Friday, December 04, 2009

DayusKah LeLak| YanG GoyanG Kak|?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:47 AM 32 kUs-kUs
Hampir setiap hari dia akan datang dan duduk bersenang lenang sambil menggoyang-goyangkan kaki. Sehingga si isteri selesai melakukan kerja beliau akan menunggu sambil merebahkan kepala di kerusi dan berdengkur.

Sebelum ini pun di waktu persekolahan, beliau akan menjadi pemandu terhormat yang menghantar dan mengambil si isteri bila-bila masa. Tidak kira waktu. Kaki gosip di sini menyampaikan yang si suami tidak bekerja. Atau lebih tepat lagi malas bekerja.

Asalnya mereka berdua memang mempunyai masalah hutang yang agak serius . Jika tidak masakan si isteri sanggup lari dari tugas selama lebih satu tahun sebelum ini.


Photobucket

Gambar semalam.
Dia sedang berdengkur. Di hadapannya si isteri yang sedang mengadap komputer. Dan aku sedang menyekodeng sambil menutup akaun buku tunai di dalam bilik.

Persoalannya sekarang.

Dayuskah lelaki yang hanya tahu goyang kaki dan setiap hujung bulan 'makan' hasil usaha si isteri? Lelaki sebeginikah yang akan membina sebuah keluarga yang harmoni?

Bagaimana pula dengan si isteri yang terlalu sayangkan suami sehingga sanggup menanggung 'biawak hidup' ini?

Nota kakitanganku : Minta di jauhkan dari aku.




RenUngaN D| Pag| JumaaT!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:36 AM 15 kUs-kUs
NIKMAT KASIH SAYANG..........

Assalamualaikum,

Salam Sejahtera Selamanya Allah Anugerahkan...!!

Anak ketiga saya cukup suka membawa pelbagai isu. Dia akan datang
kepada saya atau ayahnya untuk mengenal pasti banyak perkara.
Ada-ada saja aduan atau kritikan yang dilemparkan - selalunya mengenai
tanggungjawab kamilah.Dia akan menyalahkan saya jika sesuatu tidak
memuaskan hatinya.

Namun saya bangga memiliki anak yang kritis mindanya walaupun sesekali
ada juga rasa tersinggung dengan keceluparannya.

Dia anak yang pandai mencari ruang. Kalau perlu merayu dia akan
merayu. Kalau perlu menangis dia akan meraung. Kalau perlu
'mengugut' dia tak segan-segan melakukannya. Kadangkala ketawa besar
saya dan suami dibuatnya.Saya dan suami perlu bersedia dan sepakat
menghadapinya. Kami perlu menggunakan idea logik untuk mematahkan
hujahnya yang kadangkala menggelikan hati - hujah seorang anak kecil yang
jujur dan bersih.

Suatu yang saya kagum dengannya ialah sikapnya yang akan meminta
maaf apabila hatinya puas berhujah dengan saya. Jika dia kalah dia akan
minta maaf sambil ketawa dan akan meminta maaf dengan lebih sempurna
beberapa ketika kemudian.

Suatu malam dia masuk ke bilik saya. Saya dan suami baru selesai
solat Maghrib. Dia terus menghempaskan punggungnya di katil. Suami
saya menggenyitkan mata, isyarat akan ada perbahasan baru yang akan
dibawa.

Saya cepat-cepat melipat sejadah dan telekung.

"Dah sembahyang?" suami saya bertanya.>

"Dah..." jawabnya sambil mencapai sebiji bantal, terus menekup mukanya.

"Adik tak lulus ujian matematik!" katanya pantas penuh kejujuran.

Suami saya senyum dan duduk di sebelahnya dan berkata "Tak apalah..h..h...
Adik boleh usaha lagi."

"Cakap je tak apa..! Nanti kat orang cakap Adik bodoh. Nanti abah
dan mak bagi tahu kawan-kawan abah dan saudara-mara mak, Adik belajar
tak pandai."

"Kalau dah usaha masih gagal nak buat macam mana?" suami saya cuba
memujuk dengan suara lembut.

"Nanti lepas ni, abah dan mak kena beli buku latih tubi," kata Adik
masih menyembunyikan mukanya.

"Apa asyik nak beli buku aja. Buku latih tubi kan banyak dah, ulang
ajalah!" saya menyampuk.

"Mak cakap senang, UPSR tak dapat lima A nanti, marah...!"

"UPSR kan dua tahun lagi. Banyak masa utk berusaha."

" Kan beli buku tu tanggungjawab abah dan mak, beli ajalah!"

"Betul tu....." balas suami saya. "Nanti abah beli hujung bulan ni."

"Asyik-asyik tunggu hujung bulan..... bosan!... Cuba jadi kaya macam
bapa Emma tu, tak payah tunggu-tunggu hujung bulan."

Saya berpinar mendengar hujahnya. Sudah melampau, bisik hati saya.
Namun saya sabarkan diri. Senang sangat anak sekecil ini mengeluarkan
kata-kata begitu. Kalau besar nanti macam mana, hati saya terus berbisik.

"Adik..... tak baik cakap macam tu dengan abah!" saya berkata perlahan.

"Kalau susah sangat, biar Adik masuk perut mak lain. Adik masuk perut
mak yang kaya. Tak payah tunggu hujung bulan," dia terus bersuara
sambil menangis teresak-esak.

Hujahnya itu memeranjatkan saya dan suami. Kami kelu seketika.
Alangkah senangnya anak sekarang menyelesaikan masalah. Begitu mudah
seperti mencampurkan 2 dengan 2.

Saya usap kepalanya. "Apakah mak dan abah tak cukup baik buat Adik?"
saya bertanya.

Tiba-tiba tangisannya terhenti. - Memberitahunya tentang takdir dan
nasib dan ketentuan Allah agak sukar. Bercakap tentang qada dan qadar
lagi tak sesuai. Dalam hal ini saya fikir hujah mesti logik. Saya mesti
menang dalam perbahasan ini. Menang bererti Adik akan tenteram.

"Tak baik Adik berkata gitu, macam menyesal jadi anak mak..." saya
mulakan, lembut. Dia membaling bantal terus menerkam saya. Disembam
mukanya ke ribaan, menyesal agaknya.

"Cerita kelahiran seseorang berbeza. Ada yang lahir daripada perut
mak yang kaya, ada yang miskin. Tapi semuanya terjadi atas dasar
Kasih- Sayang ," kata saya.

Adik memandang wajah saya, nyata sekali dia tak faham dan takkan
dapat memahaminya, saya tahu. Saya katakan begitu sekadar bersuara.

"Setiap anak adalah hadiah daripada Tuhan. Adik adalah anugerah
Tuhan epada abah dan mak. Mak dan abah tak ada kuasa memilih.
Adik juga begitu..." saya terus berkata-kata biarpun saya tahu, dia takkan
memahaminya.

"Kerana Kasih- Sayang lah Adik lahir dan kerana Kasih- Sayang juga
kami menjaga Adik dengan baik. Maka besarlah Adik dengan Kasih-
Sayang.. Adik tak besar dengan duit!"

Tiba-tiba Adik bangun, merangkul dan terus mencium pipi saya. Air
mata saya mengalir..... Kami berpelukan agak lama. Saya nampak suami
tersenyum.

"Nanti bila abah dapat gaji, abah beli buku Adik banyak-banyak tau.
Adik nak dapat A semua dalam UPSR." katanya.

Dia kemudian melompat turun dari katil, menarik tangan saya dan
ayahnya menuju ruang tamu. Saya ke dapur menyediakan makan malam.
Saya nampak ada keriangan di wajahnya. Di dapur, air mata saya
meleleh lagi. Agak sukar saya hentikan tangisan dan rasa sebak
itu...
terharu sungguh.......!!

Begitulah indahnya dan hebatnya Kasih- Sayang sehinggakan dalam
hadis Qudsi,

Allah sendiri menyatakan kpd. Rasulullah s.a.w. "Wahai Muhammad,>
kalau tidak kerana Kasih- Sayang Ku pada Mu, takkan ku jadikan Dunia
ini......."

Manusia yang hidup tanpa Kasih- Sayang ibarat makan nasi tanpa kuah
dan lauk ....

"wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku
sanggup keNerakamu........., kami lah hamba yang mengharap belas
darimu ......., Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang
bertaqwa......, ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua
umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia "

Nota kakitanganku : Kiriman ke emel pada 13 September 2007





Thursday, December 03, 2009

|nsaFLah SayanG.. KemBaL| Ke PanGkaL JaLan...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:30 PM 40 kUs-kUs
Aku sayangi kamu sebagai saudara seislam aku. Aku sayangi kamu kerana kamu sama bangsanya dengan aku. Aku sayangai kamu kerana kamu masih punya rasa sayang menyayangi. Cinta mencintai.

Namun kembalilah ke pangkalnya. Kamu di azankan di tepi cuping telinga dan aku pasti kamu mengucap dua kalimah syahadah. Kamu seharusnya bersyukur kerana lahirnya kamu dalam Islam. Yang telah menetapkan bahawa pasangannya Adam itu adalah Hawa. Begitu juga sebaliknya.

Namun kamu tersilap langkah memilih itu.

Kasihanilan kedua ibu bapa kamu. Pandangan masyarakat terhadap seluruh ahli keluarga kamu.

Kehidupan yang kamu pilih ini amat kontra dan di luar tabi'e dengan apa yang telah Allah tentukan.

Aduhai anak. Usah buat ibumu meratap hiba menerima cemuhan dan kecaman manusia. Cinta kamu sesama manusia seperti ini tidak akan membawa kamu pada bahagia di akhirat sana. Betul! Dosa pahala bukan ukuran dan ketentuan manusia. Namun kamu sudah cukup dewasa dan nilailah sendiri.

Mohammed Fazdil Bin Min Bahari a.k.a Fatine. Kamu masih punya waktu untuk pulang. Kembali ke jalan benar di sisi Allah Yang Maha Pengampun.

Kamu semua boleh baca beritanya di sini.

Maafkan aku, aku juga ingin bertanya kepada mereka yang sedang bercinta sesama jenis. Kemanakah hala tujuan kamu sebenarnya? Apakah kamu pasti niat kamu itu akan tercapai? Tidak terfikirkah akan perasaan dan hati ibu dan ayah?


Nota kakitanganku : Nauzubillah... Jauhi ini dari kami semua Ya Allah...








Leb|h Ba|k BuanG A|r Kec|L Dar| BuanG Masa!!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:38 PM 30 kUs-kUs
Pagi tadi sewaktu mahu menutup Akaun Buku Tunai Wang Kerajaan aku baru perasan satu cek untuk KPM belum lagi di jelaskan di bank oleh si penama. Cek bertarikh 28.09.2009. Bimbang cek menjadi Cek Luput aku menelefon bank terlebih dahulu untuk membuat kepastian.

Telefon di angkat oleh telefonis di kaunter khidmat pelanggan mungkin. Disambungkan kepada Si A. Aku memperkenalkan diri dan memberitahu tujuaan aku menelefon, Si A terus sahaja menyambungkan talian kepada Si B.

Kepada Si B juga aku membuka bicara dengan perkara yang sama. Habis sahaja aku memperkenalkan diri Si B menyambung pula talian kepada Si C. Okey! Aku masih mampu bersabar. Aku masih memperkenalkan diri dan menyatakan tujuan. Si C terus berkata ' Hold on please'. Si C menyambungkan pula talian kepada Si D.

W.H.A.T. T.H.E F.I.S.H????

Kepada Si D, aku tidak mengenalkan diri lagi. Aku terus bertanya' Dengan siapa saya bercakap? Bahagian mana? Tuan pegawai ke empat yang mana talian saya di sambung sedari tadi. Perlu di sambungkan lagi kepada orang lain?'

Si D memohon maaf dan bertanyakan tentang bentuk bantuan yang aku perlukan.

Seandainya Si D juga menyambungkan talian aku kepada orang lain, aku akan terus meletak telefon, menelefon semula dan minta bercakap dengan Pengurus Bank terus!!

Sudahlah aku terpaksa menunggu lama untuk tiap talian di angkat oleh penerima. Berulang-ulangkali irama nada dering kedengaran sampai aku sudah naik jelak.

Kepada Telefonis di Meja Khidmat Pelanggan Public Bank Jalan Laksamana, Melaka.
Tolonglah!!!

Di lain kali sambungkan terus talian kepada mereka yang berkenaan. Tidak perlu membuang masa dan membuang air liur pelanggan menunggu dan bercakap perkara yang sama sahaja kepada 3-4 pegawai sebelum tiba kepada pegawai yang sepatutnya.

Nota kakitanganku : Amat S.U.C.K sekali okey?










SenyUM DengaN R|anG D| TengaH Har|...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:27 AM 22 kUs-kUs
1.
Teacher: Ted,
if your father
has $10 and you ask him for $6, how much would
your father still have?

Ted: $10.

Teacher: You don't know Maths.

Ted: You don't know my
father!

2.
Mother: David, come here.

David: Yes, mum.

Mother: You really disappoint me. Your results
are getting worse.

David: But I will only get my report book
tomorrow.

Mother: I know that, but I'm going Hong Kong
tomorrow so I'm scolding you
now.

3.

Man: How old is your father?
Boy: 1 year older then me

Man: How can that be?

Boy: He became a father only when I was
born

4.

Teacher: Where were you born?

Student: Singapore, Sir.

Teacher: Which part?

Student: All of me, Sir.

5.
Teacher: How come you do not comb your hair?

Ah Kow: No comb, Sir.

Teacher: Use your dad's then.

Ah Kow: No hair, Sir.

Nota kakitanganku : Sumber dari emel.





Ya! BeL|au MemanG BusUk PaDa MereKa. NamuN Bag| akU, |anyA TeTaP Yang TerBa|k Dar| 'LaDanG'!!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:42 AM 34 kUs-kUs
Aku belum bernafsu buas seperti si Ah Fatt yang menawarkan penyewaan badannya untuk satu malam bagi di ratah sepuasnya. Hadiah yang boleh di tuntut oleh sesiapa sahaja kerana katanya boleh di kitar semula dan jimat mahu beli hadiah. Insaflah wahai si Ah Fatt!!

Aku tidak seperti mereka. Tidak semewah mereka. Seperti Dak Zara yang menjanjikan si Merah Jambu. Atau SI raTu salju dengaN kelambu Merah jamBu juga. Mengapa semua merah jambu? Jambu sangat ke tuan punya badan si penerima hadiah?

Ween,
kita belum di takdirkan untuk bertemu walau berada dalam satu negeri yang sama. Namun itu tidak bermakna aku tidak mengedahkan Hari lahir kamu yang jatuh pada bulan ini.

Tiada hadiah yang istimewa untuk kamu Ween. Tiada cahaya bulan. Tiada juga kerdipan bintang yang dapat aku petik. Jauh sekali sinaran matahari. Maklumlah, sekarang musim hujan, awan hitam yang berarak seakan cemburu akan niat aku untuk menghadiahkan kamu sesuatu yang luar biasa.

Mengikut keadaan poket yang kering berisi pasir untuk bulan ini, aku sudah seperti putus asa. Maklumlah bulan ini aku perlu melangsaikan Insurans dan cukai jalan kereta yang amaunnya adalah RM830.o4

Tengok! Tarikh akhir aku perlu perbaharui insuran ini jatuh pada hari kelahiran kamu. Bagai satu keajaban bukan? Jadi bagaimana aku ingin hadiahkan kamu dengan barang-barang yang mewah? Sob Sob Sob!!!

Oh! Ini buktinya.

Photobucket


Setelah aku fikir-fikir, aku congak-congak dan aku darab-darab aku memutuskan untuk memberi kamu sesuatu yang istimewa di mata aku. Amat istimewa bagi kita. Terimalah dengan penuh rasa kebanggaan Ween.

Photobucket
Gambar Ihsan Paksik Gugel.

Cencalok Buatan Melaka. Asli! Terbaik dari ladang!!

Aku kira baki wang aku. RM 19.96 aku bahagikan dengan harga sebotol cencalok RM 2.50, okeylah aku tambah lagi 4 sen jadikan RM 20.00.

Aku dapat hadiahkan kamu 8 botol cencalok! Amacam? Setuju?

Alasannya cencalok ini harus aku berikan sebagai hadiah ialah , kita perlu sokong barangan buatan negeri kita Ween. Siapa lagi yang mahu makan jika bukan kita sendiri? Orang Kelantan dengan Budu. Orang Terengganu dengan Keropok Lekor. Mereka tidak akan makan cencalok. Jadi dengan penuh semangat jati diri dan cintakan Negeri Melaka tercinta, sokonglah makanan buatan Melaka. Betul tak?

Selamat Hari Lahir Ween. Hanya ini yang aku termampu.

Ikhlas dari aku dan budak-budak.

Nota kakitanganku : Ikhlas tapi busuk!!






 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting