Memang benar perumpamaan 'dunia ini kecil saja'. Walau saya rasa besarnya tiada berpenghujung tapi itu hakikat!
Saya menjadikan blog beliau sebagai bahan bacaan seharian sejak dulu lagi. Indahnya hidup berjirankan Baitullah. Siang malam pahala berganda-ganda banyaknya.
Semakin dekat saya untuk ke Mekah, terdetik di hati untuk bertemu penulis blog berkenaan. Kotak komen di buka dan saya mencoretkan sesuatu di situ. Tiba-tiba saya rasakan agak mustahil untuk bertemu. Entah kenapa. Saya tutup kotak tanpa sempat saya hantar komennya.
Namun Allah SWT memahami niat hati saya.
Satu malam di Kota Mekah, selesai solat Isya' di Masjidil Haram, saya pulang ke hotel. Namun seketika saya turun sebentar ke kedai runcit berhampiran untuk membeli biskut kurma kegemaran saya.
Saya terpandang seseorang di kaki lima jalan sedang berbual-bual. Diakah? Saya ingin sekali menegur. Tapi teragak-agak. Kalau salah orang macam mana. Saya nekad. Tegur saja!
Berpaling dan memberi salam lantas bertanya 'Dari Malaysia?' Dia menjawab 'Ya'. 'CL?' Dia mengiyakan 'Ya. CL!'. Subhanallah. Tiada yang mustahil di Tanah Haram ini.
Buat CL,
Terima kasih kerana menerima sapaan saya walau hanya di kaki lima jalan. Sangat teruja. Allah membaca niat hati saya.
Buat rakan-rakan,
saya mengalu-alukan semua untuk berkunjung ke blog Pengalaman Di Kota Makkah. Menatap Tanah Haram dan Baitullah membuatkan hati sudah rindu dan mahu ke sana lagi. InsyaAllah.
Nota kakitanganku : Ketetapan dari-Nya.
6 kUs-kUs:
teringin sgt nk ke sana tp blum ade rezeki..
Allah maha mengetahui..
sy pon selalu menjengah blog CL mencuci mata melihat gambar2 yg disajikan dlm blognya :)
Allah itu Maha Mengetahui... Alhamdulillah... tEDl bertua kerana telah dpt menjejakkan kaki kesana... besar rahmatnya dapat melakukan ibadah di Tanah Suci dan menjadi tetamu ALLAH...
Barangsiapa yg telah ke sana... pasti rindu akan sentiasa menggamit...
Kan tEDl...?
Alhamdulillah...Allah Maha Mengetahui niat suci kak tedi:-)
kalau ada rezeki insya-allah
makngn ayah fara pun baru blik dr mekah, diorg rindu sgt smpai ari2 citer pasal mekah jer...hehe, so dh bagi link ke blog kwn tedi ni...terubat la rindu diorng tu....thanks yer :)
Post a Comment