Wednesday, December 02, 2009

R|ngKas SahaJa.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 PM 25 kUs-kUs
Photobucket

Ini jawapan kepada 'entry' yang tidak mahu keluar di 'dashboard' tengah hari tadi. Ha ha ha...
Nampak bulatan itu. Itu Dak Utih. Dia sedang meng'skodeng' Dak Itam. Mereka sudah jadi musuh. Sedih gila aku bila mereka pantang berjumpa pasti bergaduh. :(

Photobucket

Sampul Pos Ekspress. Tidak serik aku guna lagi walaupun penghantarannya macam siput B.A.B.I!! Sampai esok konon, boleh jalanlah. Eh! Marah pula!! Tapi guna! Ini macam kes Benci Tapi Rindulah!! Ha ha ha.. Mahu pos barang untuk pemenang Saguhati. Miera, hadiah kamu lagi satu aku tengah cari. Ekekekekeke...

Photobucket

Kata kunci hari ini. Kelakar gilalah!! Entah apa-apa mereka cari.

Photobucket

Aku tengah makan Coki-Choki. Gila sedap!!

Nota kakitanganku : Sekian, terima kasih!!





Mar| BeLajar MeneKa Dan MenG|ra...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 4:40 PM 22 kUs-kUs
Awatnya 'Dashboard tidak keluarkan 'entry' aku?

Photobucket


Ada berapa ekor kucing di dalam gambar?

Namakan kucing-kucing tersebut.

Di manakah seekor lagi?

Sekian.



Nota kakitanganku : Nampak ke?




Aku BukaN LesB|an. S|La Baca Seh|ngga SeLesa|...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:45 AM 48 kUs-kUs
Rasa tidak tentu arah sahaja semalam. Kelam kelibut atau kelam kabut.Aku lebih suka sebut kelam kabut. Mari aku ceritakan situasi kelam kabut hari ini.

Aku ke Stesyen PETRONAS Bemban untuk membeli kupon meletak kereta tengah hari semalam. Aku terjumpa seseorang yang aku ingin elakkan diri dari berjumpa. Sebabnya? Aku amat terasa hati dengan sikap dan perlakuannya. Aku nampak kereta dia, tapi menyimpang ke tempat lain. Aku lega.

Di Takdirkan Allah, kami bertemu di Stesyen PETRONAS. Aku di kaunter dan dia juga di kaunter. Dia datang menegur. Aku tersenyum terpaksa. Ya! Nampak ketara. Kali akhir aku jumpa dia semasa Majlis Persandingannya bulan November 2008. Genap setahunkan? Anak pun sudah seorang!

'Kak, buat apa? Apa khabar? Raya hari itu Shah ada telefon tapi akak tidak angkat. Telefon rumah pun tidak berangkat'.

Aku tersenyum dan menjawab' Oh! Tak perasan agaknya'.

Berbual tidak sampai 2 minit aku minta izin untuk pergi. Ya! Tidak bertemu selama setahun aku hanya beri masa dia bercakap 2 minit sahaja.

Sudah keluar dari pintu masuk, dia jerit nama aku

'Kak! Kunci kereta!!' Oh! Kunci kereta aku tertinggal di atas kaunter!

Aduhai. Kelam kabutkan? Mengapa aku ingin lari dari dia? Setahun aku berjaya walau peratus tinggi untuk aku selalu jumpa dia sentiasa ada. Tapi hari ini Allah temukan kami. Berbeza sungguh dia. Badan sudah berisi.

Dulu kami selalu bersama. Tidur sebilik, sekatil dan kadangkala sebantal. Menghabiskan hujung minggu dengan menonton wayang atau 'mencuci mata'. Sama-sama beriadah dan banyak masa di habiskan bersama.

Dia adalah sahabat waktu itu. Masih terngiang-ngiang lagi di telinga dia berkata ' Kak, kalau akak kahwin dulu jangan lupa Shah tau! Shah pun tak tahu, Shah ni kahwin ke tidak.' Aku ingat kata-kata itu sampai mati!

Dia berubah bila bertemu seseorang. Dia berkasih dan bercinta. Dia sudah mula memberi alasan. Dia sudah pandai berdolak dalik. Dia sudah tiada masa untuk aku. Tiap kali bertemu pasti ada orang ketiga. Aku rasa tidak selesa. Jika mahu kemana-mana orang ketiga pasti ada. Sudah tiada ruang untuk berdua. Walaupun pada awalnya berjanji untuk keluar berdua, di akhirnya pasti dia bawa orang ketiga.

Kemuncaknya bila dia berkahwin. Aku terus lenyap. Setiap mesej aku tidak berbalas.Panggilan telefon juga tidak berjawab. Yup! Dia membuang aku jauh. Dia wanita yang sudah berkeluarga. Dia membuang seorang K.A.K.A.K jauh nun di lembah yang berlumpur. Dia membuang seorang S.A.H.A.B.A.T yang di tumpangi bahu untuk menangis entah ke mana. Ya Allah! Terguris betul hati aku!

Aku menanam tekad. Bukan balas dendam. Bukan iri hati atau apa. Aku cuma membawa diri. Membiarkan seorang A.D.I.K yang sedang asyik dengan kebahagian dan melupakan waktu keperitan dan keseorangan semalam.

Yup! Aku menghargai setiap manusia yang aku kenal. Samada yang aku jumpa atau tidak. Terlalu menghargai sehinggakan bila satu tahap insan itu 'membuang' aku. Aku akan rasa sakit yang amat dan aku akan mengubatinya dengan cara begini. Menjauhkan diri.

Berbahagialah Shah! Persahabatan kita adalah sejarah silam!!

Nota kakitanganku : Tajam menikam!






Tuesday, December 01, 2009

Kas|h SayanG T|aDa BaTasaN!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:50 PM 36 kUs-kUs
Photobucket
Gambar dari emel

Semalam menerima emel dari seorang blogger. Beliau melahirkan rasa hormatnya kepada aku. Melahirkan betapa seronoknya beliau tiap kali aku hadir ke laman blog beliau dan meninggalkan komen walaupun komen aku hanya kata-kata biasa yang sering di ucap.

Membaca emel beliau bertambah menyedarkan aku, kasih sayang itu memang tiada sempadan. Aku tidak pandai meluahkan kata-kata kasih kepada kawan-kawan. Aku hanya mampu menzahirkannya dengan perbuatan.

Tanpa sedar usai membaca emel beliau airmata aku menitis. Sudah lama aku tidak mempunyai seseorang yang bergelar S.A.H.A.B.A.T.

Bila ada yang mengungkapkan kata-kata yang buat aku terharu, aku terlalu menghargai.

Terima kasih Te!! Kasih sayang dan ingatan memang tiada batasannya.

Kamu semua, minta tolong doakan untuk Cikgu Ayus. Beliau sekarang sudah di tahan di Wad Hospital Besar Seremban bagi melahirkan anak pertama. Beliau berada dalam keadaan yang gementar, tidak tenang dan berdebar sahaja.

Minta jasa baik kawan-kawan semua agar dapat mendoakan kesejahteraan beliau dan bakal anak lelaki yang akan di lahirkan, InsyaAllah.

Terima kasih semua.

Nota kakitanganku : Minta di permudahkan segala urusan kami Ya Allah!!









D| MaNa MahU Ukkk Ukkk?? 'DoOOn|a |n| zaL|m!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:41 PM 25 kUs-kUs
Eh!! Pasal emel Siti Nurhaliza itu abaikan sahaja. Orang itu bagi emel untuk jual ubat! Konon cara promosilah letak nama Siti Nurhaliza. Sekali ejaan, berterabur da...

Okey!! Kamu faham tidak ukkk ukk itu apa? Kira buang air besarlah. Ha ha ha.. Ampun ya buat yang tengah makan tengah hari itu. Ekekekeke..

Pagi tadi sampai sahaja pejabat perut aku memulas-mulas. Teruja gila aku mahu ke tandas. Tiba-tiba aku baru teringat tandas tidak boleh di gunakan. Sedang di ubahsuai.

Taukeh Cina itu kata ' Wa sudah siapkan tandas sementara. Lu boleh guna sana.Air 'kicil' ke air 'busar'?'
Aku sengeh sahaja. "Besar talak muleh woo.. Wa buat untuk kicik saja!!

Masak aku menahan sakit perut. Aku menjengah ke tandas sementara. Macam tandas zaman purba. Paip sebatang, baldi dan gayung. Air akan terus keluar ke parit. Tolong kamu semua jangan bayangkan!! Ha ha ha

AKu memang tidak dapat mahu menahan lagi. Aku terus beritahu guru yang bertugas aku mahu balik sekejap buang air. Ha ha ha.. 'Gilosss!!'

Nasib baik rumah aku dekat. Dapatnya budak-budak yang ada kelas tambahan mahu 'ukkk ukkk'? Di mana mahu di langsaikan??

Tiada perancangan yang bersistematik sungguh!!

Nota kakitanganku : Hargailah tandas ketika ada!! Ha ha ha..






B|La S|T| NurHaL|za MenGhanTar EmeL...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:40 AM 40 kUs-kUs
Photobucket

Sila percaya yang Siti Nurhaliza menghantar emel kepada aku. Ya! Jangan cemburu. Tetapi maaflah Siti Nurhaliza. Aku bukan peminat kamu. Peminat biasa-biasa pun bukan. Tetapi kunjungan emel daripada kamu amat aku hargai.

Terima kasih kerana menghantar emel kepada aku. Entah da rimana kamu dapat emel aku ya? Tetapi aku rasa kamu tidak perlu terburu-buru menekan butang 'Hantar' tanpa menyemak ejaan kamu. Tengok!!

'S.E.L.A.G.A' . Berlaga aku tahulah! Selaga aku belum jumpa lagi. Oh! Maaf! Aku jadikan ini sebagai hiburan di pagi-pagi hari.

Nota kakitanganku : G.A.S.E.L.A!!!





 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting