Thursday, May 15, 2014

Kucing Di Beri Percuma!! Lai!! Lai!! Lai

cOrat cOret Oleh : myQza pada 4:10 PM 2 kUs-kUs
 Bismillah....

Ada 2 ekor budak mahu rumah baru.
Sesiapa yang sudi sila adopt.
2 ekor jantan adik beradik.
WAJIB ambil bersama.
Baca dengan teliti poster cikai di atas.
Boleh juga emel saya di myqza244@gmail.com

Terima kasih,

Monday, May 12, 2014

Kucing Montel Pulau Jeju! =)))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 4:27 PM 2 kUs-kUs
Nama beliau saya sudah lupa.
Ada tuan.
Nori?
Neuro?
Alahhhh
Tak hengat!!!


Oleh sebab dia bertuan, dia memang tak heran lah dengan kita.
Main lari-lari lepas tu kucing ni pandai 'posing'.
hahahahaha...

Lokasi :  Jeju Folk Village. =))
 

P.s : Thanks kawan2 yang komen entry dekat bawah.
Kita cuba update blog dengan kerap tapi ending2, sebulan sekali juga!!
hehehehehe... Lepas tu, blog dah jadi tunggang terbalik dan lupa macam mana nak kembalikan setting asal!! keh keh keh

Wednesday, April 09, 2014

BLoG : CeriTa Lama.. Kawan Lama... Memori Lama.. Dan Air Menitis Dari Kelopak Mata...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 PM 14 kUs-kUs
Membaca posting lama.
Kawan-lama.
Rindu.
Klik satu persatu.
Semuanya tidak berkemaskini.
Hilang.

Rindu Ashie Lee Min Ho!
Rindu SueAnne
Rindu kak Tuah Hanani
Rindu kakak Giggle Gal.
Rindu Wanita.
Rindu Kak Bluecity
Rindu Abe Mamai.
Rindu Papa Meow
Rindu Tinie aka Ibu Fatin
Rindu Pakcik Dot.
Rindu Kak Anie
Rindu LP Lum
Rindu kak Watierman
Rindu Anis pen merah pen biru
Rindu Adik messryremo
Rindu Sharamli
Rindu Pengantin Baru zaradgreat
Rindu Rizz
Rindu hencek Nakamura
Rindu Aminah
Rindu Cikgu Nur
Rindu Solehah
Rindu Raihan
Rindu Ustazah Dylla
Rindu Hanem
Rindu Ena
Rindu Sis Lupie
Rindu JMR
Rindu Cikgu Ayu
Rindu Along25
Rindu Kakak NJ
Rindu kak Rina
Rindu Hysman
Rindu Miss Siv
Rindu Kak E
Rindu kak Ita

Rindu semua rakan-rakan yang rajin singgah di blog saya sejak Disember 2008.
Rakan-rakan yang mengenali kucing2 saya.
Dak Utih ( RIP ) Dak Kimo (RIP ) Dak Itam.
Dari kucing hanya 3-4 ekor.
Kini saya ada lebih 35 ekor.
Alhamdulillah.


Sebak dan hiba.
Saya masih di sini.
Walau menyepi dan sunyi.
Ada.
Tidak pernah hilang.
Hanya memerhati.

Tinggalkan komen/ emel/ FB/ Instagram anda.

Terima kasih.
Jaga diri semua.




Tuesday, February 25, 2014

Selamat Jalan DiDi... Semoga Bertemu Lagi.. =((

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:47 AM 3 kUs-kUs
 photo didi2_zps5b30bce8.jpg

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Jam 8.30 pagi Along telefon tanya.
'Didi ada balik tak?
'Tak'.
'Didi pakai kolar apa?'
'Warna biru. Tiada loceng '.

Along mula menangis.
'Ada kucing mati kena langgar dekat sini. Kau datang kejap.'

Hati saya sudah sebak. Sudah pasti itu Didi. Memang Didi tidak balik dalam sehari dua ini. Bagi saya itu perkara biasa sebab kadang-kadang di balik pukul 3-4 pagi. Masuk lalu tingkap bilik saya. Makan sekejap dan keluar semula ke tempat 'port' biasa dia. Dia bukan jenis yang duduk rumah. Tidak sesekali. Balik dalam 4-5 minit untuk makan dan minum sahaja. Lepas itu dia akan keluar.

Sebab itu saya pakaikan dia kolar. Kolar yang sudah lebih setahun di pasang di leher. Tidak pernah hilang dan tidak pernah bertukar melainkan loceng dan tag nama yang entah di mana cicirnya.

Saya sudah bersiap sedia. Kucing saya mati di langgar di jalan besar yang sibuk. Jaraknya kira-kira 200 meter dari rumah. Saya tidak mahu mebayangkan keadaannya tapi kepala saya ligat berfikir. Kucing saya mati di langgar, keadaannya pasti teruk. Pasti hancur?

Siap sedia dengan plastik hitam, surat khabar dan penyodok. 

Menghidupkan enjin kereta dan airmata sudah mula gugur. Tabahkan hati saya Ya Allah.

Along sudah sedia menanti. Jauh saya meletakkan kereta. Sudah nampak kucing saya. Alhamdulliah. Tidak ada patah riuk. Tidak ada yang hancur atau berdarah. Tidak ada melainkan ianya sudah kembung. Sudah 2 hari rupanya Didi di langgar. 

Ceritanya, Makcik pemilik gerai berhampiran yang tanya jika saya ada kehilangan kucing. Memang tiada. Tapi Along telefon juga bertanya saya. Hasilnya, itu memang Didi saya. Di langgar pada hari Khamis dan mati di tengah jalan. Anak lelaki kepada Makcik pemilik gerai yang juga rakan sebaya saya membantu mengalihkan Didi ke tepi jalan. Dan pada Sabtu pagi baru saya mengetahui tentang Didi. 

Syukur Didi tidak lumat dan tidak di biarkan terus di atas jalan raya. Alhamdulillah. Tubuh Didi sempurna dan saya dapat semadikan dia dengan baik. 

Along begitu cekal, tanpa penyodok hanya menggunakan surat khabar dia mengangkat tubuh kaku Didi. Sudah berat dan keras. Saya tidak boleh lakukan itu. Di bahagian bawah badan Didi sudah mula berulat halus. Terima kasih ratusan ulat-ulat kecil yang menemani Didi selama 2 hari ini. Terima kasih.

Kami membalut tubuh Didi dengan suratkhabar. Memasukkannya ke dalam kereta dan kami bawa pulang. Alhamdulillah.

Sebelum ini saya selalu berpesan kepada Along, jika jumpa kucing mati di tengah jalan. tolong alihkan. Jika kita tidak dapat untuk bawa balik untuk di tanam sempurna, alihkan ketepi supaya ianya tidak di langgar berulang kali hingga lumat. Itu juga yag saya lakukan. Alihkan kucing yang di langgar. Hatta anjing pun, jika ada yang mati di tengah jalan, cuba alihkan. Jika bukan untuk anjing itu pun, lakukan untuk keselamatan pengguna jalanraya yang lain. Biarlah apa orang nak kata. 

Dalam esak tangis Along kata 
'Kita selalu bantu kucing-kucing yang mati di langgar, tiba giliran kita, ada orang lain yang bantu ketepikan kucing kita bila di langgar.' Alhamdulillah. Walau apa yang kita lakukan, kita tidak perlu mengharapkan balasan, tapi Allah itu Maha Adil Dan Bijaksana. Syukur.

Didi di semadikan di tempat baru. Keseorangan. Tidak mengapa Didi. Akan ada seekor kucing ajaib yang akan datang menemani kamu. InsyaAllah.

Jika kamu pembaca blog saya dari awal, Didi adalah kucing yang saya sebut 'Geng Popia Versi Dua'. Ibunya  yang saya namakan 'Noname' kucing jalanan yang datang kerumah dalam keadaan sarat dan memberanakkan mereka dalam almari baju Along sehari sebelum saya menunaikan umrah pada tahun 2011 atau lebih tepat lagi 13.04.2011.

 photo 10092011857.jpg

 photo 20062011362.jpg

Didi, Dodo dan Ompok.
Tiga beradik yang berlainan karektor.
Didi akan lepas bebas ke port biasanya di hadapan rumah.
Ompok pula akan menjadi penunggu pokok buluh jiran di belakang rumah manakala Dodo rutinnya di dalam Rumah Epal bersama rakan yang lain.

Rehat dengan tenang Didi.
Walaupun saya tidak pasti adakah kita akan berjumpa lagi, tapi saya harap kamu gembira walau di mana kamu berada.
Maafkan segala kesilapan saya selama menjaga kamu.

Selamat jalan......














Tuesday, January 07, 2014

cOrat cOret Oleh : myQza pada 4:42 PM 5 kUs-kUs

 Si Comel Jalanan..
Semoga tabah untuk meneruskan hidup......



 


                       

Friday, November 22, 2013

AdopT a HomeLess Pet

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:48 AM 3 kUs-kUs
 photo 18112013157_zps5248d169.jpg

See....

Meh balik rumah meh...
Cian dia....














 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting