo anak hilang dia resah semacam..macam tu la agaknya si kecik tu..sgt tacing tedi..apepun u r the best mak kucing in the world..
tak snagka sekali jd mcm tu yer tedi...
moga2 si tecik tu hepy bila ngan family nyer...
Post a Comment