Thursday, August 27, 2009

sOLaN |n| kELuar B|La KetaNDusaN |Dea!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 3:00 PM 46 kUs-kUs
Aku cilok idea ini dari blog PakcitDot!! . PakcikDot lebih kejam daripada aku kerana menanyakan menu makan-makan dan minum-minum di waktu tengah hari buta. Kejamkan??

Oleh itu aku mengambil sikap baik hati dengan menanyakan kamu soalan yang sama di petang hari pula. Ini nampak lebih bertimbang rasa.

Okey!
Mari kita bincangkan, apakah perancangan menu kamu berbuka petang ini?

Aku tahu soalan ini sesuai di tanyakan oleh para guru kepada anak-anak muridnya yang berumur dalam lingkungan 7-9 tahun.

Tapi aku tidak peduli.

Mari kita kongsikan. Serta pastikan hasil perbincangan ini kamu betul-betul dapat menikmati apa yang kamu idamkan.

Nota kakitanganku : Aku akan berbuka dengan Mihun Sup dan Air Durian Belanda.
Ceh!! Awal-awal sudah tahu menu!!!

messy : akU JawaB TAG DenGan PenuH Kas|h SayanG!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:00 AM 42 kUs-kUs
Ini TAG dari messyremo. Beliau telah menggugut aku supaya menjawab TAG ini atau beliau akan mengapa-apakan budak-budak aku!! (eh! Ini tipu). Beliau cuma ugut sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit sahaja!!

1. Anda rasa anda hot?
- Tidak !! Kecuali aku di goreng di dalam kuali!! Soalan apakah ini? Dan jawapan yang bagaimana aku harus beri? Aku menyoal pada soalan semula.

2. Upload gambar2 kesayangan anda!

Photobucket

3. Kenape anda suka gambar ini?

- Aku suka sangat sebab tanpa menggunakan kamera yang berharga ribuan ringgit aku dapat mengambil gambar yang amat menyenang dan membanggakan hati aku.

4. Bila kali terakhir anda tak puasa?patutnya soalan lain,tapi aku ubah la sebab bulan puasa kan..hehe(utk lelaki valid la soalan ni..hehe)

-Mana soalan asal messy??? Kali terakhir aku tidak puasa ialah pada 20 Ogos 2009. Harap aku menjawab soalan...


5. Lagu terakhir yang anda dengar?


-I'm Yours by Jason Mraz. Sebabnya ini nada dering aku. Ekekekekke... (tidak kelakar!!)

6. Apa yang anda buat sambil selesaikan tag ini?

- Menanggung beban berat dua ekor kucing di atas belakang aku! Apa kejadahnya suka tidur gesel-gesel ni! Panas tahu tak????
( Aku menaip malam tadi)

7. Selain dari nama anda sendiri, anda suka dipanggil dengan nama ape?

-Ted @Tedi rakan maya dan blog & Q kawan rapat !!

8. Tag lagi 7 orang tanpa rasa kekesalan..
- Aku mahu TAG mereka ini. Aku tidak memaksa, tetapi ikut kelapangan kamu.

a. ije - Followers baru rajin komen
b. RQ- Budak lawan bergaduh!! :P
c. Kak NJ - mahu tengok gambar-gambar hot dari Jubail city :)
d. Solehah- followers baru yang solehah... :)
e. miss siv - budak tecik!!
f. Anna - Si ibu kucing bukan Ibu AYam :P
g. Wanita Itu- Kekurangan kasih sayang TAG kawan-kawan

Okey messy!!

Selesai. Sila lepaskan pisau yang kamu acu di tengkuk dak utih itu!

Nota kakitanganku : Maaf Buat kawan-kawan yang TAG atau beri award sebelum ini!!
p/s : copy soalan kat blog messy ye... klik messyremo kat atas tu!

Kau JanGaN Nak Ma|n-Ma|n DenGan Aku BOS!!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:30 AM 36 kUs-kUs
Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket

Nota kakitanganku : Bos aku bercuti 2 hari. Aku kembali menjadi anak tikus yang berjoget-joget kerana ibu kucing tiada. Bezanya kali ini hanya aku sendiri. Tolong jangan kata kamu rasa sedih teramat bila Bos kamu bercuti dan tidak sabar untuk menanti kepulangannya ke pejabat!!

T|aDa MenGapa....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:12 AM 20 kUs-kUs
Hati sedikit terguris,
namun,
jangan kamu risau,
semalam adalah semalam,
gurisannya tidak aku bawa ke hari ini.

Aku mengenalimu,
usah rasa bersalah,
kerana sepatutnya,
kita harus saling memberi dan menerima,
kemaafan,
acapkali bila antara kita terluka.

Nota kakitanganku : Aku ingin melewati ini dengan kematangan dan kemaafan.

27 Ogos 2009
-myqza-
Bandaraya Melaka Bersejarah

Wednesday, August 26, 2009

SoaLaN WaktU BerbUKa!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:40 PM 46 kUs-kUs
Photobucket



Air apakah yang selalu ada di atas meja makan kamu dalam bulan Ramadhan ini! Air masak atau air suam tak masuk kategori ini okey?

Di rumah aku yang hari-hari ada ialah Air Kacang Soya yang di beli. Memang wajib dalam bulan puasa ini.

Selain itu satu lagi jenis air yang menjadi kegemaran ialah Air Katira. Sila bertanyakan Encik 'Gugel' jika kamu tidak mengenali air spesis ini!!

Kamu pula?

Nota kakitanganku : Pernah juga sehinggakan 5 jenis air ada di atas meja. Semuanya gara-gara masing-masing balik kerja dan beli air idaman sendiri tanpa mengetahui di rumah 2 jenis air sudah sedia menunggu. He he he he...

RamadhaN ke-5!! 2 Kg!! OkeY apa!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 3:00 PM 38 kUs-kUs
Teruja gila mahu timbang berat badan hari ini. Sampai sahaja ke pejabat, 'usha line' dulu!! Okey!! Cantik!! 'Line clear!!'

Kesunyian dan kesepian di pejabat buatkan aku boleh sesuka hati menimbang berat menggunakan penimbang besar yang baru di beli Guru Besar dan di letakkan di luar bilik aku. Kalau tidak, ada sahaja yang mahu 'menyekodeng' tengok jarum itu berhenti di angka berapa.

Wah!! Turun 2kg!! (Jangan tanya berat asal!!) Alhamdulillah. Tanpa apa-apa bantuan daripada makanan atau minuman pembakar lemak!!

Banyak betul kelebihan Ramadhan inikan?

Jadi, sudahkah kamu menimbang berat badan kamu di hari kelima berpuasa ini? Pastikan angka itu berkurangan bukan berlebihan. He he he he..

Nota kakitanganku : Selalu bulan puasa sahaja turun. Hari Raya naik mendadak. Ha ha ha!
 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting