Oh! 2013!?
2012?
Hampir berlabuh.
Lama sudah saya tinggalkan blog kesayangan ini.
Lama sangat.
Tiap kali kemaskini 4-5 bulan sekali, dalam hati mesti berkata-kata, lepas ini mahu 'maintain' semula menaip, berbicara, berkongsi cerita.
Tapi,
kata-kata hanya tinggal kata-kata.
Janji hanya tinggal janji.
'Sibuk sangat ke awak Cik Tedi? Gayanya macam kalah YB saja'.
=))
Ya. Saya sangat sibuk.
Sibuk yang di cari.
Sibuk yang sengaja di sibukkan.
Yang kenal saya, kenallah.
Tahulah apa yang sibukkan sangat setiap hari.
Setiap bulan.
Tapi, apabila kita melakukan sesuatu yang menjadi kesukaan kita, yang menjadi kegemaran dan menjadi minat, sibuk itu tidak jadi sibuk. Tapi jadi seronok.
Apa yang kita lakukan jadi sesuatu yang gembira kita sudahkan.
Alhamdulillah.
2012 banyak cerita duka.
Banyak.
Ada masa saya ingin bercerita.
Ingin meluah kerana saya pasti 'orangnya' pasti membaca.
InsyaAllah.
Agar azam untuk rajin mengemaskini blog tidak jadi 'hangat-hangat tahi Dak Onchet saja'.
Dak Onchet yang kekurangan bulu...
InsyaAllah.
Doakan agar salah satu azam saya , akan menjadi azam yang di laksana.
Jumpa lagi.
=))