Ya.
Bertemu lagi kita dalam ruangan 'Mari membebel'.
Yang pertama, kucing bukan macam nasi basi. Ada seperiuk nasi basi. Nak buang sayang. Nak makan tak boleh. Apa yang kita nak buat?
Kucing juga buka macam botol plastik. Nak buang sayang. Kalau macam tu, kita simpan tapi kita 'recycle' jadi 'pot' kecil letak bunga-bunga cantik. Duduk tepi beranda rumah.
Kucing benda bernyawa. Yang perlu makan dan minum. Yang perlu tempat tinggal yang boleh berteduh dari panas dan hujan.
Masa mula-mula bela kucing, terfikir tak, kalau di biarkan kucing akan membiak sampai cecah seratus ekor? Fikir tak kucing akan beranak dan beranak dan beranak lagi tanpa penat dan lelah? Terfikir tak, dari seekor kucing yang kita bela dia boleh jadi 13 ekor dalam tempoh 5-6 bulan?
Jadi, kenapa degil sangat!!
Jika tidak berniat untuk jadi 'penternak kucing berjaya', kembirikan kucing anda dari ianya hanya seekor.
Kesian?? Betul kesian? Jika kesian, kesiankan diri anda dulu sebelum kesiankan pada kucing.
Mampu untuk tanggung kucing yang akan cecah hampir 100 ekor dalam setahun kalau si Ibu akan beranak trip pertama, kemudian, 6 bulan lepas tu 4 ekor anak betina trip pertama akan beranak 4 ekor setiap seekor. SI ibu beranak lagi trip kedua 4 ekor dan 5 bulan lagi anak dari trip pertama punya anak akan beranak lagi 5 ekor. Begitulah seterusnya... faham dak?
Tak cukup duit nak kembiri? Betina kadar biasanya RM100. Mahal!? Aiyoooo!
RM100 tak mahal kalau banding dengan kos 100 ekor makan minum berak yang akan kita uruskan. Itu baru benda asas. Vaksin? Purata seekor RM25. 100 ekor? Kalau sakit? Sekali pergi RM 100 juga. Bil untuk kucing andalah 2-3 kali ganda dari bil rawatan kita di klinik swasta dan 100 kali ganda untuk bil di klinik kerajaan. He he he he...
Jadi, yang mana lebih mahal. RM100 untuk sekali sahaja atau kos makan minum , penjagaan, sakit pening kucing yang berterusan??
Aaaaaaaaa.....
Kadang-kadang rasa malas nak jawab bila ada yang emel, sms atau telefon tanya, 'u nak kucing saya tak?' Saya ada banyak kucing, dekat mana saya nak letak?' Dekat mana tempat nak buang kucing?' Grrrrrrrrr~~~!!
Saya Pakcik Oghen.
Umur 6 thn ++
Jantan
Kembiri
Nak tengok gambar saya masa mula-mula dulu?
Zaman muda-muda?
Sebelum kembiri.
Nah.
Jadi.
mari kita kembirikan kucing-kucing kita untuk kesejahteraan yang berpanjangan.
Sekian.
Jumpa lagi di lain bebelan.